Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Eina Azman Nafi Sembunyi Hubungan Cinta Dengan Afiq Muiz
- Kemaruk dibelai ‘jantan’
- Bilik judi wanita
- Imigresen siasat
- Wang kertas RM10 asli disangka palsu
- Lukisan medium dakwah
- Keindahan yang mempesonakan
- Mengukur kemiskinan
- Membudayakan membaca al-Quran
- Bila cinta bertukar benci
- Antara adat dan agama
- Syafaat pada Hari Kiamat
- Padah peroleh harta haram
- Mengecapi kemanisan iman
- Kenali Manuskrip Melayu
- Teriakan petanda kiamat
- Kebahagiaan yang dicari
- Menyantuni si miskin
- Penghantaran al-Quran ke Kemboja
- Lagi bantuan ke Gaza
- Leeza pencinta kasut Oxford
- Kesulitan sistem PBS diatasi
- 300 peserta jayakan membaca setinggi awan
- Sekolah agama juara pertandingan saintis muda
- Kamera Samsung Galaxy
Eina Azman Nafi Sembunyi Hubungan Cinta Dengan Afiq Muiz Posted: 15 Dec 2012 09:00 PM PST Pemilik nama sebenar Ainur Syakina Azman, 17, ini berkata, gosip itu timbul kerana segelintir pihak sudah tersalah sangka akan kemesraan mereka yang mulai rapat sejak tiga tahun lalu. "Kami tiada apa-apa hubungan istimewa. Mungkin kebetulan saya berkawan rapat dengan Afiq di mana kami selalu keluar bersama dan mesra sehingga ada pihak sudah tersalah anggap. "Memang saya menyayangi dia tetapi sebagai kawan dan tidak lebih daripada itu. Buat masa ini, saya tiada teman istimewa kerana masih terlalu muda," katanya ketika ditemui mStar Online pada 'Viewing Party' perlawanan Piala Suzuki AFF 2012 antara Malaysia dan Thailand anjuran TV3, baru-baru ini. Mengenai gambar-gambar mesra mereka di Internet baru-baru ini, aktres drama bersiri Mimpi Cinderella ini berkata, foto-foto tersebut adalah koleksi peribadi yang mahu dikongsikan dengan para peminat dan tidak mempunyai sebarang niat serong. "Kalau saya hendak buat benda-benda tidak manis, takkanlah saya berkongsi dengan peminat. Lebih baik saya sorokkan sahaja. Niat kami semata-mata untuk memberitahu peminat mengenai aktiviti terbaru," jelasnya. Ditanya mengenai kerjaya seni, anak saudara kepada penyanyi dan guru vokal Juliza Adlizan ini berkata, dia mahu memberikan tumpuan kepada lakonan dan nyanyian sejak menamatkan zaman persekolahan pada bulan lalu. "Sebelum ini, saya terpaksa mengimbangi antara pelajaran dan karier seni jadi sebab itu nama saya tenggelam dan timbul. "Kini saya sudah tamat sekolah dan mahu tumpukan sepenuh perhatian kepada bidang seni bermula tahun hadapan," ujarnya yang bakal muncul dengan video muzik lagu berjudul Bahagia Bersamanya pada awal 2013. |
Posted: 15 Dec 2012 08:59 PM PST Antara faktor utama masalah itu ialah kerana kesepian dan cemburu melihat rakan sebaya berwajah cantik berdampingan dengan kekasih, menyebabkan ramai gadis kurang menawan menyalahgunakan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) seperti laman sosial dan telefon pintar untuk mendapatkan seramai mungkin kenalan lelaki. Bagaimanapun, tindakan itu membawa padah apabila maruah diri tergadai selepas terperangkap dengan janji manis lelaki miang. Ini berikutan gadis seperti itu terlalu kemaruk untuk memiliki teman lelaki tanpa menyiasat latar belakang kenalan baru apabila berhubung melalui laman sosial. Akibatnya, mereka mudah terpedaya dengan ayat manis kasanova yang sentiasa mencari peluang memerangkap gadis naif dalam laman sosial berkenaan hingga berakhir di bilik tidur. |
Posted: 15 Dec 2012 08:57 PM PST TAHAN... sebahagian kaki judi yang tangkap oleh anggota polis semasa Operasi D7 di Plaza Pudu. Bagaimanapun, taktik mereka terbongkar kelmarin hasil operasi Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Bukit Aman bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya di enam premis judi Internet di kawasan berkenaan bermula jam 9.30 malam. Operasi diketuai Superintendan Amir Rasid Derani itu membawa kepada penahanan sembilan tahi judi wanita, seorang daripadanya berusia lewat 50-an. Amir berkata, hasil risikan pihaknya, enam premis berkenaan diserbu secara serentak dan ratusan alat komputer judi dirampas bersama wang tunai berjumlah RM4,979. Menurutnya, siasatan mendapati sebuah daripada premis itu menyediakan suasana kondusif dan bilik khas selesa untuk kaki judi wanita. "Pemilik premis sanggup menghabiskan wang menyediakan ruang berjudi eksklusif, selain menyediakan ruang berasingan antara lelaki dan wanita mengikut kesesuaian mereka. Beliau berkata, turut ditahan 10 penjaga premis dan puluhan tahi judi lelaki, manakala kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. |
Posted: 15 Dec 2012 08:56 PM PST KONTROVERSI...pelakon seksi bermulut celupar Indonesia, Julia Perez atau nama sebenarnya Yuli Rachmawati. Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Alias Ahmad berkata, pihaknya akan memantau kemasukan Julia dan mungkin mendapatkan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mengenai perkara itu. "Sebenarnya kemasukan artis seperti ini akan diuruskan orang lain dan untuk lakonan, ia hendaklah melalui Finas manakala untuk konsert melalui agensi lain. "Tidak banyak yang dapat saya katakan setakat ini, tapi kita akan mendapatkan kerjasama agensi berkaitan bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi Metro Ahad, semalam. Jika benar dakwaan Zed Zaidi atau nama sebenarnya Rozaidi Abd Jamil, Julia yang mesra dengan panggilan Jupe boleh didakwa mengikut Peraturan 39(b) Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas lawatan sosial. Sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali. |
Wang kertas RM10 asli disangka palsu Posted: 15 Dec 2012 08:44 PM PST Pemiliknya, Zulfaharudin Tulus, 30, berkata, dia yang menerima wang itu daripada majikannya semasa menerima gaji awal bulan ini mengakui pada mulanya tidak sedar sekeping not RM10 itu mempunyai kelainan tersendiri. Menurutnya, dia menyedari kelainan itu ketika menyusun wang tersebut sebelum dimasukkan ke dalam dompet untuk membeli barang di kedai berhampiran. "Bahagian depan duit ini mempunyai gambar Yang di-Pertuan Agong yang tidak jelas selain tidak punya tandatangan gabenor. Malah perkataan Bank Negara Malaysia dan warnanya juga sangat pudar. "Bagaimanapun, ia mempunyai jalur keselamatan apabila dilihat di bawah cahaya lampu atau matahari selain mempunyai nombor siri QN3868229. Peliknya bahagian belakang wang ini tidak mempunyai sebarang kecacatan dan kelihatan seperti wang baru," katanya. Zulfaharudin berkata, bagi memastikan not RM10 itu bukan wang palsu, dia merujuk ke beberapa bank di sekitar bandar ini dan hasil proses imbasan dan semakan nombor sirinya membuktikan wang berkenaan adalah asli. "Buat masa ini saya belum bercadang untuk menyerahkan wang itu kepada Bank Negara dan berhasrat menyimpannya untuk kenangan. "Kepada yang berminat menjadikan ia barangan koleksi boleh berhubung dengan saya," katanya. Sebelum ini, penduduk Kampung Batu 20, Sengkang, di Ledang, heboh selepas lebih tiga peniaga kedai makan mengakui ditipu dengan wang kertas RM100 yang kelihatan asli, tetapi palsu. |
Posted: 15 Dec 2012 08:41 PM PST Ini jelas terbukti sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: Sesungguhnya kamilah yang menurunkan al-Quran, dan sesungguhnya kami benar-benar memeliharanya. (al-Hijr: 9) Pelbagai seni dan reka bentuk kreatif kian dihasilkan oleh umat Islam di seluruh dunia. Terbaru, insan bertuah terpilih, Abd. Ghafur Tahir membuktikan bakat yang dikurniakan apabila berjaya menghasilkan lukisan kaligrafi ayat al-Quran terbesar di dunia. Menjadikan misi mengajak masyarakat untuk mengenal dan memahami al-Quran sebagai perjuangan hidup, pemilik Galeri Art Ghafur itu sentiasa memikirkan usaha untuk menghasilkan rekaan kreatif sebagai landasan bagi menarik minat umat Islam mendekati al-Quran. Usaha murninya akhirnya diperkenankan oleh Allah SWT apabila beliau kini sedang menyempurnakan lukisan kaligrafi ayat al-Quran terbesar bersaiz 7x10 kaki itu yang kesemuanya dianggarkan sebanyak 604 helai lukisan ayat al-Quran. "Sejak mula dihasilkan pada dua tahun lalu, sebanyak 30 helai lukisan telah berjaya disiapkan iaitu merangkumi juzuk pertama dan kedua dalam surah al-Quran. "Setiap helaian ayat al-Quran yang dihasilkan menggunakan warna akrilik di atas kanvas itu semuanya dihasilkan dengan corak dan rekaan lukisan berbeza yang mempunyai mesej tersendiri untuk disampaikan kepada masyarakat. "Untuk menghasilkan lukisan ayat al-Quran ini bukan mudah kerana ia memerlukan penumpuan dan ilham idea yang perlu disempurnakan segera. Setiap sehelai lukisan tersebut perlu diselesaikan dalam tempoh kurang daripada lapan jam," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena Karnival Kesenian Islam anjuran Universiti Putra Malaysia (UPM), di sini, baru-baru ini. Karnival yang berlangsung selama tiga hari itu turut mempamerkan 50 lukisan pelbagai saiz berkonsep Islam dan ketuhanan karya milik Ghafur. Selain itu, karnival bertemakan Solusi Muzik dan Kaligrafi itu turut menyediakan pelbagai aktiviti lain termasuk pameran kaligrafi, marhaban, kelas latihan alat muzik dan kutipan tabung dana bantuan untuk Palestin. Ghafur berkata, setiap helaian lukisan kaligrafi ayat al-Quran tersebut menggunakan seni khat berbeza iaitu khat nasakh, thuluth, rik'ah, farsi, diwani dan kufi. Medium dakwah Ghafur yang tidak pernah mempelajari, apatah lagi mengetahui seni kaligrafi bernekad menghasilkan sesuatu kelainan dalam penghasilan nafkah al-Quran kerana didorong oleh semangatnya yang mendalam. Sehinggalah pada 2010, terlintas difikirannya untuk merealisasikan cita-cita yang dibina sejak 10 tahun lalu untuk menghasilkan naskah al-Quran dengan gaya kontemporari dan tersendiri. "Hobi saya ialah melukis sejak kecil lagi. Tetapi mula aktif menceburi bidang ini sejak 2007. Namun, kebanyakannya adalah lukisan berbentuk abstrak," ujarnya. Beliau berkata, bukan bertujuan untuk mengaut keuntungan, tetapi lukisan ayat al-Quran tersebut diharap menjadi landasan baginya untuk memanfaatkan bakat yang dikurnia bagi berdakwah dan mengajak orang ramai kepada Islam. "Mengaplikasikan gabungan khat menggunakan warna yang segar dan seni kontemporari dalam versi abstrak diharap dapat menarik perhatian orang ramai yang memandang terhadap keindahan kesenian Islam. "Saya berharap menerusi kaedah lukisan seni kaligrafi ayat al-Quran ini dapat mengembalikan kegemilangan al-Quran dan menarik minat masyarakat seluruh dunia terhadap kitab suci Allah SWT ini," katanya. Tambahnya, untuk menghasilkan reka bentuk lukisan itu bukan hanya memerlukan pengalaman dan kreativiti, malah menuntut kepada ketulusan dan keikhlasan pelukis. Dibantu oleh seorang pelukis dari Pakistan, In'am dan empat lagi anak lelakinya, beliau kini menyasarkan untuk menyempurnakan lukisan kaligrafi ayat al-Quran tersebut pada 2015. Bagaimanapun, beliau berharap sumbangan daripada pelbagai pihak dalam memberikan bantuan untuk menampung perbelanjaan kos menyempurnakan lukisan nafkah al-Quran yang bernilai RM1.2 juta. Orang ramai yang ingin memberi sumbangan boleh berbuat demikian dengan menemui Ghafur di Galeri Art Ghafur, Ruang Legar Space U8, Shah Alam. |
Posted: 15 Dec 2012 08:39 PM PST Firman Allah SWT: Sesungguhnya penduduk syurga pada hari itu, berada dalam keadaan sibuk leka menikmati kesenangan. (Yasin: 55) Ibnu Kathir berkata: "Allah SWT mengkhabarkan tentang penghuni syurga, di mana pada Hari Kiamat, ketika bangkit daripada kematian, mereka turun dari taman-taman syurga dalam keadaan mereka sedang menikmati keindahan yang begitu indah sehingga tidak mempedulikan orang lain." Al-Hasan al-Basri dan Ismail bin Abi Khalid berkata: "Mereka tidak merasai azab yang dialami oleh penghuni neraka." Mujahid berkata: "Bersenang-senang dalam kenikmatan iaitu keindahan yang mempesonakan mereka." Al-Maraghi berkata: "Para penghuni syurga akan menikmati kesenangan dan kelazatan sehinggakan mereka tidak memikirkan perkara lain. Di sana mereka menikmati kenikmatan dan kelazatan yang sebelum ini tidak pernah dilihat oleh mata mereka, apatah lagi mendengar, bahkan tidak pernah terdetik dalam hati mereka." Mereka sedikit pun tidak berasa sedih kerana kehidupan mereka tenteram, bersuka ria dan ketawa menghiasi kehidupan mereka di syurga. Kemudian Allah SWT menyebut perkara lain yang menambah kegembiraan dan kesenangan mereka di syurga. Firman Allah SWT: Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria di tempat yang teduh, sambil duduk berbaring di atas pelamin. (Yasin: 56) Mujahid berkata: "Maksud pasangan ialah bidadari yang diteduhi pohon-pohon yang menaungi mereka." Al-Maraghi berkata: "Mereka bersama dengan pasangan masing-masing berada di tempat yang teduh dan rendang, tidak terkena sinaran matahari kerana memang tidak ada matahari di sana." Bagi orang Arab mereka berasa nyaman apabila melihat suatu tempat yang rendang, dan di sekelilingnya pula terdapat sungai-sungai dan pohon-pohon yang rimbun. Di sana mereka bersandar di bangku panjang yang penuh dengan perhiasan dan benarlah syurga itu merupakan puncak kenikmatan bagi seseorang." Firman Allah SWT: Mereka beroleh dalam syurga itu pelbagai jenis buah-buahan, dan mereka beroleh apa sahaja yang mereka kehendaki. syurga itu merupakan puncak kenikmatan bagi seseorang. syurga itu merupakan puncak kenikmatan bagi seseorang. (Yasin: 57) Di dalam syurga mereka boleh meminta apa sahaja buah-buahan yang akan diberi secara langsung. Mengikut riwayat yang disampaikan oleh Ibnu Abi Hatim daripada Sulaiman bin Musa, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: "Ketahuilah. Apakah ada orang yang bersegera menuju ke syurga. Sesungguhnya syurga itu tidak pernah terlintas keindahan syurga di hati kami. Demi Tuhan penguasa ke atas Kaabah, dia semuanya cahaya yang bersinar, baunya harum semerbak, istana yang megah, sungai yang mengalir, buah-buahan yang ranum, pasangan yang baik serta cantik, para bidadari yang ramai, tempat yang kekal di rumah yang selamat, buah-buahan yang menghijau, enak dan nikmat serta tempat-tempat yang tinggi dan menyenangkan." Maka mereka menjawab: "Ya Rasulullah SAW, kami adalah orang-orang yang bersegera. Maka Rasulullah SAW bersabda: "Insya-Allah." Lalu mereka semua mengucapkan: "Insya-Allah." Al-Maraghi berkata: "Di syurga mereka menikmati pelbagai buah-buahan yang segar dan makanan yang lazat seperti di dunia dahulu yang dinikmati oleh orang yang hidup mewah. Di samping itu, mereka juga akan mendapat apa sahaja yang mereka ingini dan idam-idamkan." Menurut pendapat Abu Ubaidah, orang Arab sering berkata, apa yang diangan-angankan akan tercapai seperti apa yang mereka ucapkan oleh setiap individu untuk memperoleh sesuatu kebaikan. |
Posted: 15 Dec 2012 08:38 PM PST Jawapan TERIMA kasih kerana mengajukan persoalan ini. Memang, umumnya orang ramai selalu mengukur status seseorang daripada rupa luarannya. Mereka juga sering menyangka, bahawa fakir miskin adalah kategori yang sama. Namun, hakikatnya ia tidak sama. Kerana itulah, fakir dan miskin adalah dua kategori yang disebut berasingan dan mereka layak mendapat zakat di samping enam asnaf lain. Firman Allah SWT: Sesungguhnya sedekah (zakat) itu adalah untuk (diagihkan kepada) orang-orang fakir, orang-orang miskin, para amil yang menguruskannya, para mualaf untuk dilunakkan hatinya… (at-Taubah 9: 60) Namun begitu, wujud sedikit khilaf di kalangan ulama fikah dalam menentukan takrif fakir dan miskin ini. Bagi Imam Abu Hanifah dan Imam Malik, mereka mentakrifkan orang fakir ialah orang yang memiliki harta tetapi tidak mencukupi keperluannya. Orang miskin pula ialah orang yang tidak memiliki apa-apa. Manakala bagi takrifan Imam Syafie dan juga Imam Hambali, fakir ialah orang yang tidak mempunyai apa-apa harta dan miskin pula ialah orang yang mempunyai harta namun tidak mampu memenuhi kecukupan keperluannya. Ringkasnya, pandangan Imam Syafie dan Imam Hambali adalah berlawanan dengan pandangan di sisi Imam Hanafi dan Imam Maliki. Bagi umat Islam di Malaysia, kita menerima pakai pendapat Imam Syafie. Sementara itu, jika dirujuk pada zaman awal Islam sendiri pun sudah wujud kedua-dua jenis kemiskinan ini. Misalnya pada zaman Mekah, majoriti yang memeluk Islam ialah golongan fakir dan miskin. Contohnya keluarga Ammar bin Yasser ra. dan Bilal bin Rabah ra, mereka memang fakir kerana berasal daripada hamba abdi. Manakala, selepas era hijrah ke Madinah, wujud golongan ahlus suffah yang mendiami masjid Nabi, dan golongan ini adalah golongan fakir. Di antara ahli suffah yang terkenal ialah Abu Hurairah ra. Beliau sering mengikat batu ke perutnya demi menahan kelaparan bahkan pernah dianggap gila kerana bercakap-cakap sendirian menahan lapar. Akhir Rasulullah SAW membawanya pulang ke masjid Nabi dan ditugaskan untuk menjaga gudang menyimpan hasil zakat. Dalam konteks hari ini pula, kita boleh mendefinisikan orang fakir itu sebagai miskin tegar atau miskin mutlak. Manakala kepada golongan miskin yang masih mampu hidup walau serba kesempitan hanya dianggap miskin sahaja. Di dalam fatwa juga ada disebutkan had al-kifayah, apakah maknanya? Umumnya, had al-kifayah adalah suatu alat bagi mengukur kemiskinan. Secara mudah, ia digunakan bagi mengukur kecukupan perbelanjaan, dengan membandingkan pendapatan kasar dan perbelanjaan minimum sesebuah keluarga atau individu. Keputusan yang diperoleh pula lebih spesifik dan tepat dalam menentukan taraf seseorang pemohon zakat, sama ada kaya, miskin ataupun fakir (miskin tegar). Fatwa Pengurusan Agihan Zakat Selangor 2002 telah memberikan definisi had al-kifayah sebagai: 'Agihan zakat kepada asnaf dan individu fakir miskin yang perlu menepati kepada keperluan asasi sebenar.' Sejajar dengan itu, maka institusi zakat sebenarnya wajar mengaplikasikan kaedah ini agar penentuan fakir miskin menjadi lebih tepat dan bantuan zakat secara lebih terfokus diuruskan. Di samping itu, wajar juga kita fahami bahawa sesebuah institusi zakat turut mengambil kira enam aspek keperluan hidup manusia. Keperluan itu ialah tempat tinggal, makanan, pakaian, pendidikan, rawatan dan pengangkutan. Perkara-perkara yang dinyatakan di atas adalah suatu keperluan asasi kepada setiap manusia. Maka, seandainya pendapatan isi rumah yang diperolehi setiap bulan tidak mampu memenuhi kecukupan minimum bagi keperluan-keperluan ini, seseorang itu layak dianggap sama ada miskin ataupun fakir. |
Posted: 15 Dec 2012 08:37 PM PST Malah dalam surah yang sama menerusi ayat kedua dan ketiga, Allah SWT menyatakan tujuan lain al-Quran diturunkan adalah sebagai tanda mukjizat kebesaran Ilahi bahawa tiada keraguan selain menjadi petunjuk bagi orang yang mahu bertakwa. Menyedari ilmu al-Quran terbentang luas dan konsep kitab suci tersebut sebenarnya bukan hanya dibaca ketika waktu kematian atau mana-mana pertandingan tilawah, maka timbul kesedaran oleh sepasang suami isteri yang mempunyai pengetahuan qiraat untuk menubuhkan dua sekolah tahfiz sejak tiga tahun lalu. Hasrat seorang tokoh penceramah agama, Asni Mansor dan suaminya, Mohd. Nasir Rustam untuk mewujudkan dua sekolah tahfiz iaitu Madrasah Tahsin al-Quran khusus bagi lelaki yang terletak di Puchong manakala untuk wanita, Madrasah Hafizah Tamam di Bandar Baru Bangi, Selangor adalah usaha mereka untuk membudayakan bacaan kitab suci itu dalam kehidupan seharian. Jelas Asni yang pernah menjadi hakim dalam sebuah rancangan berbentuk realiti keagamaan, idea menubuhkan dua buah sekolah menghafaz al-Quran juga timbul setelah beliau dan suaminya menjalankan program cuti sekolah 'ala madrasah' sejak 12 tahun lalu, malah wujud permintaan oleh bekas peserta meminati menghafaz al-Quran selepas menyertai aktiviti seumpama itu. "Hasrat untuk menubuhkan sekolah tahfiz sudah lama terpendam, tetapi usaha untuk ke arah itu memerlukan penelitian yang tinggi memandangkan menubuhkan sekolah atau pusat pengajian bukan senang kerana memerlukan pengetahuan pengurusan dan komitmen tinggi. "Akhirnya dimulakan sebuah sekolah tahfiz untuk lelaki dan kemudiannya wanita pada tahun lalu, usaha kami untuk membudayakan al-Quran dalam kehidupan hampir berjaya dengan kewujudan sekolah berkenaan," tambahnya. Ketika ditanya berhubung sukatan pelajaran yang digunakan, Mohd. Nasir memberitahu, ia sepenuhnya tertumpu kepada menghafaz al-Quran. Sejak ditubuhkan, Mohd. Nasir berkata, sebanyak 48 pelajar lelaki dan 25 pelajar wanita sedang menuntut di dua buah sekolah itu yang ada antara mereka dijangka menghabiskan pengajian dalam tempoh setahun atau dua tahun lagi. Beliau menyatakan terdapat tiga tahap tempoh pengajian tahfiz iaitu yang pertama selama tiga tahun, kedua empat tahun dan akhir sekali selama empat tahun setengah. "Mereka dibahagikan mengikut tahap tersebut berdasarkan kemampuan untuk menghafaz al-Quran. "Alhamdulillah setakat ini, saya melihat semua pelajar berkebolehan dan bersungguh serta usaha menunjukkan mereka mampu menghafaz 30 juzuk al-Quran," ujar beliau. Dengan kadar bayaran yuran bulanan RM450 dikenakan untuk pelajar lelaki manakala RM500 bagi pelajar perempuan, Mohd. Nasir berkata jumlah itu meliputi untuk dana semua perbelanjaan dan pengurusan kedua-dua buah sekolah tahfiz itu. Tambah beliau, sukatan kokurikulum pelajar wanita berbeza dengan lelaki dengan ditambah silibus ekonomi rumah tangga. Asni menjelaskan pada masa kini, sikap menunggu orang ramai datang ke madrasah perlu ditukar dengan madrasah sendiri perlu turun padang menemui masyarakat. Beliau menjelaskan konsep itu perlu diperhalusi supaya madrasah khususnya sekolah tahfiz lebih dekat kepada masyarakat dan bukan dijauhi. Ibu bapa yang mempunyai anak berusia 10 tahun ke atas dan berhasrat menghantar mereka ke Madrasah Tahsin al-Quran di Puchong dan Madrasah Hafizah Tamam di Bandar Baru Bangi, Selangor boleh menghubungi Mohd. Nasir menerusi talian 019-695 5930. |
Posted: 15 Dec 2012 08:34 PM PST Jika semua suami tahu tanggungjawab mereka dalam hal nafkah, maka tiadalah kes nafkah naik turun mahkamah. Jika semua suami yang diperintahkan membayar nafkah itu membuat bayaran secara potong gaji atau secara tetap ke dalam akaun bank isteri, maka tiadalah isteri yang terpaksa meminta-minta dari Baitulmal atau zakat untuk membiayai diri dan anaknya. Jika semua suami tahu bahawa perkara pertama yang akan Allah tanya kepadanya semasa hari pengiraan nanti ialah tentang tanggungjawabnya terhadap isteri dan anak-anaknya, saya pasti semua suami akan bertanggungjawab dan membayar nafkah tanpa perlu ke mahkamah dan diperintahkan oleh mahkamah. Jika semua suami faham hukum Allah dan taat serta mentakuti Allah, saya pasti tidak perlu menulis mengenai nafkah dalam ruangan ini. Realitinya, isu nafkah sangat penting dibincangkan dan difahami. Isu ini banyak menjadi punca kepincangan rumah tangga dan penderitaan yang tiada berkesudahan kepada isteri dan anak-anak. Hendak berkahwin mesti mampu daripada segala segi material dan fizikal. Bermakna, mampu menanggung isteri dan anak-anak. Daripada penulisan yang lau, saya mendapat banyak e-mel mengenai nafkah. Saya bahagikan isu yang dibangkitkan kepada tuntutan nafkah idah, suami yang tidak bekerja, isteri yang berpendapatan lebih tinggi daripada suami dan pasangan yang hidup berjauhan kerana bertugas/kerja - siapa tanggung apa? Tuntutan nafkah idah - Hari ini, oleh kerana isteri bekerja dan mampu menanggung dirinya, dalam kebanyakan masa semasa bercerai, isteri tidak memohon nafkah idah. Antara sebab yang diberikan tidak mahu melengahkan perceraian. takut suami enggan lafaz talak dan menyebabkan kes perceraian berpanjangan atau lewat diputuskan. Bagi bukan Islam, permohonan cerai dibuat bersekali dengan peruntukan nafkah dan Mahkamah Tinggi tidak akan memberikan perintah cerai kecuali isu nafkah isteri dan anak diselesaikan. Berbeza di Mahkamah Syariah, biasanya isteri yang memohon untuk diceraikan akan mengisi borang permohonan cerai dahulu. Selepas kesnya selesai, iaitu apabila suami melafaz talak, barulah memohon nafkah idah dan harta perkahwinan serta hadanah. Jika tidak dipohon, hakim tidak memerintahkan. Dalam banyak kes, bukan sahaja isteri takut memohon nafkah kerana takut tidak dapat cerai, tetapi takut suami pula akan memohon hadanah. Semua kekeliruan ini menyebabkan nafkah idah tidak dipohon. Ada satu dua kes yang setelah mendapat perintah nafkah idah, suami buat tidak tahu kepada perintah tersebut dan tidak membayarnya. Jadi isteri hanya dapat sekeping kertas perintah nafkah yang tidak memberinya apa-apa kecuali kekecewaan dan kesedihan. Isteri perlu ke mahkamah semula untuk mendapat perintah pelaksanaan atau penghinaan mahkamah. Semua urusan ini memerlukan perbelanjaan besar. Hutang lama belum habis, isteri terpaksa membuat hutang baru. Akhirnya, dia mungkin tak dapat apa-apa kerana suami tetap enggan membayar. Malah setelah dikeluarkan perintah tangkap, ia tidak dilaksanakan tanpa bantuan pihak berkuasa. Diperlekeh Ini bukan cerita dongeng atau ciptaan. Tetapi realiti yang dihadapi beribu-ribu isteri orang Islam di Malaysia. Kebelakangan ini, ramai isteri tidak mahu memohon nafkah idah kerana sudah menduga tidak akan sampai ke mana dan tiada kesannya. Yang malu siapa? Mahkamah Syariah dan semua institusi Islam yang lain. Allah SWT menjadikan Islam agama yang syumul atau lengkap dan penuh dengan hikmah dan nikmat. Isteri mempunyai hak yang jelas terhadap nafkah dan suami mempunyai tanggungjawab yang jelas menunaikan nafkah tersebut. Namun, perintah mahkamah syariah diperlekeh dan tidak dihormati oleh orang Islam sendiri. Pelbagai penambahbaikan telah diwujudkan untuk memastikan isu nafkah isteri dan anak dapat diselesaikan secara terbaik tetapi masih banyak kes tidak dapat diselesaikan kerana, sama ada orang yang diperintahkan itu jahil atau sengaja enggan membayar kerana sombong dan ingkar perintah Allah. Isteri juga perlu tahu haknua kepada nafkah idah kecuali dia nusyuz. Ada beberapa kes isteri itu nusyuz, misalnya secara jelas menduakan suami atau ingkar perintah suami tanpa sebab. Kes seperti ini tidak banyak, tetapi telah mula berlaku di Malaysia. Akhirnya, kerana ingin bercerai segera setelah ada yang baru, isteri memohon ditalak dan berjanji tidak memohon apa-apa daripada suami. Selain daripada kategori tersebut, isteri berhak memohon nafkah idah. Suami tidak boleh sewenang-wenang menuduh isterinya nusyuz tanpa memikirkan implikasinya. Suami sebenarnya jika dapat membuktikan isterinya nusyuz perlu menceraikannya kerana isteri tersebut hidup dalam dosa. Perpisahan dibenarkan dalam Islam demi menjaga maruah dan nasab. Suami perlu ingat, menuduh isterinya nusyuz seperti menepuk air didulang, terpercik kena muka sendiri. Mahu tidak mahu suami perlu akur bahawa isteri yang nusyuz itu adalah kegagalannya sebagai suami membentuk isterinya. Tidak kurang juga suami yang nusyuz kerana menyiksa isteri dengan memukul dan menyeksa, menuduh isteri curang, memanggil isteri bodoh, gila dan menderanya secara emosi. Semua ini menyebabkan isteri lari dari rumah dan dilihat seperti nusyuz. |
Posted: 15 Dec 2012 08:32 PM PST 'Adah adalah kebiasaan dalam suatu perbuatan atau perkataan tanpa hubungan rasional dan bersifat peribadi, seperti kebiasaan tidur, makan dan lain-lain. Adapun 'urf' adalah kebiasaan sebahagian besar masyarakat, baik dalam perkataan mahupun perbuatan. Istilah adat dalam bahasa Melayu lebih dekat dengan pengertian 'urf dalam bahasa Arab, bukan adah'. Adat menduduki posisi penting dalam Islam kerana dapat dijadikan dalil dalam menetapkan hukum. Adat bersendi syarak Salah satu bukti pertautan antara adat dengan agama Islam adalah dasar falsafah adat Minangkabau yang berbunyi: "Adat bersendi syarak, syarak bersendi kitabullah." Falsafah tersebut bererti adat bersendikan syariat (ajaran agama) dan syariat bersendikan kitab Allah SWT (al-Quran). Adat dalam hadis Ada banyak ayat al-Quran dan hadis Nabi Muhammad SAW yang mengakui adanya adat suatu masyarakat. Misalnya kebiasaan jual beli pada zaman pra-Islam dalam riwayat Ibnu Abbas, ketika Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah, baginda melihat penduduk setempat berjual beli dengan memesan barangan yang belum ada. Baginda bersabda yang bermaksud: Siapa yang melakukan jual beli pesanan, maka hendaklah ditentukan jumlah, sukatan dan jangka waktunya. (riwayat Bukhari) Ketika Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah, penduduk kota itu telah memiliki kebiasaan melakukan jual beli dengan cara memesan barang yang belum ada. Dalil hukum Para ulama usul fiqh sepakat bahawa adat yang tidak bertentangan dengan syariat Islam dapat dijadikan dalil dalam menetapkan hukum Islam. Hal ini didasarkan kepada sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesuatu yang dipandang baik oleh kaum Muslim, maka di sisi Allah juga baik." (riwayat Ahmad) Oleh kerana itu, dalam menetapkan suatu hukum, ulama harus terlebih dahulu meneliti kebiasaan yang berlaku dalam masyarakat setempat, sehingga hukum yang ditetapkan tidak bertentangan atau menghilangkan kemaslahatan masyarakat tersebut. Al-'adah muhakkamah Salah satu kaedah fikah yang terkenal adalah al-'adah muhakkamah, yang bererti adat kebiasaan itu dapat dijadikan landasan hukum. Kaedah fikah ini dirumuskan oleh para ulama usul fiqh untuk menegaskan kesan adat sebagai alasan bagi penetapan hukum. Daripada kaedah ini, muncul kaedah lain untuk mengukuhkan kebenaran penggunaan adat sebagai dasar hukum, seperti al- ma'ruf 'urfan ka al- masyrut syartan (yang baik itu menjadi kebiasaan, sama halnya dengan yang disyaratkan itu menjadi syarat). 'Urf amali Berbeza dengan 'urf lafzi yang diucapkan, 'urf amali hanya berkaitan dengan perbuatan dan tidak perlu menggunakan kata-kata tertentu. Seseorang yang ingin membeli suatu barang, tidak perlu mengucapkan akad, cukup mengambil barang lalu membayarnya dengan sejumlah wang. Contoh 'urf amali ialah kebiasaan jual beli di kedai layan diri. |
Posted: 15 Dec 2012 08:30 PM PST Baginda Rasulullah adalah pemilik al Syafa'ah al 'Uzma (syafaat agung) yang mampu menjadi penyelesai dan tindakan penyudah membereskan segala kemelut, gegak-gempita dan huru-hara pada hari tersebut dengan penuh belas ihsan dan kasih sayang. Sesungguhnya benarlah perutusan-Nya ke alam ini sebagai rahmat yang berterusan dan dikecapi manfaatnya di dunia dan di akhirat. Secara umumnya syafaat terbahagi kepada empat bahagian. Yang Pertama ialah syafaat untuk mendapat kerehatan daripada huru-hara pada Hari Perhimpunan (Mahsyar) dan mempercepatkan perbicaraan mahkamah keadilan tuhan. Ini adalah suatu kedudukan terpuji yang dijanjikan kepada nabi Muhammad SAW. Allah SWT berfirman: Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah solat Tahajud padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkan kamu pada Hari Akhirat di tempat yang terpuji. (al-Isra': 79) Syafaat kedua ialah bagi golongan yang diwajibkan mendapat seksaan neraka. Maka Allah SWT mensyafaatkan mereka melalui syafaat orang-orang yang dimuliakan-Nya daripada kalangan para nabi, siddiqin, ulama, syuhada dan solihin. Maka mereka masuk ke dalam syurga dengan rahmat Allah SWT. Yang ketiga syafaat bagi mengeluarkan golongan yang mentauhidkan Allah SWT dari neraka. Maka Allah SWT mensyafaatkan sesiapa sahaja hamba-hamba yang dikehendaki-Nya sehingga tidak tinggal dalam neraka orang yang terdapat dalam hatinya keimanan walaupun sebesar zarah. Syafaat yang keempat ialah syafaat bagi menambah darjat golongan yang kurang amal kebajikan untuk menyusuli ahli keluarga mereka. Maka Allah SWT mempertemukan mereka dengan zuriat mereka dan lain-lainnya. Kesemuanya ini telah dijelaskan melalui nas-nas yang jelas dan hadis-hadis yang sahih. |
Posted: 15 Dec 2012 08:29 PM PST Semua agama dan bangsa di dunia ini benci akan perbuatan rasuah yang merupakan penyakit masyarakat jika dibiarkan. Perbuatan ini bukan sahaja keji tetapi amat dikutuk oleh Allah. Oleh itu, orang yang kaya kerana hasil rasuah sering berasa tidak tenang dan diburu kebimbangan dan ketakutan. Penegak hukum yang tegas dan adil dapat membanteras rasuah yang boleh meruntuhkan akhlak, kerukunan hidup masyarakat dan kekuatan sesebuah negara. Hukuman yang berat dapat mengelakkan rasuah dalam kalangan mereka yang mengamalkannya. Kamus Dewan mendefinisikan rasuah sebagai pemberian (menyogok, menyuap), (wang) tumbuk rusuk (sogok, suap). Jika dahulu perkataan tumbuk rusuk amat dibenci oleh masyarakat. Kini ia umpama penyakit yang menular secara senyap dalam masyarakat. Kini rasuah bukan hanya dalam bentuk wang malah segala kesenangan dan kemewahan yang ditawarkan oleh pihak pemberi rasuah. Agama Islam memberi amaran dengan azab yang amat pedih kepada individu yang terlibat dengan jenayah rasuah melalui sabda Rasulullah SAW: "Orang yang memberi rasuah dan menerimanya (akan dilemparkan) ke dalam api neraka di akhirat ". Selanjutnya Rasulullah SAW juga mengingatkan umatnya: "Akan datang bagi manusia suatu zaman di mana orang tidak peduli apakah harta yang diperolehnya halal atau haram. (riwayat al-Bukhari)." Dalam masyarakat yang mementingkan kebendaan rasuah sangat sukar dikesan serta sangat rumit untuk diatasi. Ini disebabkan ia melibatkan beberapa orang individu tertentu sahaja dan dilakukan secara sulit dan terancang. Hal ini menjadikan seseorang perasuah dan penerima rasuah berpakat secara sulit untuk melaksanakan tujuan mereka. Dalam kecanggihan dunia hari ini bentuk rasuah tidak hanya dalam bentuk ruang semata-mata. Sementara itu, Rasulullah SAW mengingatkan dalam sabdanya tentang harta yang diperoleh secara tidak halal: "Orang yang paling dirundung penyesalan pada hari Kiamat ialah orang yang memperoleh harta daripada sumber yang tidak halal lalu menyebabkannya masuk neraka." Memerangi Jelaslah orang dan harta yang diperoleh daripada hasil rasuah adalah haram. Oleh itu, semua pihak mesti berusaha memainkan peranan yang tegas dalam memerangi gejala rasuah. Orang ramai, khususnya ahli masyarakat boleh menjadi 'mata dan telinga' kepada pihak berkuasa di peringkat bawahan untuk memerangi rasuah dengan memberi laporan segera mana yang diketahuinya. Tindakan tegas mestilah di ambil tidak mengira, status seseorang itu, sama ada yang memiliki kuasa, berjawatan besar atau orang bawahan. Mereka mesti dibawa ke muka pengadilan dan menerima hukuman yang setimpal. |
Posted: 15 Dec 2012 08:28 PM PST Ibnu Al-Mubarak pernah berkata: "Sungguh kasihan penduduk dunia. Mereka meninggalkan dunia sebelum mengecapi sesuatu yang paling nikmat di dalamnya." Seseorang bertanya: "Apakah ia itu wahai Imam?" Beliau menjawab: "Mengenal Allah SWT." Meskipun ucapan ini berasaskan pengalaman peribadi, namun beberapa hadis memang mengisyaratkan bahawa iman memiliki rasa. Rasanya sangat manis melebihi semua kemanisan di muka bumi ini. Maka, sungguh rugi orang yang tidak pernah mengecapi manisnya iman selama puluhan tahun hidupnya di dunia. Kemanisan iman hanya boleh dirasai oleh hati yang sihat. Sebagaimana tubuh yang sakit membuat lidah menjadi pahit. Maka, hati yang sakit, membuat iman tidak terasa manisnya. Hati menjadi sakit apabila mengandungi salah satu penyakit hati seperti hasad dengki, dendam, buruk sangka dan lain sebagainya. Selagi mana hati masih menyimpan penyakit, selama itu juga ia tidak akan merasakan manisnya iman. Kesihatan hati Salah satu cara untuk mengembalikan kesihatan hati adalah dengan melakukan tip-tip berikut ini. Semua tip ini berasal daripada hadis Nabi dan ucapan para ulama yang diakui kesolehannya. Pertama: Siapa yang berminat merasakan manisnya iman, ia mesti berserah kepada ketentuan Allah dan rasul-Nya, juga tunduk kepada aturan Islam. Rasulullah SAW bersabda: Akan merasakan kemanisan iman; seseorang yang reda Allah sebagai tuhannya, Islam sebagai agamanya, dan Muhammad SAW sebagai rasulnya. (riwayat Al-Bukhari) Siapa yang reda Allah sebagai tuhannya, ia akan sabar menerima takdir-Nya. Setiap musibah dan kesusahan yang menimpa akan diterima dengan hati yang lapang dan bersyukur. Imam Al-Ghazali dalam Ihya bercerita: seseorang melihat luka yang terdapat di kaki Imam Wasi' bin Hibban. Ia lalu berkata: "Setiap kali aku melihat luka ini, aku sangat kasihan kepadamu." Wasi bin Hibban malah menjawab: "Sejak luka ini keluar di kakiku, aku selalu bersyukur. Kerana Allah SWT tidak menjadikan luka ini di dalam mataku." Siapa yang reda Muhammad sebagai nabinya, ia akan melaksanakan semua sunnahnya. Dan siapa yang reda Islam sebagai agamanya, ia akan tunduk patuh dengan semua hukum dan aturan Islam. Kedua: Siapa ingin merasai kemanisan iman, ia mesti menanamkan rasa cinta kepada Allah dan rasul-Nya, mencintai manusia kerana Allah dan sangat membenci kemungkaran. Rasulullah SAW bersabda: Tiga perkara; sesiapa yang memilikinya, maka ia akan merasakan manisnya iman. Seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya melebihi sesuatu yang lain. Ia mencintai seseorang hanya kerana Allah semata-mata. Dan ia enggan kembali kepada kekufuran sebagaimana keengganannya dicampakkan ke dalam api. (riwayat al-Bukhari dan Muslim) Siapa yang mencintai Allah dan Rasul-Nya, ia akan mengorbankan apa sahaja untuk membela agama Allah. Siapa yang mencintai seseorang kerana Allah, ia akan selalu menasihatinya dengan lemah lembut dan bersabar dengan kesalahan-kesalahannya. Dan siapa yang membenci kemungkaran, maka ia tidak akan pernah mendekatinya apalagi melakukannya. Ketiga: Siapa yang ingin merasai kemanisan iman, paksalah diri untuk menyukai ibadah. Sama ada ibadah yang wajib mahupun yang sunat. Setiap kali melakukan amalan ibadah, jangan bersegera bangkit daripadanya. Sebaliknya, berusahalah untuk berlama-lama di dalamnya. Tanda hati sihat Ini kerana menyukai ibadah adalah tanda hati yang sihat. Sebab zikir dan ibadah merupakan makanan jiwa. Jika kita merasa nikmat melakukannya, pertanda hati telah mula sembuh dari sakitnya. Jika kita merasa pahit beribadat, itu pertanda hati masih sakit dan memerlukan perawatan. Hasan al-Basri berkata: "Rasakanlah kemanisan dalam tiga perkara: ketika melakukan solat, membaca al-Quran atau ketika berzikir. Jika engkau merasakannya, maka bersyukurlah. Namun jika kau tidak merasakannya, maka ketahuilah bahwa pintu hatimu telah tertutup." Demikianlah beberapa perkara yang boleh kita lakukan untuk mendapatkan kemanisan iman. Mintalah bantuan daripada Allah agar diberikan kesempatan merasai manisnya iman. Semoga kita tidak termasuk orang-orang yang merugi kerana meninggal dunia sebelum merasakan sesuatu yang paling nikmat di dunia ini. |
Posted: 15 Dec 2012 08:27 PM PST Antara bidang penulisan manuskrip Melayu yang sering diketengahkan ialah seperti bidang keagamaan yang terdiri daripada ilmu tajwid, fekah, tasawuf, akhlak dan sejarah manakala dalam bidang tradisi Melayu tempatan seperti hikayat, budaya dan perubatan. Manuskrip adalah nama yang diberikan kepada naskhah penulisan yang bertulis tangan. Manakala tulisan yang digunakan ialah Jawi. Tulisan Jawi ialah tulisan yang diadaptasi daripada huruf-huruf Arab sebanyak 30 huruf dan Parsi sebanyak lima huruf bagi membentuk perkataan bahasa Melayu. Bahan yang digunakan untuk menulis manuskrip Melayu ialah pen, dakwat dan kertas. Pen yang digunakan oleh para penulis Melayu dahulu diperbuat daripada batang pelepah pokok resam. Pokok resam ialah sejenis pokok daripada keluarga paku-pakis yang besar dan kebanyakannya tumbuh di kawasan hutan terutamanya di kawasan sejuk seperti di kawasan tanah tinggi. Pelepah daun pokok resam diambil dan dibersihkan sebelum dipotong mengikut saiz dan mata pen yang diperlukan oleh penulis. Bagi menghasilkan tulisan Jawi yang kemas, sudut potongan mata pen perlu dilakukan dengan berhati-hati supaya tidak mudah pecah dan boleh digunakan untuk masa yang lama. Selepas pen, bahan lain yang diperlukan ialah dakwat untuk menulis. Terdapat beberapa bahan digunakan sebagai dakwat seperti yang ditemui oleh para pengkaji manuskrip Melayu. Selalunya dakwat yang digunakan oleh penulis Melayu ialah hitam. Bahan-bahan untuk menghasilkan dakwat ini terdiri daripada bahan daripada sumber alam semula jadi yang berada dalam dengan kehidupan masyarakat Melayu seperti; jelaga, arang dan dakwat sotong. Jelaga juga penting dalam penggunaan cap mohor seperti yang diterangkan oleh Annabel Gallop (2012) dalam buku Lasting Impression - Seals from the Islamic World bagaimana salah seorang Undang Johol telah menggunakan lampu minyak tanah dan mengasapi cap mohor beliau bagi menghasilkan jelaga sebelum mengecap dokumen rasmi dalam satu majlis pada 1948. Satu lagi bahan asas penting yang diperlukan untuk menulis ialah kertas. Dalam penulisan manuskrip Melayu, kertas yang digunakan bukan seperti kertas yang boleh didapati pada hari ini. Kertas di alam Melayu di panggil deluang yang diperbuat daripada lapisan kulit pokok seperti mulberi yang diketuk sehingga leper selepas lapisan dalam kulit pokok tersebut direndam sehingga lembut. Kertas ini mempunyai tekstur dan tahan lama. Selain daripada kertas deluang, bahan lain yang digunakan untuk menulis ialah seperti; kayu, daun nipah dan daun lontar. Permukaan setiap bahan yang digunakan untuk menulis menggunakan dakwat dan pen perlulah licin dan tidak terlalu kesat kerana ia akan mengganggu penulisan dan tulisan yang dihasilkan tidak jelas dan sukar untuk dibaca. Selain kertas deluang, kertas yang diimport dari negara luar terutamanya dari Barat seperti; Belanda, Perancis dan England. Kertas-kertas import ini kebanyakannya ditanda dengan cap perniagaan tersendiri yang dikenali sebagai tera air. Ikuti sambungan siri 2 di artikel seterusnya. |
Posted: 15 Dec 2012 08:26 PM PST Manakala dalam ayat yang berikutnya dia menerangkan pula keingkaran tentang hari kebangkitan semula manusia dan juga permintaan mereka agar hari kebangkitan tersebut didatangkan dengan segera dalam nada mengejek. Kemudian diterangkan kepastian berlaku hari kebangkitan dan bangkit dari kubur masing-masing lantas mereka bertanya: Siapakah yang telah mengejutkan kami dari kubur? Kemudian dijawab: Allah SWT yang menentukan semua ini dan Dia telah menjanjikannya kepada rasul-rasul-Nya yang lepas. Ibnu Kathir berkata: "Allah SWT mengkhabarkan tentang anggapan orang kafir yang mengatakan mustahil terjadinya hari Kiamat dalam kehidupan mereka." Firman Allah SWT: Dan (apabila mereka diingatkan tentang huru-hara dan balasan akhirat) mereka bertanya (secara mempersenda): Bilakah datangnya (hari akhirat) yang dijanjikan itu? Jika betul kamu orang-orang yang benar (maka Kami sedia menunggu). (Yasin: 48) Al-Maghari berkata: "Mereka berkata dengan nada mengejek-ejek serta memperolok-olok: Bilakah berlakunya hari kebangkitan manusia yang sering kali kamu ancamkan kepada kami, sama ada secara jelas atau samar jika kamu orang yang boleh dipercayai kata-katanya?" Kata-kata di atas ditujukan kepada Rasulullah SAW dan orang Mukmin yang sentiasa membacakan ayat yang menyebut hari kebangkitan manusia dan menyuruh mereka beriman dengan peristiwa tersebut. Pertanyaan mereka dijawab oleh Allah SWT. Firman Allah SWT: Mereka tidak menunggu melainkan satu pekikan yang (dengan secara mengejut) akan membinasakan mereka semasa mereka dalam keadaan leka bertengkar (merundingkan urusan dunia masing-masing). (Yasin: 49) Ibnu Jarir meriwayatkan daripada Ibnu Umar yang berkata: "Sebenarnya sangkakala akan ditiup ketika manusia berada di jalan, majlis-majlis dan pasar-pasar. Ketika itu sehelai kain masih berada di tangan dua orang yang sedang tawar-menawar, tiba-tiba mereka terkejut." Itulah yang dimaksudkan Allah SWT dalam firman-Nya: Mereka tidak menunggu melainkan satu teriakan sahaja akan membinasakan mereka ketika sedang bertengkar. Ibnu Kathir berkata: "Mereka tidak menunggu kecuali satu teriakan sahaja. Ketika ditiupkan sangkakala, manusia masih lagi bertengkar, tawar-menawar di pasar-pasar. Malaikat Israfil diperintahkan Allah SWT meniup dengan kuat dan berterusan, tidak satu makhluk yang terkecuali mendengarnya lantas semuanya dibangkitkan dan berkumpul di hari kiamat." Imam al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan sebuah hadis daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: Kiamat akan berlaku ketika dua orang masih merentang sehelai kain dalam proses tawar-menawar hingga kedua-duanya tidak sempat lagi meneruskan urusan jualbelinya, apatah lagi melipat semula kainnya itu. Kiamat juga akan berlaku ketika seseorang baru menyimen kolahnya sebelum sempat mengisi air di dalamnya. Hari kiamat juga berlaku ketika seseorang membawa susu kambingnya tanpa sempat meminumnya. Kiamat juga akan berlaku ketika seseorang baru menyuap makanan ke dalam mulutnya sebelum sempat dia mengunyahnya. Kemudian Allah SWT menerangkan kedatangan hari Kiamat yang begitu cepat dengan hanya satu teriakan sahaja malah lebih cepat daripada itu. Firman Allah SWT: Maka dengan itu, mereka tidak berpeluang membuat sebarang pesanan (wasiat atau lainnya), dan (kalau mereka berada di luar) mereka tidak sempat kembali kepada keluarganya. (Yasin: 50) Ibnu Kathir berkata: "Atas yang mereka miliki kerana saat itu lebih penting daripada masalah tersebut." Al-Maghari berkata: "Ketika itu mereka tidak lagi berpeluang membuat pesanan wasiat kepada seseorang di kalangan ahli keluarganya. Begitu juga dengan seseorang yang berpisah dengan keluarga tidak sempat lagi untuk berkumpul semula." Pekikan itu datang dengan mendadak sehingga mereka akan mati berkaparan di mana sahaja ketika itu. Kemudian Allah SWT menerangkan pula tiupan sangkakala yang kedua akan ditiupkan nanti. Marilah sama-sama kita menginsafi betapa kerdilnya kita yang akan melalui peringkat perjalanan yang jauh, bermula daripada kehidupan dunia menuju ke alam kubur seterusnya dibangkitkan menjadi hamba Allah yang perlu taat dan patuh kepada perintah-Nya. Ini kerana kebahagiaan yang hakiki ialah apabila seseorang selamat dari neraka Allah dan dapat menghuni syurga-Nya. |
Posted: 15 Dec 2012 08:25 PM PST Perjalanan hidup ini memberikan berbagai-bagai pelajaran kepada kita untuk dijadikan pengalaman. Bagaimanapun, kebanyakan orang dilamun keluh kesah, gelisah, tidak tenteram, kesempitan dan kegoncangan batin, diri berasa sepi, hidup kosong dan diri terasa tidak mempunyai apa-apa. Tidak dapat dinafikan, umat Islam masa kini banyak mengalami gejala gangguan emosi dan penyakit rohani sehingga menimbulkan keresahan dan kegelisahan dalam hidup. Akibatnya, fizikal atau jasmani manusia mengalami pelbagai seksaan dan penderitaan jiwa. Penyakit ini boleh membawa kepada keresahan hidup manusia dan jiwa tidak tenteram dan bahagia. Mereka ini adalah di kalangan orang yang tidak mempunyai nikmat iman dan keyakinan hidup. Mereka tidak ada rasa dan tidak ceria, tawar, kosong walaupun mereka berada di kelilingi oleh kelazatan dan kemewahan. Mereka sentiasa mencari kebahagiaan, namun tidak dapat mengecap apa itu nikmat kebahagiaan. Tokoh ilmuwan Barat, James F. Clark juga pernah mengakui yang menurutnya, di bawah naungan Yang Maha Pelindung, jiwa dapat beristirehat dengan tenang dan tenteram. Sementara menurut Gioacchino Rossini, jiwa yang menderita biasanya disebabkan oleh kesombongan sendiri. Ini disebabkan oleh akhlak yang tidak baik dalam diri seseorang. Imam Al-Ghazali menyatakan, tujuan untuk memperbaiki akhlak adalah untuk membersihkan kalbu (jiwa) daripada kotoran-kotoran hawa nafsu menjadikan amanah hingga ia jernih bagaikan cermin yang dapat menerima cahaya Tuhan. Kalau seseorang itu tidak mengetahui jiwanya sendiri yang paling dekat pada dirinya, apa gunanya dia menuntut berbagai-bagai ilmu pengetahuan itu. Kebahagiaan yang dicari banyak terletak kepada jiwa seseorang. Jiwa orang yang beriman dan bertakwa akan mudah dan merasa nikmat kebahagiaan. Manakala jiwa yang kotor sukar untuk merasa nikmat kebahagiaan. (rujuk asy-Syams: 7-10) Begitulah dijelaskan, kebahagiaan yang dicari terletak kepada ketakwaan dan kesucian jiwa sebagai kunci kepada kebahagiaan. Sebagai contoh pada zaman dahulu, kaum Samud telah mendustakan rasulnya, kaum ini telah melampaui batas dan berlaku zalim. Akhirnya, Allah SWT telah membinasakan kaum ini kerana dosanya dengan timbusan tanah. Peringatan ini sewajarnya menjadi peringatan kepada kita semua. Sebagai hamba-Nya, kita seharusnya reda dengan apa yang ada pada kita. Selain itu, kita berusaha untuk mendapatkan apa yang dicita-citakan dalam hidup. Kebahagiaan yang kita cari tak semestinya kita peroleh. Namun, jika kita bersyukur dan menerima seadanya kita akan merasa nikmat kebahagiaan itu. Selain itu, renungi kehidupan orang yang lebih susah dan tidak bernasib baik, pasti kita akan berasa kita masih lagi bahagia daripada mereka. |
Posted: 15 Dec 2012 08:24 PM PST Jawapan SEGALA puji bagi Allah SWT yang telah menjadikan kekayaan dan kemiskinan sebagai satu ujian bagi setiap manusia. Di dalam Islam, kemiskinan bukanlah sesuatu yang wajar dicari, namun, jika ditakdirkan menjadi miskin, seseorang itu tidak pula seharusnya membiarkan dirinya terus-menerus berkeadaan miskin. Mereka dianjurkan agar berusaha dan mencipta kejayaan dalam hidupnya. Namun, jika mereka bersabar dalam tempoh kemiskinan itu, pastilah besar pahalanya di sisi Allah SWT. Banyak ayat al-Quran dan hadis Nabi Muhammad SAW yang menyeru manusia agar berusaha dan menjadikan diri mereka mampu bersedekah dan berzakat. Sudah pastilah, ia adalah satu isyarat agar kita berusaha untuk keluar daripada kemiskinan. Namun, jangan kita lupa bahawa manusia boleh menjadi miskin dengan pelbagai sebab. Ada orang menjadi miskin atas faktor keadaan. Misalnya, harta-benda dan kekayaannya musnah akibat bencana alam seperti gempa bumi, tsunami dan sebagainya. Atau dia menjadi miskin kerana kegawatan ekonomi, perusahaannya bankrap atau dia dibuang kerja. Maka, dia menjadi miskin secara tiba-tiba tanpa diduga. Ada juga orang menjadi miskin atas faktor latar belakang keluarga yang tidak berpendidikan atau memang terkekang dengan belenggu yang menghalang perubahan. Misalnya pada zaman dahulu, ada orang menjadi miskin kerana mereka lahir dalam keturunan miskin, pekerja bawahan dan juga keturunan hamba abdi, seperti Bilal bin Rabah. Sukarlah mereka untuk keluar daripada keadaan sedemikian. Maka, untuk memuliakan manusia hamba itulah, Allah SWT telah mengizinkan agar mereka dibebaskan dengan peruntukan zakat. Bahkan, Nabi Muhammad SAW juga menyeru agar manusia sentiasa berfikir untuk menjadi lebih baik dan keluar daripada status yang lemah. Nabi Muhammad SAW menyatakan: Mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah dan pada tiap-tiap (mereka) ada kebaikan. Bersungguh-sungguhlah kamu mendapatkan apa yang mendatangkan manfaat bagi kamu, dan pohonlah pertolongan kepada Allah dan janganlah kamu lemah dan sekiranya suatu (musibah) menimpa kamu maka janganlah kamu mengatakan: Kalau saya melakukan itu (dulu) sudah tentu saya akan begini dan begitu, tetapi katakanlah: (Ini adalah) takdir Allah, Dia berkuasa melakukan apa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya "KALAU" membuka amalan syaitan. (riwayat Muslim) Hakikatnya, walau apa pun situasi kemiskinan, ia adalah ujian daripada Allah SWT. (rujuk al-An'am: 53) Pemberian Berbalik kepada persoalan di atas, bagaimanakah sikap orang kaya apabila didatangi orang-orang miskin? Jawapannya, sudah pastilah Islam menghendaki agar golongan miskin ini dilayan secara sepatutnya. Jika perlu memberi, maka berilah. Jika enggan memberi, maka tolaklah dengan baik. Bahkan, pemberian yang diiringi ucapan yang jahat, dipandang hina oleh Allah SWT. (rujuk al-Baqarah: 264) Perkara yang paling dilarang adalah, jika si kaya itu enggan memberikan hartanya maka dia turut mendabik dada bahawa harta itu adalah miliknya; bahkan sebaliknya mengherdik orang-orang miskin itu agar berusaha sendiri mencari hartanya. Allah SWT menyelar golongan ini kerana mereka telah berkelakuan seperti Qarun. (rujuk al-Qasas: 78) |
Penghantaran al-Quran ke Kemboja Posted: 15 Dec 2012 08:23 PM PST Majlis penghantaran Al-Quran Terjemahan Khmer itu dihantar melalui kapal yang berlabuh di Klang, Selangor dengan disaksikan Pengerusi YRM, Datuk Abdul Latiff Mirasa dan para pegawainya. Yang turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Kagat, Kol Nawawi Daud dan Kapten Normazlan Abd Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif, Vo Husin Bakar dan Ketua Pegawai Operasi YRM, Muhamad Taufiq Izham Ismail. Abdul Latiff berkata, kesemua naskhah al-Quran adalah sumbangan wakaf anak Malaysia dan akan berlayar menuju ke Bandaraya Ho Chi Minh City, Vietnam menuju ke Phnom Penh, Kemboja dalam tempoh perjalanan selama kira-kira 14 hari. Menurutnya, beberapa delegasi Malaysia yang mewakili Kementerian Pertahanan, YRM dan Yayasan Pembangunan Umat Islam Kemboja akan berada di sana bagi menyerahkan al-Quran secara rasmi kepada penduduk Islam terbabit nanti. Beliau berkata, sebelum ini al-Quran dihantar pada bulan Ramadan pada 2010, sebanyak 10,200 naskhah, manakala pada tahun ini sebanyak 40,000 naskhah. "Pada 2010 sebanyak RM1,038,888 telah berjaya dikutip untuk mencetak 50,000 naskah al-Quran, manakala pada tahun lalu sebanyak RM1,003,837 bagi mencetak 40,000 naskhah kitab yang sama. "Rakyat Malaysia melalui Program Wakaf al-Quran Sinar Sejagat berjaya membantu minoriti umat Islam seluruh dunia," katanya ketika ditemui. Abdul latiff berkata matlamat penghantaran al-Quran ke Kemboja sekurang-kurangnya dapat membantu masyarakat Islam di sana mendalami isi kandungannya. Selain Kemboja, YRM juga pernah menghantar al-Quran negara lain seperti Nigeria, Kazakstan, Indonesia dan Thailand. YRM yang dibantu Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mensasarkan 100,000 naskhah kitab berkenaan dihantar ke Kemboja dalam tempoh lima tahun bagi memenuhi keperluan 100,000 keluarga Islam yang mempunyai anggota seramai 500,000 orang. Beliau berkata, tujuan utama al-Quran dihantar ke sana ialah bagi merealisasikan misi kemanusiaan dan mempereratkan tali persaudaraan seagama daripada aspek meningkatkan kefahaman umat Islam Kemboja mengenai ilmu al-Quran dan nilai-nilai murni sejagat yang terdapat di dalamnya. Katanya, al-Quran yang dihantar ke sana telah melalui proses penterjemahan ke dalam bahasa Khmer iaitu bahasa rasmi Kemboja. "Al-Quran perlu dihantar kerana umat Islam di sana sukar mendapat mushaf al-Quran berikutan kekurangan dana dan kesukaran mencetaknya. "Jumlah mushaf al-Quran yang pernah dihantar ke sana tidak mencukupi dan mereka berkongsi sebuah mushaf bagi kegunaan lima buah keluarga," jelasnya. Kata Abdul Latiff lagi, pelbagai pihak telah melaksanakan misi bantuan pelbagai bentuk seperti dana untuk membangunkan fasiliti pendidikan, masjid, pakaian, kitab, ibadah korban dan akikah. Alhamdulillah YRM dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) lebih menumpukan kepada usaha wakaf al-Quran. |
Posted: 15 Dec 2012 08:22 PM PST Rombongan 18 sukarelawan itu terdiri daripada ahli Aqsa Syarif, krew media dan juga duta Aqsa Syarif, Afdlin Shauki bersama krew Vision Works. Misi tersebut merupakan yang kedua daripada empat misi yang diaturkan selepas serangan besar-besaran selama tujuh hari yang dilancarkan oleh pihak Israel. Bagaimanapun bantuan tersebut merupakan misi yang ke-11 yang disalurkan oleh Aqsa Syarif sejak awal penubuhannya. Ketua misi, Nor Azmi Talib berkata, misi bantuan kali ini memfokuskan kepada bantuan kecemasan dan ubat-ubatan dengan peruntukan sebanyak RM450,000 daripada hasil kutipan yang dilancarkan. "Di samping menemui mangsa-mangsa serangan rejim Zionis Israel, rombongan misi akan membuat penyerahan bantuan berbentuk keperluan hidup kepada penduduk Gaza seperti bantuan makanan, ubat-ubatan dan keperluan seharian mangsa," katanya. Beliau berkata demikian sebelum berlepas mengetuai kumpulan bantuan kedua itu. Misi bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Kaherah dan dijangka tiba di Gaza pada 10 Disember. Sebanyak RM1.5 juta telah disampaikan oleh kumpulan pertama yang berlepas pada 29 November lalu dan diketuai oleh Pengerusi Aqsa Syarif, Profesor Madya Dr. Hafidzi Mohd. Nor. Sementara itu, Afdlin berharap orang ramai tidak kira keturunan dan agama dapat sama turut membantu mengikut kemampuan masing-masing dalam meringankan bebanan yang menimpa penduduk Gaza. Afdlin bersama krew Vision Works akan membuat penggambaran kesengsaraan yang dihadapi rakyat Gaza dengan merakam suasana kawasan yang menjadi nahas serangan Israel dan juga keadaan mangsa serangan. "Diharap dengan usaha ini dapat menggalakkan dan meningkatkan lagi kesedaran orang ramai terhadap situasi sebenar yang menimpa penduduk Gaza agar lebih banyak bantuan dapat disalurkan kepada mangsa," katanya. Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh berbuat demikian dengan menyalurkan ke dalam akaun Aqsa Syarif Berhad, 551575004299 (Maybank Islamik) atau 12092010034904 (Bank Islam). |
Posted: 15 Dec 2012 08:12 PM PST Kasut tumit tinggi, balet, wedge dan sarung antara pilihan bagi melahirkan imej seorang wanita sama ada seksi mahupun ayu. Sama seperti pemilik nama Leeza Buniran, 27. Obsesnya terhadap kasut tidak kurang daripada wanita lain cuma bezanya dia lebih menyukai kasut Oxford iaitu jenis bertali kasut yang sebelum ini lebih sinonim dengan lelaki. Ceritanya, kasut Oxford menjadi pilihan kerana tidak bertumit tinggi, memudahkan wanita lincah ini ke sana-sini tetapi masih bergaya. "Seperti wanita lain, saya gemar berfesyen tetapi lebih memilih gaya santai. "Mungkin kerana imej saya yang rileks dan rock membuatkan saya lebih sesuai mengenakan kasut Oxford bersama seluar jeans dan kemeja-T. "Kasut Oxford juga sebenarnya boleh digayakan dengan gaun tidak formal membuatkan si pemakai nampak berbeza dan bergaya. "Di luar negara, kasut Oxford sudah mula digemari ramai kerana sifatnya yang menyelesakan malah Taylor Swift merupakan peminat kasut Oxford," ujar pemilik Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Majlis dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini. Jenama sendiriAtas minat yang mendalam terhadap rekaan kasut Oxford, Leeza akhirnya bertekad terlibat dengan dunia rekaan kasut malah sudah mempunyai jenamanya sendiri, Lera. Khusus kepada pembuatan kasut Oxford, ujarnya, dia bermula secara kecil-kecilan tahun lalu bersama rakannya, Nur Faezah Ramli dan kini semakin rancak menambah rekaan baru. "Kasut Oxford lebih sukar ditemui berbanding gaya lain, membuatkan saya terpanggil untuk merekanya. "Saya mementingkan kualiti dengan menggunakan kulit lembu asli dan memastikan kualiti pembuatannya. "Sekarang, saya sedang merancang menghasilkan kasut Oxford yang mempunyai identiti tempatan seperti bercorak batik kerana kasut Oxford selalunya kosong," ujar pemilik Lerak FJ Boutique. Akui Leeza, dunia rekaan fesyen terutama kasut bukanlah semudah yang dibayangkan tambahan pula dia terlibat dengan bidang lain sebelum ini. Namun atas minat ditambah dorongan rakan yang terlibat sama dalam rekaan kasut membuatkan dia nekad mengeluarkan jenamanya sendiri. |
Posted: 15 Dec 2012 08:08 PM PST Ketika ini, kementerian dalam tindakan menyediakan hosting baharu bagi memudahkan guru mengakses ke dalam sistem yang sebelum ini menimbulkan rungutan dalam kalangan guru yang terpaksa memperuntukkan masa agak lama untuk mengakses sistem tersebut. Menurut Unit Komunikasi Korporat Kementerian, tindakan yang diambil Bahagian Pengurusan Maklumat kementerian adalah dengan memindahkan SPPBS ke hosting baharu dalam usaha mengatasi tersebut pada masa ini. Tindakan itu adalah bagi menampung bilangan pengguna yang mengakses secara serentak sehingga 40,000 orang pada satu-satu masa untuk mengakses sistem berkenaan. ''Pihak kementerian juga telah menggandakan bilangan server daripada 4 kepada 20 buah server mulai November lalu bagi mengurangkan kesesakan pengguna yang ramai'', kata kenyataan itu di sini hari ini. Kenyataan tersebut sebagai reaksi kepada Ruangan SMS Utusan Malaysia baru-baru ini mengenai rungutan 'Guru Kini' yang mendakwa PBS menambah bebanan guru kerana sukar memasuki laman web sistem tersebut walaupun pada waktu awal pagi. Menurut kenyataan itu lagi, kementerian amat prihatin dengan kesukaran dan masalah yang terpaksa dihadapi guru berhubung perlaksanaan sistem baharu itu namun yakin masalah yang timbul akan dapat diatasi dalam tempoh terdekat ini. Kira-kira 5,272,478 pelajar terdiri daripada 2,804,405 murid sekolah rendah dan 2,281,775 pelajar sekolah menengah terlibat dalam perlaksanaan sistem PBS membabitkan 7,723 sekolah rendah dan 2,296 sekolah menengah. Melalui sistem baharu ini, guru tidak lagi perlu meramal bentuk soalan dan topik yang akan diuji dan pada masa yang sama, tidak perlu melaksanakan latih tubi terhadap topik tertentu. Sebaliknya, pelajar akan dilatih untuk berfikir secara kritis dan mengaplikasi ilmu yang dipelajari dalam pelbagai konteks keperluan malah format pentaksiran baharu itu membolehkan murid dinilai berdasarkan hasil lebih luas dalam jangka masa yang lebih panjang. Ia bertujuan untuk menambah baik sistem penilaian ke atas pelajar dengan menggunakan standard prestasi kerana sebelum ini penilaian terhadap pencapaian pelajar terlalu berorientasi peperiksaan sejajar usaha kerajaan menambah baik Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan memansuhkan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) menjelang 2014. Ia merupakan satu pentaksiran bersifat holistik yang mampu menilai aspek kognitif (intelek), efektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Secara spesifik, PBS dioptimumkan bagi mentaksir bidang akademik dan bukan akademik, memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif (pentaksiran yang dijalankan semasa proses pembelajaran berlangsung) dan sumatif (pentaksiran yang dijalankan di akhir satu unit pembelajaran) berasaskan sekolah. Komponen PBS dalam sistem pentaksiran kebangsaan merangkumi Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum dan Pentaksiran Psikometrik. PS dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru sekolah di sekolah iaitu contoh instrumen pentaksiran yang boleh digunakan ialah lembaran kerja, pemerhatian, kuiz, senarai semak, laporan tugasan, tugasan rumah dan ujian. Bagi PP pula ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor di peringkat sekolah oleh guru berdasarkan tugasan dan skema pemarkahan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan dalam tempoh yang ditetapkan mengikut mata pelajaran. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dilaksanakan di peringkat sekolah dan ditadbir, direkod dan dilaporkan melalui penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam aktiviti jasmani dan kesihatan. Selain itu, sukan dan permainan, aktiviti kokurikulum dan aktiviti ekstrakurikulum (contohnya penglibatan sebagai ahli kumpulan marhaban yang dianjurkan oleh JK Surau tempat murid tinggal dan aktiviti bermanfaat lain yang dianjurkan oleh pihak luar selain sekolah). Pentaksiran Pkisometrik pula dilaksanakan di peringkat sekolah atau pusat untuk mengukur kebolehan (innate ability and acquired ability) semulajadi murid, kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid. Pentaksiran ini tidak berasaskan kurikulum. |
300 peserta jayakan membaca setinggi awan Posted: 15 Dec 2012 08:08 PM PST Program yang berlangsung selama tiga hari itu turut menampilkan acara julung kali 'Membaca Setinggi Awan' di 'Mega View Deck' Menara Kuala Lumpur pada ketinggian 288 meter dari aras bumi. Aktiviti santai ini berlangsung selama dua jam dan sepanjang acara berlangsung, semua peserta menghabiskan masa dengan membaca buku yang dibawa atau yang disediakan oleh penganjur sambil mengambil kesempatan menikmati panorama Kuala Lumpur yang menakjubkan. Pelancaran program itu disempurnakan Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Seri Dr. Sahol Hamid Abu Bakar. Ia merupakan inspirasi Sahol Hamid sendiri dan merupakan program julung kali diperkenalkan sekali gus menjadi penganjur pertama yang mengadakan bacaan beramai-ramai di menara komunikasi tertinggi di Asia Tenggara. Pelajar yang terlibat menyertai program 'Membaca Setinggi Awan' berpeluang menikmati potongan harga istimewa dengan hanya membayar RM10 untuk memasuki Menara Kuala Lumpur berbanding kadar biasa RM29.90. Antara program berlangsung, antara aktiviti yang dijalankan seperti Bazaar Buku PTS Media Group Sdn. Bhd, pameran dan Fiesta Komik-M, gerai istimewa penulis novel remaja dan kanak-kanak. Turut diberikan potongan harga istimewa kepada pembeli pelbagai jenis bacaan buku, gerai eksklusif Komik-M iaitu karikatur percuma dengan pembelian Komik-M PTS dan juga aktiviti sampingan (Sandy Art Fiesta, Clown's Hour serta perjumpaan tahunan pembaca Ain Maisarah. Program tersebut dianggap mampu menerapkan budaya membaca dalam kalangan kanak-kanak dan juga remaja sekali gus merealisasikan 'Kempen Membaca' yang diperkenalkan oleh kerajaan. Selain itu, program itu diihat dapat membantu mempromosikan buku-buku dan memperkenalkan barisan penulis-penulis tanah air ke peringkat lebih tinggi. |
Sekolah agama juara pertandingan saintis muda Posted: 15 Dec 2012 08:06 PM PST Guru Penasihat Projek sekolah itu, Che Azwira Che Aziz berkata, daya kreativiti mereka menjadikan bunga telang iaitu sejenis tumbuhan herba yang hanya terdapat di negeri Kelantan sebagai serbuk bahan pewarna masakan telah menarik minat juri sekali gus diumum juara untuk merangkul wang tunai RM3,000. "Kami bangga terpilih sebagai pemenang pertandingan ini dan mampu memberi saingan yang hebat kepada sekolah menengah lain walaupun SAMTSH aliran agama," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di SAMTSH, Klang, Selangor baru-baru ini. Projek pertandingan itu yang diberi nama Blua Pea Powder disiapkan dalam masa sebulan oleh Erna Laila Mohd. Shaher, Khairul Nisa Ishak, Aina Syairah Zakaria, Syazwa Azirah Rahmat dan Nur Amirah Zainal. Menurut Che Azwira, bunga telang digunakan untuk menghasilkan warna biru nasi kerabu dan kandungannya bersih daripada bahan kimia berbanding bahan pewarna nasi kerabu sedia ada dijual di pasaran. "Bagi memudahkan proses penyediaan makanan berkenaan, kami melakukan beberapa kajian sebelum mendapati bunga ini boleh digunakan dalam bentuk serbuk selain mampu disimpan lama. ''Blua Pea Powder dihasilkan adalah untuk memudahkan penghuni rumah yang tinggal di rumah pangsa dan mereka yang tinggal di luar negara mudah mendapatkan produk ini,'' jelasnya. Pertandingan L'oreal Saintis Muda disertai enam sekolah menengah berprestasi tinggi dengan mengemukakan 12 projek dan menguji pesertanya dari segi rekaan saintifik yang menumpu dalam penggunaan teknologi terkini bagi memudahkan urusan seharian. Tempat kedua pertandingan itu disandang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Ampuan Rahimah, Klang yang meraih RM2,000 manakala SMK Jalan Empat pula membawa pulang RM1,000 selaku pemenang tempat ketiga. Hadiah disampaikan Pengarah Urusan L'oreal Malaysia, Andrew Stanleick sambil disaksikan Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UPM, Profesor Datin Paduka Dr Aini Ideris. Sementara itu, Andrew berkata, objektif pertandingan tersebut adalah untuk mengembangkan potensi dan kemahiran saintifik pelajar ke peringkat lebih tinggi. "Pertandingan ini juga sebagai platform kepada pelajar untuk mempamer hasil kajian generasi muda selain dapat menggalakkan minat pelajar terhadap manfaat sains," katanya. |
Posted: 15 Dec 2012 08:01 PM PST Selain menerajui pengeluaran peranti untuk tujuan komunikasi dua hala menerusi suara, Samsung kini turut menyedari keperluan terhadap peralatan pintar yang lain turut bertambah. Sehubungan itu, syarikat barangan elektronik terkemuka tersebut memperkenalkan kamera Samsung Galaxy. Merupakan kamera pertama Samsung yang dilengkapi bersama teknologi Connected Camera dan digabungkan dengan kelebihan ciri fotografi berprestasi tinggi. Antaranya adalah kebebasan sambungan jaringan Internet 3G dan WiFi yang dijana oleh Android™ 4.1 (Jelly Bean) sebagai platform utama. "Hari ini kami telah menembusi tembok kebiasaan bagi penggunaan teknologi kamera konvensional. "Menerusi gabungan Unit Telefon dan Perniagaan Imej Digital, Samsung berjaya menghasilkan sebuah kamera sambungan (Connected Camera) yang menepati cita rasa semua," katanya. Kamera Samsung Galaxy juga menawarkan aktiviti merakam imej, keseronokan, menyunting, perkongsian imej berkualiti tinggi dan video 'on-the-spot' dalam satu peranti sahaja. Bagi mengelakkan aktiviti Internet menerusi kamera Samsung Galaxy menjadi perlahan ketika waktu puncak, ia turut dilengkapi bersama teknologi Dual Band dan Channel Bonding. Ini sekali gus memudahkan jurugambar untuk memuat naik imej ke laman sosial terkenal mereka seperti Facebook, Twitter, Pinterest dan Instagram. Kamera Samsung Galaxy kini boleh didapati di mana-mana pengedar produk Samsung dengan harga RM1,899. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
1 ulasan:
Datangnya tidak diundang jika ragu-ragu sila pulang
Catat Ulasan