ads

Khamis, 10 Oktober 2013

OHBULAN!


sumber :-

OHBULAN!


Itu Semua Gosip – Lisdawati

Posted: 10 Oct 2013 09:32 PM PDT

Itu Semua Gosip   Lisdawati

Semalam timbul gosip mengatakan suami kepada Lisdawati, Fauzi Nawawi berlaku curang dan mempunyai hubungan dengan Noni yang popular menerusi program realiti Akademi Fantasia musim kelima.

Perkara itu bagaimanapun pantas ditepis oleh Noni yang mengatakan hubungan mereka tidak lebih dari rakan sekerja.

Artikel berkaitan:

Hari ini melalui Sinar Harian, Lisdawati pula memberi kenyataan sudah lali dengan gosip sedemikian sambil mempertahankan suaminya itu.

Itu semua gosip. Malah saya sendiri sudah lali dengan gosip sebegini.

Tambah Lisdawati lagi, suaminya itu seorang yang peramah dan tidak mustahil kemesraan antara Fauzi dengan orang lain disalah anggap.

Itu Semua Gosip   Lisdawati

Semua orang dah kenal Fauzi sebagai pelakon dan pengarah, malah saya tahu Fauzi seorang yang peramah.

Saya juga tahu mereka memang bekerjasama, tetapi hairan juga bagaimana kisah ini boleh timbul. Mungkin kemesraan mereka itu disalah anggap oleh orang sekeliling.

Mungkin kerana sudah lama berada di dalam industri membuatkan Lisdawati tidak melatah malah menganggap berita seperti ini sebahagian dari lumrah bergelar selebriti.

Benjy Bebas Daripada Tuduhan Miliki Dadah

Posted: 10 Oct 2013 09:30 PM PDT

Benjy Bebas Daripada Tuduhan Miliki Dadah

Jun lalu, pelakon Benjy atau nama sebenarnya, Khaeryll Benjamin Ibrahim telah  ditahan oleh pihak berkuasa atas kesalahan memiliki beg mengandungi 4.7 gram methamphetamine di Oakleaf Park Condo, Blok C, Persiaran Bukit Jaya, Taman Bukit Jaya, Hulu Kelang pada 11.30 pagi.

Namun begitu, sekitar Ogos lalu, Benjy telah mengaku tidak bersalah atas tuduhan memiliki dadah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Mahkamah Majistret Ampang.

Artikel Berkaitan :

Berikutan kes tersebut, hari ini pihak Mahkamah Majistret Ampang, telah membebaskan Benjy daripada tuduhan memiliki dadah setelah seorang daripada tertuduh mengaku bersalah atas tuduhan tersebut September lalu.

Benjy Bebas Daripada Tuduhan Miliki Dadah

Benjy bebas tuduhan miliki dadah

Selain itu, Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman turut membebaskan empat lagi rakan Benjy atas tuduhan kesalahan yang serupa dan mahkamah memutuskan demikian setelah menerima permohonan dari peguam bela, Amir Hamzah Arshad mengikut Seksyen 254 Kanun Tatacara Jenayah yang membenarkan mahkamah untuk menggunakan budi bicara melepaskan dan membebaskan tertuduh.

Untuk makluman, sebelum ini Benjy telah ditahan bersama lima rakannya, Zain Amir Zainal Khairi, Imran Radzi, Asmanizam, Norazila, dan Afifi Hamidi atas dakwaan memiliki beg mengandungi methamphetamine.

Namun begitu, antara keenam-enam tertuduh, hanya Zain Amir sahaja yang mengaku bersalah manakala lima yang lain minta untuk dibicarakan semula kes mereka.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 jika disabit kesalahan.

Sumber : Kosmo Online

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved