ads

Sabtu, 24 Mac 2012

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Kisah cinta dua dara

Posted: 24 Mar 2012 10:27 PM PDT

pix_middle

SEPANJANG tempoh singkat bergelar penyanyi, kualiti daripada sudut aksi mahupun vokal dipersembahkan Siti Adira Suhaimi atau Adira, 21, dan Stracie Angie Anam (Stacy), 22, tidak pernah me­ngecewakan. Kebetulan kedua-duanya berasal dari negeri sama iaitu Sabah.

Bakat Adira dan Stacy juga dicungkil daripada rancangan realiti TV popular Akademi Fantasia, menyebabkan peminat ber­anggapan anak muda kelahiran negeri di bawah bayu memiliki keistimewaan. Jika digilap, mereka mampu menjadi penghibur disegani satu hari nanti.

  • Foto

  • Foto

  • Foto

  • Foto

  • Foto

Begitupun, perjalanan kerjaya seni dilalui mereka penuh ranjau dan duri. Ia tidak mudah seperti dibayangkan, apatah lagi segala tindak tanduk menjadi perhatian.

Tersilap langkah, ia akan menjurus mereka ke kancah kontroversi yang boleh mengakibat­kan kerjaya seni musnah dalam sekelip mata.


Dalam usia yang boleh dianggap mentah, kedua-dua penyanyi muda ini sudah berdepan situasi dinyatakan. Malah, bukan setakat kisah cinta menjadi perhatian, tetapi lebih daripada itu, hinggakan sampai satu tahap ia mengaibkan dan maruah tercalar.


Sebaik keluar dari Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) dan muncul dengan single Ku Ada Kamu, Adira menjadi pujaan ramai, namun populariti diraih punya harganya apabila satu persatu hal peribadi didedahkan.

Orientasi seksnya dipersoal­kan, kisah putus cinta dengan juara Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26), Hafiz diperkatakan hingga kini dan terbaru fotonya mendakap manja seekor anjing menjadi bahan cercaan.

Bagaimana gadis kelahiran Ranau, Sabah ini berdepan segala tekanan apabila satu-persatu cerita buruk dikaitkan dengannya?

Bagi anak muda sebayanya, mungkin apa yang berlaku boleh membuatkan mereka separuh gila atau berputus asa, seterusnya meninggalkan segala usaha dibina sebelum ini.

Bagaimanapun, Adira mengang­gap segala kritikan berikutan kontroversi membabitkan dirinya sebagai teguran membina untuk memperbaiki diri pada masa akan datang.

"Perkara berlaku di luar sedar dan tidak dirancang, apabila ia menjadi kontroversi, saya tidak dapat mengelak. Bagaimanapun, saya akan pastikan keluarga dan peminat tahu kedudukan sebenar. Jika apa yang berlaku berpunca daripada kesilapan yang saya lakukan, saya mohon maaf.

"Selagi keluarga dan peminat memahami, saya akan berasa lega kerana mereka menjadi tulang belakang kerjaya seni saya. Apa yang berlaku juga saya anggap sebagai proses pembelajaran untuk menjadi insan lebih baik," katanya tanpa mahu mengulas panjang apa berlaku sebelum ini.

Kesan daripada kontroversi yang timbul mungkin dirasai Adira apabila menyertai ranca­ngan realiti terbaru terbitan Astro, Mania dan disiarkan di Astro Ria setiap Sabtu, jam 9 malam.

Dalam pertandingan yang menyediakan wang tunai RM500,000 ini, pemenangnya ditentukan menerusi undian penonton sepenuhnya. Pengaruh kontroversi mungkin memberi kesan kepadanya sepanjang menyertai rancangan itu.

"Saya tidak percaya perkara itu akan berlaku kepada saya kerana penonton semakin bijak. Mereka mengundi peserta yang menyertai Mania daripada bakat. Apatah lagi ia membariskan penyanyi terkenal yang memiliki kelebihan masing-masing.

"Kalau sekali pun saya terkeluar daripada persaingan selepas ini, saya yakin ia disebabkan ada bakat lebih baik berbanding saya dan ia bukan kerana pengaruh kontroversi. Mengenai undi pula, saya anggap ia terpulang kepada rezeki masing-masing," katanya.

Stacy pula yang beberapa kali dikaitkan dengan masalah disiplin dan kisah cintanya bersama seorang lagi bintang AF, Akim menganggap kontroversi dan gosip lumrah bagi anak seni. Yang penting, mereka harus tahu tujuan sebenar menyertai dunia seni dan jangan sesekali biarkan ia menggugat tumpuan.

"Bagi saya mudah, jika kontroversi itu timbul disebabkan kesilapan sendiri, saya memohon maaf. Bagaimanapun, kalau berkisar mengenai cinta atau menjalin hubungan dengan mana-mana lelaki, itu saya anggap sebagai usikan," katanya.

Stacy turut menjelaskan, sepanjang bergelar penyanyi, dia memastikan sentiasa fokus dengan apa dilakukan, terutama membabitkan impiannya menjadi penghibur dihormati.

"Sepanjang dalam bidang ini, saya bersyukur kerana impian mengubah nasib keluarga dapat dilaksanakan. Rumah di Kota Kinabalu sudah dibina. Bagaimanapun, banyak lagi yang ingin saya lakukan, terutama membabitkan kerjaya," katanya.

Gadis ini yang kini popular dengan lagu Kisah Dongeng turut menjelaskan, satu sebab dia me­nyertai rancangan Mania kerana mahu menonjolkan lagi kemampuan diri di samping menimba ilmu daripada komposer besar yang turut menjadi pengarah muzik seperti M Nasir, Ahmad Dhani dan Aubrey Suwito.

"Impian saya besar dalam dunia seni suara. Saya mahu mencipta nama dan meninggalkan impak seperti mana dilakukan penghibur terkenal sebelum ini, antaranya Anita Sarawak, Allahyarham Datuk Sudirman dan Datuk Siti Nurhaliza," katanya.


Pertarungan bekas kekasih

MENARIKNYA rancangan Mania, selain menemukan dua bintang kelahiran Sabah ini, ia turut menampilkan bekas kekasih mereka iaitu Hafiz (sebelum ini bercinta dengan Adira) dan Akim atau nama sebenarnya Afiq Hakim Ahmad (hangat dikatakan bercinta dengan Stacy).

Pastinya peminat mahupun mereka yang mengikuti drama kisah cinta dua remaja popular ini mahu melihat bagaimana Adira dan Stacy berdepan bekas kekasih masing-masing.

Bercerita mengenai perkara ini, Adira menjelaskan, dia tidak pernah berdepan masalah untuk bekerja dengan Hafiz biarpun mereka bukan lagi kekasih.

"Selepas putus, kami masih bekerjasama, apatah lagi kami mempunyai lagu duet iaitu Ombak Rindu. Kami putus secara baik dan masih berkawan, tetapi tidaklah serapat dulu. Biasanya kalau berjumpa pun hanya berkaitan soal kerja.

"Kalau orang tanya apa perasaan saya terhadap Hafiz, saya masih sayang, tetapi tidak lebih daripada kawan," katanya.

Stacy pula tidak pernah meng­anggap pembabitannya dalam rancangan Mania bersama Akim akan menyebabkan hubungan baik terjalin sebelum ini menjadi renggang.

"Lagipun, kami mengambil kelas vokal bersama-sama sebagai persiapan untuk berdepan cabaran program ini. Bagi saya, soal bermusuh semata-mata untuk bersaing tidak pernah timbul. Kami mengamalkan persaingan sihat.

"Malah, kami selalu juga bercerita apa yang ingin dilakukan atau tampilkan dalam rancangan ini tetapi tidaklah semua dikongsi. Maklumlah, baik macam mana pun kami tetap bertanding sesama sendiri, jadi segala strategi biarlah jadi rahsia," katanya.

Tambah Stacy, pembabitan penyanyi ternama seperti Jaclyn Victor, Alyah, Shila Amzah, Kumpulan Estranged dan Kristal dalam Mania memberikannya peluang untuk menimba ilmu daripada mereka.

Sebagai peserta, dia tidak terlalu memikirkan soal per­saingan tetapi waktu sama tidak menafikan mahukan kemena­ngan kerana hadiah ditawarkan sangat lumayan dan ia boleh digunakan bagi memperbaiki kehidupan keluarga serta mempertingkatkan kerjaya seninya.

Irma Hasmie Nikah Anak Datuk 1 Julai Ini

Posted: 24 Mar 2012 10:26 PM PDT

Irma Hasmie.

SUNGAI BULOH: Pelakon Irma Hasmie bakal melangsungkan pernikahannya dengan seorang anak Datuk, Reza Syah Azmeer Datuk Mohd Redzuan, 31, pada 1 Julai ini di Keramat Hall, Kuala Lumpur.

Tarikh tersebut telah diputuskan selepas dipersetujui dalam majlis pertunangan yang berlangsung di rumah Irma di Desa Coafiled, Sungai Buloh, pada petang Sabtu.

Irma berkata, dia dan Reza yang merupakan seorang ahli perniagaan itu bertemu di kota Mekah ketika menunaikan umrah buat kali ketiga pada Februari lalu dan dirisik oleh pihak keluarga lelaki pada 12 Mac.

"Syukur Alhamdulillah saya menganggap jodoh saya dan Reza adalah satu anugerah Allah S.W.T. Tak sangka pula umrah saya yang ketiga ini menemukan saya dengan Reza yang turut menunaikan umrah bersama keluarganya pada masa itu.

Dari kiri: Ibu Irma, Ropitah Abdul Hassan, Azizah Osman dan Irma.

"Perkenalan kami amat singkat tetapi saya cukup senang bersama dengannya. Lebih menguatkan perhubungan kami ialah apabila kami direstui kedua-dua belah pihak keluarga. Moga jodoh ini berpanjangan sehingga akhir hayat," katanya.

Pada majlis yang serba ringkas itu, bekas kekasih pelawak Nabil (Raja Lawak) mengenakan busana rona biru cair rekaan Hatta Dolmat.

Pelakon itu telah menerima sebentuk cincin berlian yang disarungkan oleh ibu Reza, Azizah Osman, serta tujuh buah dulang hantaran daripada pihak lelaki yang beruba set mandian, sepersalian pakaian, sejadah, manisan kurma, kek dan buah-buahan.

Manakala pihak perempuan pula membalas sebanyak sembilan dulang iaitu sireh junjung, buku-buku ilmiah, pencukur, sejadah, kek, manisan, sepersalinan pakaian dan set mandian.

Dalam pada itu, majlis pertunangan itu turut dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak, teman rapat dan beberapa rakan artis.

Amanda Tak Kisah Tak Popular Seperti Haliza Misbun

Posted: 24 Mar 2012 10:25 PM PDT

Amanda Misbun

PETALING JAYA: Pelakon Amanda Misbun, 23 mengakui dia tidak dapat menandingi kehebatan bakat lakonan kakaknya iaitu Haliza Misbun dan tidak kisah jika kurang popular seperti pelakon Andartu Terlampau 21 Hari Mencari Suami itu.

Amanda berkata, dia bersyukur kerana memiliki seorang kakak yang berbakat dan pada masa sama dapat mengajar selok belok dunia lakonan daripadanya.

"Jujur saya katakan, sikit pun saya tak kisah tidak meraih populariti seperti kakak dan saya lebih sukakan begitu.

"Ini kerana saya dapat mengembangkan bakat lakonan saya sebaik mungkin sehinggalah masyarakat luar menyedari kehadiran saya dalam sesebuah lakonan itu

Haliza Misbun

"Dan apabila orang mula menyedari kewujudan saya dalam industri seni ini, maka kerja keras yang dilakukan itu berhasil. Alhamdulillah, segala hasil kerja saya kini mula menjadi perhatian dan ini semua berkat doa dan dorongan yang diberi oleh kakak," katanya.

Tambah Amanda, selama empat tahun bergelar pelakon, segala aturan perjalanan kariernya banyak dibantu oleh Haliza yang dianggap sebagai mentornya sendiri.

Dalam pada itu, pelakon drama Apa Celop itu juga bersyukur keranapublisiti yang tidak diberikan secara meluas membuatkan dia bebas daripada kontroversi.

"Alhamdullah, saya dieknali kerana lakonan dan bukannya kontroversi. Justeru itu saya mahu asah lagi bakat yang ada untuk ketengahkan di bidang lakonan yang saya sayangi ini," ujarnya.

Sementara itu, Amanda yang baru sahaja mendirikan rumah tangga pada 3 Mac lalu berkata, dia lebih gemar mengambil tawaran berlakon drama supaya jangka masa penggambaran yang lama itu dapat dimanfaatkan dengan mengasah dan mempelajari lakonan dengan orang yang berada di sekelilingnya.

'A Fistful of Stances' Penuh isu Konflik

Posted: 24 Mar 2012 10:24 PM PDT

PETALING JAYA: Bermula 30 Mac ini, stesen televisyen 8TV akan membawakan sebuah drama bersiri Kantonis popular berjudul A Fistful of Stances.

Menurut Pengurus Besar Kumpulan 8TV dan ntv7, Airin Zainul,drama yang berkisarkan tentang konflik keluarga ini mampu membuatkan 'ketagih' untuk menyaksikan episod-episod yang lain.

"8TV membawakan kepada anda drama yang mendapat sambutan hangat di Hong Kong . Bagi peminat drama Kantonis, kisah menarik A Fistful of Stances pasti memberikan kepuasan menonton buat penonton di luar sana," katanya.

Drama ini mengisahkan Au-Yeung Wai-Lan, yang menyertai sekolah seni mempertahankan diri akhirnya dipertemukan dengan anak lelakinya Cheung setelah bertahun lama terpisah.

Suatu hari, Cheung diberitahu oleh ibunya yang bapanya telah dibunuh dan adik lelaki, Koo Yu-Tong pula sakit tenat. Cheung segera menyiasat dan mendapati bapanya dibunuh oleh Wing Tak.

Cheung merancang untuk membalas dendam terhadap kematian bapanya. Dengan pertolongan keluarga, Cheung mempelajari satu jenis Kung-Fu hebat untuk memasuki 'Seven States Martial Arts Championship Tournament'.

Setelah mendapat tahu bahawa pihak lawan belia adalah Wing Tak, Cheung meletakkan sepenuh perhatian dalam mempersiapkan diri berlatih menghadapi pihak lawan sekaligus membalas dendam seperti yang dirancang.

Ikuti drama penuh konflik ini setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 7 malam bermula 30 Mac ini di saluran 8TV.

Selai itu program-program 8TV boleh ditonton di laman sesawang www.8tv.com.my / www.tonton.com.my atau ikuti kami menerusi www.facebook.com/8TVfb, www.twitter.com/8tv dan www.youtube.com/8tvaddicts.

Mahu cantik, January Jones Makan Plasenta Sendiri

Posted: 24 Mar 2012 10:23 PM PDT

January Jones

SEPERTI yang sedia maklum, di Hollywood, selebriti-selebriti di sana sanggup melakukan apa sahaja demi kecantikan wajah.

Begitu juga dengan aktres January Jones, dia mengakui bahawa antara tips bagi mengekalkan kecantikan wajah adalah dengan memakan plasenta dari rahimnya.

Menurut laporan Bang Showbiz, Januari mula mengamalkan plasenta sejak melahirkan bayinya, Xander pada September tahun lalu dan bintang filem Mad Men ini percaya dengan memakan organ tersebut, dirinya akan lebih sihat.

"Saya mempunyai semangat yang tinggi apabila berbicara tentang hal-hal kesihatan dan akan memastikan pengambilan makanan kesihatan seperti, vitamin, teh serta plasenta yang telah dikapsulkan wajib dimakan.

"Memang bunyi plasenta agak menggelikan tetapi ia telahpun dikering dan dijadikan kepada bentuk vitamin," katanya.

Tambah January cara pemakanan plasenta tersebut dianggap mistik seperti ingin melakukan sesuatu ritual, tetapi dia menegaskan hal itu tiada kaitan langsung, sebaliknya menyarankan kepada ibu-ibu di luar sana untuk menjadikan plasenta sendiri sebagai makanan tambahan.

Marilyn Manson & Lana Del Ray Kini Pasangan Bercinta?

Posted: 24 Mar 2012 10:22 PM PDT

Marilyn Manson

NAMPAKNYA penyanyi Marilyn Manson, 43, sudah ada kekasih baru selepas putus cinta dengan Evan Rachel Wood pada tahun lalu.

Dikhabarkan, Marilyn kerap kelihatan makan malam bersama seorang penyanyi Lana Del Ray , 25,dan baru-baru ini mereka telah ke sebuah hotel bersama.

Menurut laporan Spinner, satu sumber memberitahu, baru-baru ini pasangan tersebut dilihat sedang makan bersama di sebuah restoran mewah di Berlin, Jerman.

"Marilyn berada di Jerman kerana dijemput untuk berduet dengan kumpulan metal, Rammstein.

Lana Del Ray

"Bagaimanapun, Marilyn tidak keseorangan dan dia bersama dengan Lana dan dilihat berjumpa di Hotel Grand Hyatt," kata sumber tersebut.

Sebelum ini, Lana pernah dikhabarkan bercinta dengan vokal kumpulan Skotlandia, Kassidy selama tujuh bulan, namun hubungan itu gagal dikekalkan.

Penyanyi yang pernah berkahwin dengan Dita Von Teese dan bertunang dengan Rose McGowan itu juga pernah menjalinkan hubungan cinta dengan beberapa wanita, tetapi gagal.

‘Penyegar’ mata di Shanghai

Posted: 24 Mar 2012 10:20 PM PDT

KAGUM...bangunan lama yang menempatkan gedung cenderamata.
KAGUM...bangunan lama yang menempatkan gedung cenderamata.

TERUJA rasanya dapat berkunjung ke Shanghai - bandar raya paling pesat membangun yang menjadi lambang kemodenan dan kemewahan bagi rakyat China.

Dengan lebih 20 juta penduduk, status sebagai pusat perdagangan dan kewangan utama meletakkan bandar raya itu sebagai tarikan ekonomi bagi negara berkenaan.

  • Foto

    UNIK...bangunan unik yang menempatkan sebuah restoran terkenal.

  • Foto

    TARIKAN...Shanghai Old Street yang sering dikunjungi pelancong untuk mendapatkan pelbagai jenis barangan.

  • Foto

    KENANGAN...penulis (kanan) bergambar bersama rakan wartawan di sebuah kawasan tumpuan pelancongan terkenal, Shanghai Old Street.

  • Foto

    SIBUK...syurga beli-belah menempatkan pelbagai gedung pakaian berjenama yang menjadi tumpuan pelancong.

  • Foto

    MODEN...pemandangan moden di pusat bandar Shanghai.

Tidak dapat dipertikaikan lagi, tarikan disandarkan itu sememangnya digambarkan dengan baik menerusi perancangan bandar serta binaan moden yang menghiasi pelosok Shanghai.

Jika kembali ke sejarah lampau, potensi perdagangan di Shanghai bermula sejak awal lagi apabila bandar itu yang asalnya sebuah kampung, berkembang menjadi kawasan perniagaan kecil sebelum secara rasminya diiktiraf sebagai sebuah bandar pada 1927.


Tumpuan ekonomi antarabangsa berkembang di Shanghai sekitar abad ke-19 berikutan potensi perdagangan di Sungai Yangtze.


Biarpun ketibaan penulis ke sana pada hari pertama disambut dengan suasana senja, kami masih berpeluang mengamati keindahan landskap moden pada waktu malam.

Sebaik menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong, penulis bersama lima ahli rombongan dibawa menaiki tren maglev sebelum dibawa ke hotel.

Tren yang mencapai kelajuan paling tinggi 431 km/sejam itu yang pertama dikendalikan secara komersial bagi tren maglev di seluruh dunia.

Kemudahan itu menghubungkan lapangan terbang berkenaan dengan kawasan pinggir kota Pudong.

Perjalanan penulis kira-kira 10 minit menaiki tren laju berkenaan diselubungi perasaan teruja memandangkan itu kali pertama dihantar membuat liputan di Shanghai.

Musim sejuk yang belum berakhir ketika kunjungan kami menyebabkan seluruh tubuh menggigil apabila disambut dengan suhu dingin mencecah 2 darjah Celsius sebaik diturunkan di perhentian Magley Road sebelum meneruskan perjalanan ke hotel penginapan.

Berdasarkan perancangan awal, kami sepatutnya tiba di sana lebih awal untuk diberi peluang menikmati pemandangan di sekitar bandar, namun penerbangan yang ditunda dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) membantutkan hasrat itu.

Walaupun tujuan utama lawatan tiga hari dua malam itu untuk membuat tugasan, penulis masih ada waktu senggang untuk dihabiskan bersama ahli rombongan lain.

Tidak dinafikan, badan dan otak penat, namun entah mengapa penulis langsung tidak terlelap ketika dibawa menaiki bas.

Fikiran melayang-layang ketika melalui pusat bandar raya Shanghai dan hampir kebanyakan masa di dalam bas kami perlu mendongak apabila rata-rata bangunan yang dibina adalah berpuluh-puluh tingkat.

Bandar raya metropolitan ini sememangnya terkenal dengan bangunannya, termasuk lebih 50 binaan lama bercirikan seni bina Eropah seperti gaya Gothik, Roman, Barok serta gabungan seni bina China dan Eropah.

Pemandu pelancong yang fasih berbahasa Inggeris kemudian mencadangkan penulis ke Nanjing Road atau 'jalan perniagaan pertama di China' yang dikatakan syurga beli-belah kepada pengunjung luar.

Tempat beli-belah utama dan paling sibuk di Shanghai itu agak terancang dan hanya laluan pejalan kaki disediakan bagi membolehkan pengunjung melaluinya dengan selamat.

Terdetik di hati penulis untuk mencari buah tangan untuk dibawa pulang ke Malaysia, namun ia terpaksa ditangguhkan apabila melihat kebanyakan kompleks beli-belah di situ adalah kedai pakaian berjenama.

Laluan pejalan kaki sepanjang enam kilometer (km) itu selesa walaupun sekali sekala penulis terpaksa 'melarikan diri' daripada penjual jam tangan tiruan.

Difahamkan, Nanjing Road yang dikategorikan sebagai kawasan beli-belah terpanjang di dunia mampu menarik lebih sejuta pengunjung sehari.

Terbahagi kepada dua kawasan iaitu Timur dan Barat, pembangunan di situ turut meliputi kafe dan restoran berkonsepkan Eropah serta beberapa hotel bertaraf lima bintang.

Pada hari terakhir di Shanghai, penulis bernasib baik apabila mempunyai masa dua jam untuk membeli-belah.

Mengambil kira kedudukannya yang dekat dengan hotel penginapan, penulis bersama rakan menaiki teksi ke Shanghai Old Street.

Dengan tambang sekitar 20 yuan (RM10), penulis berpeluang melihat tarikan unik yang 'menyegarkan' mata.

Seni bina bersejarah dan bangunan lama menjadi tatapan buat pelancong selain 225 gedung yang menjual pelbagai cenderamata, kraftangan, lukisan, kaligrafi serta barangan permata.

Landskap dan seni bina unik itu sebenarnya bermula daripada Dinasti Ming (1368-1644) sehingga pengaruh Eropah memasuki kawasan terbabit.

Kemasukan Eropah meninggalkan pengaruh Barat yang kini boleh dilihat pada deretan bangunan Shanghai Old Street bermula daripada South Henan Road hingga ke Guanyi Street.

Sebahagian bangunan dilihat juga adalah lambang kepada pemerintahan Dinasti Ming dan Qing satu ketika dulu.

Shanghai adalah bandar raya moden tetapi masih mempunyai pemandangan sosiobudaya yang menarik.

Jika diikutkan, memang penulis tidak puas meninjau ke tempat menarik lain, namun pengalaman diperoleh tetap berharga.

Guna ilmu matematik selesai masalah

Posted: 24 Mar 2012 10:17 PM PDT

BERCUTI...ketika melancong ke luar negara.
BERCUTI...ketika melancong ke luar negara.

HIDUP dalam keluarga besar dengan sembilan adik beradik, beliau tidak terlepas melalui zaman susah sekitar 1960-an. Makanan terpaksa dicatu, manakala pakaian lusuh dan koyak yang berjahit membaluti tubuh.

Bapanya anggota polis berpendapatan RM90 sebulan dan wang berkenaan perlu digunakan sebaik-baiknya untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka sekeluarga.

  • Foto

    AMBIL BERAT...Mohamed Fadzil bermesra dengan kakitangan di ISM.

  • Foto

    CARI PENYELESAIAN...berbincang dengan kakitangan.

  • Foto

    SAMA TAK SERUPA...dalam satu majlis bersama bekas pengacara TV3, Nizal Muhammad.

  • Foto

    ALBUM...bersama keluarga.

Waktu itu, barangan runcit murah dan sebagai langkah berjimat cermat, orang tuanya membeli seguni tepung gandum dan satu tin biskut untuk stok makanan sebulan.

Disebabkan tugas bapanya sebagai anggota polis, Prof Madya Mohamed Fadzil Che Din dan keluarga sering berpindah randah.


Dr Mohamed Fadzil yang juga anak kelima dilahirkan di Perak dan pernah menetap di Kemaman dan Dungun, Terengganu sebelum pulang ke kampung halaman bapanya di Pulau Pinang kerana meneruskan persekolahan di Jelutong Primary School dan Penang Free School.


Pengarah Institut Sosial Malaysia itu pernah menimba pengalaman sebagai guru dan kaunselor di Sekolah Menengah Sungai Acheh, Seberang Prai Selatan selama setahun sebelum menjadi tutor di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Disebabkan kecemerlangannya dalam pelajaran, beliau ditawar melanjutkan pengajian ke peringkat doktor falsafah (PhD) dalam bidang kaunseling pekerja di University Hull, England.

"Saya terima cabaran melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah kedoktoran. Sebagai pelajar, pemimpin pelajar dan pemimpin komuniti, saya belajar menguruskan kehidupan di rantau orang.

"Banyak perkara yang saya pelajari sepanjang di negara orang, termasuk erti keyakinan hidup dan menjadikan konsep kendiri lebih mantap," katanya yang turut terbabit sebagai pemimpin Kesatuan Melayu United Kingdom dan Persatuan Pelajar Malaysia di universiti terbabit.

Dr Mohamed Fadzil yang diiringi keluarga ketika melanjutkan pengajian di England menghayati budaya berbeza masyarakat di sana.

Beliau berusaha membuka dan memecah minda masyarakat Melayu di negara itu supaya tidak berkelompok antara mereka, selain menggalakkan pergaulan lebih luas dan meneroka kehidupan di sana.

Ini bagi membolehkan mereka mencedok dan mencontohi nilai baik yang diamalkan masyarakat England untuk dimanfaatkan apabila pulang ke tanah air.

"Cabaran ketika melanjutkan pengajian peringkat PhD ialah apabila pensyarah yang menyelia saya mengalami serangan jantung, menyebabkan pengajian saya tergendala hampir dua tahun.

"Waktu itu saya teraba-raba dan sering memikirkan bagaimana masa depan kalau saya gagal menyiapkan PhD. Sudah tentu saya pulang ke Malaysia dengan tangan kosong," katanya.

Selepas menunggu dengan penuh kesabaran, kesihatan penyelianya pulih dan Dr Mohamed Fadzil berjaya menyempurnakan pengajian.

Pulang ke Malaysia pada 1995, beliau dilantik sebagai pensyarah di UPM. Pengalaman sebagai pensyarah dan pengurus pelajar menjadikan dirinya lebih cekap.

Beliau turut berpeluang menjadi pengetua kolej dan penggerak persatuan pelajar, di samping mempunyai satu rangkaian kerja yang sangat besar dengan 3,000 penuntut di seluruh negara, terutama dalam bidang bimbingan dan kaunseling.

Jika sewaktu menuntut di UPM, beliau pernah meraih pingat emas canselor dan ijazah sarjana muda kelas pertama, Dr Mohamed Fadzil turut boleh berbangga kerana selepas menjadi pensyarah, beliau pula berjaya melahirkan pemimpin pelajar serta pelajar ijazah kelas pertama.

Beliau banyak membabitkan diri dalam lingkungan kaunseling profesional untuk membantu pelajar dan masyarakat, termasuk membantu remaja yang hamil luar nikah.

Menurutnya, minat menjadi kaunselor bercambah ketika bertugas sebagai guru dan kaunselor yang menyebabkannya rapat dengan pelajar serta mendalami masalah mereka.

"Saya pernah menjadi guru Matematik dan dengan ilmu itu, saya membantu pelajar bermasalah dengan logik tertentu serta berfikir di luar kotak.

"Jika orang lain melihat daripada sudut kemanusiaan, keagamaan, bahasa dan sastera, saya pula memahami manusia secara lebih saintifik dengan ilmu matematik," katanya.

Disebabkan kepakarannya dalam bidang kaunseling, beliau ditawarkan kerusi pengarah di ISM pada 2006. Menerima tawaran itu, Dr Mohamed Fadzil berkata, prinsipnya bukan mencari jawatan tetapi disebabkan tugas atau kerja.

"Apa yang saya teroka dan peroleh ketika menjadi ahli akademik, saya cuba terjemahkan menerusi aktiviti dan program untuk membantu masyarakat," katanya.

Antara program diperkenalkan ialah satu keluarga satu kaunselor (SKSK) dan menggerakkan aktiviti sukarelawan dengan melatih penuntut institusi pengajian tinggi, belia dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta melatih pekerja sosial secara profesional.

Antara pengalaman dilalui ketika menjadi kaunselor ialah menangani kes gadis terlanjur. Rumahnya menjadi tempat perlindungan sementara sehingga kes berkenaan diselesaikan.

Daripada kebanyakan kes, beliau mendapati gadis terlanjur lebih dipengaruhi rakan, konsep kendiri rendah dan membiarkan diri dikuasai lelaki.

Bagi Dr Mohamed Fadzil, kerja melebihi segala-galanya. Pernah bertugas sebagai guru, kaunselor, pensyarah dan pengarah, fokus dan masa banyak ditumpukan pada kerja.

Beliau bekerja 12 jam sehari dari jam 6 pagi hingga 6 petang, enam jam diperuntukkan untuk keluarga dan enam jam lagi untuk berehat.

Biarpun masa terhad dengan keluarga, seboleh-bolehnya beliau cuba menjadi bapa yang baik.

Antara perkara diamalkan ialah sesibuk manapun, beliau memastikan dapat menunaikan solat maghrib berjemaah bersama keluarga serta makan malam bersama.

"Jika perlu bekerja di luar daerah, saya mengambil penerbangan pagi dan pulang lebih awal bagi memastikan dapat menunaikan solat berjemaah dengan keluarga. Misalnya, untuk tugasan di Sabah, saya menaiki penerbangan pagi dan selesai memberi ceramah pada jam 1 tengah hari, pulang dengan penerbangan petang dan tiba di rumah sebelum maghrib.

"Saya terapkan konsep proaktif ialah berfikiran seperti juruterbang iaitu perlu berjaga-jaga sebelum melanggar awan. Fikir apa yang kita akan hadapi dan perlu sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan," katanya.

Antara impiannya ialah meneroka dunia dan ilmu baru yang lebih mencabar, misalnya mengapa manusia bermasalah dan cara orang di negara lain menyelesaikan masalah.

"Saya ingin melihat profil permasalahan manusia, misalnya cara orang di China atau Kemboja menangani masalah mereka.

"Saya mahu mewujudkan rangkaian khidmat bagi membantu masyarakat berteraskan psikososial atau kaunseling," katanya.



Benci sikap tak tepati masa

1. Sikap anda?

Tidak suka bertangguh dan jika berjanji menyelesaikan sesuatu, saya akan sedaya upaya menyelesaikannya. Saya lebih banyak menggembirakan orang.


2. Tabiat anda yang sering ditegur tetapi sukar diubah?

Banyak pergerakan ketika bercakap. Ada yang memberi komen saya seperti menebar roti canai. Kalau makan, saya makan penuh semangat. Jika makan suplemen, saya sukar mematuhi jadual.


3. Apa yang mudah membuatkan anda ketawa?

Gelagat anak bongsu yang kelakar.


4. Hobi anda?

Mengembara.


5. Apa yang anda tidak suka dalam kehidupan seharian?

Mood terjejas jika ada individu tidak menepati masa ketika menghadiri mesyuarat dan tidak menjelaskan sebab hadir lewat.


6. Jika berdepan perkara tidak disukai, apa yang anda lakukan?

Saya akan tarik diri terlebih dulu, memikirkan cara menangani dan tampil semula untuk bertindak.

Disko dalam rumah

Posted: 24 Mar 2012 10:16 PM PDT

LIGAT... Tilly (tengah) bersama rakan menari riang di lantai tari.
LIGAT... Tilly (tengah) bersama rakan menari riang di lantai tari.

IBU bapa sentiasa risaukan keselamatan anak mereka. Untuk sentiasa mengawasi anak mereka, satu pasangan di London membina sebuah kelab malam berteknologi tinggi di bilik bawah tanah rumah mereka.

Siap dengan lampu berkelip-kelip, lantai menari yang bercahaya dan deejay profesional, Claire Farrow, 44, dan suaminya Ian Hogarth, 56, dari West Kensington, melabur lebih 1 juta pound (RM4.87 juta) untuk menyiapkan 'rumah idaman' mereka.

  • Foto

    BERCAHAYA... pasangan Farrows membeli lantai tari dari China.

  • Foto

    MEWAH... Claire dan Hogarth melabur lebih RM4 juta untuk membina 'rumah idaman' mereka.

Selain bilik disko kedap bunyi, rumah itu yang kini dinilai berharga antara RM12.17 juta dan RM14.6 juta turut mempunyai sebuah sauna dan bilik menonton filem.

Anak lelaki mereka yang berusia 16 tahun, Gil gembira berlatih menjadi deejay, manakala anak perempuan mereka, Tilly, 12, sering mengajak rakan menari di 'kelab' selepas waktu sekolah.


Claire memberitahu Evening Standard: "Ini adalah rumah impian kami, segala yang kami mahukan. Malah, anak remaja kami sering ada di rumah, jadi kami tahu di mana mereka. Idea untuk lantai menari itu lahir kerana saya suka menari, tetapi saya terlalu tua untuk ke kelab malam."


Lantai menari di disko yang bersebelahan bilik anak mereka mempunyai beribu-ribu lampu kecil yang berkelip, sebuah bahagian khas untuk deejay profesional dan sistem bunyi.

Farrow yang mempunyai syarikat arkitek Horgath Architects di Barat London membeli lantai tari itu dari China melalui Internet dengan harga RM29,000.

Menurut Claire, biasanya harga lantai tari lima kali ganda tinggi daripada harga itu, manakala sistem bunyi pula dibeli daripada sebuah kelab malam di Birmingham.

Ketika anak mereka tidak melayan tetamu, Ian dan Claire pula akan mengambil alih menggunakan lantai tari itu.

Claire mengupah seorang guru mengajar kelas menari disko setiap Rabu untuknya dan rakannya.

"Saya memang tidak suka ke gimnasium, jadi saya akan menari," katanya.
Projek pembinaan rumah itu mengambil masa 11 bulan dan menelan belanja lebih RM4 juta, termasuk tapak rumah.

Ia satu projek besar dan disiarkan dalam satu episod rancangan popular Grand Design di Channel 4.

Selain disko, rumah itu turut mempunyai, pintu depan kalis peluru, ruang meletak pakaian yang dicat perspektif warna ungu di bilik tidur utama, kolam ikan dalam rumah dan beberapa hasil seni kontemporari.

Claire berkata: "Rakan saya fikir kami gila, tetapi mereka sebenarnya cemburu."

Wajah baru pesawat usang

Posted: 24 Mar 2012 10:15 PM PDT

KREATIF... sebahagian  daripada pesawat itu mengambil masa beberapa hari untuk dilukis manakala yang lain hingga beberapa minggu.
KREATIF... sebahagian daripada pesawat itu mengambil masa beberapa hari untuk dilukis manakala yang lain hingga beberapa minggu.

SEBUAH pusara pesawat perang yang tidak digunakan lagi di padang pasir Arizona diberi kehidupan baru menerusi satu projek seni.

'Projek Tanah Perkuburan' itu menghidupkan semula pesawat perang usang apabila artis grafiti dibenarkan mempamerkan kemahiran mereka.

  • Foto

    HASIL SENI... muncung pesawat Douglas DC-3 diberi nama 'Jerky Jermal,' hasil lukisan artis grafiti, 'Bast,' memberi nafas baru kepada kapal terbang lama.

  • Foto

    BUKAN MUDAH... ada pelukis memilih untuk melukis setiap inci badan kapal terbang.

  • Foto

    RUMIT... sebahagian projek itu membabitkan beberapa pelukis yang dipilih dari seluruh dunia.

  • Foto

    TEKUN... seorang pelukis memberi tumpuan untuk menyiapkan bahagian pesawat.

  • Foto

    BERCORAK... sebuah pesawat Lockheed Jetstar yang beri wajah baru dan diberi nama 'Spy Tigers'.

  • Foto

    BESAR... pesawat dalam projek seni memberi kehidupan baru kepada pesawat usang dengan lukisan menggunakan warna dan imej terang.

  • Foto

    PUSARA PESAWAT...pesawat pengebom B-52 ditempatkan di kawasan yang digelar 'Tanah Perkuburan,' di Arizona.

Lebih 30 pelukis grafiti terbaik dunia terlibat untuk memberi nafas baru kepada lima jet Tentera Udara Amerika Syarikat yang musnah dengan lukisan mereka.

Projek berkenaan, ilham penaungnya, Eric Firestone, berusaha membangunkan semula pesawat yang tidak digunakan lagi dengan menyusuri sejarah tentera Amerika.


"Bahagian pertama Projek Tanah Perkuburan, 'Tugasan Muncung' bermula pada musim panas 2011 dengan satu pameran muncung pesawat yang diambil dari jet tentera dan diserahkan kepada artis untuk dijadikan 'kanvas berbentuk aneh,'" kata Firestone.


Bahagian kedua siri itu, 'Pilihan daripada Projek Tanah Perkuburan' mempamerkan lima tugasan pada pesawat tentera hasil kerja pelukis grafiti dan artis jalanan terkenal yang dipilih dari seluruh dunia.

Jason Wawro, yang menghasilkan imej menakjubkan dalam Projek Tanah Perkuburan itu berkata: "Bagi saya, projek ini datang sekali seumur hidup. Ia menggambarkan satu konsep wawasan dalam seni, menyerahkan keseluruhan pesawat yang tidak digunakan untuk membolehkan artis memberi imej baru yang tidak pernah terbayang sebelum ini.

"Selepas menyaksikan kerja merealisasikan projek ini, saya sedar peluang untuk membabitkan diri dalam kerja seperti ini tidak akan muncul lagi untuk tempoh masa yang lama.

"Pameran ini berbeza sama sekali. Ia perlu dilihat untuk dipercayai. Dan apabila ia berakhir, ia tidak akan datang lagi."

Menurutnya, ada bahagian yang mengambil masa tiga hari untuk dilukis manakala yang lain, beberapa minggu. Ada yang disiapkan oleh seorang artis dan ada pula yang memerlukan lima pelukis pada satu-satu masa.

Kawasan padang pasir seluas 2,600 ekar itu menempatkan lebih 4,400 pesawat usang termasuk kapal terbang pengebom B-52, F14 Tomcat dan A-10 Thunderbolt yang terkenal sebagai jet pemusnah kereta kebal, Pesawat yang tidak digunakan lagi itu dengan nilai kira-kira AS$35 juta (RM105 juta) disimpan di kawasan berkenaan sebagai alat ganti untuk model pesawat perang yang masih digunakan.

Beberapa pesawat disimpan di pangkalan berkenaan sementara tidak digunakan tetapi lebih 80 peratus daripada 4,200 pesawat terbabit sudah dibersarakan, menjadikan kawasan itu bagaikan satu pusara keluli yang amat luas.

Padang pasir menjadi tempat terbaik untuk menempatkan pesawat yang sudah tidak digunakan itu kerana kadar kelembapan yang rendah serta kekurangan hujan bermakna ia tidak berdepan dengan masalah karat secara berleluasa. Tambahan pula, tanahnya yang keras membolehkannya diletakkan tanpa perlu membina tanjakan konkrit.

Pameran itu kini berlangsung di Muzium Udara dan Angkasa Pima di Tucson hingga pertengahan Mei.

Bukan lagi penyakit orang tua

Posted: 24 Mar 2012 10:14 PM PDT

JANGAN TERKEJUT... sakit jantung turut menyerang orang muda.
JANGAN TERKEJUT... sakit jantung turut menyerang orang muda.

KETIKA bersukan, tiba-tiba dia rebah dan tidak sedarkan diri. Beberapa minit kemudian, lelaki berusia 30-an itu disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung.

Sering menjadi tanda tanya di kalangan kita apabila mereka yang sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif, tiba-tiba dilaporkan meninggal dunia kerana diserang sakit jantung yang dianggap penyakit orang tua.

Atlet, iaitu individu yang dianggap mengamalkan gaya hidup sihat, juga mungkin boleh mendapat sakit jantung jika mempunyai masalah kongenital (penyakit sejak lahir) yang menyebabkan kematian mengejut akibat serangan jantung berikutan gangguan ritma jantung (rhythm abnormality).

Ternyata penyakit jantung yang sering dikaitkan sebagai penyakit orang tua, kini makin banyak dialami orang muda seawal usia 30-an.


Perunding Kardiologi Hospital Pantai Klang, Dr Suhaimi Osman, berkata faktor genetik mendedahkan seseorang kepada penyakit pembunuh nombor satu di Malaysia itu.


Jika ada ahli keluarga atau ibu bapa menghidap sakit jantung, anaknya mungkin berdepan kemungkinan sama pada masa akan datang.

Faktor lain yang mendedahkan seseorang kepada penyakit berkenaan ialah merokok (risiko paling tinggi), diabetes, kolesterol dan tekanan darah tinggi.

"Walaupun banyak faktor boleh menyebabkan sakit jantung, sering kita lupa ialah faktor sejarah keluarga kerana mereka yang mempunyai ahli keluarga menghidap sakit jantung, mempunyai risiko besar mendapat penyakit berkenaan.

"Impak mendapat sakit jantung bagi mereka yang mempunyai sejarah keluarga sama dengan pesakit jantung yang disebabkan amalan merokok.

"Malah, jika seseorang itu merokok, menghidap diabetes, mempunyai kolesterol tinggi serta penyakit darah tinggi, digabung faktor sejarah keluarga, risiko dia mendapat sakit jantung makin berganda," katanya.

Menurutnya, ada lebih 20 ciri genetik diketahui sekarang, menyebabkan mereka mudah terkena sakit jantung dan lebih berisiko berbanding orang lain.

"Individu yang mempunyai sejarah keluarga berisiko tinggi jika bapanya mendapat sakit jantung pada usia muda iaitu ketika berusia tidak sampai 50 tahun atau ibunya diserang ketika berusia kurang 55 tahun.

"Adakalanya tanpa faktor risiko pun, seseorang boleh mendapat sakit jantung. Misalnya, satu kajian membabitkan kira-kira 120,000 individu yang pernah menghidap sakit jantung koronari mendapati, 15 peratus wanita dan 19 peratus lelaki tidak mempunyai faktor risiko yang dikenali. Faktor genetik yang belum dikesan, disyaki memainkan peranan dalam kes sebegini," katanya.

Beliau berkata, kajian terhadap tahap kolesterol, trigliserid (lipid atau lemak neutral daripada gliserol bergabung dengan tiga molekul asid lemak), lipoprotein (satu daripada sekumpulan protein di dalam plasma darah dan limfa yang bergabung dengan lemak lain seperti kolestrol), low-density lipoprotein (LDL - kolestrol jahat) dan (high density lipoprotein - kolestrol baik) di kalangan individu yang mempunyai sejarah keluarga sakit jantung turut mendapati mereka memang mempunyai kecenderungan untuk mendapat penyakit itu.

"Mereka yang mengalami sindrom metabolik iaitu mengalami obesiti, trigliserid tinggi dan menghidap darah tinggi yang menyebabkan radang pada pembuluh darah turut terdedah kepada sakit jantung.

"Jika tiada sakit jantung, tetapi ujian high-sensitivity C-Reactive Protein (hs-CRP) yang dijalankan ke atasnya tinggi, dia turut berisiko mendapat sakit jantung.

"Ujian hs-CRP boleh mengesan lebih tepat kepekatan protein yang lebih rendah dan digalakkan sesetengah pihak sebagai ujian untuk menentukan tahap risiko yang berpotensi untuk penyakit kardiovaskular, serangan jantung dan strok," katanya.

Beliau berkata, genetik ialah faktor utama untuk risiko sakit jantung. Ia seperti penyakit keturunan lain seperti jika dalam keluarga ibu bapa mempunyai diabetes, anaknya mungkin menghidap penyakit sama.

Begitu juga dengan kolesterol tinggi dan merokok. Dalam sebuah keluarga yang sosial ekonominya rendah, didapati risiko juga bertambah dan faktor stres juga menambah risiko melalui hormon adrenergik yang dikeluarkan kelenjar suprarenal apabila di bawah stres.

"Perbezaan jantina ialah lelaki mendapat risiko sakit jantung lebih awal. Perempuan mendapat perlindungan daripada hormon estrogen tapi selepas menopaus, risiko mereka terdedah sakit jantung sama seperti lelaki," katanya.

Menurutnya, salur darah perempuan juga lebih kecil daripada lelaki. Oleh itu, gejala dialami wanita mungkin berbeza dengan lelaki.

Antara gejala sakit jantung dialami wanita ialah tiba-tiba rasa berpeluh sejuk, sesak nafas, rasa sakit antara tulang belakang, sakit tengkuk, bawah dagu, tepi lengan, belakang dan perut.

"Ramai wanita beranggapan sakit jantung penyakit lelaki, jadi mereka tidak menyangka diserang sakit jantung hingga lambat mendapatkan rawatan. Apabila penyakit disedari, ia lebih susah dirawat."

"Salur darah koronari wanita lebih kecil menyebabkan mereka lebih sukar dirawat secara angioplasti, di mana sten dimasukkan ke dalam salur darah untuk mengembalikan pengaliran darah yang lancar di dalam pembuluh darah.

"Jika angioplasti tidak dapat dijalankan, rawatan perubatan atau medical therapy adalah pilihan rawatan bagi mereka. Pesakit lelaki lebih berkemungkinan mendapat sakit dada ketika serangan jantung berbanding wanita, dan biasanya akan didiagnosis lebih awal," katanya.

Dr Suhaimi berkata, tekanan emosi berlebihan boleh menjadi beban kepada jantung dan boleh melemahkan jantung.

Emosi juga antara penyebab sakit jantung, misalnya dalam mesyuarat atau terbabit pergaduhan, tekanan darah naik dan menyebabkan beban kepada jantung, seterusnya menyebabkan berlaku sakit jantung.

"Setiap individu, walaupun baru berusia 25 tahun, digalakkan membuat pemeriksaan darah dan ECG (diagnosis penyakit jantung).

"Pemeriksaan darah dapat mengesan masalah kolesterol dan diabetes. Jika kolesterol terlalu tinggi dan seseorang itu perokok walaupun usianya 20-an, dia mungkin diserang sakit jantung," katanya.

"Yang kita perlu faham mengenai sakit jantung ialah, mencegah lebih baik daripada merawat. Pengesanan serangan sakit jantung pada peringkat awal daripada gejala dialami membolehkan rawatan sewajarnya dijalankan.

"Rawatan untuk memulihkan sakit jantung seperti pintasan (bypass) dan sten, tidak boleh bertahan selama-lamanya. Ia tidak sama dengan yang asli kerana pintasan jantung mungkin tersumbat 10 atau 15 tahun kemudian.

"Pesakit yang mempunyai ibu mendapat serangan jantung sebelum 55 tahun, perlu berhati-hati kerana risiko untuknya mendapat sakit jantung lebih tinggi dan pemeriksaan awal perlu dijalani. Mereka yang ada kolesterol tinggi kadangkala boleh dilihat dengan tanda kolesterol di mata," katanya.

Gaya hidup sihat membantu mengawal faktor risiko sakit jantung. Hentikan tabiat merokok serta elakkan makan terlalu banyak daging merah seperti lembu dan kambing, produk tenusu seperti krim dan mentega kerana semua jenis lemak tepu boleh ditukar kepada kolesterol.

Ketengah bakat baru

Posted: 24 Mar 2012 10:13 PM PDT

SELINGAN...persembahan tarian oleh krew Eyoi.
SELINGAN...persembahan tarian oleh krew Eyoi.

SANTUN menyusun langkah sambil kasut 'stiletto' (tumit tinggi tajam) kemas tersarung di kaki membantu menyerlahkan lagi perawakan tubuh si dara yang tinggi lampai.

Bijak mengenakan solekan bersesuaian dengan warna baju, penampilan sekumpulan gadis ketika menyertai satu pertandingan pencarian peragawati tampak anggun dalam persalinan gaun malam.

  • Foto

    ISTIMEWA...'pose' Idayu ketika dalam sesi pakaian kasual.

  • Foto

    'RUNWAY'...peserta lelaki bergaya di pentas.

  • Foto

    SANTAI...Azizul memperagakan persalinan warna perak.

  • Foto

    KELEBIHAN...model perlu tahu kelebihan diri supaya gaya sesuai dengan penampilan.

  • Foto

Sesekali terdengar sorakan nakal hadirin pada majlis 'Glam Beauty Nite 2012' di Hotel De Palma, Ampang baru-baru ini, tidak sedikit pun membuatkan enam gadis yang terpilih ke peringkat akhir canggung untuk mengorak langkah 'catwalk'.

Enggan mengalah, peserta lelaki yang turut bertanding dalam misi Pencarian Model Komersial Eyoi Artistic 2012 itu tampil dengan pakej segak bergaya meskipun hanya mengenakan pakaian kasual.


Aksi mereka jelas mencuri tumpuan tetamu, apatah lagi sebahagian besar mereka pelajar perempuan yang mengikuti program kecantikan di Kolej Geomatika, Kuala Lumpur.


Menurut Pengasas Eyoi Artistic, Shahrul Nizam Abdullah, pertandingan itu bukan saja bertujuan mencari muka baru mewakili produksi kreatifnya, tetapi juga sebagai batu loncatan bagi mereka yang mahu menceburi bidang peragaan.

"Saya menganjurkan pertandingan itu untuk mengetengahkan muka baru dalam bidang peragaan kerana saya melihat mereka masih muda dan mencari-cari peluang bergelar model terkenal.

"Mereka bermula dengan produksi saya dan siapa tahu mereka boleh berkembang lebih jauh kerana ruang diberikan menerusi pembabitan dalam pertandingan sebegini," katanya yang juga pensyarah diploma kecantikan Kolej Antarabangsa Geometika.

Shahrul yang juga dikenali sebagai Eyoi berkata, dia menerima ratusan penyertaan dan gambar peserta akan diundi menerusi status 'like' dalam laman sosial Facebook (FB) pertandingan itu.

"Peserta diundi oleh mereka yang mengunjungi laman FB pertandingan menerusi pilihan status 'like' pada gambar dimuat turun. Mereka yang beroleh undian paling tinggi layak ke peringkat akhir.

"Ketika di final, mereka perlu melalui ujian seperti penggayaan pakaian tradisional, kasual dan akhir sekali, gaun malam. Peserta turut diuji dengan ketajaman akal serta kepetahan berbicara dalam sesi terakhir, di mana mereka akan diajukan soalan membabitkan pengetahuan am," katanya yang turut memaklumkan, peserta perlu membuat persembahan bagi slot 'talent time'.

Bagi juara kategori peragawati, Mas Idayu Md Saad, 22, dia tidak menyangka menang kerana saingan pada malam itu memang sengit.

"Kemenangan memang di luar jangkaan kerana semua yang menyertai pertandingan mempunyai peluang sama dan kecantikan tersendiri.

"Ketika nama saya diumumkan sebagai pemenang, saya tergamam seketika kerana masih tidak mempercayai saya menjuarai pertandingan.

"Alhamdulillah, ini yang dikatakan rezeki dan sekurang-kurangnya dengan menyertai pertandingan ini, ia membuka peluang untuk bergerak lebih jauh dalam bidang kecantikan selain menceburi bidang perniagaan," katanya yang juga penuntut bidang kecantikan di Kolej Geometika.

Naib juara, Shafiqah Janudin, 22, pula berkata, penyertaan selaku model bertudung mungkin mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Namun sebaik terpilih hingga ke peringkat akhir, ia sedikit sebanyak menunjukkan respons positif model berhijab sepertinya tidak diketepikan daripada arena penuh glamor itu.

"Saya cintakan bidang peragaan kerana mahu sentiasa kelihatan bergaya dan cantik. Ia sebati dengan personaliti saya yang gemar berdandan sambil berfesyen.

"Terpilih sehingga ke peringkat akhir malam ini sekurang-kurangnya membuktikan wanita bertudung serta menutup aurat masih boleh menggayakan pakaian pelbagai fesyen mengikut 'trend' masa kini," katanya yang mengagumi model ternama negara, Amber Chia.

Pemenang kategori peragawan, Azizul Arif Ahmad pula berkata, dia pada mulanya keberatan menyertai pertandingan kerana tidak yakin dengan potensi dirinya.

"Mujur Eyoi meyakinkan yang saya mempunyai kriteria seorang model, lalu saya akur dan mencuba nasib dalam pertandingan ini.

"Alhamdulillah, penyertaan saya bukan sekadar memenangi pertandingan, malah bakat saya dalam bidang ini turut dijengah agensi model luar," katanya.

Naib juara, Mohd Asri Isa, 27, berkata dia gembira mara ke peringkat akhir dan melalui pertandingan itu dia mengutip pengalaman berharga kerana pertama kali beraksi sebagai 'runway model'.

"Sebelum ini saya hanya menghiasi majalah dan tidak pernah tampil memperagakan pakaian secara langsung di depan ramai orang.

"Namun dalam pertandingan pencarian model anjuran Eyoi Artistic, saya perlu lebih versatil disebabkan penilaian meliputi cara berjalan, keyakinan diri, kebijaksanaan dan kepetahan berkata-kata.

"Ia memberi pengalaman baru kepada diri sambil berpeluang mengenal rakan seangkatan dalam persaingan hebat menerusi pertandingan ini," kata bekas penuntut jurusan seni bina, Kolej Antarabangsa Twintech itu.

Sementara itu, Rektor Kolej Antarabangsa Geomatika, Mohaizi Mohamad berkata, pihaknya memberi sokongan penuh kepada pembabitan pelajar dalam bidang peragaan kerana nilai komersial dan peningkatan pasaran tempatan menawarkan pendapatan lumayan kepada mereka yang berkecimpung dalam bidang itu.


PROFIL

NAMA: Mas Idayu Md Saad
UMUR: 22 tahun
ASAL: Alor Setar, Kedah
PENDIDIKAN: Diploma Kecantikan dan Kesihatan Kolej Antarabangsa Geomatika
CITA-CITA: Usahawan kecantikan


PROFIL

NAMA: Azizul Arif Ahmad
UMUR: 27 tahun
ASAL: Kuala Terengganu, Terengganu
PENDIDIKAN: Ijazah Rekaan Grafik, Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMU)
CITA-CITA: Pereka grafik


PROFIL

NAMA: Mohd Asri Isa
UMUR: 27 tahun
ASAL: Kota Kinabalu, Sabah
PENDIDIKAN: Ijazah Seni Bina, Kolej Antarabangsa Twintech
CITA-CITA: Arkitek

Terbukti berkesan basmi kemiskinan

Posted: 24 Mar 2012 10:09 PM PDT

GIGIH...Saadiah bersama produk Gano Excel dalam bidang jualan langsung diceburinya.
GIGIH...Saadiah bersama produk Gano Excel dalam bidang jualan langsung diceburinya.

SEBELUM menerima bantuan pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), kehidupan Saadiah Daud, 49, sekeluarga memang susah. Mereka pernah makan nasi dengan garam saja kerana tidak mampu beli lauk. Rumah pula kosong, peti ais, televisyen, mesin basuh, semuanya tiada.

Itu antara kisah silam seorang peserta atau Sahabat AIM yang mendapat manfaat menerusi bantuan pinjaman AIM hingga berjaya keluar daripada belenggu kemiskinan sejak sekian lama.

Berasal daripada Kampung Sematang Gunung, Alor Setar, Kedah, Saadiah kini aktif dalam bidang jualan langsung produk Gano Excel sejak 1999 dengan pendapatan bersih lebih RM6,000 sebulan.

"Buat pinjaman dengan AIM mudah sebab tak perlu cagaran. Cara bayaran juga mudah dan tidak membebankan. Jika kita berdisiplin, insya-Allah tak akan ada masalah," katanya ketika ditemui di rumahnya, baru-baru ini.


Ibu kepada lima anak ini bermula dengan menjual kuih, kerepek pisang dan sos cili buatan sendiri dari rumah ke rumah pada 1984.


"Saya kayuh basikal dari rumah ke rumah. Kadangkala hingga ke Kubang Jawi, dekat Kuala Kedah, lebih 10 kilometer dari rumah. Selain itu, terpaksa bawa sekali dua anak lelaki dan perempuan yang ketika itu baru berusia enam dan tiga tahun," katanya.

Saadiah berkata, kerja meletihkan itu hanya memberikan pendapatan tidak sampai RM300 sebulan manakala suami, Zainol Mohamadan Ahmad, 52, bekerja sebagai pesawah waktu itu.

Melalui rakan, Saadiah mengetahui AIM dan mula meminjam sebanyak RM500 pada 1997 menerusi Skim Pembiayaan Ikhtiar (SPI) AIM bagi mempelbagaikan jualan kuihnya, selain turut melakukan kerja menjahit baju. Setahun kemudian, wanita ini menambah pinjaman sebanyak RM1,000.

Pada 1999, kehidupannya diduga lagi apabila disahkan menghidap kanser payudara. Namun itu bukan titik noktah dalam kehidupan Saadiah, sebaliknya menjadi titik permulaan kejayaannya apabila dia membuat keputusan menjadi stokis produk Gano Excel.

"Saya semakin sihat selepas mengambil produk makanan kesihatan itu dan ia mendorong saya untuk terus mengambilnya, selain aktif dalam bidang jualan langsung produk berkenaan," katanya.

Yang pasti, dengan menggunakan sumber pinjaman AIM, Saadiah gigih dalam bidang jualan langsung hingga berjaya mencapai kedudukan tertinggi iaitu 'Crown Diamond Director'.

Penat lelahnya berbayar dan membolehkan Saadiah bersama keluarga meneruskan hidup, sekali gus keluar daripada kepompong kemiskinan.

Hasilnya, dia kini mampu mengumpul harta dengan tiga rumah serta empat kereta untuk kegunaan mereka sekeluarga.

Episod kehidupan Saadiah antara cebisan kisah sebanyak 287,975 Sahabat AIM di seluruh negara. Yang pasti, kewujudan AIM sejak 25 tahun lalu begitu relevan dalam memberi pembiayaan kredit mikro kepada isi rumah miskin di seluruh negara, sama ada di luar bandar atau bandar, untuk menjalankan kegiatan ekonomi bagi meningkatkan pendapatan.

Justeru itu, tidak hairan peruntukan RM2.1 bilion oleh kerajaan kepada AIM dalam Bajet 2012 lalu sangat dialu-alukan.

Pengarah Pinjaman dan Operasi AIM, Nor Fazidah Kadri berkata, menerusi peruntukan kerajaan itulah AIM salurkan kepada peminjam yang layak.

"Apabila peminjam bayar balik, wang itu kemudian kita pusing balik untuk dijadikan pinjaman seterusnya," katanya.

Beliau berkata, sejak penubuhan AIM pada 1987 hingga Januari lalu, agensi itu mengeluarkan pinjaman sebanyak RM6.4 bilion iaitu enam kali pusingan kepada 287,975 Sahabat AIM untuk mereka menjalankan perniagaan.

Menurutnya, peruntukan diberi dalam bentuk pinjaman modal secara kecil-kecilan kepada golongan termiskin dan berpendapatan rendah untuk membiayai aktiviti ekonomi yang boleh meningkatkan pendapatan mereka.

Isi rumah yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan atau pendapatan per kapita RM400 layak menerima pembiayaan AIM.

Berdasarkan kajian AIM, Sahabat AIM perlu membuat tiga kali pinjaman dengan pinjaman maksimum kali pertama sebanyak RM3,000.

Jika mereka menunjukkan disiplin baik dalam membuat pembayaran balik serta mempunyai kemampuan, pinjaman boleh ditambah daripada RM5,000 kepada RM6,000.
Ketika mula diperkenalkan, Sahabat AIM boleh membuat pinjaman sebanyak RM500 untuk pinjaman pertama. Ia kemudian dinaikkan kepada RM1,000 pada 1997.

Pada 2003, pinjaman minimum dinaikkan kepada RM2,000 dengan pinjaman maksimum RM20,000. Seterusnya pada 2008, pembiayaan kali pertama dinaikkan kepada RM3,000 dan maksimum sebanyak RM50,000 dan ia kekal hingga kini.

"Dengan kadar baru ini, kita tetapkan tempoh bayaran balik di antara satu hingga lima tahun menerusi kaedah bayaran balik secara mingguan.

"Setakat ini kita tidak menetapkan bidang perniagaan apa yang Sahabat AIM perlu ceburi, sebaliknya terpulang kepada mereka mengikut minat dan kebolehan," katanya.

Nor Fazidah berkata, AIM bagaimanapun menyarankan mereka memilih bidang yang boleh memberi pendapatan cepat, antaranya perniagaan kecil-kecilan dari rumah ke rumah seperti menjual kuih dan menjahit.

"Perniagaan sedemikian memberikan pulangan tunai cepat dan mudah dipusing semula. Jika perniagaan itu berkembang, mereka boleh membuat pinjaman lagi dan beralih kepada perniagaan lebih besar untuk meningkatkan taraf hidup," katanya.



SYARAT KELAYAKAN

  • Wanita Malaysia berusia 18 tahun ke atas
  • Pendapatan isi rumah bawah RM2,000 sebulan
  • Memiliki aset tidak melebihi RM50,000
  • Tinggal di kawasan lokasi projek tidak kurang dua tahun
  • Lelaki bapa tunggal boleh menyertainya tetapi perlu memohon menerusi anak perempuan berusia
  • 18 tahun ke atas


    SYARAT PINJAMAN

  • Pinjaman tanpa cagaran dan penjamin
  • Bersetuju membentuk kumpulan lima ahli dan menjalani latihan asas pembiayaan selama lima hari (satu hari satu setengah jam)
  • Bersetuju menubuhkan Pusat
  • Menghadiri mesyuarat pusat setiap minggu
  • Bersetuju menyumbang satu peratus daripada pinjaman
  • mikro bandar ke dalam Tabung Kebajikan dan
  • Kesejahteraan Sahabat (TKKS)
  • Bersetuju menabung dalam Tabung Kumpulan sebanyak RM5 seminggu
  • Bayaran balik secara mingguan
  • Mencarum dalam Tabung Khairat Hutang (TKH)
  • Caj pinjaman satu peratus sebulan


    TIGA NEGERI PALING RAMAI SAHABAT AIM
    (sehingga 31 Januari 2012)


  • Sabah 52,834
  • Kelantan 45,529
  • Kedah 32,455


    TIGA NEGERI JUMLAH PINJAMAN PALING TINGGI
    (sehingga 31 Januari 2012)


  • Kelantan RM1.6 bilion
  • Kedah RM1.05 bilion
  • Terengganu RM926 juta
  • Wanita asmara depan anak

    Posted: 24 Mar 2012 10:02 PM PDT

    SONGSANG... Latifa bersama pasangannya yang juga seorang wanita.
    SONGSANG... Latifa bersama pasangannya yang juga seorang wanita.
    LILY... tidak tahan dengan perbuatan ibunya yang menjalin cinta sesama jenis.
    LILY... tidak tahan dengan perbuatan ibunya yang menjalin cinta sesama jenis.

    KUALA LUMPUR: Sebagai wanita bergelar nenek, dia sepatutnya menunjukkan teladan baik kepada anak dan cucu, namun apa dilakukan Latifa, 46, sangat mendukacitakan anak perempuannya.

    Wanita mempunyai empat cucu itu dikatakan bernafsu untuk menjalin hubungan songsang dan belaian manja dengan seorang wanita berperawakan lelaki atau lebih dikenali sebagai pengkid berusia 32 tahun.

    Demi menjaga maruah dan mengelak ibunya terus bergelumang dosa, seorang daripada tujuh anak wanita berkenaan dikenali sebagai Lily, 23, mengambil keputusan mendedahkan insiden yang mengaibkan keluarganya kepada Metro Ahad dan berharap ada pihak membantu menyelesaikan kebuntuan itu.

    "Memang saya pernah melakukan dosa kerana melahirkan anak luar nikah, tapi anak mana sanggup melihat ibunya terus bergelumang dosa dan melakukan maksiat depan mata.


    "Jika hanya mendengar cerita mungkin tak mengapa, tapi saya tak tahan lagi melihat perbuatannya di depan mata saya. Dia ibu saya dan saya akan terus menyayanginya.


    "Jika dia berkasih dengan lelaki tulen, saya mungkin tak kisah kerana selepas lima tahun ditinggalkan bapa, kami anak beranak hilang kasih sayang seorang ayah, namun yang dikesalkan, ibu menjalin hubungan songsang dengan pengkid," kata Lily.

    Yuna teruja Samsung Glaxy Note lancarkan kerja

    Posted: 24 Mar 2012 10:00 PM PDT

    Yuna teruja Samsung Glaxy Note lancarkan kerja

    Kegilaan generasi masa kini terhadap penggunaan telefon bimbit tidak lagi dapat disangkal. Telefon bimbit yang dahulunya dianggap sebagai kehendak kini sudah menjadi seperti satu keperluan untuk setiap orang memilikinya. Lihat sahajalah di kalangan pelajar sekolah sendiri sudah ramai yang menggunakan telefon bimbit. Bermula dengan penggunaan hanya sekadar menelefon dan berbalas sistem pesanan ringkas, penggunaan telefon bimbit semakin dinaik taraf dengan aplikasi kamera, emel dan video.

    Seiring dengan pembangunan teknologi masa kini, kehadiran telefon pintar dianggap muncul tepat pada masanya untuk orang ramai terutama mereka yang berkerjaya memilih menggunakan telefon tersebut. Dengan menyediakan penggunaan Internet sebagai bonus buat mereka yang memiliki telefon pintar, nyata fungsi ini menarik minat mereka yang sentiasa sibuk dengan tugas untuk memudahkan kerja harian mereka.

    Bagi penyanyi dan penulis lagu, Yuna yang baru-baru ini dilantik sebagai duta jenama Samsung Galaxy Note, penggunaan telefon pintar dalam membantu melancarkan kariernya ternyata berjaya.

    Malah menurut Yuna, kehadiran Samsung Galaxy Note yang menyediakan fungsi telefon dan tablet itu menjadikan aktiviti hariannya semakin bermakna dengan pelbagai aplikasi yang ditawarkan dalam telefon pintar ini.

    "Sebagai penyanyi dan penulis lagu, saya dapat inspirasi daripada pelbagai perkara seperti gambar, video dan movie secara online. Memandangkan hobi saya yang gemar melancong ke tempat baru, jadi penggunaan gajet begitu penting.

    "Jika sebelum ini saya perlu membawa banyak gajet untuk merakamkan gambar atau video, namun kini dengan menggunakan­ telefon pintar Samsung Galaxy Note, saya dapat melakukan kesemua perkara seperti mengambil gambar, merakam video dan juga melayari internet dengan satu gajet sahaja," katanya semasa sidang media aktiviti jelajah Studio Samsung Galaxy Note bersama selebriti ini di Plaza Low Yat, Kuala Lumpur.

    Mengakui telefon pintar itu turut membantunya untuk menulis lagu, pemilik nama sebenar Yunalis Zarai ini berkata, dia selesa mempunyai satu peranti yang membolehkannya meluaskan kreativiti yang ada.

    "Tidak perlu membawa laptop atau netbook yang besar dan kamera atau kamera video kerana dengan menggunakan Samsung Galaxy Note, semua aplikasi tersebut terdapat di dalamnya. Malah, yang lebih menarik lagi, saya boleh terus memuat turun gambar-gambar yang saya ambil dan video yang saya rakam di Youtube bagi berkongsi dengan peminat. Pendek kata, telefon pintar ini merupakan teman baru saya yang boleh dibawa ke mana-mana sahaja," katanya lagi.


    Rakam muzik video di telefon bimbit

    Mengulas mengenai kerjasama dengan Samsung Malaysia Electronics (Samsung), selebriti berusia 26 tahun ini bakal mencipta sejarah apabila menjadi selebriti pertama Malaysia yang akan merakamkan muzik videonya menggunakan Samsung Galaxy Note.

    Pelantun lagu Penakut ini akan bekerjasama dengan Samsung dalam pembikinan projek Sparkle, salah satu lagu yang terkandung­ dalam album terbarunya yang berjudul Terukir di Bintang.

    Mengakui tidak sabar untuk memulakan proses penggambaran muzik video yang dijadualkan bermula Jumaat lalu, Yuna turut melahirkan rasa kagumnya akan kehebatan telefon pintar itu.

    "Semasa mula-mula diberitahu oleh mereka (Samsung) untuk membuat muzik video, saya rasa benar-benar teruja untuk bekerjasama dengan mereka. Pada pendapat saya, idea untuk membuat muzik video menggunakan telefon pintar ini begitu mengagumkan dan sangat kreatif. Tambahan pula, saya memang penggemar videografi dan fotografi jadi kesempatan ini tidak harus saya sia-siakan," katanya.

    Selain berkesempatan merakamkan muzik video Sparkle, Samsung turut membuka peluang kepada peminat Yuna untuk turut sama memberi cadangan dan idea secara visual mengenai lagu tersebut.

    "Peminat-peminat Yuna dan Samsung boleh menghantar idea untuk terlibat dalam muzik video Sparkle di mana idea yang terbaik daripada mereka akan diletakkan dalam muzik video ini. Sebelum ini pun, saya banyak berkongsi idea dengan peminat mengenai perkembangan kerjaya saya, muzik, seni, foto dan fesyen. Saya gemar melakukan sesuatu yang boleh melibatkan saya dengan peminat berkongsi idea," katanya yang begitu menghargai pandangan peminat.


    Saiz tidak jadi masalah

    Biarpun Samsung Galaxy Note dikategorikan sebagai telefon pintar yang besar, namun menurut Yuna, perkara itu langsung tidak menjadi masalah buatnya memandangkan kepuasan menggunakan telefon tersebut lebih bernilai.

    "Saya tidak rasa saiznya menjadi masalah kerana buat perempuan yang selalu membawa tas tangan pastinya mudah untuk meletakkan telefon ini. Lagi pula, Samsung Galaxy Note menggabungkan dua fungsi dalam satu iaitu telefon dan tablet. Malah, telefon pintar ini juga ringan," katanya.

    Menurut penyanyi yang gemar menggunakan aplikasi peta di dalam telefon ini juga, dia begitu menggemari fungsi S Memo dan S Pen yang ditawarkan pada telefon pintar tersebut.

    "Pertama kali menggunakan aplikasi S Pen, saya sangat kagum dengan aplikasi ini kerana ketepatannya seolah-olah kita guna pen yang betul. Seumpama kita menulis di atas sekeping kertas. Selain itu, saya juga sukakan skrinnya yang besar dan berdefinisi tinggi. Jadi apabila hendak menonton video kita rasa lebih puas melihat dengan skrin yang besar.

    "Perkara paling menarik yang saya baru temui tadi adalah kita juga boleh melukis di atas gambar di skrin ini," katanya yang juga berkesempatan menyaksikan seorang kartunis melukis karikaturnya menggunakan telefon pintar tersebut.

    Ditanya mengenai kehidupan tanpa telefon bimbit, Yuna berkata, pastinya kehidupan akan kembali seperti dulu di mana dia akan mencari telefon awam untuk menghubungi mereka yang tersayang.

    "Saya pernah juga terfikir bagaimana sekiranya saya tidak mempunyai telefon. Pada saya, agak sukar sedikit untuk melakukan kerja-kerja harian yang sudah biasa kita buat seperti berbalas sms, mendengar­ lagu atau menelefon rakan-rakan tidak kiralah atas urusan kerja atau peribadi.

    "Jika dahulu sebelum ada telefon bimbit saya akan mencari telefon awam untuk menelefon keluarga atau rakan-rakan, apabila hendak membalas pesanan pula menggunakan emel, namun kini tidak perlu lagi dengan adanya telefon bimbit.

    "Dengan teknologi canggih yang ada kini, kita seharusnya memanfaatkan perkara itu untuk melancarkan kerja-kerja harian," katanya yang pertama kali memiliki telefon bimbit jenama Sony Ericsson semasa dalam Tingkatan Tiga.


    Terukir di Bintang diterima

    Leka bercerita mengenai keterujaan menggunakan telefon pintar itu, teman wanita kepada Qi ini turut diajukan mengenai sambutan peminat terhadap single terbarunya, Terukir di Bintang yang turut dijadikan judul bagi album keduanya.

    Gembira apabila single itu menerima respons positif daripada peminat, Yuna turut bersyukur apabila percubaannya dalam membawakan elemen muzik klasik Melayu itu dapat diterima baik.

    "Alhamdulillah, sambutan untuk single Terukir di Bintang sangat baik malah saya gembira lagu tersebut kini banyak dimainkan di corong radio. Dalam lagu itu, saya selitkan unsur Melayu klasik dan juga moden bagi menarik perhatian generasi muda masa kini," katanya yang mendapat inspirasi daripada lagu nyanyian Allahyarham Tan Sri P Ramlee.

    MagicScan ganti kertas

    Posted: 24 Mar 2012 09:58 PM PDT

    MagicScan ganti kertas

    Peneraju alat tulis dan peralatan pejabat mesra alam, GreenOffice™, memperkenalkan MagicScan, pengimbas mudah alih ringan dan membolehkan pelanggan mengimbas sebarang dokumen dan imej pada bila-bila masa.

    Anda boleh menggunakannya untuk membuat sebarang salinan termasuk rencana, resipi, resit, kad pengenalan, kad perniagaan, kertas dinding, poster dan banyak lagi.

    Anda hanya perlu meleretkan MagicScan di atas dokumen atau imej, dan salinan akan disimpan secara automatik di dalam kad Micro SD pengimbas yang boleh menyimpan sehingga 32GB dalam format JPEG atau PDF, sekali gus menjimatkan penggunaan kertas.

    Ketika pelancaran bersama Groupon Malaysia baru-baru ini, 200 unit MagicScan telah dijual sepanjang lima hari.

    Ops Tapis: YB antara 27 diperiksa

    Posted: 24 Mar 2012 09:45 PM PDT

    Ops Tapis: YB diperiksa

    BANDARAYA MELAKA - Seorang wakil rakyat antara 27 yang diperiksa dalam serbuan dilakukan sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri di sebuah pusat hiburan di Melaka Raya di sini, awal pagi semalam.

    Wakil rakyat terbabit yang juga pelanggan di premis berkenaan diperiksa ketika serbuan Ops Tapis Pusat Hiburan oleh 14 anggota termasuk dua pegawai, diketuai Inspektor Risikan Operasi dan Tahanan JSJN negeri, Inspektor Mohd Hisham A Rahman, bermula jam 2.40 pagi.

    Dalam serbuan itu, seorang ketua pelayan juga dilihat cuba meloloskan diri dengan berlari keluar menuju ke pusat hiburan bersebelahan sebelum dapat dikesan anggota polis, lalu menahannya di tangga premis terbabit.

    Tanda tanya kenapa lelaki berusia 24 tahun itu melarikan diri terjawab apabila ujian sari­ngan urin didapati positif dadah jenis methaphetamin dan amphetamine (AMP).

    Menurut sumber, enam wanita tempatan, dua wanita warga China dan seorang dari Indonesia turut diperiksa, sementara seorang lelaki ditahan di hadapan premis berkenaan selepas serbuan dilakukan.

    "Seorang lelaki berusia 45 tahun ditahan di hadapan pintu premis tersebut selepas serbuan dilakukan dan hasil ujian urin, lelaki itu, tiga wanita dan lapan lelaki di dalam premis berkenaan didapati positif dadah," katanya.

    Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Md Azmi Othman berkata, seramai 12 orang didapati positif dadah ketika pemeriksaan.

    Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 (pindaan 1983) dan Seksyen 15(1)(a) akta sama (pindaan 2003).

    Segelas air panas RM1.80

    Posted: 24 Mar 2012 09:42 PM PDT

    Segelas air panas RM1.80

    CHUKAI – "Sebagai pelanggan saya rasa tertipu," keluh pekerja swasta, Ishak Kamarudin, 42, yang kesal dengan harga RM1.80 bagi segelas air panas yang disifatkannya sebagai tidak munasabah.

    Ishak dari Taman Alamanda, Jalan Kubang Kurus, dekat sini berkata, dia yang menjamu selera bersama isteri dan dua anak di sebuah restoran di Taman Chukai Utama pada 23 Februari lalu terkejut apabila melihat caj yang dikenakan untuk air panas yang diminta berharga RM1.80.

    Menurutnya, harga yang dikenakan itu tidak masuk akal dan seolah-olah mengambil kesempatan terhadap pelanggan.

    Malahan, katanya, harga air panas juga tidak dimasukkan di dalam menu menyebabkan pelanggan tidak mengetahui harga untuk minuman berkenaan.

    "Ketika saya pergi ke kaunter untuk membayar, tergerak hati saya untuk minta bil dan bila lihat bil, terkejut saya lihat harga air panas dalam gelas RM1.80. Disebabkan ragu-ragu, saya tanya pemilik restoran itu yang menjaga kaunter sama betul atau tidak harga air panas itu RM1.80 dan dia mengiakannya.

    "Bukan kerana harga RM1.80 semata-mata saya persoalkan perkara ini, tetapi saya rasa tertipu kerana harganya tidak dimasukkan ke dalam menu," katanya ketika ditemui Sinar Harian semalam.

    Kata Ishak, restoran itu kerap dikunjunginya sekeluarga untuk menjamu selera dan dia sering meminta air panas, tetapi sebelum ini dia tidak pernah melihat bil sebaliknya hanya membayar sahaja.

    Berikutan itu Ishak kemudiannya membuat aduan di Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Cawangan Kemaman pada 26 Februari lalu.

    "Lepas seminggu kemudian saya dihubungi pihak PPDNKK Kemaman yang telah membuat pemeriksaan di restoran tersebut dan tuan restoran kata dia tersilap. Namun bagaimana ia silap sedangkan ketika saya tanya sebelum ini tuan restoran itu mengiakan harga itu," katanya.

    Diserang anjing ketika main

    Posted: 24 Mar 2012 09:40 PM PDT

    Luka di kaki Nabil yang menerima 20 jahitan.

    SUNGAI LALANG – Seorang budak lelaki menerima 20 jahitan akibat diserang anjing ketika sedang bermain bola sepak di Padang Awam Taman Bandar Baru, Sungai Lalang, dalam kejadian jam 6 petang kelmarin.

    Mangsa, Muhammad Nabil Amin Abd Wahab, 10, yang menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim berkata, dia menjadi penjaga gol ketika bermain bola semasa diserang tiga ekor anjing dari arah belakang.

    "Semua rakan yang terlihat anjing menghampiri melarikan diri terlebih dahulu dan saya yang sakit kaki tidak dapat berlari menyebabkan menjadi sasaran tiga anjing yang sedang kelaparan.

    "Saya ternampak mulut anjing yang terbuka luas sehingga menyambar kaki kiri dan sempat menjerit meminta tolong tetapi tiada siapa yang datang," katanya.

    Ketika itu, katanya, seekor anjing berada di atasnya manakala dua lagi berada di bahagian kepala mengawasi setiap pergerakannya.

    Nasibnya baik apabila pelanggan kedai makan berdekatan yang sedang menikmati minum petang ternampak tangannya yang terkapai-kapai meminta tolong datang membantu.

    Nenek mangsa, Che Som Zakaria, 58, berkata, pagi hari berkenaan, dia terdengar kejadian anjing liar mengejar penduduk di lokasi sama lalu menasihati penduduk lain supaya menutup pintu pagar bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

    Menurutnya, pada waktu petang kejadian, dia dikejutkan dengan nasib cucu yang diserang tiga anjing ketika bermain di padang sama.

    "Dia baru sahaja berehat selepas kecederaan luka di kaki kanan akibat terpijak kaca di padang sama ketika bermain dengan kawan-kawan namun tidak menyangka kejadian lebih teruk berlaku terhadap dirinya," katanya kepada Sinar Harian.

    Ibu mangsa, Nor Azila Osman, 29, berkata, anaknya sudah seminggu tidak ke padang permainan itu kerana belum sembuh sepenuhnya dari jahitan luka akibat kaca.

    "Dia memang dah lama tak ke padang sebab tak boleh jalan dengan baik dan hari ini (semalam) sepatutnya jahitan luka kaca dibuka tetapi semalam (kelmarin) kena tambah jahitan­ lagi di kaki kiri," katanya.

    Nor Azila berkata, kejadian digigit anjing kerap berlaku di kawasan perumahan berkenaan di mana sebulan lalu seorang budak perempuan sekolah rendah turut terkena gigitan anjing sewaktu pulang sekolah.

    Dia dan suami, Abd Wahab Tajudin, 34, yang sedang berada di tempat kerja terus ke hospital sebaik mendapat maklumat dari keluarga.

    Bapa saudara, Rosli Ismail, 40 berharap pihak berkenaan mengambil tindakan sewajarnya ke atas anjing liar yang sering berkeliaran secara berkumpulan di kawasan terbabit memberi ancaman terutama kepada kanak-kanak.

    Dalam pada itu, satu laporan polis dibuat keluarga mangsa berhubung kejadian itu.

    Mesin penapis air disita

    Posted: 24 Mar 2012 09:37 PM PDT

    Mesin penapis air disita

    SIMPANG – Enam kes melibatkan mesin penapis air (water dispenser) dicatatkan setelah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Cawangan Taiping menjalankan operasi besar-besaran di sekitar bandar Taiping, di sini.

    Ketua PPDNKK Cawangan Taiping, Basaruddin Mohiyuddin berkata, operasi yang diketuai Pegawai Penguatkuasa Kamarul Anaz Kassim itu bermatlamat membanteras kegiatan salah laku berhubung ketepatan isi padu air mesin berkenaan.

    Menurutnya, bertindak atas aduan orang awam, pihaknya, menjalankan operasi ke atas individu/ pemilik mesin penapis air dengan kadar harga RM0.10 seliter yang diletakkan di kaki lima kedai.

    "Sepanjang operasi ini, enam kes telah dikenal pasti dan kesemua mesin-mesin penapis air tersebut disita untuk siasatan lanjut di bawah kesalahan Akta Timbang Sukat 1972.

    "Nilai rampasan melibatkan RM30,000 dan jika disabitkan kesalahan, individu terbabit boleh dikenakan denda sehingga RM4,000 bagi setiap kesalahan atau penjara sehingga tiga tahun," katanya.

    Katanya, PPDNKK ingin mengingatkan dan memberi amaran kepada semua peniaga supaya mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan.

    Beliau berkata, sehingga kini bagi tahun ini sahaja, PPDNKK Taiping telah menerima 21 kes di bawah kesalahan Timbang dan Sukat 1972 dengan jumlah keseluruhan nilai rampasan sebanyak RM60,000 bagi kesalahan sama.

    Mencari jelitawan Festival Menuai Sedunia

    Posted: 24 Mar 2012 09:35 PM PDT


    ZAINI (berdiri, empat dari kanan) bergambar bersama peserta yang berjaya melepasi sesi uji bakat pemilihan Ratu Festival Menuai Sedunia 2012 di Kuching, Sarawak semalam.


    JELITAWAN TERPILIH. Seramai 15 gadis daripada 60 peserta dari seluruh Sarawak mula bersaing untuk dinobatkan sebagai Ratu Festival Menuai Sedunia 2012 selepas masing-masing layak ke peringkat akhir pertandingan itu di Kuching semalam.

    Para peserta yang dihakimi berdasarkan penampilan fizikal, personaliti dan bakat akan bersaing pada peringkat akhir di Kampung Budaya Sarawak (SCV), Kuching pada 26 Mei ini sempena festival itu.

    Pengarah festival yang juga Pengurus Pemasaran dan Jualan SCV, Zaini Zainuddin memberitahu, pertandingan kali ini dijangka lebih kompetitif memandangkan para peserta akhir pada tahun ini lebih berbakat, memiliki latar belakang akademik yang baik dan lebih berkeyakinan.

    "Pertandingan Ratu Festival Menuai Sedunia 2012 adalah acara tahunan anjuran SCV sejak 1999 dan disokong oleh Kementerian Pelancongan Sarawak," katanya semalam.Untuk maklumat lanjut mengenai festival tersebut boleh layari http://www.facebook.com/pages/World-Harvest-Festival.

    17 peserta layak ke peringkat akhir

    Posted: 24 Mar 2012 09:34 PM PDT


    PESERTA yang akan bersaing bagi merebut gelaran juara Pertandingan Pencarian Model Tudung Fareeda 2012 di SACC Mall, Shah Alam hari ini.


    SHAH ALAM - Sebanyak 17 peserta bakal berentap bagi merebut gelaran juara Pertandingan Pencarian Model Tudung Fareeda 2012 yang akan diadakan di SACC Mall, Shah Alam di sini hari ini.

    Mereka dipilih daripada 42 peserta yang bertanding pada saingan separuh akhir semalam.

    Pemilik Fareeda House of Scarf, Faridah Zakaria berkata, pemenang dipilih berdasarkan penggayaan tudung yang menarik dan mampu menaikkan seri wajah dan penampilan diri mereka.

    "Mereka akan dinilai oleh barisan juri yang arif dalam dunia fesyen dan peragaan kerana pemenang akan dilantik menjadi model tudung Fareeda," katanya selepas pertandingan separuh akhir di sini.

    Juara akan membawa pulang wang tunai RM3,000 dan 10 helai tudung Fareeda bernilai RM2,000 manakala tempat kedua meraih RM2,000 dan lima helai tudung bernilai RM1,000.

    Kamal, Mikha bermain cinta

    Posted: 24 Mar 2012 09:33 PM PDT



    LIRIK syahdu Gerimis Mengundang nyanyian Zamani Slam satu ketika dahulu sudah menjadi lagu malar segar kepada peminat muzik hari ini. Meminjam aura Gerimis Mengundang yang diterbitkan lebih 10 tahun lalu itu, Kamal Adli dan pasangan pentasnya, Mikha Tambayong bakal mengadun kemanisan cinta mereka buat julung-julung kalinya secara langsung.

    Dua jiwa berbeza budaya itu dipertemukan dalam sebuah teater bertajuk Gerimis Mengundang. Ia sekali gus menjadi sebuah idea pementasan yang diadaptasikan semula sebagai prekuel kepada sebuah filem dengan judul yang sama arahan Ahmad Idham. Dalam versi filem, bezanya Kamal bermain cinta dengan seorang lagi gadis seberang bernama Olivia Jensen Lubis.

    "Ketika diberitahu bahawa saya akan berpasangan dengan Mikha, saya jadi takut. Saya takut kerana terbayangkan jangka waktu latihan yang pendek, kira-kira 19 hari sahaja. Kalau dengan Olivia, kami tentu tidak memerlukan lebih masa untuk memperoleh keserasian sebab kami sudah bersama-sama dalam filem dahulu. Saya juga takut, kalau-kalau nanti penonton akan nampak kejanggalan kami," katanya mengurai kusut wajah.

    Semakin matang

    Sedikit berjambang dan menampakkan kesibukan rutin latihan berlakon, menari dan menyanyi yang dilalui, Kamal sebenarnya tampak matang. Dia seperti meninggalkan sisi keremajaan yang banyak terserlah dalam kemunculan sebelum ini.

    "Berlakon teater memang macam pergi sekolah. Sebelum ini saya pernah terlibat dengan pementasan teater Impak Maksima The Musical, tetapi teater kali ini fokusnya lebih kepada saya dan Mikha kerana kami jadi hero serta heroin.

    "Kali ini, kepuasannya mungkin lebih sedikit. Mungkin penonton akan dapat melihat Kamal yang berbeza berbanding apa yang pernah dilihat sebelum ini. Saya sendiri dapat rasakan perbezaan itu sebab sebelum ini tak pernah melakonkan watak pemuda kaki perempuan," ujar pemain watak Zamani, seorang juruterbang yang jatuh hati terhadap Cinta, seorang pelajar universiti lakonan Mikha.

    Pementasan Gerimis Mengundang di Istana Budaya selama 13 hari bermula 27 Mac ini diterbitkan oleh Excellent Pictures, Erama Creative dan Global Network.

    Harapan seorang pelakon dan kru produksi adalah mahu karya dilihat seramai mungkin penonton. Sama juga dengan Kamal. Dia tidak mahu konsep kepiluan dan lirik sedih dalam Gerimis Mengundang itu akan membunuh kemahuan ramai untuk menyaksikan teater berkenaan.

    "Lagu dan tajuk Gerimis Mengundang seolah-olah teater yang sedih, drama air mata yang mendayu-dayu sahaja. Sebenarnya tidak begitu.

    "Saya boleh jamin bahawa Gerimis Mengundang akan jadi sebuah teater muzikal yang menyeronokkan. Ada tarian, nyanyian serta adegan romantik yang manis. Saya sendiri akan menyanyi dan menari dalam sembilan hingga 10 buah lagu.




    "Cuma pada akhir-akhir cerita sahaja barulah penonton dihadapkan dengan emosi dan tragedi. Lagu Gerimis Mengundang itu sendiri akan beri kuasa aksi saya dan Mikha nanti. Awak kena tengok, kalau tak datang tengok, kita putus kawan," ujarnya berseloroh memecah keseriusan.

    Mikha tebus kebosanan

    Melihatkan usianya yang bakal genap 18 tahun pada 15 September nanti, pelakon sinetron remaja popular Indonesia, Mikha Tambayong ternyata masih terlalu mentah untuk bergelar ratu panggung di Malaysia.

    Memandangkan tuntutan wataknya sebagai pelajar universiti dari Indonesia, maka tertulislah watak Cinta menjadi milik Mikha. Lebih daripada itu, pihak penerbit awal-awal lagi sudah membayangkan pentas seterusnya buat Gerimis Mengundang iaitu bakal ke Espalanade di Singapura pada masa hadapan.

    Di bahu pelakon yang popular dengan sinetron Nada Cinta itu tersandang satu tugasan penting untuk langkah sulungnya di Kuala Lumpur.

    "Saya ingin keluar dari Jakarta, sudah terlalu bosan dengan sinetron. Setiap judul harus diselesaikan sehingga lebih 300 episod. Saya ingin cuba sesuatu yang baharu," katanya jujur.

    Komitmen Gerimis Mengundang menuntut Mikha berada di ibu negara sejak 8 Mac lalu sehingga pementasan tamat pada 8 April nanti. Menjadi percubaan pertamanya ke pentas teater apatah lagi di daerah asing, Mikha mendakwa dia berdepan sedikit masalah.

    "Paling besar tentunya masalah komunikasi, saya tidak begitu faham bahasa Melayu, tapi kalau bicaranya dalam bahasa Indonesia atau Inggeris, saya cepat faham. Nasib baik, watak Cinta itu orang Indonesia, maka bicaranya juga dalam bahasa Indonesia, saya beruntung. Saya sukakan babak romantis dalam teater itu," getusnya.

    Kali pertama bersemuka, Mikha bukan pelakon seberang yang lokek bercerita. Jauh sekali bersikap dingin, gadis Virgo itu ternyata lebih bijak daripada yang disangka. Biarpun ada kisah liarnya yang digembar-gemburkan, dia bijak memberikan jawapan.

    "Saya langsung tidak ambil pusing dengan cerita liar begitu. Hakikatnya saya tidak gemar berfoya-foya dan lebih gemar belajar jika punya waktu santai. Saya tidak faham bagaimana cerita merokok atau bersosial di kelab malam boleh timbul," katanya tenang.

    Berbalik semula kepada lakonan, jika dalam sinetron dia tidak serius memikirkan terlalu banyak penilaian penonton, berlakon teater beri sedikit gambaran berbeza.

    "Kalau dalam sinetron, pelakon dan penonton tidak perlu terlalu berfikir untuk memahaminya. Tapi saya gemarkan sesuatu yang lebih bermakna. Kalau tidak banyak, biarlah lakonan saya dalam teater itu beri nilai yang baik.


    KALI pertama digandingkan dalam teater muzikal Gerimis Mengundang, Kamal dan Mikha berdebar menanti reaksi penonton.


    "Kalau dalam soal lakonan, saya jenis yang kurang cerewet, ikut sahaja apa kata pengarah kecuali dalam nyanyian. Dalam nyanyian, saya jadi sangat idealistik," katanya yang lebih cenderung menyanyi berbanding berlakon.

    Bermain piano sejak berusia empat tahun dan mula berlakon pada usia 15 tahun, dia banyak menghabiskan masa di lokasi penggambaran. Lantaran jadual lakonan bertindih waktu persekolahan, Mikha menghabiskan persekolahan di rumah. Dia bagaimanapun masih lulus cemerlang setahun lebih awal dan bercita-cita untuk menyambung pelajaran dalam bidang undang-undang.

    Saat ditanya tokoh yang banyak memberi inspirasi buatnya, pantas nama Harvey Malaiholo berbutir daripada bibir pelakon yang pernah punya debut album berjudul Bekas Pacar itu.

    "Harvey Malaiholo, dialah orangnya. saya mahu jadi sepertinya. Pencapaiannya buat saya kagum, dia juga dikenali peminat di Malaysia dan saya bangga menjadi keponakan (anak saudara) Harvey," kata Mikha yang mahu fokus menyambung pelajaran ke kolej pada tahun depan.

    Idham kecewa dengan Astro

    Posted: 24 Mar 2012 09:33 PM PDT




    TIDAK lama dahulu, aktiviti jualan CD dan DVD cetak rompak dibanteras dengan serbuan berkala ke atas penjualan terbuka namun mutakhir ini barah lama dunia seni tempatan itu kembali menular terhadap filem tempatan.

    Pengarah popular yang juga Pengarah Urusan Excellent Pictures Sdn. Bhd., Ahmad Idham Ahmad Nadzri secara berani dan lantang menuding kepada saluran berbayar Astro First sebagai medium paling 'berjaya' menyumbang kepada berleluasanya kegiatan cetak rompak terhadap filem tempatan.

    "Industri filem tempatan akan hancur kerana masyarakat tidak akan berminat untuk menonton wayang. Bayangkan, selepas dua minggu tayangannya di panggung, ia dengan mudah boleh didapati menerusi Astro First.

    "Bukan itu sahaja, industri cetak rompak juga semakin ligat merakam filem-filem yang disiarkan itu. Sebab itu kita dapati karya-karya tempatan dengan cepat berada di laman YouTube," tegas Idham selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara stesen televisyen TV3 dan syarikatnya, Excellent Pictures di Bandar Utama, Khamis lepas.

    Idham juga melabelkan Astro First sebagai satu medium yang beri kelebihan jangka masa singkat kepada penonton yang tidak gemar ke pawagam tetapi ia akan menjadi virus secara perlahan melumpuhkan industri filem Malaysia.

    "Saya risau bila produk saya berada di Astro First. Dulu cetak rompak diperangi habis-habisan, sekarang isu itu kembali membiak.

    "Tambahan, dengan adanya banyak media baharu, orang akan mudah muat turun filem dan menontonnya di mana-mana saja. Melalui pemantauan, saya berpendapat pihak berkenaan (Astro) tak mengawal cetak rompak.

    "Contohnya filem Hantu Bonceng, satu malam saja sudah boleh mencapai 500,000 tontonan di YouTube. Bayangkan jika keadaan ini berlarutan, orang kita sudah tak mahu ke panggung untuk menonton wayang sebab mereka dah boleh menonton selepas dua minggu filem tersebut ditayangkan di pawagam. Ia kemudian dimuat turun dan dimuat naik pula ke YouTube," ujarnya kesal.

    Bercerita lanjut tentang konsep Astro First yang konon-kononnya menguntungkan penerbit filem serta peminat selepas habis tempoh sesebuah filem tayangan di pawagam, Idham kecewa kerana pihak berkenaan tidak menunjukkan inisiatif untuk mengawal hak eksklusif sesuatu produk.

    "Saya sendiri pernah berulang kali mengajukan perkara ini kepada mereka (pihak pengurusan Astro), namun mereka cakap ini bukan tugas mereka. Saya sangat kecewa, mereka tiada inisiatif untuk mengawal perkara itu," katanya yakin kolaborasi dengan Media Prima sedikit sebanyak membantu menaikkan kembali industri perfileman negara.

    Ekoran perjanjian yang dibina, Excellent Pictures akan bertindak sebagai pembekal eksklusif kesemua filem terbitannya kepada saluran televisyen Media Prima selama dua tahun. Media Prima diwakili oleh Ketua Eksekutifnya, Ahmad Izham Omar.

    Shah Iskandar mahu diperhati

    Posted: 24 Mar 2012 09:32 PM PDT




    TIGA tahun berkelana ke Malaysia, nama Shah Iskandar Mahfuz mencuri ruang untuk dikenali sebagai pelakon. Melihat kejayaan pelakon senegara, Aaron Aziz dan Adi Putra yang harum di negara ini, Shah Iskandar turut mencongak nasib.

    Dia sanggup meninggalkan Singapura demi mencipta kejayaan sebagaimana yang ditempa dua aktor yang mencetus inspirasinya.

    "Sudah tiga tahun saya menetap di Kuala Lumpur. Saya jadikan Aaron Aziz dan Adi Putra sebagai inspirasi untuk berjaya dalam bidang ini.

    "Apa yang pasti saya juga mahu menjadi lebih baik daripada kedua-duanya. Saya ada cara saya sendiri dan mereka ada kelebihan masing-masing yang diterima peminat," terangnya kepada Sensasi Bintang.

    Setelah mencipta nama menerusi drama bersiri Gerak Khas di TV2, nama Shah Iskandar mula mendapat tempat dalam hati pengarah drama tempatan.

    Terkini, jejaka berbintang Taurus itu tampil menerusi drama bersiri 3 Janji dalam slot Lestary di TV3. Diberi kepercayaan memegang watak Yassin, Shah Iskandar mula menunjukkan sisi berbeza dalam drama arahan Heykal Hanifah itu.

    Drama 3 Janji yang disiarkan setiap Selasa pukul 9 malam itu turut dibintangi Liyana Jasmay, Shahrizal Jaszle, Ana Dahlia, Idzham Ismail, Hanez Suraya dan Ainina Ahmad.

    PENGACARAAN

    Saya bermula sebagai pengacara rancangan Anugerah Skrin di Singapura pada 2006. Setelah bergelar pelakon, saya mula kurang menerima tawaran mengacara kerana mahu fokus dengan lakonan. Jika diberi pilihan, saya memilih lakonan.

    TANAH TUMPAH DARAH

    Saya berasal dari Woodlands, Singapura dan sudah tiga tahun menetap di Malaysia, jiwa saya ada di kedua-dua negara ini. Keluarga saya berasal dari Singapura, tetapi ramai saudara yang turut merantau di Kuala Lumpur (KL), jadi KL sudah seperti kampung halaman saya.

    JADI POLIS

    Saya tidak minat untuk jadi seorang pegawai polis kerana cita-cita saya untuk menjadi juruterbang. Bila sudah lebih dua tahun menggalas watak Inspektor Hashim dalam drama bersiri Gerak Khas, saya banyak belajar mengenai dunia kepolisan. Melalui watak polis, saya mula dikenali peminat Malaysia.

    USIA 30 TAHUN

    Saya genap 30 tahun menjelang 1 Mei nanti. Saya percaya seseorang lelaki akan menjadi matang pada usia 30 tahun. Pada usia ini juga saya mula memikirkan masa depan, ingin memiliki aset sendiri serta menamatkan zaman bujang. Syukur kerana impian saya untuk sampai ke Sepanyol sebelum usia 30 tahun tercapai, itupun kerana terlibat dengan sebuah rancangan televisyen.

    SUKAN

    Ibu memang menggalakkan saya banyak terlibat dengan sukan air, dia hantar saya belajar berenang ketika masih kecil supaya saya lebih berkeyakinan. Ketika di Singapura saya agak aktif dalam kegiatan renang, berkayak dan berakit. Untuk terlibat secara serius tidaklah, cuma saya begitu meminati aktiviti sukan air tetapi sekarang jarang ada masa untuk turun bermain air tapi asyik turun lokasi penggambaran sahaja.

    4 ulasan:

    Indriaty Manirjo on 14 Oktober 2016 pada 12:17 PG berkata...

    Aku indriaty manirjo, saya ingin bersaksi pekerjaan yang baik dari Allah dalam hidup saya kepada orang-orang saya yang mencari untuk pinjaman di Asia dan bagian lain dari kata, karena ekonomi yang buruk di beberapa negara. Apakah mereka orang yang mencari pinjaman di antara kamu? Maka Anda harus sangat berhati-hati karena banyak perusahaan pinjaman penipuan di sini di internet, tetapi mereka masih asli sekali di perusahaan pinjaman palsu. Saya telah menjadi korban dari suatu 6-kredit pemberi pinjaman penipuan, saya kehilangan begitu banyak uang karena saya mencari pinjaman dari perusahaan mereka. Aku hampir mati dalam proses karena saya ditangkap oleh orang-orang dari utang saya sendiri, sebelum aku rilis dari penjara dan teman yang saya saya menjelaskan situasi saya kemudian memperkenalkan saya ke perusahaan pinjaman reliabl yang MAGRETSPENCERLOANCOMPANY. Saya mendapat pinjaman saya Rp850,000,000 dari MAGRETSPENCERLOANCOMPANY sangat mudah dalam 24 jam yang saya diterapkan, Jadi saya memutuskan untuk berbagi pekerjaan yang baik dari Allah melalui MAGRETSPENCERLOANCOMPANY dalam kehidupan keluarga saya. Saya meminta nasihat Anda jika Anda membutuhkan pinjaman Anda lebih baik kontak MAGRETSPENCERLOANCOMPANY. menghubungi mereka melalui email:. (magretspencerloancompany@gmail.com)
    Anda juga dapat menghubungi saya melalui email saya di (indriatymanirjo010@gmail.com) jika Anda merasa sulit atau ingin prosedur untuk memperoleh pinjaman.

    Unknown on 27 Jun 2017 pada 2:06 PTG berkata...

    Adakah anda memerlukan pinjaman untuk pelaburan yang lebih besar? Pinjaman untuk pengembangan perniagaan? Pinjaman untuk pelaburan baru? Pinjaman untuk membayar hutang dan bil jangka panjang. Tidak perlu lagi, kami adalah pemberi pinjaman bersama bank dan menjamin tawaran yang telus. Kami menawarkan pinjaman faedah 2% tanpa cagaran dan Kami berada di sini untuk meletakkan dan menamatkan kemiskinan dan pengangguran, kerana semua orang mempunyai potensi sendiri. Hubungi kami hari ini melalui E-mel kami: gloryloanfirm@gmail.com dan isikan borang pinjaman tje di bawah

    {Lengkapkan borang di bawah pinjaman}
    Nama anda: ===========
    NEGARA: ===========
    NEGARA ===========
    ALAMAT: ===========
    JENIS GARIS PANDUAN: ===========
    JUMLAH YANG DIPERLUKAN: ===========
    TIME DURATION: ===========
    NOMBOR TELEFON: =========== =============
    Akaun yang lebih baik daripada syarikat yang sah.
    Hubungi e-mel kami: gloryloanfirm@mail.com
    Nota: Tiada apa-apa bayaran cukai dan yuran pendaftaran, sila memohon pinjaman mudah!!

    Sulis Susanti on 28 Jun 2017 pada 12:13 PG berkata...

    Halo, nama saya Sulis Susanti dari Indonesia, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan semua pencari pinjaman sangat berhati-hati karena banyak perusahaan pinjaman penipuan di sini di internet, tetapi mereka masih yang asli di perusahaan pinjaman palsu.
    Beberapa bulan yang lalu saya tegang finansial dan putus asa, aku jatuh korban penipuan oleh beberapa perusahaan pinjaman online, karena saya perlu sebuah perusahaan pinjaman yang jujur.

    Aku hampir menyerah, tidak sampai saya mencari nasihat dari seorang teman yang kemudian mengarahkan saya untuk pemberi pinjaman pinjaman yang sangat handal JOY WILSON LOAN FIRM, yang meminjamkan pinjaman tanpa jaminan dari 750 juta rupiah dalam waktu kurang dari 24 jam tanpa tekanan atau stres pada tingkat bunga rendah dari 2%. Saya sangat terkejut ketika saya memeriksa rekening bank saya dan menemukan bahwa jumlah pinjaman yang saya diterapkan langsung ditransfer ke rekening bank saya tanpa penundaan atau kekecewaan, karena saya berjanji bahwa saya akan berbagi kabar baik sehingga orang bisa mendapatkan pinjaman dengan mudah tanpa stres.

    Saya ingin Anda yakin dan percaya diri bahwa ini adalah asli karena saya memiliki semua bukti pengolahan pinjaman ini termasuk kartu id, dokumen perjanjian pinjaman dan semua kertas kerja. Saya percaya Ibu Joy Wilson sepenuh hati karena dia telah benar-benar membantu dalam hidup saya. Anda sangat beruntung memiliki kesempatan untuk membaca kesaksian ini hari ini. Jadi, jika Anda membutuhkan pinjaman apapun, silahkan hubungi perusahaan melalui email: (joywilsonloanfirm@gmail.com)
    Anda juga dapat menghubungi saya melalui email saya di (sulissusanti971@gmail.com) jika Anda merasa sulit atau ingin prosedur untuk memperoleh pinjaman

    mira binti muhammed on 19 Oktober 2017 pada 2:08 PG berkata...

    saya ingin kembali semua kemuliaan kepada Allah SWT atas apa yang dia gunakan Ibu Rossa lakukan dalam hidup saya, nama saya adalah Mira Binti muhammad dari klang di malaysia, saya seorang janda dengan 2 anak, suami saya mati dalam kemalangan kereta dan sejak itu kehidupan menjadi sangat kasar bagi saya dan keluarganya dan saya telah cuba untuk mendapatkan pinjaman dari bank-bank di sini di malaysia dan saya dinafikan dan ditolak kerana saya tidak mempunyai cagaran dan tidak boleh mendapatkan pinjaman dari bank dan saya sangat sedih
    pada hari ini yang setia ketika saya melalui internet, saya melihat kesaksian Annisa berkarya tentang bagaimana dia mendapat pinjaman dari Ibu Rossa dan saya menghubunginya untuk bertanya tentang ibu Rossa dan betapa benarnya pinjaman dari ibu Rossa dan dia memberitahu saya memang benar dan saya menghubungi Ibu Rossa dan memohon pinjaman dan pinjaman saya diproses dan diluluskan dan dalam masa 24 jam saya mendapat amaran wang pinjaman saya dalam akaun saya dan ketika saya menyemak akaun saya pinjaman saya utuh dan saya sangat gembira dan saya telah bersumpah bahawa mana-mana syarikat yang meminjamkan pinjaman saya akan memberi keterangan mengenai syarikat itu, jadi saya ingin menggunakan ini medium untuk memberi nasihat kepada semua orang yang memerlukan pinjaman untuk menghubungi ibu Rossa melalui e-mel: rossastanleyloancompany@gmail.com dan anda boleh juga menghubungi saya melalui e-mel saya: mirabintimuhammed@gmail.com untuk maklumat dan juga kawan saya Annisa Barkarya melalui e-melnya: annisaberkarya@gmail.com

    Catat Ulasan

     

    TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

    Copyright 2010 All Rights Reserved