OHBULAN! |
Aeril Zafrel & Wawa Zainal Mengaku Sudah Nikah! Posted: 11 Oct 2013 03:06 AM PDT Hujung minggu lalu peminat drama Cinta Jannah dikejutkan dengan berita mengenai dakwaan kononnya pelakon utama drama tersebut, Aeril Zafrel dikatakan telah berkahwin secara senyap-senyap dengan Wawa Zainal dan lebih hangat lagi apabila mereka didakwa telah memiliki seorang cahaya mata lelaki. Artikel Berkaitan : Berikutan kontroversi tersebut, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal telah mengambil keputusan untuk mengadakan satu sidang media khas bagi menjelaskan segala spekulasi tersebut, bertempat di Neo Damansara, Petaling Jaya, Selangor petang tadi. Aeril Zafrel & Wawa Zainal tampil memberi penjelasan sebenar Menurut Aeril Zafrel, mereka sah bernikah pada kali pertama Februari 2012 yang lalu bertempat di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya. Pada ketika itu mereka hanya bernikah tanpa sebarang dokumen dan hanya bernikah mengikut hukum syarak iaitu berwalikan bapa Wawa dan dinikahkan oleh seorang imam yang di datangkan khas dari Sabah.
Wawa Zainal mengaku telah melahirkan bayi lelaki Dalam pada itu, Wawa Zainal yang turut hadir menjelaskan bahawa dia terpaksa menyembunyikan status sebenar perkahwinan mereka kerana menghormati kontrak dengan pihak pengurusannya sendiri, MIG Production.
Selain itu, Wawa akui telah melahirkan bayi lelaki pada 24 Ogos lalu di Roopi Medical Centre, Jalan Dato Haji Eusoff, Damai Complex, Kuala Lumpur. Bayi tersebut telah diberi nama sebagai Ahmad Fakharuddin Attar dan buat masa sekarang, aktres tersebut ingin fokuskan kepada soal penjagaan anaknya itu. Mengenai soal penyakit misteri pula, Wawa akui terkena penyakit tersebut dan melahirkan rasa syukur kerana telah pulih sepenuhnya. |
Infographic: Top 5 Selebriti Wanita Paling Cantik Pilihan OHBULAN! Posted: 11 Oct 2013 02:06 AM PDT Menjadi selebriti sebenarnya tidak semudah yang disangka. Beberapa tahun dahulu, si cantik jelita pastinya mendapat tawaran yang lebih banyak dan lebih cepat popular berbanding si kurang jelita. Namun, industri hiburan tempatan kini sudah semakin bijak menilai bakat daripada rupa. Namun tidak dapat dinafikan bahawa rupa paras yang senang dipandang merupakan bonus atau pakej tambahan buat selebriti wanita. Dan untuk itu, di sini OHBULAN! senaraikan Top 5 selebriti wanita yang paling cantik di Malaysia pada pandangan kami. Jom lihat sama ada mereka menepati citarasa anda ataupun tidak. Jadi, apa kata anda? Setuju? Hehehe. |
You are subscribed to email updates from Portal Hiburan OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan