ads

Jumaat, 22 Jun 2012

Celebrity News


sumber :-

Celebrity News


INFO:Diskaun Tiket Konsert Sami Yusuf Untuk Pelajar Dilanjutkan

Posted: 22 Jun 2012 08:38 AM PDT

Penganjur Konsert Salaam Sami Yusuf melanjutkan tempoh diskaun sebanyak 15 peratus bagi pembelian tiket di kalangan pelajar sehingga 30 Jun ini.

Menurut kenyataan dikeluarkan penganjurnya, Offshore Entertainment Production (OEP), keputusan tersebut dibuat bagi memberikan masa yang mencukupi kepada mereka yang berada di luar Kuala Lumpur untuk membuat pembelian.

Konsert sulung bintang lagu-lagu kerohanian antarabangsa itu di sini bakal berlangsung pada 14 Julai depan di Stadium Malawati, Shah Alam.

Kata kenyataan itu, OEP turut melantik sebuah syarikat, UNICDOTMY Pro Sdn Bhd sebagai ejen penjualan tiket bagi memudahkan urusan penjualan tiket tersebut kepada para pelajar.

Pembelian boleh dilakukan dengan melayari laman web www.unic.my dan klik pada UNIC e-shop, dengan kemudahan pembayaran menerusi kredit kad atau sistem perbankan Internet.

Tiket-tiket yang sudah dibeli boleh ditebus di kaunter tiket stadium tersebut 13 Julai depan.

Konsert itu juga bakal menampilkan penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin sebagai penyanyi undangan.

Tiket bagi menyaksikan konsert berkenaan dijual serendah RM55 sehingga RM295 dan boleh dibeli dengan melayari www.airasiaRedtix.com atau di cawangan Victoria Music Centre dan Rock Corner.

Untuk maklumat mengenai tiket konsert boleh hubungi talian 03-87754666.


Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Sinopsis Drama Bukan Bidadari | Video Drama Bukan Bidadari

Posted: 22 Jun 2012 08:12 AM PDT

Inas, seorang gadis kaya yang mempunyai sikap manja dan sombong mendapati hidupnya menjadi tunggang langgang setelah kematian bapanya. Inas dan ibunya, Suraya resah apabila mengetahui arwah ayahnya mempunyai banyak hutang dan mereka tidak ditinggalkan sebarang harta untuk meneruskan kehidupan.

Tanpa arah tujuan, mereka pulang ke kampung Suraya dan tinggal bersama kakak Suraya, Hawa. Inas begitu benci akan kehidupannya di kampung dan menyalahkan ibu dan arwah bapanya atas tragedi yang telah menimpa dirinya. Namun, ada seorang pemuda di kampung yang bernama Kamal telah jatuh hati dengan Inas dan sanggup buat apa sahaja agar Inas bahagia hidup di kampung.

Nasib Inas tidak habis di situ apabila dia diperkosa oleh bekas teman lelakinya, Shidi yang datang mencarinya di kampung. Tidak lama kemudian, Inas mendapati dirinya mengandung. Kamal cuba untuk membantu Inas tetapi Inas terlalu degil demi mencapai cita-citanya untuk keluar daripada kampung itu dan mencari kebahagiaannya sendiri sehingga dia sanggup meninggalkan anak yang dilahirkan.

Sementara itu, semasa di Kuala Lumpur Inas telah bertemu dengan Arif, anak usahawan yang kacak dan berbudi pekerti. Akhirnya Inas berkahwin dengan Arif tanpa mendapatkan restu daripada ibunya. Malangnya, selepas berkahwin dengan putera hatinya, barulah dia sedar yang Arif seorang yang baran dan sering mendera emosi dan fizikal Inas.

Beberapa kali Inas cuba melarikan diri tetapi tidak berjaya. Disebabkan tidak sanggup menerima seksaan oleh Arif, Inas telah mempelajari seni mempertahankan diri secara senyap-senyap. Akhirnya Inas berjaya melepaskan dirinya dengan membunuh Arif. Inas pulang ke kampung mencari ibunya dan Kamal. Namun hampa hatinya apabila mendapati Kamal sudah menjadi tunangan orang. Apakah nasib Inas seterusnya? Masih adakah peluang ke dua buatnya untuk bertakhta di dalam hati Kamal? Adakah benar Arif telah meninggal dunia seperti sangkaan Inas?

Video :



Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

[ Cerita Lawak ] Surat Cinta Lelaki Rock Kepada Kekasihnya

Posted: 22 Jun 2012 07:49 AM PDT

Salam,

Amacam awekku.?? Lu orait ka.?? Wa harap lu ok2 je..

Awek gua, gua tlh mbaca surat lu tempohari… Apasal lu buat cenggini kat gua? Selama ni cintan gua thadap lu bkn main… Lu ingat gua main2 ka.?? Cintan gua mdlm very deep you know.! very deep purple.! Lu tarak prasan ke?

Apa yg kurangnya gua ni.?? Cuba lu cakap! Gua ni x cukup hensem ke.?? Atau lu sudah ada balak lain.?? Lu sound gua beb.! Mentang2 lu keja opis, lu ada skandal dengan mat despatch kat opis lu tu.! Mamat poyo tu lu nak? Apa barang.?? Kalo lu nak tau, gua dulupun pernah mintak jd cikgu tp x dpt. Bkn pasal gua takde kelayakan tp tadika kemas jarang amik cikgu lelaki.. Lagipun jiwa gua lbh kpd seni… Tiket konsert gua semua habis jual.! Sbb tulah gua jd tukang jual tiket konsert funfair buat sekian lamanya sampai tauke funfair tu x offer kat onglain.

Gua memang betul2 tak puas hati ni.! Lu memang bikin gua panas.! Sampai hati lu buat cam ni kat gua setelah apa yg gua dah kasik kat lu.. Lu ingat gua ni apa?!!

Awekku, lu ingat x dulu sewaktu lu & gua first time jumpa.?? Masa tu hujan... Lu takde payung.. Lu lari pegi kat bus stop.. Lu basah kuyup.. Kesian pulak gua tgk lu kesejukan.. Gua bukak jeket gua pastu kasik lu pinjam. Baek punya gua usya. Start tulah lu & gua sama2 sudah feeling2.. Gua ingat lagi lagu "Do You Know Me" masa tu kita layan menjadi lagu tema cinta gua kat lu... Gua selalu nyanyi lagu tu kat talipon public... Lu tak ingat ke.?? Ka lu dah lupa?!!

Pehal lu buat cenggini?!! Gua dah tangkap cintan maut kat lu wo.! Janganlah buat gua macamni.! Kalau lu tak suka cara gua lu cakaplah.! Janganlah krn besday lu gua hadiahkan t-shirt metallica, lu buat camni pulak kat gua. Gua tau sapa gua.. Gua memang macamni, rocker sejati.! Lu pun tau sapa gua.. Dulu lu takdepun cam ni.. Lu tak kisahpun.! Lu layan selamba je.. Tp nape skng lu berubah.? Nampak je gua rocker tp gua pun beriman jugak, beb.! Sembahyang x tinggal wo.!

Lu pikirlah sindri,.! Gua dah curahkan segala2 kat lu.. Gua dah sound mak bapak gua nak meminang lu.. Gitar Gibson secondhand gua tu gua dah gadai.. Gua buat modal nak kawin dengan lu.. Cayalah cakap gua.! Gua tak tipu.! Btl cakap lu.! Gua harap lu pikirlah baik-baik, bhai.! Kalo 1 ari nanti gua jd rock star, lu jangan nyesal.. Gua dah takde awek lain lg. Lu sorang jelah yang gua cinta.. Awek lain gua usya diorg x layan gua cakap lu.! Gua x tipu.! Betul punya cakap lu!

Akhirkata dr gua, kenang gua dlm doa makan malammu.. Sebelum gua bla, gua teringat lagu "runaway".. Semoga lu berbahagia,.!

Yang Benar,
DIO

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

[ Cerita Lawak ] Kisah Malam Pertama Jamil Dan Isterinya

Posted: 21 Jun 2012 09:59 PM PDT

Alkisah, seorang pemuda miskin bernama Jamil, berasal dari Benut, Pontian. Keluarganya hanyalah keluarga sederhana.Tidaklah disebut miskin. Ayahnya sehari-hari bekerja sebagai tukang jahit dikampungnya. Karena kegigihannya, Jamil berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke UTM walaupun dengan perbelanjaan seadanya. 

Semasa semester 3 di kampus, Jamil jatuh hati pada seorang gadis bernama Ayu Sofea, juga sama-sama kuliah di fakulti yang sama. Ayu adalah putri seorang tokoh korporat ternama di daerah Johor Bahru dan juga masih keturunan diraja. Walaupun secara ekonomi, mereka jauh berbeza,namun itu tidak menghalang keduanya untuk saling mencintai. Ayah Ayu yang mengetahui putrinya begitu mencintai pemuda dari keturunan biasa, tak mampu mencegah gelora cinta putrinya. 

Maka setelah keduanya lulus, pernikahan keduanya pun diselenggarakan dengan meriah. Pesta besar-besaran diadakan untuk mengiringi nikahan. Ayah Jamil yang tak punya banyak harta, hanya dapat memberikan bantuan sumbangan pakaian,langsir, sarung bantal, yang
semuanya dibuat dan dijahit sendiri khas untuk pernikahan anaknya Bahagiakah Ayu bersanding dengan Jamil ? 

Ternyata kebahagiaan mereka tidak berlangsung lama. Tibalah saatnya malam pengantin tiba. Mereka berduapun memasuki peraduan dengan bahagia.Namun,ketika Jamil membuka pakaiannya dan tinggal hanya memakai seluar dalam, berteriaklah Ayu dengan kuat, sebelum akhirnya pengsan tak sedarkan diri. Jamil masih dalam kebingungan dan tidak tahu kenapa isterinya histeria dan pengsan. 

Dilihatnya seluar dalam yang dipakai. Aduh!!! Jamil lupa yang seluar dalam itu dijahit oleh ayahnya, dibuat dari kain bekas bungkus tepung gandum. Di tengah seluar dalam itu masih terpampang jelas tulisan,"BERAT BERSIH 25 KG" . 

Sudah tentu Ayu terus pengsan melihatnya. Ayu tidak dapat membayangkan seberapa besar isinya dengan berat sebegitu.
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Gambar Nata Naritha Skandal Sammy Kumpulan Kerispatih

Posted: 21 Jun 2012 09:34 PM PDT

Baru nak naik balik dah kena cantas dengan gossip panas yang melanda bekas kumpulan Kerispatih (Sammy). Setelah meringkuk dalam penjara kerana kes dadah sebelum ini, dan telah dibebaskan serta kini tampil dengan album baru dalam menaikkan semula namanya.

Namun ia akan terencat dengan kehadiran gossip panas seorang gadis bernama Nata Naritha yang tampil menyebarkan kisah panas dan hubungan rahsia mereka sebelum ini.

Dan dibawah adalah beberapa gambar gadis ini bersama Sammy :





Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Artis Baru Nuremy Tinggalkan Dunia Lakonan Kerana Agama

Posted: 21 Jun 2012 09:17 PM PDT

Setelah menceburkan diri dalam dunia hiburan artis bernama Nuremy Ramli kini berhijrah kepada penampilan bertudung. Dan mungkin ada sesuatu yang terjadi dan membuka hati beliau untuk menjaga tatatertib dan landasan agama yang patut beliau sandarkan dalam meneruskan kehidupan di Muka bumi ini.

Dan berikut cerita mengenai penghijrahan beliau dengan penampilan terbaru beliau :


Keputusan mengundurkan diri dari dunia lakonan sejajar dengan perubahan dirinya yang sudah pun bertudung.

Bukan itu sahaja, rezekinya yang tidak terbuka luas juga selepas berhijrah juga menyebabkan wanita itu tekad dengan keputusannya. Kata Nuremy, dia bukanlah merajuk.
Semuanya hanyalah kerana agama dan menjaga kebaikan dirinya.


"Selepas bertudung, saya memang tidak menerima sebarang tawaran berlakon. Andai kata peluang saya dalam bidang ini sudah tertutup, saya menerimanya dengan hati terbuka. Saya sanggup tinggalkan dunia lakonan, demi agama dan kebaikan diri sendiri. 
"Paling penting, perubahan ini memberikan ketenangan jiwa dan minda kepada saya. Ia sesuatu yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Kalau tidak berlakon lagi nanti, mungkin saya akan bantu uruskan perniagaan keluarga. Doakan yang terbaik," katanya seperti dalam Gua.com. 
Menceritakan ketika mendapat hidayah untuk memakai tudung, Nuremy menceritakan dia bermimpikan tentang arwah ayahnya di mana mimpi itu sukar untuk ditafsirkan. 
"Dalam mimpi-mimpi itu, arwah ayah hanya memandang kepada saya tanpa melemparkan senyuman. Sedangkan hubungan kami sangat rapat. Ini membuatkan saya tertanya-tanya apa maksud mimpi tersebut. 
"Akhirnya saya buat kesimpulan bahawa ayah mahu saya lakukan sesuatu. Setelah beberapa lama berasa tidak sedap hati dan berkira-kira hendak menutup aurat, saya akhirkan nekad untuk berubah. Syukur keputusan ini membuatkan saya berasa lebih tenang dan selesa," katanya.
Nuremy bakal muncul dalam filem terbaru, 'Hanya Aku Cinta Kau Seorang' (HACKS). 
Jujur Nuremy mengakui malu dan segan dengan penampilan dirinya dalam filem tersebut.
Bagaimanapun, dia menegaskan lakonan dan pemakaian bajunya dalam filem itu dibuat sebelum dia mengenakan tudung.
Justeru itu, dia tidak mahu ramai pihak tersalah anggap dengan personaliti dirinya.

"Ketika menonton filem itu tadi (Isnin), memanglah saya berasa agak malu kerana penampilan saya sekarang ini tidak sama seperti dahulu. Terus-terang saya katakan, saya sebenarnya kurang selesa dengan pakaian yang disediakan oleh pihak produksi ketika itu. Ini kerana ketika penggambaran HACKS bermula, saya sudah memasang niat untuk memakai tudung. 
"Bagaimanapun, ketidakselesaan itu tidak diluahkan kerana saya tidak mahu menyusahkan pihak lain. Sebaliknya, saya akur dengan kehendak pengarah dan cuba lakukan yang terbaik. Sebagai pelakon, saya tidak mahu mengecewakan pengarah dan penerbit yang percaya dengan kemampuan lakonan saya," kata Nuremy.
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Kisah Gadis Menjadi Pelacur Kerana Teman Lelaki

Posted: 21 Jun 2012 08:13 PM PDT

Dibawah ini adalah kisah sebenar pengakuan dari mangsa penipuan oleh teman lelaki untuk menjerat Ika ( bukan nama sebenar ) menjadi seorang pelacur.Diharap para pembaca terutama kaum wanita dapat menjadikan cerita di bawah ini sebagai teladan.Jangan lupa share kisah ini bersama rakan-rakan yang lain ye.
 
Ika,27,mengakui tersilap memilih teman lelaki sehingga perkerja seks kelas murahan.Sejak terjebak dengan pekerjaan tersebut.Ika sering menangis mengenangkan nasibnya mencari nafkah dengan cara begitu.

Ketika mahu ditemubual oleh akhbar ini (BuletinRakyat),ika ditemui di JalanRaja laut agak keberatan kerana tidak mahu kisah peribadinya ditonjolkan untuk pengetahuan umum.Setelah dipujuk mungkin kisahnya boleh manjdi pengajaran kepada orang lain akhirnya Ika mengalah.


Ika yang berasal dari Beufort,Sabah memberitahu berkenalan dengan seorang lelaki mesra dipanggil "Boy"semasa bekerja sebagai promoter di sebuah gedung membeli belah di ibukota.Boy sentiasa mengambil berat pasal Ika akhirnya mengambil keputusan menetap sebagai suami isteri tidak sah di rumah sewa lelaki berkenaan.


Selepas setahun menjalinkan hubungan terlarang dengan Boy,Ika mula berasakan sesuatu tidak kena pada lelaki berkenaan.Perasaan itu wujud lantaran Ika melihat sikap Boy yang sering ponteng kerja dan adakalanya pulang hingga lewat malam.


"Saya tidak tahu siapa Boy sebenarnya.Adakalanya Boy lansung tidak keluar dari bilik dan bila keluar rumah sentiasa berada dalam keadaan ketakutan.Seperti ada sesuatu yang sedang menganggu fikirannya.Mulalah fikiran saya jadi kacau dibuatnya.Dalam seminggu pula saya nampak beberapa lelaki tidak dikenali mencari Boy,"kata Ika mula mengesyaki Boy menyembunyikan sesuatu darinya.

Namun selepas beberapa hari,Boy mengakui berhutang dengan peminjam wang dangan jumlah yang besar.Dia mengakui tidak mampu membayar hutang dan bunga pinjaman kepada pihak berkenaan.


"Boy kata hanya ada satu cara untuk membantunya melangsaikan hutang-hutangnya iaitu saya terpaksa menjual batang tubuh saya kepada pihak berkenaan.Boy juga berjanji akan mengahwini saya selepas itu.Pada awalnya saya menolak dengan sekeras-kerasnya cadangan Boy.Saya bukannya pelacur mahu serahkan tubuh saya begitu sahaja.Namun Boy terus menampar,memukul dan memaksa saya melayan pihak peminjam dengan sepuas-puasnya jika mahu melangsaikan hutang.Mahu tidak mahu terpaksalah saya mengikut arahan Boy melayan kehendak seks peminjam wang berkenaan,"katanya.

Selepas kejadian itu,malang terus menimpa Ika apabila Boy dibuang kerja.Sejak itu Ika yang terpaksa membayar sewa rumah dan menanggung makan minum Boy.Ika mengakui pendapatannya bekerja sebagai promoter tidak mencukupi untuk mereka berdua.Dalam keadaan tersepit dengan masalah kewangan,sekali lagi Boy mencadangkan Ika menjadi pekerja seks separuh masa bagi menambahkan pendapatan.


"Saya membantah cadangan Boy dengan alasan sekeras-kerasnya.Saya tak mahu menjadi pelacur tetapi Boy terus mendesak dengan kekerasan.Dia memukul dan menerajang saya.Dia ugut akan mengapa-ngapakan saya jika berani melawan arahannya.Saya tidak berdaya melawan kehendak Boy dan dibawa ke sekitar Choe Kit untuk melacur.Manakala Boy bertindak mencari pelanggan di situ,"katanya.

Ika mengakui setiap malam,Boy berjaya mendapatkan tiga pelanggan dengan pendapatan RM150 semalam.Ika akan memulakan kerja sebagai pekerja seks selepas selesai pukul tujuh sehinggalah ke lewat malam pukul12 tengah malam.


"Kalau tak ada pelanggan terpaksalah saya menunggu sehingga mengantuk.Pagi esoknya pula saya terpaksa berkerja sebagai promoter.Memang penat dibuatnya.Sementara Boy hanya makan tidur di rumah sewa.Janji untuk menikahi saya hanya tinggal janji.Bila saya desak pelbagai alasan diberikan katanya tidak mampu dan sebagainya.,"beritahu Ika dengan nada sedih.

Namun disebabkan tidak tahan dengan penderaan diterima dari Boy,Ika bertekad untuk meninggalkan lelaki yang tidak bertanggunjawab itu.Untuk sementara waktu Ika menumpang dirumah rakan sekerjanya tanpa menjawab semua panggilan Boy.Ika juga mengugut Boy jangan menganggunya lagi jika tidak akan menelefon polis memberitahu segala kegiatan Boy termasuk memaksanya menjadi pelacur.Oleh kerana takut,Boy tidak lagi menganggu kehidupan Ika.


Malang menimpa hidup Ika sekali lagi apabila pihak majikan memberhentikan kerjanya sebagai promoter kerana sering ponteng dan menghadapi masalah peribadi.

"Selepas diberhentikan kerja barulah saya tahu langit tinggi itu tinggi atau rendah.Hidup saya sudah tidak bermakna lagi.Saya terpaksa berpindah dari rumah kawan sekerja kerana tidak mampu membayar sewa bilik dan tidak mahu menyusahkannya.

Saya tidak tahu ke mana hendak pergi dalam keadaan diri saya sudah rosak seperti ini.Akhirnya saya mengambil keputusan menjadi pekerja seks di lorong belakang.Sekurang-kurangnya saya mampu membayar sewa bilik hotel murah di sini,"katanya masih menyimpan perasaan marah dengan Boy yang menjerumuskannya ke lembah kehinaan tersebut.


Bila ditanya sampai bila mahu meneruskan pekerjaan tersebut Ika tidak dapat memberikan apa-apa komen.Dia hanya menggeleng-gelengkan kepala seolah-olah menyesali apa yang berlaku dalam hidupnya.


"Tak tahulah bang,sudah nasib saya begini.Nak ke mana lagi?Hidup saya sudah rosak dan tidak seperti orang lain lagi.Tak mengapalah.Tiba masa saya berhenti maka berhentilah.Kalau tidak saya teruskan mencari rezeki dengan cara seperti ini(Pekerja Seks),"
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Gossip Maya Karin Bercinta Dengan Datuk !!?

Posted: 21 Jun 2012 07:54 PM PDT

Sana sini bercerita mengenai keintiman pelakon yang kini melonjak naik kerana lakonan dalam filem Ombak Rindu. Dan seiring dengan nama beliau dalam industri hiburan, gossip dan cerita panas turut mengiringi beliau dalam meneruskan perjuangan sebagai anak seni.

Terbaru mengenai gossip beliau sedang menjalinkan hubungan dengan seorang Datuk yang berstatus tokoh koporat. Dan gossip tersebut semakin hangat dengan tersebarnya gambar-gambar seperti diatas.

Dan bagi memastikan kesahihannya berikut jawapan daripada Maya KArin :


"Benar saya menghadiri majlis makan malam itu dan duduk semeja dengan beliau tetapi saya hadir atas jemputan sebagai tetamu syarikatnya dan tiada apa-apa yang istimewa antara kami.

"Kalau hendak tahu, saya kerap berurusan dengan syarikat tersebut dalam projek-projek tertentu seperti kempen alam sekitar dan beberapa lagi. Hubungan kami memang baik sejak tiga hingga empat tahun lalu, sebab itu saya di undang sebagai tetamu," katanya ketika dihubungi mStar Online, petang Khamis.

Maya berkata gosip itu adalah tidak berasas kerana dia masih solo sehingga hari ini sejak bercerai dengan bekas suami Muhammad Ali Abdullah atau Steven David Shorthose pada 16 Julai 2010.

"Sehingga hari ini saya masih solo dan belum temui pengganti. Tiada apa yang hendak dirahsiakan jika saya sudah ada teman baru. "Saya mahu menikmati kehidupan solo ini sepuas-puasnya dan melakukan perkara-perkara yang saya suka seperti mengembara tanpa ada sekatan," katanya
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved