ads

Ahad, 16 September 2012

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Tomok Bertuah Isteri Bantu Soal Penampilan

Posted: 16 Sep 2012 08:56 PM PDT

Tomok bersama isterinya Ayu dan anak mereka Arrianshah Akid pada majlis cukur jambul dan rumah terbuka Aidilfitri di Alam Damai, Cheras di sini, petang Ahad.

KUALA LUMPUR: Penyanyi Tomok berkata dia berasa bertuah kerana isterinya Rahayu Abbas (Ayu) banyak memberikan bimbingan dan pandangan berkaitan imej dan penampilannya sebagai selebriti.

Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 28, berkata, imej kontemporari dan keremajaan yang diperagakan itu banyak dibantu isterinya yang menekankan soal penampilan terutamanya bagi persembahan pentas dan sesi fotografi bersama media.

"Penampilan saya yang mengikut trend dan keremajaan ini banyak dipengaruhi oleh isteri saya, Ayu. Saya cukup bertuah kerana Ayu banyak memberikan tip, pandangan dan teguran mengenai penampilan saya.

"Pendek kata, dia memang menitikberatkan apa yang saya pakai terutamanya bagi urusan kerja. Sebagai selebriti, aspek penampilan harus mengikut kesesuaian dan trend semasa agar kita nampak relevan dan mengikuti perkembangan," katanya.

Tomok berkata demikian pada majlis rumah terbuka dan cukur jambul anaknya, Arrianshah Akid, tiga bulan setengah, di kediaman ibu bapanya di Alam Damai, Cheras di sini, petang Ahad.

Mengenai keluarganya, bekas vokalis kumpulan New Boyz ini berkata, kehadiran anak lelaki itu bagaikan satu rahmat yang melengkapi keluarganya dan mengubah sikap dan pemikirannya.

"Arrian banyak mengubah hidup saya. Dia menjadikan saya lebih matang dan berfikiran jauh mengenai masa depan kami sekeluarga.

"Saya berasa sejuk hati dan lapang dada apabila lihat dia tergelak dan bergurau setiap kali pulang dari kerja. Kehidupan saya sekarang begitu dirahmati," katanya.

Ditanya mengenai majlis yang julung kali diadakan itu, Tomok berkata, dia berbesar hati menerima kunjungan kira-kira 500 tetamu pada acara yang berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 6 petang itu.

"Saya tidak sangka akan menerima kunjungan tetamu seramai ini. Walaupun tidak menang tangan, saya berbesar hati kerana dapat berkongsi rezeki dan meraikan ahli keluarga, rakan-rakan dan para peminat yang menyokong saya selama 13 tahun," katanya.

Antara rakan artis yang hadir adalah Zul Yahya, Usop Wilcha, Fara Fauzana, Edry Abdul Halim dan kumpulan Sofazr.

Terbaru, Tomok bakal muncul dengan filem kedua lakonannya berjudul Istanbul Aku Datang di samping Lisa Surihani dan Beto Kusyairi.

Filem arahan Bernard Chauly itu akan ditayangkan pada 8 November depan.

‘Jangan tindas saya sesuka hati!’

Posted: 16 Sep 2012 08:54 PM PDT

pix_middle

"NAMPAKNYA mereka dah semakin melarat-larat. Sudahlah gosip antara Aidil (Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak) dan Jue Aziz menyusahkan saya kerana saya terpaksa menjawab kepada pihak media yang ingin mendapatkan kepastian berhubung isu berkenaan.

"Kemudian, cakap pula saya menuduh Ayu Raudhah yang memperkenalkan Aidil kepada Jue. Walhal semaklah kembali mana-mana kenyataan saya dalam media, saya tak pernah pun membangkitkan nama Ayu langsung!

  • Foto

    KASIH IBU...Rita bekerja keras untuk membesarkan anak-anak.

  • Foto

    PERANG BIRAS...Aidil dikatakan lebih mempertahankan adik iparnya, Ayu Raudhah (gambar sebelah) daripada isterinya sendiri.

  • Foto

    KESAL...wajah kecewa Rita tatkala berdepan kemelut perkahwinan.

"Terbaru, perbualan saya di twitter dengan seorang kawan yang ditujukan khas pada Aidil sudah disalah tafsir apabila Ayu Raudhah pula terasa saya mengata dia," kata pelakon sensasi Rita yang tampil membuat penjelasan atas tuduhan kononnya dia menghina Ayu Raudhah dalam laman twitter.

Rita berkata, ramai pihak memberikan komen di twitter selepas suaminya juga pemain skuad kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, mengeluarkan kenyataan di sebuah akhbar, baru-baru ini. Dalam kenyataan itu, Aidil melahirkan rasa simpati kepada adik iparnya (Ayu Raudhah) yang sedang mengandung kerana tertekan dikaitkan sebagai individu yang memperkenalkan Aidil dan Jue.


"Kenalan saya itu yang menggunakan nama 'darofyna', memberikan pendapatnya dan berkata masa saya mengandung dulu, Aidil sendiri sanggup nak ceraikan saya dan Aidil tak fikir pula nak jaga emosi saya.


"Kami berkomunikasi mengenai kenyataan Aidil dalam akhbar yang berasa simpati apabila emosi adik iparnya terganggu.

"Kemudian saya membalas dan berkata sekarang barulah dia (Aidil) sedar bagaimana perasaan saya ketika mengandung dulu macam mana. Allah Maha Adil. Itu saya tujukan kepada Aidil dan sekali lagi saya tegaskan kami hanya berbual soal Aidil.

"Tapi kenapa pula Ayu nak terasa? Patutlah Aidil hantar mesej maki hamun saya tiba-tiba? Dia kata saya hati busuk dan macam-macam.

"Ingat saya ini tak ada perasaan ke? Tiba-tiba nak serang dan tuduh saya mengata Ayu. Serius saya tak faham dengan mereka ini. Kalau dah tak suka saya, kenapa sibuk intai twitter saya, sedangkan twitter saya tertutup yakni 'private' dan 'lock'. Ia hanya untuk peminat saya saja," kata Rita.

Rita menambah lagi, sebelum ini Ayu dan suaminya, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, pernah menyamakan dirinya dengan anjing, apabila setiap kali kenyataan Rita keluar di sebuah akhbar mingguan.

"Ada orang sampaikan kepada saya, mereka suami isteri mengata kenapa anjing ni selalu menyalak setiap hari Ahad? Sumber itu memaklumkan, pasangan berkenaan memang tujukan kepada saya selepas sumber itu sendiri bertanya kepada mereka.

"Tapi saya tak kisah pun, suka hati mereka nak kata apa sebab mereka ada mulut. Saya tidak rugi apa-apa. Lagi saya dihina lagi besar pahala saya dapat. Namun, apa yang sangat disesalkan Aidil tak nampak pula kesalahan mereka berdua.

"Malah Ayu yang tuduh saya kaitkan dia dalam rumah tangga saya. Saya nak tanya dia, bukan ke dia sendiri yang kaitkan dirinya dalam rumah tangga saya ketika dia menolong hantar Aidil dan masuk ke dalam perkarangan rumah saya untuk mengambil motosikal Aidil sewaktu Aidil melarikan diri dari rumah dulu? Itu bukan bersubahat namanya?

"Tolonglah, ini membabitkan hidup saya. Kalau dia seorang yang bijak, bukan itu caranya dia hendak tolong sekali pun membabitkan abang ipar ke atau abang kandung. Tak manis rasanya.

"Bukankah lebih elok nasihat yang baik-baik abang iparnya itu dan bukan tolong ambil motosikal dan keluar dari rumah. Sekarang dia pula yang tuduh saya babitkan dia dalam masalah rumah tangga saya dengan Aidil.

"Apa yang dia (Ayu Raudhah) mahu sebenarnya? Kalau dia nak sangat keluar dalam akhbar dan ghairah sangat nak bagi kenyataan, berilah kenyataan isu orang sedang perkatakan sekarang kononnya pernah nampak dia keluar makan bersama suami saya, Aidil dan Jue. Kenapa nak buat kenyataan benda yang tak ada, tapi nak diadakan? Mengapa dia sibuk nak terasa benda yang saya tidak tujukan kepada dia?" kata Rita lagi.

Mohon menghentikan semua tohmahan kerana apa yang dilaluinya bersama anak kini semakin berat tambahan pula Aidil tidak lagi memerlukan dirinya, Rita minta dia lepaskan secara baik bukan mengheret dirinya dalam pelbagai masalah yang dicipta sendiri oleh Aidil dan mereka di sekelilingnya.

"Lebih tujuh bulan Aidil tinggalkan saya dan anak dan itu sudah cukup untuk saya faham dia sudah tidak perlukan kami lagi.

"Saya mencari kekuatan untuk mengharungi saat-saat ini kerana yang lebih penting buat saya adalah perasaan anak yang wajar mendapat kebahagiaan.

"Berhubung kontroversi yang sedang berlaku, ia bermula dengan kisah skandal Aidil dan Jue, disusuli pula pertuduhan kononnya saya menuduh Ayu menjadi orang tengah yang memperkenalkan Aidil kepada Jue, sekarang ini, kenyataan saya di twitter pula disalah tafsir. Dalam situasi yang berlaku, Aidil sepatutnya menjadi pendamai kerana dia suami saya.

"Saya tak kisah Aidil cuba mempertahankan adik iparnya Ayu mahupun Jue sekalipun, tapi Aidil seharusnya memohon kepada pihak media mahupun pihak tertentu supaya tidak mengganggu hidup saya yang terpaksa mencari rezeki dan siang malam demi menjaga anaknya sendiri.

"Walaupun sudah tiada lagi cinta, bukan bermakna dia sewenangnya membiarkan saya terus-terusan diperkotak-katikkan. Janganlah tindas saya sesuka hati! Sebagai suami dia tidak berbuat sesuatu yang boleh meredakan keadaan. Malah, kenyataannya dengan jelas berat sebelah dan hanya membakar keadaan.

"Apabila anaknya sendiri besar nanti dan kalau mereka terbaca kisah kontroversi pernah melanda kami, saya bimbang ia membakar kebencian anak terhadap dirinya sendiri yang tidak pernah sedikitpun cuba mempertahankan saya sebagai ibu mereka, tetapi lebih sedia membela orang lain yang menghancurkan rumah tangga kami," kata dengan nada yang kesal.

Pengarah Kecewa 'Sepah The Movie' Bukan Hasil Tangan Miliknya 100%

Posted: 16 Sep 2012 08:52 PM PDT

Roslin (dua, kanan) bersama barisan pelakon filem Sepah The Movie pada majlis Hari Raya dan tayangan treler filem itu, Jumaat lalu.

PETALING JAYA: Pengarah filem Sepah The Movie, MP Roslin Md Sharif berasa dianiaya dan kecewa apabila terdapat campur tangan daripada pihak lain yang telah menyiapkan karya filem sulungnya itu.

Roslin berkata, sepanjang pembabitannya dalam filem tersebut, hanya 80 peratus pembikinan sahaja adalah miliknya manakala 20 peratus lagi, iaitu pada penyiapan akhir karya itu adalah hasil tangan orang lain.

"Walaupun campur tangan 20 peratus itu tidak menggugat jalan cerita filem ini, tetapi saya tetap berasa kecewa kerana sebagai pengarah, saya berhak membuat atau memutuskan apa-apa sahaja berkaitan dengan pembikinannya.

"Tambah pula kualiti warna visual serta beberapa perkara teknikal lain tidak seperti yang saya inginkan.

"Dan semua ini berlaku kerana ada pihak yang mahu menganiaya saya. Mujurlah pihak penerbit sedar tentang kesilapan yang telah berlaku itu," katanya yang ditemui pada majlis pelancaran filem Sepah The Movie yang bakal ditayangkan pada 29 November depan di Bukit Kiara Equatrian Park, di sini, Jumaat.

Bagaimanapun, tambah Roslin, dia terpaksa reda dengan hal tersebut dan menerima hasil filem yang menampilkan pelakon utamanya, Shuib, Mamat dan Jepp, seadanya.

Shuib (kiri) dan Jepp sebagai teraju utama.

"Memandangkan filem ini adalah karya pertama arahan saya, jadi saya terimanya sebagai pengajaran untuk lebih berhati-hati selepas ini.

"Dalam pada itu, saya ingin nasihatkan pada penerbit-penerbit lain, apabila melantik seseorang pengarah, berilah kepercayaan sepenuhnya pada mereka," tegasnya.

Sementara itu, mengenai filem Sepah The Movie ia turut dibarisi pelakon Anzalna dan Jehan Miskin, yang mengisahkan tentang ragam tiga lelaki bujang yang bekerja di sebuah kilang elektronik.

Jep, Shuib dan mamat berkawan rapat sejak kecil lagi mempunyai hobi sama iaitu obses dengan sukan motor lasa atau motor cross. Mereka yang dikenali sebagai 'Sepah' merupakan juara sukan tersebut di Johor Bahru.

"Walaupun terpaksa bersaing dengan filem-filem lain, saya percaya ia adalah sebuah karya yang sangat berbeza.

"Tambah pula kisah penggunaan sukan motor lasak jarang dipaparkan di filem dan filem terakhir yang menggunakan konsep berkaan adalah Ali Setan.

"Moga ia diterima dan seperti target pihak penerbit (PTV Film Production), kami menyasarkan kutipan sebanyak RM4 juta, InsyaAllah," ujarnya.

Sikap Ambil Berat Punca Justin Bieber Sayang Selena Gomez

Posted: 16 Sep 2012 08:52 PM PDT

Justin Bieber dan kekasihnya Selena Gomez.

LOS ANGELES: Sikap mengambil berat dan pendengar setia yang dimiliki penyanyi dan pelakon Selena Gomez merupakan dua ciri utama yang membuatkan penyanyi Justin Bieber semakin menyayangi kekasihnya itu.

Bieber berkata, dia mengagumi kasih sayang dan tumpuan yang diberikan Gomez kepadanya langsung tidak pernah berkurangan selepas dua tahun mereka menjalin hubungan.

"Saya tertarik pada individu yang mampu menjadi pendengar yang baik, yang selalu ada untuk saya dan memerhatikan apa yang saya katakan.

"Hakikatnya, saya ini jenis orang yang penuh dengan kasih sayang dan memerlukan pasangan yang juga penuh kasih sayang seperti Selena," katanya seperti dilaporkan Contactmusic.

Selain faktor personaliti Gomez, Bieber tidak menyangkal dia mengagumi kecantikan gadis berusia 20 tahun itu. Katanya, gadis yang cantik dan menawan adalah idaman setiap lelaki.

Campak bayi dari flat

Posted: 16 Sep 2012 08:49 PM PDT

KEJAM...anggota polis memeriksa mayat bayi yang dicampak dari tingkat tiga.
KEJAM...anggota polis memeriksa mayat bayi yang dicampak dari tingkat tiga.

PETALING JAYA: Kejam apabila seorang bayi perempuan yang cukup sifat dicampak dari tingkat tiga sebuah apartmen 11 tingkat ke kawasan tempat letak kereta Blok 1, Apartmen Desa Mentari, di sini, kira-kira jam 11 pagi, semalam.

Bayi itu dipercayai baru dilahirkan kerana masih mempunyai tali pusat dan mayatnya ditemui seorang penduduk di kawasan itu, Jundi Mat, 35, yang pada mulanya menyangka ia bungkusan sampah yang dibuang penduduk di blok berkenaan.


"Saya sangka bungkusan yang dibaling dari tingkat atas itu sampah berisi nasi basi yang dibuang penduduk di sini kerana perkara itu sering berlaku, namun sebaik diperiksa saya terkejut apabila ia rupa-rupanya mayat bayi," katanya.

Jundi berkata, dia kemudian meminta beberapa orang penduduk di situ sama-sama memeriksa bungkusan berkenaan bagi mengesahkan ia mayat bayi dan bukan anak patung.


Menurutnya, bayi yang berkulit cerah itu ditemui dalam keadaan tertiarap dan ada kesan kecederaan parah di kepala.


"Saya tidak pasti dari mana ia dicampak kerana ketika itu saya sedang mengambil motosikal yang terletak kira-kira dua meter dari lokasi bayi ini ditemui.

"Sebaik terdengar bunyi objek jatuh, saya berpaling ke arah bunyi itu dan segera memerhatikan bungkusan berkenaan," katanya yang meminta seorang penduduk memaklumkan kejadian itu kepada polis.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi berkata hasil pemeriksaan forensik, polis percaya bayi itu maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

"Bayi itu dipercayai dicampak dari tingkat tiga apartmen berkenaan dan polis sudah menahan seorang wanita pekerja kilang berusia 20-an beberapa jam kemudian dipercayai terbabit dalam kejadian itu," katanya.


Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat bayi itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.

Usah suka cari salah

Posted: 16 Sep 2012 08:24 PM PDT

MARI kita lakukan satu ujian mudah, ambil sehelai kertas kosong dan senaraikan dalam masa 30 saat kelemahan atau kekurangan yang ada dalam diri sendiri. Cuba senaraikan tanpa perlu berfikir. Sebab saya mahu senarai itu keluar dari minda separa sedar bukannya minda sedar. Tuliskan sahaja apa yang terlintas dalam fikiran satu persatu. Pastikan masanya benar-benar 30 saat dengan menggunakan jam digital bukan sekadar mengagak sahaja. Baiklah, selepas sahaja 30 saat, berhenti. Ulang semula aktiviti tersebut untuk kali yang kedua, tetapi kali ini senaraikan pula apakah kelebihan atau kekuatan diri sendiri dalam masa 30 saat juga. Setelah selesai cuba bandingkan kedua-dua senarai tersebut, senarai manakah yang lebih panjang? Daripada pengalaman saya menjalankan program-program motivasi kepada pelajar dan pekerja, 90 peratus daripada mereka mendapati senarai yang pertama, iaitu tentang kelemahan atau kekurangan diri lebih panjang daripada senarai yang kedua. Ini bermakna, corak pemikiran kita lebih cenderung kepada perkara negatif berbanding positif.

Sebab itulah apabila seorang rakan datang kepada kita dan menceritakan tentang satu peluang perniagaan yang hebat. Potensi pendapatannya ribuan ringgit. Maka apakah yang bermain dalam fikiran kita? Kita biasanya akan menganalisis dahulu apa ruginya kita bukannya apa keuntungan yang bakal diperolehi. Lalu kita berikan pula pelbagai alasan seperti tidak punya masa, tiada modal, tidak pandai berniaga, sudah mencuba sebelumnya tetapi gagal, berniaga bukan darah daging atau tradisi kita, dan bermacam lagi. Kesannya, ketika orang lain sudah berjaya, kita masih lagi berada di takuk lama.

Cuba perhatikan cara kita bercakap dan mendidik anak-anak. Adakah kecenderungan mendidik kita itu negatif atau positif? Biasanya kita lebih suka mencari salah anak. Kita mudah nampak apa kurangnya anak kita berbanding apa bagusnya dia. Kita cepat membebel apabila anak lakukan kesalahan dan jarang memuji apabila mereka lakukan perkara yang betul. Apabila kita lebih banyak membebel daripada memuji bermakna kita banyak mencari salah, atau banyak kaji buruk. Mustahil dalam satu hari tiada satu pun perkara yang betul telah dilakukan oleh anak kita. Tetapi sebab kita tidak fokus kepadanya maka kita tidak nampak. Kita sudah melatih otak untuk melihat dan mencari kesalahan lebih daripada kebaikan. Semua ini berlaku bertahun-tahun tanpa disedari hingga sudah menjadi sebati, menjadi tabiat dan spontan.

Selepas ini, apabila keluar daripada rumah cuba kira berapa banyakkah kereta yang berwarna merah sedang meluncur di atas jalan raya. Ketika itu juga kita mula rasakan seolah-olah kereta merah ada dimana-mana sebab minda mula fokus kepadanya. Sebelum ini kita tidak pernah ambil pusing sebab itulah kita tidak nampak. Begitulah dengan sikap suka kaji buruk atau mencari salah orang, disebabkan kita fokus kepadanya maka itulah yang kita akan selalu nampak.

Ada orang yang hidupnya suka cari salah orang lain dan tidak pernah nampak salahnya sendiri. Dalam hal menyelesaikan masalah anak-anak misalnya, ibu bapa tidak perlu mencari salah anak-anak sahaja.

Anak-anak yang melakukan kesilapan atau kesalahan perlu diajar cara untuk belajar daripada kesilapan dan kesalahan tersebut. Cuba perhatikan cara kita bercakap dan mendidik anak-anak. Adakah kecenderungan mendidik kita itu negatif atau positif? Biasanya kita lebih suka mencari salah anak. Kita mudah nampak apa kurangnya anak kita berbanding apa bagusnya dia.

PenceraianMasalah besar yang melibatkan para pelajar sekolah biasanya berlaku disebabkan pihak sekolah gagal mengesan atau mengambil langkah yang sewajarnya sewaktu masalah itu masih kecil. Malah ramai pelajar menjadi semakin bermasalah apabila dilabel bermasalah oleh guru dan pihak sekolah. Peranan guru sangat penting untuk membantu pelajar-pelajar memperbaiki kesalahan. Anak-anak tidak belajar apa-apa daripada kesalahan kecil lalu mereka mula melakukan kesalahan yang lebih besar.

Begitu juga dalam aspek perhubungan. Hubungan suami isteri menjadi retak dan kadar penceraian meningkat kerana masing-masing apabila berbincang mula mencari salah pasangannya dan tidak mahu mengakui salah sendiri. Mencari salah orang lain bagi mempertahankan diri bukanlah cara yang betul. Orang lain boleh mempengaruhi kita lakukan sesuatu yang buruk tetapi pilihan untuk melakukannya adalah pilihan kita sendiri. Malah di akhirat nanti iblis dan syaitan juga berlepas diri dari bertanggung jawab atas kesalahan yang kita lakukan kesan daripada hasutan jahatnya. Sebab itulah apa juga berlaku, diri sendiri dahulu yang perlu dipersalahkan.

Kita perlu sedar bahawa sikap mencari salah orang lain adalah satu sikap yang merugikan diri sendiri. Banyak masa yang terbuang, banyak sumber yang terbazir dan banyak kos yang tidak perlu terpaksa dikeluarkan. Apabila pekerja di sesebuah organisasi lebih cenderung mencari kesalahan orang lain maka produktiviti menurun, semangat kerja berpasukan musnah, kepuasan pelanggan dan kualiti kerja rendah.

Apabila seorang ketua mengambil pendekatan mencari kesalahan lebih daripada mencari kebaikan, maka motivasi diri orang bawahannya jatuh.

Kita lebih gemar mengharapkan seseorang itu melakukan sesuatu dengan lebih baik secara menegur dan mencari-cari salah mereka. Hasilnya, orang yang ditegur menjadi negatif, lemah semangat dan rasa tiada harapan. Lalu mereka lebih cenderung melakukan kesalahan yang sama secara berulang atau menambah lagi masalah atas apa yang sudah sedia ada.

Sebaliknya, apabila kita memberitahunya apa yang dia buat dengan betul, apa yang kita suka tentang kerja atau tindakannya, apa yang boleh dilakukan lagi untuk menambah baik atas apa yang sudah ada maka kita meletakkan orang bawahan atau pekerja pada situasi yang positif. Mereka jadi bersemangat, rasa dihargai, seronok kerana ketua ambil tahu tentang kerja mereka dan tahu apa yang perlu dilakukan seterusnya agar lebih maju.

Sinar baru anak istimewa

Posted: 16 Sep 2012 08:22 PM PDT

Sebahagian kanak-kanak Tasputra menjalani terapi muzik.

BEBERAPA tahun lepas penulis pernah mengunjungi taman asuhan harian untuk kanak-kanak istimewa ini. Suasana masih riuh-rendah seperti dahulu. Kedengaran bunyi alat muzik dan suara kanak-kanak. Ada yang merengek, ada yang ketawa kegembiraan. Inilah kemeriahan taman asuhan Tasputra Perkim (Tasputra), Jalan Ampang Hilir, Kuala Lumpur.

Jauh di sudut hati, penulis rasa sebak dan pilu tatkala melihat kanak-kanak tersebut.

Bukan apa, memikirkan bagaimana mereka bakal mengharungi zaman dewasa kelak. Kebanyakan mereka menghidap kecacatan seperti palsi serebrum, hiperaktif dan Sindrom Down.

Menjadi harapan, nasib mereka kelak menjadi lebih baik. Ini kerana taman asuhan ini bukan sekadar tempat persinggahan kanak-kanak tersebut sementara ibu bapa mereka bekerja. Sebaliknya, di sini mereka diberi pelbagai jenis terapi termasuk fisioterapi, bertutur, kemahiran, urutan dan sebagainya.

"Kami berbeza dengan pusat penjagaan harian lain. Di sini kami memberikan perkhidmatan pelbagai terapi oleh kakitangan mahir. Tasputra juga menempatkan kanak-kanak istimewa yang memerlukan perhatian dan keperluan khas. Istimewanya, pusat ini menerima kanak-kanak pelbagai kaum termasuk Melayu, Cina, India dan dari negara luar, " jelas Pengerusi Tasputra, Elahe Norman.

Tambah Elahe, Tasputra itu menampung 52 kanak-kanak yang dibenarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Mereka dihantar ke Tasputra menjalani rawatan fisioterapi dan cara kerja agar boleh berdikari. Terdapat juga terapi lain seperti aroma, akua, hipoterapi, urut, muzik, snoezelen dan pertuturan.

"Dengan menawarkan pelbagai jenis terapi, kakitangan di sini dapat mengenal pasti potensi sebenar kanak-kanak tersebut. Contohnya, rawatan hipoterapi mengajar kanak-kanak duduk dengan postur betul dan membina keyakinan diri dengan mengendalikan kuda sambil menerima bantuan tenaga pengajar. Kami juga menggunakan kaedah pendidikan dari Amerika Syarikat untuk pembangunan karakter kanak-kanak ini. Kami mahu mendedahkan mereka dengan aktiviti yang menyeronokkan seperti mewarna, melukis, memasak dan menanam bunga," katanya yang turut menyediakan kenderaan untuk mengambil dan menghantar kanak-kanak ke sekolah dan klinik.

BerusahaWalaupun mengenakan yuran sebanyak RM350 kepada ibu bapa yang menghantar anak mereka ke Tasputra, kos lain seperti gaji kakitangan, kos rawatan terapi, keperluan asas dan kemudahan terapi masih diperlukan.

Menurut Elahe, pihaknya tidak mahu menjadi badan bukan kerajaan yang hanya tahu meminta sedekah dan menagih simpati. Sebaliknya, mereka berusaha menambah kewangan dengan menjual lukisan dan tulisan khat.

"Saya lihat terlalu mudah pihak lain meminta sedekah untuk menambah kewangan. Sebenarnya cara itu akan melemahkan badan atau persatuan yang ditubuhkan. Sebab itu, saya tidak mahu masyarakat memandang rendah anak-anak istimewa ini.

"Saya mahu membina pemikiran positif di kalangan kanak-kanak ini kerana mereka juga boleh mencari rezeki dengan bekerja atau cara yang lebih bermaruah. Kalau anda lihat, kami akan memastikan mereka sentiasa berada di hadapan dalam setiap acara yang kami hadiri.

Melihat kanak-kanak ini membesar dan menunjukkan perkembangan positif setiap hari sudah membuatkan saya puas dan gembira," katanya.

Dalam pada itu, Elahe gembira apabila ada pihak seperti P&G, Giant dan Guardian bermurah hati menghulurkan sumbangan untuk menambah baik Tasputra.

"Dengan bantuan syarikat korporat ini, kita boleh memajukan program terapi pertuturan yang sangat-sangat diperlukan oleh anak-anak," katanya.

P&G, Giant dan Guardian menganjurkan kempen Sumbangan Ilmu yang berjaya mengumpul dana sejumlah RM200,000 iaitu melepasi sasaran asal RM150,000. Dana itu diagihkan kepada lapan pusat kanak-kanak iaitu Persatuan Kanak-kanak Istimewa Ampang, Tasputra Perkim , Persatuan Kanak-kanak Istimewa Kajang, Persatuan Kanak-kanak Spastik Pulau Pinang, Persatuan untuk Insan Bermasalah Intelektual Perak, Persatuan bagi Kanak-kanak Kerencatan Akal Johor, Pusat Seri Mengasih Sabah dan Pusat Autisme Kuching.

Kawan lari kerana hutang

Posted: 16 Sep 2012 08:21 PM PDT

NASIHAT yang selalu saya dengar daripada para pakar kaunseling keluarga, ustaz dan sebagainya; Jika ada masalah rumahtangga, berbincanglah dengan keluarga terutama suami sendiri.

''Tetapi macam mana jika suami jenis tak suka berbincang, lebih suka membatu, kalau kita banyak tanya bakal ditengking dan dituduh bodoh tak reti bahasa?" tanya Puan Zahira dalam e-melnya.

''Setahu saya suami kalau dah tak suka bercakap dengan isteri apa lagi nak pandang muka isteri, pastilah ada kekasih di luar, sampai meluat dengan isteri sendiri. Dia jadi batu sebab khayal dalam dunianya sendiri.

''Itulah juga perangai suami saya Taufiq sejak setahun kebelakangan ini. Dia lebih suka melayan khayalnya selain membalas SMS yang sering diterima. Kerana saya rasa terpinggir dan mahu selamatkan rumahtangga yang berusia 17 tahun ini, saya beranikan diri bertanya apa yang berlaku dan apa salah saya hingga dia boleh bertukar seperti ini.

''Tak ada jawapan yang diterima, walaupun saya bertanya berulang kali. Kalau moodnya baik dia angkat kaki masuk bilik, jika tidak dia akan tengking saya suruh jangan campur urusannya.

''Sampai bila saya mesti diamkan diri? Anak-anak yang tiga orang ini pun sering tanya mengapa ayah mereka bertukar jadi panas baran. Dulu memang anak-anak takut pada ayah mereka, tetapi jika moodnya baik dia layan juga tetapi sekarang bukan sahaja marah pada saya malah anak-anak pun jadi mangsa.

''Saya perasan perubahannya sejak tidak berkawan dengan Os lagi. Dulu memang mereka rapat. Ke mana saja bersama. Biasanya Os akan datang ke rumah ambil Taufiq keluar entah ke mana. Saya tak boleh tanya, bukan takut padanya, tapi malu pada anak-anak dan jiran tetangga sebab pasti akan kena tengking. Saya tak mahu rahsia buruk suami yang kaki karaoke itu diketahui jiran.

''Diam bukan bermakna saya galakkan dia ke karaoke, pernah saya nasihat, tetapi macam biasalah, dia jadi batu. Kalau buka mulut lebih sikit bakal kena penampar. Jadi saya diam, tapi dalam hati hanya Allah yang tahu betapa hancurnya hati ini. Suami sering balik larut malam terutama awal bulan.

''Lama juga mereka berkawan, tetapi entah macam mana setahun lalu hubungan mereka jadi renggang dan Os tak pernah datang ke rumah lagi. Saya cuba tanya Os kenapa tak berkawan dengan Taufiq lagi, tetapi dia mengelak bila nampak saya.

''Puas saya cuba tanya pada Taufiq mengapa dia diam seribu bahasa mana tahu kalau boleh saya tolong, tetapi dia tak jawab. Manusia yang jadi batu atau macam patung cendana ini memang sukar diajak berbincang. Namun saya sentiasa berdoa agar masalah yang menghantui keluarga kami terlerai juga satu hari nanti.

''Dengan izin Allah, satu hari saya ambil cuti sebab anak periksa, tiba-tiba saya terima surat berdaftar atas nama Taufiq. Nak buka takut, tapi jelas dari pejabat peguam. Dengan nama pejabat dan nombor telefon yang tertera, saya telefon dan bertanya tentang surat tersebut. Macam CID polis saya tanya kerani bertugas. Saya dapat tahu Taufiq tak bayar pinjaman bank lebih RM20,000. Patutlah termenung panjang.

''Melalui bantuan adik ipar yang kebetulan ada kawan satu pejabat dengan Taufiq, terbongkarlah rahsia bahawa suami berhutang untuk bantu Os yang sesak nak pinjam duit, janjinya dia akan bayar semula.

''Setahu saya Taufiq memang tak suka pinjamkan duit tetapi dengan Os dia mati akal, sebab Os yang kenalkan dia dengan wanita yang bekerja di tempat karaoke kegilaannya itu. Taufiq dah jatuh hati dan asyik bercinta dengan wanita tersebut. Sebenarnya Os ambil kesempatan atas kelemahan Taufiq itu.

''Bila dah dapat duit, Os renggangkan diri. Inilah punca kemarahan Taufiq. Sudahlah hutang tak dibayar, dia pula 'patah kaki' nak pergi karaoke tak ada orang lain yang boleh jadi kawannya.

''Mulanya Taufiq pergi juga sebab dah ketagih, tetapi lama-kelamaan wanita itu pun jauhkan diri. Bertambah marah Taufiq pada Os. Dia pernah cari Os, tetapi lelaki ini memang licik. Bukan saja tak bayar hutang, dia larikan diri bersama wanita tersebut.

''Setelah mengetahui cerita sebenar, saya cuba berbincang dengan Taufiq manalah tahu mungkin ada jalan untuk atasi masalah ini, tetapi belum sempat saya buka mulut sudah kena tengking kerana campuri urusannya.

''Sedangkan urusan dia masalah kami juga. Jika dia berhutang, keluarga akan terima padahnya untuk bayar hutang bank tersebut. Dia susah bermakna saya dan anak-anak pun akan merasa susahnya sebab kena bayar hutang.

''Satu hari setelah hilang sabar, saya cakap pada Taufiq bahawa saya tahu masalahnya berhutang dengan bank dan hilang kekasih. Niat saya bila dia tahu saya telah tahu rahsianya tentulah dia tak marah lagi dan mahu berbincang. Malangnya ego Taufiq lebih besar. Dia melenting memaki hamun saya. Sambil beri amaran jangan campur urusannya.

''Saya buat kesimpulan dia tak mahu dibantu. Saya minta dia uruskan keluarga macam biasa, bayar ansuran rumah, kereta dan bayar semua bil selain beri duit saku pada anak-anak. Tetapi apabila dia terpaksa bayar hutang bank tentulah urusan lain terbengkalai. Sebab gaji tak sebanyak mana.

''Akhirnya kereta terpaksa dijual dan dia bermotosikal ke tempat kerja. Pada saya inilah balasannya orang yang keras kepala, ego dan sombong. Tetapi kata ipar saya mungkin dia tak mahu menyusahkan saya membayar hutangnya kerana itu dia rela jual kereta. Masalahnya ansuran rumah kadang kala tergelincir, inilah yang membimbangkan saya. Takut bank lelong.

''Kata ipar saya lagi, Taufiq suami yang baik, dia sedar kesilapannya dan cuba atasi dengan cara sendiri tanpa bantuan isteri. Sebab memang egonya tinggi dia tak mahu dipersalahkan akibat terjebak ke tempat yang tak sepatutnya malah dia malu pada keluarganya.

''Itu pandangan ipar saya, namun pada saya dia menyusahkan kami sekeluarga. Kalau tak mahu dibantu, jangan buat perangai. Sebenarnya keluarga umpama tubuh manusia, jika salah satu bahagian seperti kaki sakit, seluruh tubuh terasa sakit. Sebab itu perlunya kerjasama suami isteri untuk atasi apa juga masalah.'' Demikian cerita Zahira panjang lebar tentang masalah suaminya yang jadi batu setelah ditipu kawan.

Beriani Batu Pahat Mattop

Posted: 16 Sep 2012 08:19 PM PDT

Beriani ayam.

SEBUT saja Batu Pahat, Johor, sudah tentu kita terbayangkan nasi berianinya yang sempurna segala rasa. Bagi yang inginkan nasi beriani persis yang ada di Batu Pahat, apa salahnya mencuba ke Restoran Mattop Bariani di Bandar Baru Bangi berhampiran Kompleks PKNS.

Anda boleh memilih daripada empat lauk iaitu kambing, ayam, daging dan ayam goreng berempah.

Nasinya yang lembut dengan aroma rempah-ratus memikat selera memang gabungan sesuai dengan lauk beriani ditambah dengan air sirap bandung cincau atau milo tabur.

Selain nasi beriani, jangan lupa mencuba martabak Singapura yang enak bagi mereka yang sukakan pedas.

Menurut jurucakap yang juga ahli kelurga pemilik restoran, Fatimi Estar Ibrahim Estar, semua rempah ratus bagi membuat nasi dan lauk beriani dibeli khas dari Pasar Melayu Batu Pahat.

"Rempah yang dibeli akan dibancuh sendiri oleh penjualnya yang memang pakar dalam masakan beriani.

"Pembeli hanya perlu memberitahu berapa banyak yang diperlukan seperti berapa kilogram daging atau ayam yang akan dimasak," katanya.

Fatimi berkata, restoran Mattop kepunyaan ahli keluarganya Mohd. Azani Mansor yang pakar memasak.

"Keluarga kami terutama bapa mertua memang pakar memasak nasi beriani di kampung terutama semasa kenduri.

"Malah mereka juga mempunyai restoran di Batu Pahat yang diuruskan oleh keluarga di sana," katanya.

Fatimi menambah banyak resipi yang dikongsi bersama-sama dengan keluarga yang berada di Batu Pahat.

Restoran yang mula beroperasi pada 2008 ini juga aktif dalam katering untuk pelbagai majlis kecil dan besar.

Pasar buku boco pupuk budaya membaca

Posted: 16 Sep 2012 08:17 PM PDT

Buku-buku alternatif kini semakin mendapat sambutan pembaca golongan muda.

NDUSTRI buku tempatan bukanlah sesuatu yang baru lagi di kalangan remaja. Malah, puluhan pesta buku yang diadakan sebelum ini juga mendapat perhatian remaja.

Kini, industri buku telah bercabang dengan kewujudan penerbitan alternatif. Penerbitan alternatif ini merujuk kepada penerbitan yang tidak berada di arus perdana.

Penerbitan alternatif juga kini semakin mendapat sambutan hangat daripada remaja yang mahukan bahan dan corak bacaan yang berlainan sedikit dari arus perdana.

Sabtu lalu telah diadakan Pasar Buku Boco bertempat di Gravy Baby, Seksyen 13, Shah Alam dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada remaja.

Kebanyakan yang hadir tidak melepaskan peluang untuk membeli buku pilihan mereka daripada penerbitan alternatif yang hadir.

Antara penerbitan alternatif yang hadir ialah Selut Press, Sang Freud Press, FIXI, Merpati Jingga, Ana-anai Studio dan Lejen Press.

Pengasas program ini, Wani Ardy berkata, ini adalah kali keenam program seumpama ini diadakan dan semakin mendapat sambutan yang menggalakkan.

"Dulu kita adakan setahun sekali, tetapi disebabkan mahu memupuk budaya membaca dan cintakan buku kita lakukan ia selama empat bulan sekali.

"Alhamdulillah, sambutan semakin menggalakkan dan kita berharap lebih ramai anak muda dapat hadir," katanya yang kini bertugas sebagai pensyarah Fakulti filem, teater dan animasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Menurut Wani, apa yang diusahakan kini bukan untuk mendapatkan keuntungan sebaliknya hanya untuk membantu industri penerbitan buku.

"Sewa tapak yang dikenakan juga tidak terlampau tinggi, cukup untuk membayar sewa khemah yang disediakan sahaja," ujarnya.

Pesta buku yang bermula jam 12 tengah hari dan tamat sekitar pukul 6 petang itu turut menyelitkan beberapa lagi acara lain seperti deklamasi sajak dan puisi daripada penulis-penulis yang hadir.

Tidak ketinggalan, pelancaran buku dari Selut Press yang bertajuk Rahsia Dua Pria hasil nukilan Mosyuki Borhan dan Adi Wafi turut diadakan.

Dari BTN ke jenjang pelamin

Posted: 16 Sep 2012 08:16 PM PDT

KESIBUKAN tugas tidak pernah menghalang Wan Salwati Abdullah dan Ahmad Ridzwan Basri meluangkan masa bersama berharga bersama anak di kediaman mereka di Seremban, Negeri Sembilan.

KISAH bahagia pasangan Presiden Majlis Belia Negeri, Negeri Sembilan, Wan Salwati Abdullah, 38 bersama suaminya, pensyarah Institut Perguruan Raja Melewar (IPRM) Seremban, Ahmad Ridzwan Basri, 48 bermula di Kem Bina Negara, Biro Tata Negara (BTN) Ulu Sepri, Rembau.

Apa tidaknya, pandangan mata buat kali pertama semasa Wan Salwati yang pada ketika itu berkhidmat sebagai pembantu pegawai di BTN pada tahun 1994 membuka pagar untuk seorang fasilitator, Ahmad Ridzwan melapor diri bagi mengendalikan kursus di situ, telah membawa kepada bibit cinta awal.

''Semasa itu, saya panggil suami saya cikgu sebab dia fasilitator BTN di Ulu Sepri. Saya memang tidak kenal pun dan dalam diam rupanya, dia (Ahmad Ridzwan) ada hati dengan saya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Seremban Jaya, Seremban.

Wan Salwati yang merupakan Exco Pergerakan Puteri UMNO dan Ketua Puteri UMNO Bahagian Seremban berkata, selepas peristiwa itu, kebetulan borang yang diisi suaminya semasa menjadi fasilitator di BTN itu tidak lengkap dan kesempatan itu diambilnya untuk menghubunginya di Serdang.

''Ketika itu, suami saya menyambung pelajarannya di Universiti Putra Malaysia (UPM). Bayangkan pada malam itu, saya boleh berbual dengannya dari pukul 12 malam sehinggalah ke azan subuh," katanya tersenyum mengenangkan detik awal percintaannya itu.

Katanya, perbualan itu seperti 'hikayat 1001 malam' dan ketika itulah Wan Salwati memberanikan diri bertanya kepada suaminya, 'sudah kahwin ke belum'.

''Dia (Ahmad) menjawab, Wan Salwati bila kamu hendak kahwin," ujarnya yang juga Ahli Lembaga Pengarah Pemegang Amanah Yayasan Negeri Sembilan (YNS).

Selepas panggilan telefon itu, keesokan harinya Ahmad Ridzwan mengajak Wan Salwati untuk keluar dating ke Kuala Lumpur dan di situ segala latar belakang mereka berdua dikisahkan panjang lebar sebelum Ahmad Ridzwan menghantarnya pulang ke rumahnya di Seremban dan bertemu dengan ibu dan bapanya.

''Saya berkenalan dengan suami saya lebih kurang sebulan dan selepas itu dia masuk merisik dan kami bertunang pada 11 Disember 1994. Dia (Ahmad) telah bertemu dengan ibu dan ayah saya, membuatkan saya rasa senang dan lega," katanya merupakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Belia 4B Malaysia.

Wan Salwati yang kini merupakan Pegawai Khas kepada Menteri Belia dan Sukan berkata, dia berkahwin dengan Ahmad Ridzwan pada 6 Januari 1996.

''Kalau sudah jodoh tak ke mana. Kadang kala kita berkenalan dengan orang lain begitu lama, tetapi tiada jodoh. Perkenalan singkat dengan suami saya ini, membawa kepada perkahwinan dan kami bahagia," katanya.

Sepanjang tempoh perkahwinan ini, pelbagai cabaran dihadapi mereka dan pernah pasangan suami isteri ini berniaga di pasar malam Kuala Pilah, membuka taska dan tadika di Selangor, berniaga di bazar Ramadan serta menyewa rumah dengan harga RM150 sebulan yang cuma ada satu bilik untuk dikongsi dengan anak-anak yang masih kecil.

''Harga sebuah percintaan itu adalah satu pengorbanan. Susah senang, kami lalui bersama dan hari ini, saya dan suami menghormati antara satu sama lain termasuklah memahami tugas dan kerjaya saya. Terima kasih sayang.

''Saya memang dilahirkan dalam keluarga yang aktif dengan aktiviti sukarela dan masyarakat. Ayah saya, Abdullah Awang Embun, 64 merupakan Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Baling di Kedah, manakala semasa hayat ibu saya, Allahyarham Nohiati Abd. Rahman, beliau merupakan Timbalan Pengerusi Tetap Wanita UMNO Bahagian Seremban.

''Ramai yang bertanya, tak takut suami ke sebab asyik sibuk memanjang dan saya katakan, takut saya pada suami ialah dengan menghormatinya," katanya.

Ahmad Ridzwan ketika ditemui berkata, dia memanggil isterinya 'ayang' kerana percaya wanita yang dikahwininya ini mampu memberikan kebahagiaan dunia dan akhirat.

''Dia (Wan) seorang yang peramah, pandai mendidik dan seorang yang berkarisma dalam kerjayanya. Dia seorang yang profesional dan mampu melakukan kerja yang diberikan dengan baik," katanya.

Katanya, apabila dia berkenalan dengan isterinya, apa yang terdetik di hatinya ialah sudah sampai masa dia mendirikan rumah tangga dan Wan Salwati adalah pasangan hidupnya.

''Saya terus jumpa keluarganya dan alhamdulillah saya diterima dan kami terus mengikat pertunangan dan berkahwin. Harapan saya, semoga perkahwinan ini berkekalan dan menyerahkan segala urusan itu kepada Allah SWT," katanya.

Pasangan itu kini mempunyai lima orang anak perempuan hasil perkahwinan selama 16 tahun dan mereka ialah Anis Amira Ahmad Ridzwan, 15; Adlin Amira, 13; Aza Syarlina Amira, 11; Ain Haryati Amira, 7 dan Alma Qaisara Amira, satu tahun 6 bulan.

''Saya adalah seorang pendidik, manakala isteri saya mempunyai tanggungjawab dengan masyarakat dan politik. Saya menghormati kerjayanya, begitu juga harapan saya agar isteri juga menghormati kerjaya yang saya lakukan ini.

''Kami saling memahami antara satu sama lain. Saya tidak mencampuri urusan kerja isteri saya, bagaimana pun saya menyokong apa yang dilakukan demi kebaikan keluarga, masyarakat dan agama," ujarnya.

Angkara sihir, pelanggan lari nampak kami berpakaian dalam

Posted: 16 Sep 2012 08:15 PM PDT

BISNES adalah kerjaya yang menguntungkan jika bijak mencari peluang kerana bagi mereka yang berminat dalam bidang ini pasti akan berjaya jika berusaha, tambahan pula dengan sokongan dan bantuan daripada pihak yang sedia menghulurkan pelbagai insentif seperti kursus dan kewangan.

Terdapat juga mereka yang berkongsi berniaga dengan rakan-rakan untuk mencari pengalaman atau mengembangkan lagi perniagaan. Tetapi ada juga kawan yang tidak senang hati melihat kawan lain berjaya lalu dibuat pelbagai cara untuk menghancurkan usaha kawan tersebut.

Inilah yang ingin dikongsi dengan pembaca minggu ini. Kisah yang berlaku kepada sepasang suami-isteri akibat iri hati seorang kawan yang melihat perniagaan mereka berjaya.

Kita ikuti kisah ini untuk teladan bersama seperti mana dikirim oleh Aliff (bukan nama sebenar) untuk saya paparkan di ruangan ini.

Begini kisahnya:

"Saya telah berkahwin sejak 10 tahun lalu dan mempunyai dua orang anak berusia empat dan lapan tahun. Isteri tidak bekerja.

Kehidupan kami bahagia. Dua tahun yang lalu, saya dan isteri telah menjalankan perniagaan kecil-kecilan di pasar malam dengan bantuan seorang kawan rapat.

"Kami berkongsi modal dan berkat kesabaran, perniagaan kami bertambah maju dari sehari ke sehari.

"Bagaimanapun keseronokan berniaga tidak sampai ke mana, sebab kami diuji dengan pelbagai kejadian pelik.

"Perniagaan yang kami majukan bersama semakin hari semakin merosot, tidak ada seorang pun yang singgah untuk membeli, malah kehadiran gerai kami seperti tidak dilihat pelanggan. Saya mula merasakan ada yang tidak kena.

"Akhirnya kami mengambil keputusan untuk melakukan sesuatu demi menyelamatkan perniagaan yang merupakan 'periuk nasi' kami. Bukan percaya syirik tetapi isteri mencadangkan kami berjumpa ustaz untuk mendapatkan gambaran kenapa kejadian itu berlaku kepada kami.

"Saya juga perasan pada masa yang sama, saya dan isteri selalu bergaduh disebabkan perkara yang kecil. Malah kadang kala kami tidak boleh lihat wajah masing-masing.

"Sebelum ini, kami jarang bergaduh. Saya sedar perkara ini mungkin ada kaitan dengan bisnes kami yang semakin merosot.

"Pelik dan bagaikan tidak percaya apabila ustaz yang kami jumpa memaklumkan kepada kami memang kami terkena dengki orang. Orang itu iri hati dan cemburu melihat kejayaan perniagaan kami termasuk ingin meruntuhkan rumah tangga saya. Terkejut saya bukan kepalang mendengar khabar itu.

"Tapi saya percaya Allah akan mendengar masalah saya dan akan membantu. Kami terus berusaha untuk memulihkan perniagaan dengan bantuan seorang yang boleh dipercayai. Pada masa yang sama, saya dan isteri berusaha mengawal emosi kami agar pertengkaran yang berlaku tidak membawa mudarat dalam rumah tangga kami.

"Pelbagai benda ganjil ditemui terselit di dalam bakul jualan kami, antaranya seluar dalam lelaki dan wanita. Tiap kali kami membuangnya akan bertambah lagi pakaian dalam tersebut sehinggakan ada yang mengatakan kami menggunakan pakaian tersebut sebagai 'pelaris' perniagaan.

"Saya dan isteri pening memikirkan siapa yang buat aniaya kami dan meletakkan seluar dalam tersebut. Sebulan dua saya dan isteri tidak tidur lena memikirkan apa yang kami alami sambil berdoa agar Tuhan akan menunjukkan kepada kami kebenaran.

"Saya percaya doa orang yang teraniaya akan dimakbulkan Allah. Takdir ini adalah ujian getir untuk kami hadapi dengan penuh kesabaran. Tapi saya bagi tahu isteri, satu hari nanti masalah ini akan selesai tetapi kita jangan berhenti berdoa.

"Orang yang melakukan perbuatan syirik ini dikategorikan sebagai mengalami masalah mental. Mereka tidak senang melihat orang lain berjaya dan sanggup berbuat apa sahaja untuk menjahanamkan kehidupan orang lain.

"Dendam itu bagaikan api dalam sekam, membakar dalam senyap dan akhirnya memusnahkan hidup mangsa.

"Biarpun hidup kami semakin perit, saya reda dengan apa yang kami lalui dan berharap akan ada penyelesaiannya dalam masa terdekat. Kami terpaksa menghentikan sementara perniagaan dan bekerja sambilan di gerai makan milik seorang kawan yang simpati dengan musibah yang kami lalui.

"Satu hari, saya dan isteri disapa oleh seorang wanita yang selalu bertanya khabar kami semasa berniaga di pasar malam dulu. Dia terkejut melihat kami berniaga di gerai tersebut dan bertanya kenapa. Saya menceritakan kepadanya musibah yang menimpa kami.

"Jawapan wanita itu benar-benar mengejutkan saya dan isteri. Katanya ramai yang malu untuk membeli jualan kami di pasar malam kerana kami hanya memakai pakaian dalam sewaktu berniaga.

"Tercengang saya mendengar penjelasan itu kerana kami berpakaian lengkap. Masakan kami sanggup memakai seluar dalam sahaja untuk berniaga. Hanya orang yang hilang akal sahaja berkelakuan sebegitu. Anehnya, hanya kaum wanita sahaja yang nampak kami dalam keadaan begitu.

"Katanya lagi sewaktu berniaga, kami menjerit seperti tarzan, sedangkan hakikatnya kami tidak menjerit dan melompat seperti tarzan.

"Dengan berkat doa serta usaha dan tawakal, segala-galanya pulih seperti biasa. Tuhan itu Maha Kaya dan Mendengar kesusahan kami. Bagaikan tidak percaya orang yang membuat kerja jahat itu mengaku dan memohon maaf kepada kami suami isteri.

"Katanya, dia buat demikian kerana cemburukan kami. Saya tanya dia kenapa mengaku, tak malukah? Dengan rasa rendah diri, dia yang saya kenal sebagai Mamat (bukan nama sebenar) memberitahu dia menjadi malu apabila ramai yang melihatnya hanya berpakaian dalam walaupun dia sebenarnya memakai pakaian lengkap.

"Mamat beritahu saya ke mana sahaja dia pergi dan di mana dia berada, orang akan memandang sinis kepadanya sambil mencemuh. Apa yang dia sedih sekali semasa dihalau ketika hendak ke surau. Mungkin ini balasan untuk Mamat yang berbuat jahat kepada saya.

"Dia meminta maaf sambil menghulurkan tangan kepada saya. Walaupun saya marah kepadanya tetapi dalam matanya, saya nampak keikhlasannya untuk berubah. Saya maafkan dia dan kami berpelukan.

"Mamat menangis dan kesal dengan kerja jahat yang dirancangnya untuk memusnahkan kehidupan saya dan isteri. Kuasa Allah itu tidak siapa duga. Saya bersyukur kerana Mamat bukan sahaja mengaku perbuatannya tetapi kini menjadi rakan kongsi kami di pasar malam.

"Saya gembira kerana perniagaan saya terus maju dan rumah tangga kami kembali bahagia seperti dulu. Saya amat terharu kerana Mamat telah berubah dan kini menjadi sahabat saya. Kami seperti saudara dan saya berharap ia akan kekal sehingga ke penghujung usia kami." demikian cerita Aliff.

Kisah Aliff memang pelik tetapi ia realiti dalam hidup yang berlaku kepada orang yang Allah pilih untuk diuji.

Dalam hubungan ini, Aliff dan isterinya adalah insan terpilih yang dipilih oleh Allah untuk menerima ujian.

Alhamdulillah, kecekalan dan ketabahan pasangan suami isteri ini berakhir dengan bahagia apabila orang yang didakwa cuba menghancurkan hidup mereka mengaku perbuatannya dan memohon maaf.

Ia adalah ketentuan Allah kerana jarang kita dapati ada orang yang telah membuat kerja syirik kepada orang lain akan mengaku perbuatan jahatnya itu. Doa Aliff dimakbulkan Allah. Semoga perniagaan Aliff dan isteri akan dilimpahi berkat dan cemerlang. Mudah-mudahan ikatan keluarga yang terjalin antara Aliff dan Mamat selepas kejadian itu akan kekal.

Menutup catatan, pesanan saya, jika kita sentiasa ingatkan Allah di kala senang, nescaya Allah akan ingatkan kita semasa kita susah.

Salam

Beli kek untuk beramal

Posted: 16 Sep 2012 08:13 PM PDT

Satu lagi rekaan kek coklat yang turut menampilkan bunga Rafflesia.

DALAM Pertandingan Kek Coklat yang memasuki tahun ke enam anjuran Great Eastern dan Rafflesia ini, matlamatnya untuk mengutip kira-kira RM30,000 bagi disalurkan kepada pelbagai pertubuhan kebajikan kanak-kanak di Kuala Lumpur.

Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Perkhidmatan Korporat dan Harta Great Eastern, Bruce Lee Yee Lam berkata, pada tahun ini acara itu disertai 12 chef dari pelbagai hotel dengan 12 biji kek yang kemudian dijual kepada orang ramai dengan bantuan beberapa selebriti tanah air.

"Menerusi acara kali keenam ini, kami mensasarkan kutipan sebanyak RM20,000 hingga RM30,000 untuk disalurkan kepada pelbagai pertubuhan kebajikan di sekitar Kuala Lumpur.

"Seperti kebiasaan, kami tidak memberikan wang tunai tetapi kami membelikan peralatan, alat tulis dan keperluan lain kepada pertubuhan-pertubuhan terpilih ini," katanya ketika ditemui pada acara tersebut yang berlangsung di Great Eastern Mall, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Lebih menarik, kek yang dihasilkan oleh chef terbaik dari hotel masing-masing ini bertemakan The Rafflesia Flower.

Tema tersebut sudah tentunya mengambil inspirasi daripada Pengarah Rafflesia Pearl Centre itu sendiri, Winnie Sin.

Mengenai pemilihan selebriti pada tahun ini, Lee berkata, kehadiran golongan artis pada acara itu ternyata memberikan impak yang besar kepada hasil jualan dan respons khalayak umum.

"Kami berbesar hati dengan kerjasama para selebriti tanah air yang terbuka dan bersungguh-sungguh membantu jualan kek.

"Populariti mereka terutamanya Aaron Aziz, Rozita Che Wan dan Azwan Ali berjaya memeriahkan dan menarik perhatian pengunjung di pusat beli belah ini untuk membeli kek dan bergambar," katanya.

Pertandingan telah diadili oleh Lee sendiri bersama beberapa wakil media cetak dan elektronik.

Pada kejohanan itu, kategori Kek Paling Kreatif dimenangi oleh Grand Millenium Kuala Lumpur dengan kek bertemakan Rafflesia with Smurfs, Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur di tempat kedua (Slices of Nature) dan Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur di tempat ketiga (Heavenly Chocolate Rafflesia).

Kategori kek terbaik pula berpihak pada Grand Dorsett Subang Hotel dengan kek bertemakan Rafflesia; Swiss-Garden Hotels & Residences Kuala Lumpur sebagai naib juara (Rainforest Paradise) dan The Royale Chulan Kuala Lumpur di tangga ketiga (Dark Chocolate Cake Smooth N Delicious).

Lobak merah dalam kek

Posted: 16 Sep 2012 08:12 PM PDT

JIKA anda mengatakan lobak merah tidak sesuai membuat kek semestinya anda silap kerana pada minggu ini saya akan menulis tentang kek lobak merah.

Kek lobak merah menggunakan parutan lobak merah sebagai bahan utama yang dicampurkan dengan adunan kek.

Resipi yang saya kongsikan ini sungguh kaya dengan lobak merah dan apabila anda menikmatinya anda akan merasai kelembapan kek ini bersama kacang dan kismis.

Menggunakan lobak merah akan menghasilkan kek yang padat dan lembap di samping ia juga akan memberikan warna dan tekstur yang berbeza. Inilah yang membuatkan kek ini berasa sungguh istimewa. Pasti anda tidak dapat melupakan keenakan kek ini selepas menikmatinya.

Mungkin menggunakan lobak merah ke dalam kek kelihatan sedikit pelik namun lobak merah yang anda parut akan menjadi lembut dan masak bersama kek ketika ia dibakar didalam ketuhar.

Terdapat pelbagai resipi kek lobak merah yang boleh anda cuba dan ada pelbagai juga cara bagaimana untuk membuatnya.

Ada resipi yang mencampurkan semua sekali bahan-bahan tanpa memukul mentega terlebih dahulu. Selalunya resipi yang mencampurkan semua bahan itu adalah menggunakan minyak sayuran dan tidak menggunakan mentega.

Tekstur kek lobak merah adalah padat, berat dan kasar. Tekstur kek ini menghampiri tekstur mufin dan ia berbeza daripada tekstur kek yang biasa.

Bahan lain yang biasa digunakan dalam kek ini adalah seperti nanas, kekacang seperti walnut dan badam.

Kek lobak merah boleh dimakan begitu sahaja atau kek ini boleh disapu dengan aising atau topping seperti buttercream dan krim manis.

Namun kebiasaannya kek lobak merah akan disapukan dengan topping daripada keju krim yang dipukul bersama gula aising. Topping krim keju adalah topping yang sangat sesuai dimakan dengan kek lobak merah kerana rasa ia dapat menambahkan keenakan kek ini.

Kek lobak merah yang diperbuat daripada minyak sayur dan dimakan tanpa topping berlemak sememangnya lebih sihat. Selain itu ia juga sihat kerana mengandungi fiber daripada lobak merah.

Kismis yang digunakan dapat mencergaskan minda. Kek lobak merah sungguh popular dibakar menggunakan acuan kek berbentuk empat segi tepat tetapi anda bebas menggunakan apa-apa sahaja bentuk acuan yang anda suka seperti bentuk bulat atau dibakar dalam acuan kek cawan.

Asal usul kek lobak merah tidaklah jelas sebenarnya. Ada yang mengatakan ia bermula pada zaman pertengahan dahulu kerana ketika itu harga pemanis sangat mahal maka mereka menggunakan lobak merah yang berasa manis untuk membuat pencuci mulut.

Ada juga sumber tidak jelas mengatakan ia berasal daripada Norway. Sumber lain juga mengatakan ia mula popular di Britain semasa perang dunia ke dua .

Resipi yang saya kongsi ini agak menarik kerana saya menggunakan mentega buah zaitun yang tidak mengandungi kolesterol.

Menggunakan mentega buah zaitun membuatkan kek ini lebih sihat berbanding menggunakan mentega yang biasa. Ia mudah dibeli di pasar raya.

Walaupun harga mentega ini sedikit mahal tetapi apa salahnya jika berbelanja lebih untuk kesihatan kita sekeluarga. Anda boleh gunakan sebarang jenis kekacang yang anda suka seperti walnut, pecan dan sebagainya.

Untuk memarut lobak merah, gunakan bahagian pemarut yang kasar.

Saya sertakan sekali resipi topping yang menggunakan keju krim tetapi pada mereka yang inginkan ia lebih sihat nikmatilah kek lobak merah ini begitu sahaja.

Namun jika anda ingin topping yang lebih pekat kurangkan menggunakan krim jadi ia tidaklah begitu cair.

Gunakan gula aising untuk membuat topping keju ini dan jangan menggunakan gula kaster kerana gula kaster akan membuatkan tekstur topping keju anda berasa berpasir. Biarkan kek sejuk dahulu sebelum anda menyapu topping. Jadi cubalah resipi kek lobak merah ini. Selamat mencuba!

Asam pedas asli Melaka

Posted: 16 Sep 2012 08:10 PM PDT

Salim Shaari bersama sebahagian hidangan popular di Restoran Cawan.

PEMINAT tegar asam pedas harus mencuba sajian makan tengah hari asam pedas di Restoran Cawan ini.

Ikan pedas resipi dari Melaka ini bertambah enak hasil tangan ketua chefnya, Hafsah Majid.

Hafsah yang sememangnya mewarisi bakat memasak dari kedua orang tuanya, memilih beberapa jenis ikan seperti terubuk, baung dan sembilang laut untuk asam pedasnya.

Malah ada kalanya dia turut mengikut permintaan pelanggan terutama yang membuat tempahan menerusi perkhidmatan kateringnya.

Terletak di kawasan rumah kedai Selayang Jaya, Selayang, Selangor, Restoran Cawan merupakan satu-satunya restoran yang menyediakan sajian Melayu di kawasan berkenaan.

Bermula dari hidangan pagi seperti nasi lemak, bihun, mi, lontong dengan lauk pauk pilihan, tumpuan pelanggan makin menjadi-jadi ketika waktu makan tengah hari.

Pengarah Urusan Restoran Cawan, Salim Shaari berkata, pelanggan yang datang ke sini tidak mengira bangsa.

Pernah ada seorang pelanggan berbangsa Cina merungut-rungut kerana asam pedas ikan terubuk habis cepat.

"Makanan tengahari terutama asam pedas memang cepat licin. "Asam pedas memang menjadi kegemaran pelbagai bangsa. Selain asam pedas, ikan keli goreng bercili juga menjadi tumpuan pelanggan.

"Memang kebanyakan yang datang adalah pelanggan tetap sebab kami menawarkan kualiti dan kesedapan makanan dalam harga yang berpatutan.

"Walau harga barangan mentah naik, kami tidak menaikkan harga makanan yang dijual," jelas Salim yang membuka restoran ini sejak Februari tahun ini.

Menurut Salim, sebelah malamnya pula mereka menyediakan tomyam dan pelanggan juga dapat merasa kesedapan mi kari dan rojak buah yang dibuat dengan cara tradisional.

Selain menikmati makanan yang membuka selera, pelanggan harus menikmati air teh tiga lapis yang memang sedap dan penuh krim.

Selain asam pedas, Salim juga mencadangkan menu mesti cuba seperti ikan bakar berempah, rendang ayam ala Minang Cawan dan ikan tenggiri kari mamak Melayu.

Ditipu pengedar dadah

Posted: 16 Sep 2012 08:09 PM PDT

TIADA apa lagi yang dapat dilakukan oleh Farah (bukan nama sebenar) kecuali merelakan setiap kejadian yang berlaku pada dirinya.

Masih muda, baru berumur 20 tahun, Farah, yang tidaklah begitu sempurna pemikirannya (dilahirkan lembam), terpaksa 'dijauhkan' daripada keluarga untuk menutup rahsia selepas mengandung enam bulan tanpa nikah.

Keluarganya yang menemui jalan buntu terpaksa menyerahkan Farah ke Rumah Sinar Salam di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur, untuk dijaga sementara sehingga melahirkan anaknya.

''Kadang-kadang saya rasa ini semua takdir yang yang perlu ditempuh dan saya reda. Saya sebenarnya bukanlah dilahirkan dalam keluarga yang terumbang-ambing.

''Saya sendiri bukanlah seorang gadis yang lepas bebas sewenang-wenangnya. Saya hidup mengikut aturan dan seboleh-bolehnya ingin menjadi muslimah yang sejati," tutur Farah satu-satu ketika ditemui di rumah perlindungan untuk wanita dan anak-anak berkenaan.

Dia yang berasal dari Johor Baharu, Johor ini, kecundang di tangan lelaki pada usia 17 tahun sebaik habis peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana ditipu.

''Saya ini tidak banyak kawan kak. Hidup saya banyak dihabiskan di rumah malah saya bukanlah seorang yang pandai. Saya tahu kekurangan diri saya.

''Tapi saya kenal halal dan haram sesuatu perkara. Apa yang saya mahu lakukan ialah berbuat baik untuk keluarga dengan mencari pekerjaan," katanya.

Farah bercerita, keinginan untuk bekerja telah menemukan dia dengan seorang lelaki berusia 25 tahun yang beria-beria mahu membantunya mencarikan pekerjaan di sebuah kilang berdekatan rumah.

''Salah saya ialah saya tidak memberitahu ibu dan bapa saya mengenai pertemuan dan perbincangan kami untuk keluar mencari pekerjaan.

''Pada pendapat saya, dia baik orangnya dan tidak kisah dengan keadaan saya yang agak lambat untuk menangkap butir bicara apa yang diperkatakan," kata Farah.

Pada hari yang dijanjikan, Farah telah membonceng motor bersama lelaki itu ke sebuah tempat yang hanya diketahui oleh lelaki berkenaan, kononnya untuk menghadiri temuduga.

Tiba di sebuah kedai makan, lelaki berkenaan mengajak Farah bersarapan bersamanya dan dia akur kerana lelaki itu menegaskan masih awal lagi untuk ke kilang berkenaan.

Sampai satu peringkat, Farah diserahkan segelas minuman dengan sebiji pil.

''Saya tidak tahu pil apa. Saya ingatkan gula-gula sakit tekak. Saya pun makan pil itu yang menjadikan saya khayal dan hampir pitam.

''Memandangkan saya rasa tidak sihat, saya mengajaknya untuk pulang sahaja. Dia pun menghantar saya pulang tetapi tidaklah sampai di rumah hanya separuh jalan dan dia kemudian memberi nombor telefonnya.

''Katanya, kalau rasa tidak sihat lagi telefon dia segera," katanya.

Semenjak hari itu Farah berkata, dia merasa tidak sedap badan. Asyik rasa murung, berpeluh dan demam. Badan rasa sakit-sakit, sekejap rasa sejuk dan kemudian rasa tidak keruan.

Apabila keadaan ini berlaku, Farah terus menelefon lelaki berkenaan dan dia sedia bertemu dengannya.

''Dalam pertemuan itu dia mengatakan saya boleh sihat sekiranya saya memakan pil yang dibawanya dengan syarat saya perlu membayarnya.

''Pada tempoh bulan pertama, saya dapat membayarnya kemudian duit saya habis dan saya tidak mempunyai wang lagi untuk membeli pil berkenaan," katanya yang merupakan anak keempat daripada tujuh adik-beradik itu.

Apabila ditanya tidakkah keluarganya mengesyaki sesuatu melihat perubahan sikapnya, Farah menjelaskan, keluarganya ada bertanya dan ingin membawanya ke klinik namun Farah menolak atas alasan sudah ada 'ubat'.

Farah berkata, dirinya yang selalu berada di rumah menyebabkan keluarga tidak mengesyaki apa-apa cuma sekadar mungkin akibat perubahan hormon selepas demam SPM berakhir.

Malang menimpa Farah apabila dia 'sakit' semula dan dek kerana ketiadaan wang, Farah dipaksa menggadai maruahnya untuk membayar harga 'ubat' yang disediakan oleh lelaki terbabit.

Rentetan daripada itu, Farah akhirnya merasa kelainan pada dirinya dan kemudian disahkan mengandung.

''Masa itu keluarga saya terutama ibu dan bapa saya jadi kelam kabut. Saya dimarah dan dipukul. Bapa saya cuba menjejak lelaki berkenaan dengan menghubungi nombor yang diberikan, malangnya nombor itu sudah tiada dalam perkhidmatan.

''Setelah perbincangan dilakukan dan melihatkan saya semakin teruk akibat ketagih dadah, saya kemudiannya dihantar ke Sinar Salam untuk membantu menghilangkan ketagihan dadah," jelasnya.

Setelah beberapa bulan, Farah selamat melahirkan cahaya matanya seorang bayi perempuan yang kini berusia sembilan bulan.

Malang bagi Farah kerana dia masih terus terpaksa menjalani terapi untuk menghilangkan ketagihan terhadap najis dadah.

''Saya rasa sedih kak, orang OKU (orang kelainan upaya) macam saya pun ada orang ambil kesempatan.

''Saya berazam selepas saya pulih saya akan jaga anak saya sendiri setelah balik ke Johor Baharu nanti," katanya yang memberitahu anaknya kini dijaga oleh ibu dan bapanya.

Rumah kasih sayang

Posted: 16 Sep 2012 08:07 PM PDT

SUASANA sambutan hari raya baru-baru ini memberi suntikan keceriaan buat anak-anak dan keluarga yang menghuni di RMH ini.

Sebenarnya RMH berfungsi sebagai 'rumah-di luar rumah' untuk keluarga yang mempunyai anak-anak berpenyakit kronik dan sedang menerima rawatan di hospital-hospital berdekatan.

RMH di PPUKM adalah program Rumah Ronald McDonald yang pertama dan satu-satunya di Asia.

Di dalamnya terdapat 19 buah bilik tidur lengkap dengan pendingin hawa dan kelengkapan lain seperti bilik permainan, bilik menonton televisyen, bilik dobi dan ruang dapur dan makan.

Pengerusi Ronald McDonald House-PPKUM, Datin Fadillah Othman berkata, lokasi RMH ini memang dibina berdekatan dengan wad pediatrik bagi memudahkan ibu bapa untuk membawa anak ke rawatan susulan.

Katanya, di RMH sejumlah keluarga yang telah datang dari jauh dan menetap bersama di bawah satu bumbung ketika anak-anak mereka yang menghidapi penyakit kronik sedang menerima rawatan di hospital-hospital tersebut.

"Di sini ramai yang menjalani rawatan kanser. Seperti yang diketahui rawatan kanser memerlukan banyak kitaran yang perlu dijalani.

"Kami memang mahu memudahkan ibu bapa dan maka sebab itulah diadakan rumah ini. Biar ibu bapa dapat menjaga anak yang sakit dengan keadaan yang selesa," katanya ditemui pada majlis rumah terbuka bagi meraikan penghuni RMH .

Hadir sama pada majlis sambutan hari raya tersebut ialah Presiden Rumah Kebajikan Ronald McDonald Malaysia, Chan Chee Chin.

Fadillah berkata, rumah ini sebenarnya banyak dibina di seluruh dunia namun di Asia hanya terdapat di PPUKM ini.

Sementara itu, Chee Chin dalam ucapannya berkata, pihaknya memahami akan kesukaran emosi dan fizikal yang dihadapi oleh para pesakit dan ahli keluarga mereka.

"Oleh sebab itu dengan adanya program seperti ini, kami berharap dapat meringankan beban mereka dengan menyediakan penempatan sementara yang selesa seperti di rumah.

"Mereka boleh tinggal di RMH tanpa dikenakan sebarang kos atau dengan bayaran minimum RM5 semalam. Ini bukan sahaja dapat meringankan beban kewangan untuk membayar kos penempatan dan pengangkutan bahkan memudahkan keluarga-keluarga untuk meluangkan lebih masa bersama.

"Dengan cara ini ia membantu anak-anak mereka untuk sembuh dengan lebih baik dan cepat," katanya.

Chee Chin juga menyeru ahli keluarga yang mempunyai anak yang sedang menjalani rawatan penyakit di PPUKM menggunakan kemudahan ini.

RMHC juga berharap untuk bekerjasama dengan rakan-rakan dan sukarelawan kami untuk memainkan peranan yang aktif dalam RMH sebagai sebahagian dari usaha untuk menjadikan RMH lebih dekat dan bermakna kepada masyarakat setempat.

"Kami berasa bahawa perayaan Hari Raya Aidilfitri seperti hari ini adalah satu langkah yang tepat bagi menyuntik kegembiraan dengan meraikan anak-anak tersebut serta keluarga mereka bersesuaian dengan semangat hari raya," jelas beliau lagi.

Dalam majlis sambutan hari raya itu RMH turut meraikan lebih 15 keluarga yang menetap di rumah tersebut bersama 40 orang anak-anak yatim Rumah Nur Hikmah, Kajang, Selangor, pekerja McDonald's Malaysia dan PPUKM.

Keluarga-keluarga ini terdiri daripada ibu bapa dan anak-anak yang sedang menerima rawatan di PPUKM.

Beri pujian

Posted: 16 Sep 2012 08:03 PM PDT

SETIAP hari sebenarnya adalah peluang yang terbaik untuk anda menzahirkan rasa penghargaan kepada pasangan.

Ia menunjukkan bagaimana besarnya hati anda terhadap pasangan atas setiap pertolongan mahupun pemberian atau bermaknanya hubungan anda dengannya.

Hargai pasangan anda atas sikap tanggungjawab dan perhatiannya bukan sebab kerjanya. Ia berasaskan apa sahaja, mungkin si dia membantu anda memasak, mengemas rumah, menjaga anak kecil, membuang sampah atau apa sahaja yang berkaitan dengan hubungan dan perasaan.

Beritahu juga pasangan anda mengapa anda begitu menghargai apa yang dia telah lakukan untuk anda biarpun dengan sekadar ucapan 'terima kasih'.

Namun untuk mengucapkan terima kasih anda perlu kreatif, sekiranya sebutan terima kasih hanya dilafazkan seperti selalu, tentulah kurang 'magisnya'.

1Kreatifkan ucapan

Anda boleh menyebut 'saya menghargainya..., saya amat terharu..., semoga Allah merahmati sayang... jika pasangan anda terlupa membeli sesuatu di pasar raya atas pesanan anda mungkin anda boleh berkata, 'tiada masalah besar sayang...'

2Beritahu masalah anda dengan jujur Jika anda mengalami masalah atau terpaksa bekerja lewat malam atau apa sahaja, beritahu pasangan anda dengan sejujurnya, seperti "sayang saya terpaksa bekerja lewat hari ini sebab hendak siapkan projek itu tapi saya rasa sangat bersalah kerana terpaksa meninggalkan sayang lebih lama," ini akan menyebabkan pasangan anda tidak terasa hati.

3Beri nota terima kasih

Anda akan rasa terkejut membayangkan bagaimana hanya dengan nota terima kasih akan menyebabkan hari pasangan anda ceria.

4Pujilah di depan orang ramaiPernahkah anda memuji dan ucapkan terima kasih kepada pasangan anda di depan orang ramai atau jiran atau rakan? Ucapkanlah rasa penghargaan anda kepada pasangan ketika berada di kalangan sanak saudara untuk membayangkan rasa penghargaan anda kepada pasangan. Pasangan anda pasti terkesima.

5Ketahui hatinyaSekiranya pasangan anda kelihatan sedih dan rasa gelisah, usah diganggu dirinya, biarkan dia tidur seketika tanpa gangguan anak-anak daripada asyik bertanya mengapa, kenapa, apa sebabnya kepada pasangan anda atas sesuatu yang terjadi.

6Guna kaedah biasaIni merupakan satu strategi yang biasa, gunalah hadiah atau bunga untuk menyatakan perasaan anda kepadanya. Tidak perlu mahal, cukuplah ia datang ikhlas dari hati.

Maddy buru kerjaya peragawati

Posted: 16 Sep 2012 08:02 PM PDT

Dua tahun lalu, wanita ini melalui pengalaman sukar ketika pertama kali pulang ke Malaysia selepas 19 tahun membesar di luar negara.

Katanya, dia tidak tahu berbahasa Melayu walaupun ibu bapanya berasal dari Malaysia.

"Ramai yang tidak percaya saya tidak boleh bercakap bahasa Melayu. Kadang-kadang saya berasa malu. Yalah, wajah kelihatan Melayu tetapi hanya boleh bercakap bahasa Inggeris," kata peragawati sepenuh masa, Madiha Alyafie, 21, atau lebih mesra dengan panggilan Maddy.

Disebabkan tempoh pengajian di luar negara lebih singkat dan pantas, Maddy berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada usia 21 tahun.

"Pada awalnya, saya sendiri tidak dapat menyesuaikan diri. Saya terpaksa belajar berbahasa Melayu daripada rakan-rakan di UiTM. Mereka sangat memberi sokongan hinggalah saya fasih berbahasa Melayu dalam tempoh dua tahun," ujarnya.

Maddy yang sedang menyertai pertandingan pencarian peragawati, Miss Gifted berpendapat, cantik dan berpendidikan sangat penting untuk berjaya dalam dunia peragaan.

"Berbeza dengan pertandingan lain, ia mencari peragawati yang mempunyai rupa dan latar pendidikan yang baik. Zahnita Wilson antara mentor pertandingan itu.

Saya lihat Zahnita ialah contoh peragawati yang mempunyai kedua-duanya. Dia juga membuktikan kerjaya ini boleh menjamin masa depan. Saya percaya, jika kita mempunyai pakej itu, insya-Allah kita boleh merancang perjalanan cita-cita kita lebih baik," jelasnya yang cukup meminati bidang perniagaan.

Berbicara tentang fesyen, Maddy mengagumi rekaan pakaian Kashfi Zulkifli.

"Anda lihat busana saya hari ini. Koleksi ini ringkas tetapi unik. Saya kelihatan seperti seorang puteri yang berperwatakan manja, lembut dan elegan," ujarnya sambil tersenyum.

ketua wanita bermotosikal Mira

Posted: 16 Sep 2012 08:01 PM PDT

SEBAHAGIAN daripada koleksi motosikal miliknya.

SETIBANYA penulis bersama jurugambar Safiyana Salim di hadapan rumah Presiden Ladies Biker Malaysia (LBM), Mira Yaacob, terserlah citarasanya terhadap jentera berkuasa tinggi itu.

Pelbagai jenis motosikal dapat dilihat sekali gus menyerlahkan keutamaan wanita ini di dalam hidupnya.

Mira yang kelihatan santai dengan jumper jeans lengkap bertopi hitam menyambut mesra kedatangan kami.

Daripada gayanya yang bersahaja, sesiapa saja pasti beranggapan Mira seorang yang kurang ciri-ciri keibuan dan kewanitaan.

Bila diamati setiap sudut rumahnya, ternyata ia membiaskan personaliti luarannya yang boleh dikatakan agak 'kasar' melihat kepada hobi ekstremnya memacu motosikal berkuasa tinggi.

Di satu sudut, terserlah hobinya dengan sebuah rak yang penuh dengan topi keledar serta kelengkapan menunggang lain seperti kacamata hitam, sarung tangan dan but.

Namun, sentuhan wanita mendominasi tatahias rumahnya dengan perabot yang diatur kemas serta pelbagai hiasan seperti pasu, bunga-bungaan dan lukisan.

Lebih menarik lagi apabila mengetahui hampir semua kraftangan yang disusun di rak putihnya itu adalah hasil tangannya sendiri.

"Di sinilah kehidupan saya jika tidak pergi mengikuti konvoi kelab mahupun menghadiri majlis-majlis tertentu.

"Saya lebih suka menghabiskan masa di rumah dengan menghasilkan lukisan ataupun kraftangan selain menghabiskan masa bersama suami dan anak-anak dengan pelbagai aktiviti.

"Bagi saya, walaupun kita sinonim dengan aktiviti lasak seperti menunggang motosikal, sifat kewanitaan terutamanya sebagai isteri dan ibu perlu ada.

"Malah jangan terkejut langsir ini juga saya jahit sendiri," ujarnya sambil menghidangkan pelbagai juadah yang dimasaknya sendiri.

Cerita wanita yang mempunyai tiga anak lelaki itu, dia tidak kisah dengan pandangan orang tentang gaya hidupnya kerana keluarga dan teman-teman rapat lebih mengetahui sifat sebenarnya.

Pada waktu lapang, dia gemar menghasilkan kraftangan sendiri seperti melukis pada balang kaca dan membuat gubahan bunga sebagai hadiah kepada rakan ataupun digunakan untuk jualan amal.

Pengalamannya membuka salun kecantikan ketika muda membuatkan jiwanya lebih terdedah untuk menghasilkan sesuatu yang berseni walaupun tidak pernah mempelajarinya melainkan melalui buku yang dibacanya.

MotosikalBercerita tentang aktiviti menunggang motosikal yang dipupuk sejak remaja lagi, Mira menerangkan, dia bermula dengan motosikal kecil sehinggalah mampu memiliki motosikal idamannya.

Imbasnya, dia memang nakal sewaktu kecil. Ketika itu, dia sering mencuri-curi membawa motosikal bapa dan abangnya.

Mira sudah terdedah dengan aktiviti permotoran sejak muda lagi memandangkan ramai ahli keluarganya yang memiliki motosikal.

Atas tekad, dia kemudian memiliki lesen tanpa pengetahuan ibu bapanya dan membeli motosikal dengan titik peluhnya sendiri selepas habis persekolahan.

"Saya bukan datang daripada keluarga senang. Saya sudah biasa bekerja keras untuk memiliki apa yang saya ingini.

"Saya percaya sesuatu perkara itu akan berjaya dengan usaha kita sendiri," ujarnya yang memiliki Harley Davidson pertamanya sekitar 1980-an.

Namun atas kesibukan membina hidup, dia melupakan hobinya sementara sekitar 1990-an dan kemudian menyambungnya kembali setelah semuanya stabil.

Ujarnya, dia merancang untuk melakukan jelajah ke luar negara bersama suaminya yang berkongsi hobi sama tetapi terpaksa menangguhkan impian mereka kerana menggalas tanggungjawab terhadap LBM.

Ladies Biker Malaysia Menyingkap pertubuhan LBM, cerita Mira, semuanya bermula sekitar 2010 apabila dia bersama rakan-rakan wanita sehobi berkumpul di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur.

Ketika rancak berkongsi cerita, Mira bersama rakan-rakannya iaitu N. Z. York, Fa Polo, Mama Goldwing, Lynn Zarina, Azliena Bahrin, Maznah Zulkifli dan Alia Aishah Fahmi terfikir mewujudkan sebuah kelab khas untuk penunggang motosikal wanita seperti mereka.

Namun, atas kesibukan masing-masing, usul itu senyap begitu sahaja sehinggalah ia diaktifkan oleh Alia yang kini Naib Presiden LBM bersama-sama Jasni Ruzlin.

"Mereka berdua yang mewakili generasi muda kemudian datang kepada saya meminta bantuan menggerakkan kelab ini.

"Pada mulanya, saya agak keberatan sebab ada perancangan sendiri bersama keluarga. Namun kerana menghormati semangat mereka, saya bersetuju mencuba apa yang termampu.

"Boleh dikatakan saya mewakili rakan-rakan lain yang memberi idea pada awalnya bagi memberi bantuan dan sokongan kepada kelab ini," terangnya.

Ujarnya, dia berbangga dengan pencapaian kelab itu yang kini boleh diakses melalui laman FB Ladies Biker Malaysia kerana sehingga kini mereka mempunyai 300 orang ahli berdaftar.

Impiannya untuk LBM adalah melihat lebih ramai penunggang motosikal wanita tidak kira jenis apa pun bersatu di bawah LBM dengan menyertai pelbagai aktiviti terutamanya yang berkaitan dengan amal kebajikan.

Tampil menarik dengan corak jalur

Posted: 16 Sep 2012 07:54 PM PDT

WANI ARDY 28 tahun

BAGI sesetengah remaja, corak belang atau jalur pada baju mereka adalah sesuatu yang dielakkan.

Ada yang merasakan corak-corak sebegini terlampau menonjol dan sukar digayakan dengan padanan yang sesuai.

Malah, ramai yang mengelak untuk menggayakan pakaian corak jalur dan belang kerana tidak mahu nampak terlampau kurus dan gemuk.

Namun, corak berbelang ini sebenarnya seronok untuk digayakan sekiranya kamu pandai menyuntik elemen ranggi dalam pemakaian kamu.

Berikut antara pakaian corak belang hasil gayaan remaja yang sempat .com rakamkan.

Kurang sakit ketika bersalin

Posted: 16 Sep 2012 07:52 PM PDT

Soalan
Dr., saya ada mendengar tentang kesan buruk epidural ketika bersalin. Ada yang mengatakan ia tidak baik untuk buah pinggang kelak. Adakah ia benar? Saya juga ingin tahu apakah kaedah ini pilihan terakhir untuk mengurangkan rasa sakit ketika bersalin. Sebagai ibu yang mengandung lapan bulan dan bakal melahirkan anak sulung, saya juga ingin tahu adakah saya perlu mengamalkan teknik pernafasan yang betul ketika bersalin normal dan apakah yang perlu dilakukan untuk mengelak anak berada dalam kedudukan songsang?

n Sheila, Kedah.

Jawapan

Tahniah Puan Sheila kerana dalam sebulan lagi anda akan bergelar ibu. Terima kasih juga kerana soalan yang diutarakan amat praktikal sekali. Sudah tentu persoalan di atas sentiasa muncul di minda puan buat masa ini. Insya-Allah saya akan cuba memberi penerangan.

Memang tidak semua wanita bertuah dan dapat melahirkan anak tanpa masalah. Setiap wanita mempunyai pengalaman bersalin yang berbeza-beza. Bahkan bagi seorang ibu, pengalaman melahirkan setiap anak juga tidak serupa. Kesakitan ketika melahirkan anak menyebabkan ada sesetengah wanita serik untuk hamil lagi. Sebenarnya ada pelbagai kaedah untuk mengurangkan kesakitan semasa bersalin. Antaranya kaedah teknik pernafasan (dikenal juga sebagai Lamaze) untuk melegakan ketegangan otot pelvis, suntikan ubat-ubatan, sedutan gas Entonox dan juga kaedah epidural.

Kaedah teknik pernafasan (kaedah Lamaze) merangkumi cara berehat dan senaman tarik nafas yang dilakukan kebanyakan ibu ketika mengandung seperti diajar dalam kelas antenatal. Lebih baik jika suami turut mempelajari kaedah ini. Kesakitan bersalin juga disebabkan ketegangan pada otot pelvis dan kaedah ini membolehkan otot pelvis menjadi tidak tegang dan seterusnya dapat mengurangkan kesakitan. Sebahagian wanita hanya memerlukan kaedah ini untuk mengurangkan kesakitan dan ia lebih bersifat semula jadi.

Ubat-ubatan Suntikan ubat opiod iaitu yang sama kumpulan dengan morfin atau pethidin diberi ketika sakit bersalin dan menghalang otak daripada merangsang deria kesakitan. Bagaimanapun, ubat opiod ini boleh menyebabkan seseorang ibu merasa khayal dan mengantuk. Malah, bayi yang lahir juga mungkin boleh mendapat kesannya dan biasanya bayi diberi ubat antidot iaitu naloxone sejurus selepas dilahirkan. Sedutan gas Entonox (campuran gas oksigen dan nitrus oksida) memberi kesan sama, iaitu menghalang deria rasa daripada mengalami kesakitan dan sampai ke otak, tetapi ia juga boleh menyebabkan wanita mengantuk dan kurang cergas ketika bersalin.

EpiduralPenggunaan suntikan epidural adalah bertujuan mengelakkan kesakitan terutamanya ketika puan memilih cara tersebut untuk bersalin tanpa kesakitan.

Suntikan epidural diberi apabila pesakit mula menunjukkan tanda hendak bersalin. Epidural menahan kesakitan bersalin dengan menghalang buat sementara waktu saraf yang bermula dari rahim ke otak.

Suntikan epidural ini mempunyai kebaikan seperti dapat menahan kesakitan pada fasa pertama dan kedua kelahiran, tidak memberi kesan mengantuk pada ibu, memberi bius untuk kelahiran secara forceps atau vakum, jahitan episiotomi dan meneruskan khidmat bius jika memerlukan kelahiran secara pembedahan caesarean. Ia juga menyebabkan salur darah mengembang, melancarkan peredaran darah kepada bayi dan secara tidak langsung mengurangkan risiko bayi lemas. Epidural adalah ubat tahan sakit paling selamat dan sangat diperlukan ibu yang ada masalah kesihatan seperti sakit jantung dan tekanan darah tinggi.

Bagaimanapun, epidural tidak menjamin 100 peratus dapat mengurangkan kesakitan kerana kadangkala faktor posisi ketika pemberian epidural dan abnormaliti pada struktur tulang belakang yang bengkok (kifosis dan skoliosis) menyebabkan kesukaran mendapat posisi jarum epidural di kawasan lumbar tulang belakang.

Kebanyakan wanita yang memilih suntikan epidural menyatakan ia memberi kelegaan kesakitan. Hampir semua yang pernah diberi suntikan epidural ingin melakukannya sekali lagi pada masa depan. Kajian membuktikan epidural tiada kesan sampingan jangka panjang. Saya sendiri pernah berpeluang menjalani kaedah epidural semasa bersalin anak ketiga hingga kelima. Ia pengalaman manis yang tidak dapat dilupakan semasa menjalani proses kelahiran. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Moga proses kelahiran yang akan puan alami juga sedemikian!

Rungutan atau dakwaan bahawa suntikan epidural menyebabkan sakit belakang atau sakit pinggang kemudian hari adalah tidak benar. Ini kerana selepas bersalin normal tanpa epidural pun, sakit belakang tetap wujud disebabkan faktor berat badan, regangan pada kulit dan otot, serta postur ketika mengandung. Kaedah epidural sama sekali tidak menyebabkan masalah atau penyakit pada organ buah pinggang seseorang.

Kesan sampingan yang biasa dialami adalah tidak selesa akibat kekebasan pada bahagian bawah badan. Biasanya kebanyakan wanita dapat menerimanya sebagai ketidakselesaan sementara. Selain itu, ia boleh menyebabkan tekanan darah rendah (hipotensi) dan tidak dapat membuang air kecil dengan sendiri (mungkin memerlukan tiub kencing) buat sementara waktu. Biasanya pakar bius memberi ubat bius epidural berdos rendah yang berkesan untuk mengelak masalah ini.

PernafasanAdalah elok jika puan dan suami berpeluang mempelajari teknik pernafasan yang betul. Teknik ini dapat membantu puan semasa proses bersalin nanti. Lebih baik jika menarik nafas panjang apabila merasakan kontraksi bermula dan bernafas atau meniup nafas keluar secara perlahan sambil meneran. Ini akan mengelakkan daripada mencederakan tekak dan memastikan anda mengekalkan corak pernafasan yang sihat. Ia juga penting untuk menghasilkan satu peneranan yang kuat.

Kedudukan bayi songsang sebenarnya adalah normal pada peringkat awal kehamilan, 20 peratus ibu yang mengandung, biasanya akan mengandungkan bayi songsang pada peringkat awal. Kedudukan bayi songsang tersebut biasanya akan berubah pada peringkat pertengahan kandungan. Proses peralihan kedudukan kandungan ini akan berlaku secara automatik pada minggu ke-28 hingga minggu ke-32 usia kandungan.

Jangan puan risau kerana buat masa ini kandungan puan pada minggu 32 usia kandungan. Insya-Allah bayi puan akan berada dalam kedudukan normal (sefalik) pada temu janji yang seterusnya.

Kesan awal selamatkan nyawa

Posted: 16 Sep 2012 07:49 PM PDT

BARISAN selebriti tanah air (berdiri dari kiri), Linda Jasmine, Dynaz, Soo Wincci dan Neelofa manakala duduk (dari kiri), Que Haidar, Datuk Fazley dan Safee Sali bergambar bersama semasa sidang media program Perjuangan Kanser Payu Dara Avon baru-baru ini.

SEDIH, takut dan malu. Perasaan ini pasti menyelubungi pesakit kanser payu dara. Mungkin masih ramai lagi yang tidak sedar bahawa pengesanan awal kanser payu dara boleh menyelamatkan nyawa. Gaya hidup sihat, Pemeriksaan Sendiri Payu Dara (PSP) dan pemeriksaan kesihatan mengikut jadual amat penting dalam hal ini.

Menurut Presiden Persatuan Kebajikan Kanser Payu Dara Malaysia, Ranjit Kaur, menangani barah amat perit, tetapi ia usaha yang munasabah.

"Bukan sahaja pesakit, keluarga dan rakan-rakan juga perlu pengetahuan dan mengambil tindakan segera berhubung kesan barah dan bagaimana cara terbaik mengatasinya. Ini penting untuk mengubah stigma masyarakat terhadap kanser ini," jelasnya.

Ranjit yang juga bekas pesakit kanser payu dara menambah, pengetahuan tentang kanser ini perlu didedahkan kepada masyarakat sejak usia remaja.

Katanya, ramai remaja yang kurang pendedahan kerana penyakit ini sering dikaitkan dengan mereka yang berusia 40 tahun ke atas.

Nasihat Ranjit kepada wanita di luar sana, amalkan pemakanan seimbang dan sayangi diri dengan melakukan pemeriksaan.

"Mungkin cara persatuan kami berkempen di bandar dan kampung agak berbeza. Dalam siri jelajah kami ke kampung-kampung, kami akan gunakan bahan yang praktikal untuk menunjukkan bentuk ketumbuhan yang dikenali sebagai kanser pada payu dara. Biasanya, kami akan menggunakan kacang tanah sebagai contoh. Ia lebih jelas dan mudah untuk mereka faham.

"Jika organ ini tidak ada, tiadalah beza antara lelaki dan wanita. Ia organ seksual dan melibatkan keyakinan diri, sama ada dengan pasangan, kawan-kawan atau komuniti sekeliling," ujarnya.

Justeru katanya, wanita perlu melakukan mamogram sekali setahun.

"Jangan beritahu saya ia menyakitkan kerana akibat menemui kanser kemudian adalah lebih menyakitkan," katanya.

PerjuanganDalam pada itu, beliau memuji peranan Avon melalui program Perjuangan Kanser Payu Dara Avon.

Sempena ulang tahun ke-20 program ini, Avon akan mengadakan acara berjalan amal yang dijangkakan mencipta rekod baru di dalam Malaysia Book of Records, iaitu Jalan Kaki Amal Kanser Payu Dara terbesar di Malaysia pada 23 September depan di Putrajaya.

Acara berjalan amal ini bertujuan meningkatkan tahap kesedaran orang ramai terhadap pengesanan awal kanser payu dara. Berkonsepkan fun walk, para peserta akan dihiburkan dengan pelbagai aktiviti di sepanjang perjalanan sejauh 4.5 kilometer.

Peserta juga berpeluang berjalan bersama selebriti termasuk Scha Alyahya, Neelofa, Soo Wincci, Fizo Omar, Linda Jasmine, Que Haiddar, Maria Tunku Sabri, Leslie Chai, Alan Yun, Datuk Fazley dan penyerang skuad bolasepak negara, Safee Sali.

Menurut Neelofa, melalui program ini, dia boleh menyampaikan pesanan kepada golongan wanita muda tentang kesedaran kanser payu dara.

"Meskipun saya seorang artis, saya juga manusia biasa yang berisiko menjadi mangsa. Kita tidak tahu perasaan pesakit. Tetapi yang saya tahu, ia boleh dicegah melainkan faktor genetik.

"Misalnya melalui gaya hidup seperti pemakanan dan lakukan senaman. Saya sendiri sudah memulakan pemeriksaan mamogram sejak dua tahun lalu. Pengesanan awal mungkin menyelamatkan payu dara anda," ujar Neelofa.

Gaya hidup sihat elak buasir

Posted: 16 Sep 2012 07:46 PM PDT

SEORANG wanita yang baru saja melahirkan anak menderita penyakit buasir sejak hamil dan semakin parah apabila melahirkan anak secara normal. Wanita berkenaan menderita buasir kerana kandungannya yang besar menekan usus dan menyebabkan sembelit.

Selepas bersalin, buasirnya semakin parah. Doktor menasihatkannya merendam buasir tadi di dalam air garam suam selama 10 hingga 15 minit untuk mengecutkannya.

Pakar Runding Pembedahan Am, Pusat Perubatan Kelana Jaya, Petaling Jaya, Dr. Jonah Azariah berkata, pesakitnya kini telah sihat dan tidak perlu menjalani pembedahan.

"Bagaimanapun jika buasir tidak kecut, pembedahan dengan bius separuh badan dilakukan.

"Biasanya pembedahan menggunakan laser bagi mengurangkan kesakitan dan darah," katanya semasa ditemui di pejabatnya baru-baru ini.

Dr. Jonah menambah terdapat juga pakar perubatan menggunakan dawai kokot atau stapler atau getah untuk mengikat buasir bagi menghalang perjalanan darah.

Teknik ini akan menyebabkan buasir tertanggal dengan sendiri dalam masa dua hingga empat minggu.

"Penyakit buasir atau hemoroid adalah penyakit yang terjadi di bahagian dubur. Ia berlaku apabila saluran darah mengembang dan bengkak di sekitar dubur (rektum dan anus)," katanya.

Menurutnya lagi, buasir boleh menyerang sesiapa saja, tidak kira usia dan jantina.

"Biasanya tanda awal berlaku sewaktu meneran terutama apabila sembelit membuang air besar sehingga menyebabkan sel bengkak melapisi saluran dubur," katanya.

Sembelit jelas Dr. Jonah boleh berlaku akibat jangkitan kuman dalam usus termasuk gastrik, mereka yang mengalami sembelit sejak kecil, diet kurang fiber, kanser usus dan penyakit luar biasa usus besar.

"Biasanya pesakit buasir yang berusia lebih 40 tahun perlu menjalani pemeriksaan usus besar untuk mengetahui keadaan di dalamnya.

Tisu elastik"Pesakit muda pula biasanya mengalami ketumbuhan atau kanser dan seelok-eloknya usus besar diperiksa menggunakan skop," katanya.

Kebarangkalian mereka yang berusia antara 20 hingga 50 tahun lebih terdedah kepada buasir tetapi terdapat juga kes bayi menderita buasir kerana kelainan pada usus.

Dr. Jonah berkata, terdapat juga buasir yang bukan disebabkan oleh masalah usus tetapi saluran darah di hujung usus besar tersumbat.

"Biasanya apabila sembelit, pesakit perlu meneran setiap kali membuang air besar menyebabkan darah sukar kembali ke jantung.

"Salur darah akan tersumbat dan bengkak menyebabkan tisu elastik darah longgar, nipis atau hilang hingga menyebabkan buasir yang parah," katanya.

Dr. Jonah berkata, terdapat empat peringkat buasir. Bagi peringkat pertama dan kedua pesakit boleh dirawat tanpa pembedahan.

"Pesakit perlu mengambil ubat pada dos yang betul untuk mengecutkan buasir, menghentikan pendarahan dan melawaskan buang air besar," katanya.

Pada peringkat tiga, biasanya 10 peratus pendarahan akibat buasir tidak boleh dihentikan dengan ubat. Biasanya buasir akan diikat dengan gelang getah untuk menyekat saluran darah dan buasir akan tanggal dalam masa dua minggu.

Pada peringkat empat apabila keadaan semakin parah dengan pendarahan dan nanah tetapi tisu elastik masih ada, pembedahan tidak perlu dijalankan.

"Bagaimanapun apabila keadaan semakin teruk kerana tisu elastik sudah hilang, pembedahan perlu dijalankan," katanya.

Dr. Jonah berkata, pesakit buasir perlu mengubah gaya hidup untuk sentiasa sihat.

"Pesakit perlu jaga pemakanan dengan kurangkan makanan di luar, lebihkan fiber, banyak minum air suam dan senaman.

"Seelok-eloknya hentikan merokok, minum arak dan kurangkan pedas dan gunakan tandas duduk," katanya.

Jika masalah buasir berulang, Dr. Jonah menasihatkan pesakit terus berjumpa doktor untuk rawatan susulan.

Pekak tiba-tiba

Posted: 16 Sep 2012 07:40 PM PDT

PERNAHKAH anda tiba-tiba hilang pendengaran sebaiksaja bangun daripada tidur? Senario berkenaan dikenali dalam bahasa perubatan sebagai sudden sensorineural hearing loss (SSNHL) iaitu kehilangan pendengaran sensoriunal secara tiba-tiba.

Biasanya pesakit tidak mendengar bunyi lebih daripada 30 desibel (dB) dalam tiga frekuensi berdekatan yang berlaku dalam tempoh kurang daripada tiga hari.

Pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) Pusat Perubatan Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor, Dr. Samril Bokari berkata, SSNHL biasanya berlaku secara tiba-tiba pada waktu pagi atau secara tiba-tiba dalam masa beberapa jam saja.

"Sebanyak 70 peratus pesakit SSNHL juga mengalami bunyi bising atau berdesing di telinga atau tinnitus," katanya.

Insiden berkenaan kata Dr. Samril, meningkat dengan usia iaitu nisbah 4.7 orang dalam 100,000 orang yang berusia 20 hingga 30 tahun; manakala 15.8 orang bagi setiap 100,000 orang berusia antara 50 hingga 60 tahun.

"Biasanya sebanyak 30 hingga 70 peratus kes pulih dengan sendirinya tidak sampai dua minggu. Peluang pemulihan pendengaran penuh bagaimanapun adalah lebih kecil untuk pesakit yang kehilangan pendengaran teruk dan apabila tiba-tiba pendengaran sensorineural yang disertai dengan vertigo," katanya.

Pesakit muda yang hilang pendengaran akibat SSNHL, kemungkinan besar boleh dipulihkan sepenuhnya.

Punca SSNHL adalah pelbagai. Dalam 30 hingga 70 peratus kes kehilangan pendengaran secara kekal dan ada yang boleh dirawat dengan pelbagai cara.

1 Jangkitan virus.

Satu daripada empat pesakit yang menderita SSNHL dilaporkan juga menderita jangkitan pernafasan di bahagian atas kira-kira sebulan sebelum hilang pendengaran.

Virus yang berkaitan dengan SSNHL termasuk mumps (beguk), measles (campak), rubella selain meningitis, siflis dan AIDS.

2 Tumor.

Pelbagai tumor di dalam telinga sama ada benign (tidak berbahaya) atau malignan boleh menyebabkan SSNHL.

3 Trauma di kepala yang memberikan

kesan kepada sel rambut, gegendang telinga atau tulang. Sembuh sepenuhnya atau separuh daripada kecederaan otak boleh menyebabkan hilang pendengaran.

4 Ubatan dan racun serangga.

Senarai ubatan yang panjang atau penggunaan ubat tahan sakit berterusan boleh menyebabkan hilang pendengaran. Racun serangga seperti malathion dan methoxychlor dikaitkan dengan hilang pendengaran serta-merta pada kedua-dua belah telinga.

5 Gangguan immunologi

6 Gangguan vaskular (pembuluh) yang

mengganggu edaran darah ke telinga

7 Perkembangan abnormal

8 Gangguan idiopathic seperti multiple

schlerosis, penyakit Meuniere (biasa berlaku di bahagian telinga dalam)

Apa yang perlu dilakukan jika SSNHL berlaku pada anda?

Dr. Samril berkata, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

"Jangan berlengah dan anggaplah kejadian berkenaan sebagai kecemasan," katanya.

Beliau menambah, kajian menunjukkan 50 hingga 70 peratus mengalami pemulihan separa atau lengkap dalam masa beberapa minggu. Dalam kebanyakan kes, seluruh telinga akan terjejas dan memberikan kesan komunikasi dalam situasi dengan bunyi latar belakang.

Bagi pesakit yang pendengaran mereka tidak pulih, alat bantuan pendengaran adalah rawatan yang terbaik.

Selain itu, implan koklea boleh juga dilakukan pada pesakit yang mengalami kehilangan pendengaran dua hala.

1 ulasan:

johnson harry on 15 Februari 2017 pada 5:39 PTG berkata...

Ini adalah untuk memaklumkan kepada lelaki awam atau wanita yang sihat dan 100% serius
untuk menderma buah pinggang mereka perlu segera menghubungi Dr.
johnson, saya seorang Nefrologi di Hospital Besar ..
Oleh kerana kami mempunyai banyak pesakit yang berada di sini untuk pemindahan buah pinggang, Adakah
anda memohon peluang untuk menderma buah pinggang anda untuk wang kerana
rehat kewangan ke bawah, hospital kami adalah khusus dalam Buah Pinggang Pembedahan / pemindahan
dan rawatan organ lain, kami juga berurusan dengan membeli dan pemindahan buah pinggang
dengan ruang tamu dan donor.we sihat menawarkan $ 400,000.00 USD untuk buah pinggang anda Jika
anda berminat untuk menderma buah pinggang anda sila tidak teragak-agak untuk
hubungi kami melalui E-mel; generalhospital121@gmail.com

Catat Ulasan

 

TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved