ads

Isnin, 12 Mac 2012

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


'Tak mudah satukan dua jiwa'

Posted: 11 Mar 2012 04:00 AM PDT

Muka depan B*Pop hari ini.
Muka depan B*Pop hari ini.
Scha akui persiapan nikah dengan Awal Ashaari kini sudah 50 peratus siap

SEGALA rasa sangsi yang pernah bertandang di sudut hatinya perlahan-lahan beransur pergi. Semangat yang dulunya hilang kembali pulih, meyakinkan Sharifah Norazean Syed Mahadzir Alyahya atau mesra disapa Scha destinasi cintanya semakin hampir.Enggan menipu diri sendiri, Scha, 28, mengakui pernah tewas dengan permainan perasaannya apabila dia berasa seperti kehilangan dan kabur untuk memulakan persiapan majlis pernikahannya dengan pelakon dan pengacara, Awal Ashaari.
"Entah kenapa tiba-tiba keghairahan menanti hari bersejarah itu pergi begitu saja. Saya ada beritahu Awal, saya seperti dalam kebingungan, tidak tahu di mana mahu bermula. Apatah lagi ketika itu kekuatan saya diuji apabila ibu saya, Junaidah Hashim tidak sihat membuatkan saya hampir lupa kepada persiapan perkahwinan.

"Hanya selepas ramai bertanya mengenainya, baru saya bergerak untuk melakukan persediaan. Bukan tidak yakin, cuma barangkali Tuhan mahu terlebih dulu menguji kekuatan dan ketabahan hati kami sebelum bersatu. Alhamdulillah, sejak sebulan setengah lalu saya dan Awal kembali menyusun rencana perkahwinan. Mujur juga ada Dynas Mokhtar, dia banyak membantu menguruskan beberapa hal yang saya dan Awal kurang jelas untuk memulakannya.

"Setakat ini sudah 50 peratus persiapan dibuat. Pastinya majlis itu bukan dalam masa terdekat kerana saya dan Awal masih menanti pengesahan lokasi pernikahan," kata Scha yang kelihatan sedikit susut pada pertemuan itu.

Kongsi Scha, sejak pertengahan November lalu dia terpaksa berkorban dan menolak beberapa tawaran berlakon untuk menjaga ibunya yang diserang masalah jantung dan buah pinggang yang serius. Sebagai anak, Scha enggan membiarkan ibunya sendirian menanggung kesakitan selain tidak mahu membebankan adik beradiknya yang mempunyai komitmen terhadap keluarga mereka.
"Alhamdulillah keadaan kesihatan emak semakin baik, malah sudah boleh berjalan perlahan-lahan menggunakan tongkat.
Melihat keadaan emak yang masih lemah ketika itu, saya ketepikan dulu persiapan kahwin dan memberikan sepenuh perhatian kerana mahu dia segera sembuh.

"Rencana Allah itu tersusun dengan baik. Saya berterima kasih kepada Awal yang begitu memahami, malah memberi semangat dan dorongan ketika saya berdepan situasi menguji seperti itu," katanya.

Menyambung bicara mengenai persiapan perkahwinan mereka, anak kelahiran Sungai Petani, Kedah itu ketawa besar seolah-olah ada sesuatu yang menjentik perasaannya. Tatkala diusik mengenainya, Scha yang sinonim dengan drama berantai, Awan Dania dan Kelaaas Kau Maria berkata, dia dan Awal sering bertentang pendapat kerana mempunyai selera berbeza.

"Ikutkan saya, cukup sekadar majlis pernikahan ringkas dan tidak terlalu beriya-iya. Saya tidak mahu nanti membebankan kami berdua tetapi Awal pula mempunyai pandangannya sendiri. Bohong jika kami berdua tidak bertegang urat. Betullah, tidak mudah untuk menyatukan dua jiwa yang berbeza dan itu yang saya serta Awal lalui ketika merencana majlis pernikahan kami.

"Dalam beberapa hal, saya selesa mengalah dan membiarkan Awal ke depan. Mujur juga kerana saya seorang yang suka berterus terang, jadi setiap kekeliruan yang timbul akan segera diselesaikan.

"Takkan hanya kerana beberapa hal kecil, kami membiarkannya berlarutan sedangkan setiap apa juga permasalahan mempunyai titik penyelesaian," katanya.


Akui karier seni naik turun

BARU menamatkan penggambaran telefilem, Cikgu Timah Minta Posting di samping Remy Ishak, finalis Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 ini akur, perjalanan kariernya agak perlahan sejak tahun lalu.

Scha menerima kenyataan naik turun perjalanan seorang anak seni kerana apa yang dilaluinya itu adalah sebuah putaran hidup yang tidak mampu ditepis. Di sebalik apa yang ditempuhinya itu, Scha tetap bersyukur kerana peminat masih menghargai bakatnya dan kembali meletakkannya dalam senarai Top 5 untuk kategori Pelakon TV Wanita Popular.

"Saya tidak merencana naik turun perjalanan karier kerana kudrat saya tidak mampu untuk menolak segala yang sudah tertulis.

Saya akui, sepanjang tahun lalu tidak banyak kerja saya yang meninggalkan impak kepada khalayak tetapi itu bukan alasan untuk saya meremehkan masa depan dalam industri.

"Perjalanan karier saya berbeza dengan kebanyakan pelakon lain. Ketika bakat baru lain mencari peluang mencipta nama menerusi medium televisyen percuma, saya pula menongkah arus apabila mengikat kontrak bersama Astro. Dari segi kepuasan, saya akui masih banyak yang belum dicapai dan ada ketika, saya terpaksa menerima beberapa tawaran biarpun tidak memenuhi kehendak sendiri.

"Tetapi dari segi profil, kontrak bersama Astro banyak membantu. Kontrak saya bakal berakhir April ini, tetapi setakat ini belum ada perbincangan susulan," katanya.

Scha juga menjelaskan, dia akur jika kontraknya tidak diteruskan kerana tapak yang dibina selepas memenangi gelaran Dewi Remaja 2006 memberinya keyakinan untuk mengorak langkah secara bebas.

"Sekali lagi, semua itu terpulang kepada rezeki. Dalam apa juga perkara, saya lebih menitikberatkan kualiti dan kepuasan selain perlu menjadi selektif supaya karier saya tidak terbatas hanya pada satu ruang," katanya yang kali terakhir menghiasi layar lebar menerusi Libas, tahun lalu.

Nikah jalan terbaik

Posted: 11 Mar 2012 03:59 AM PDT

Zarina Ann Julie
Zarina Ann Julie

DALAM kehangatan orang memperkatakan aksi panasnya yang disiarkan majalah FHM Indonesia dan perang twitter bersama penyanyi berasal Singapura, Aliff Aziz, pelakon yang sering diulit kontroversi, Zarina Ann Julie atau Zarina, 25, memberi perkhabaran baru yang pastinya cukup mengejutkan.

"Saya mahu bernikah dan ia akan berlangsung dalam waktu terdekat ini," katanya yang mahu berkongsi cerita bersama pembaca Selebriti Metro Ahad.

  • Foto

  • Foto

  • Foto

Bagaikan tidak percaya akan apa yang diperkatakan kerana sebelum ini tidak pernah pula timbul cerita gadis berasal dari Nilai, Negeri Sembilan ini sedang asyik menyulam cinta.

Paling akhir apabila dia dikatakan didekati Aliff tetapi entah di mana silapnya, ia menimbulkan 'ribut' antara mereka apabila berlaku perang twitter selepas jejaka yang popular menerusi lagu Sayang-Sayang itu menafikan pernah keluar dengan Zarina.


"Maaf, cerita saya dan Aliff sudah ketinggalan. Saya tidak mahu lagi ambil pusing mengenainya. Biarkanlah dia. Apa yang penting, amaran sudah diberikan.

Sekiranya dia membuka mulut mengenainya lagi saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan," katanya.

Zarina menjelaskan, sekarang ini dia mahu memberikan tumpuan kepada urusan pernikahan yang sedang rancak dilakukan. Apatah lagi kebelakangan ini, perkara itu tidak dapat dilaksanakan kerana sibuk menjalani penggambaran filem terbaru arahan Mamat Khalid di Ipoh dan Ular terbitan KRU Studios.

"Saya mahu cepat bernikah kerana itulah jalan terbaik. Tambahan pula saya harap dengan keputusan dibuat ini, saya tidak lagi dikaitkan de­ngan kontroversi yang boleh mengaibkan. Kalau selepas bergelar isteri ada lagi orang nak cerita buruk mengenai saya terutama mengaitkan dengan mana-mana lelaki, saya tidak tahu hendak kata apa lagi," katanya.

Bercerita mengenai siapakah jejaka yang berjaya bertakhta di hatinya itu, Zarina bagaimanapun enggan mendedahkan kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali.

"Cukuplah sekiranya saya katakan dia kenalan lama. Perkenalan kami bermula sebagai rakan perniagaan. Jujur saya katakan, antara kami tidak ada perasaan cinta, tetapi saya percaya ia akan datang selepas kami bernikah.

"Saya sama sekali tidak mahu mendedahkan siapakah bakal suami kerana takut nanti apa yang berlaku kepada bekas tunang turut berlaku kepada bakal suami.
Dulu saya silap, kerana mendedahkan tunang kepada umum. Niat saya baik dan tidak mahu hipokrit, tetap apa yang berlaku adalah sebaliknya. Ada orang dengki menyebarkan pelbagai cerita.

"Bukan itu saja, sehinggakan ada yang sanggup menghantar gambar saya sebelum ini kepada keluarga bakal mentua sehingga menyebabkan hubungan dijalin terputus. Kali ini saya mahu lebih berhati-hati. Saya tidak mahu mendedahkan identiti bakal suami sehinggalah kami selamat bernikah," katanya.

Puas ditanya siapakah jejaka bertuah itu, Zarina tetap mengambil tindakan tutup mulut. Malah dia sendiri yakin dengan keputusan dibuat walaupun kelak akan timbul pelbagai cerita kurang enak contohnya, konon bakal suaminya itu mungkin suami orang menyebabkan dia merahsiakan identitinya.

"Walaupun benar dia suami orang, sekurang-kurangnya kami membuat keputusan yang betul. Lebih baik saya menjadi isteri kedua, ketiga mahupun keempat, asalkan apa yang kami lakukan kelak halal di sisi agama.

"Berbanding orang bujang bercinta sakan sehingga melakukan perkara di luas batas, ia lebih besar dosanya. Pada saya, keputusan baik yang mahu diambil ini sepatutnya mendapat restu ramai dan didoakan yang baik-baik saja buat kami berdua," katanya.

Begitupun tegasnya, sepanjang me­ngenali jejaka pilihan hatinya itu, orangnya masih bujang dan belum pernah berkahwin. Keputusan dibuat selepas kedua-dua belah pihak berasakan ada keserasian antara mereka selepas beberapa tahun berkawan.

"Segalanya bermula apabila dia memberi cadangan mengapa tidak berkahwin kerana sangat baik dan akrab sebagai kawan. Saya sendiri mencari pasangan hidup yang bukan saja boleh menjadi suami dan bapa kepada anak-anak, tetapi rakan yang boleh dibawa berbincang membabit­kan apa saja perkara.

"Sebelum ini saya pernah bercinta dengan lelaki yang dikatakan memiliki segala-galanya tetapi akhirnya tiada apa yang saya dapat. Cinta tidak membawa saya ke mana. Saya sudah penat berhadapan dengan kerenah lelaki tidak jujur.

"Sekurang-kurangnya dengan dia, saya tahu dia ikhlas dan jujur. Saya percaya selepas bernikah nanti, cinta akan datang dan ia mungkin lebih membahagiakan," katanya.

Zarina turut menjelaskan, apa yang penting baginya adalah menyelesaikan majlis pernikahan yang tarikhnya juga dirahsiakan. Ia diadakan di rumah keluarganya dan hanya dihadiri keluarga rapat kedua-dua belah pihak.


Mengapa orang tidak pandang bakat saya?

APABILA berbicara mengenai kerjaya seni, Zarina mengakui agak sedih de­ngan segala cerita panas dan kontroversi yang dikaitkan dengan dirinya sehinggakan orang tidak nampak apa yang dilakukan selepas hampir lima tahun bergelar pelakon.

Bintang yang bakatnya diperkenalkan menerusi drama bersiri Anak Pontianak ini turut menjelaskan, sekiranya dia tidak berbakat, tidak mungkin dia ditawarkan berlakon filem. Malah drama bersiri terbaru lakonannya, Kampus kini ditayangkan di Astro saluran TVi 180.

"Dalam segala banyak drama dan filem saya bintangi, orang tetap hendak memperkatakan kontroversi diri saya. Saya faham media memang mencari cerita sensasi tetapi dalam waktu sama, janganlah sampai ia menenggelamkan kerjaya seni saya.

"Waktu sama, orang kata saya sengaja menjual cerita sensasi untuk popular sedangkan bakat tidak seberapa. Sekiranya benar saya tidak berbakat, tidak mungkin pengarah dan produksi masih memanggil saya berlakon.

"Malah kepercayaan pengarah terhadap bakat yang saya miliki bukan calang-calang orang. Antaranya Datin Paduka Shuhaimi Baba dan Mamat Khalid, dua pengarah yang pernah memenangi anugerah Pengarah Terbaik. Malah Yusry Abdul Halim juga percaya dengan bakat saya apabila menawarkan salah satu watak utama dalam filem Ular," katanya.

Jelas Zarina lagi, antara sebab mengapa dia mahu bernikah awal kerana tidak mahu lagi cerita kontroversi dikaitkan dengan dirinya. Katanya, jika ada pihak mahu mengaitkannya dengan mana-mana lelaki pasti mereka berasa malu dan menghormati akan statusnya sebagai isteri orang.

"Kalau selepas berkahwin perkara itu berlaku juga, saya sudah tidak tahu apa lagi yang mahu dilakukan. Mungkin saya akan mengambil tindakan meninggalkan dunia seni dan menumpukan perhatian kepada suami dan rumah tangga," katanya.

Walaupun sudah berumah­tangga kelak, jelas Zarina bakal suaminya memberikan keizinan untuk dia terus aktif dalam bidang seni dan peragaan.

"Saya juga akan tetap meneruskan kerjaya sebagai model. Selepas wajah saya tersiar dalam majalah FHM Indonesia, saya menerima banyak tawaran lagi selepas itu. Sekarang ini pun saya sibuk berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Jakarta bagi memenuhi undangan sesi fotografi," katanya.

Menjelaskan aksi seksinya untuk majalah FHM itu kata Zarina, ia berlaku disebabkan keadaan susuk tubuhnya yang agak berisi waktu sesi fotografi dilakukan.

"Baju yang saya gayakan itu tidak seksi sekiranya dipakai model berbadan kurus.
Masalahnya waktu dipanggil untuk sesi fotografi itu berat badan saya mencecah 60 kilogram. Sebaik baju disarungkan, saya katakan kepada mereka ia nampak seksi tetapi mereka terpaksa juga meneruskannya kerana tidak sempat mencari pengganti.

"Di keliling saya ada juga model luar yang kurus, apabila memakai baju potongan sama tidak kelihatan terlalu menjolok mata. Sekarang ini saya terpaksa menjalani diet yang ketat bagi mendapatkan kembali potongan badan ideal," katanya.

Malek Noor nikah pakar kanak-kanak esok

Posted: 11 Mar 2012 03:56 AM PDT


Aizzul A. Majid MALEK NOR dengan bakal isterinya, Wan Asma di Kota Bharu baru-baru ini.


KOTA BHARU – Seorang pakar kanak-kanak di Hospital Pakar Perdana di sini tidak menduga sama sekali yang beliau akan menjadi suri kepada bekas jaguh bina badan terkenal, Datuk Malek Noor.

Sambil menyifatkan jodoh tersebut sebagai ketentuan Tuhan, Dr. Wan Asma Wan Ismail, 52, berkata, mereka akan bernikah di penthouse milik beliau di Pusat Dagangan Kelantan (KTC) di sini pada 12 Mac.

"Saya tidak menyangka akan bertemu jodoh dengan beliau memandangkan tempoh perkenalan kami begitu singkat,'' katanya ketika ditemui Kosmo! Ahad di KTC semalam.

Polemik pendekar

Posted: 11 Mar 2012 03:53 AM PDT

pix_gal0
Ahli akademik kemuka hujah Hang Tuah wujud, insan pikul tanggungjawab besar bina empayar Melaka serta sebar syiar Islam

DAKWAAN tokoh akademik dan sejarawan Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim yang membangkitkan persoalan mengenai kesahihan kewujudan Hang Tuah menimbulkan polemik dan perdebatan hangat di kalangan tokoh ilmiah, budaya dan masyarakat tempatan.Januari lalu, Dr Khoo dilaporkan meragui kebenaran di sebalik kisah keperwiraan pahlawan Melayu tersohor itu yang sinonim bersama empat sahabatnya, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu.
Khoo turut menyentuh soal hubungan jalinan diplomatik di antara Kesultanan Melayu Melaka dan Dinasti Ming, China yang membawa kepada perkahwinan Sultan Mansur Syah, Sultan yang memerintah Melaka dari 1456 hingga 1477 dengan Hang Li Po.

Puteri kepada Maharaja Yongle, Maharaja ketiga dari Dinasti Ming yang memerintah China bermula daripada 1402 hingga 1424 dikatakan pernah dimasyhurkan sebagai isteri kelima Sultan Mansur Syah.

Perkahwinan jurai keturunan wangsa Raja China dengan pembesar atau pemerintah daripada negara asing adalah peristiwa penting yang pastinya akan terakam dalam pustaka sejarah negara China.

Tegas Khoo, adalah mustahil perkahwinan Hang Li Po dan Sultan Mansur Shah tidak tercatat dalam sebarang rekod yang tersimpan di istana negara China.
Logik di sebalik dakwaan kewujudan Hang Tuah tambah diragui kerana sebarang bukti yang dikaitkan mengenai kehidupannya hanya bersandarkan dalil, hujah serta cerita mulut atau proses-verbal turun-temurun yang tidak konkrit dan nyata.

Adikarya klasik agung seperti Sejarah Melayu karya Tun Seri Lanang dan Sulalatus Salatin menukilkan keunggulan serta kehebatan Hang Tuah dengan gambaran kesempurnaan yang muluk-muluk juga tidak mampu menyokong natijah kewujudan Hang Tuah di bumi Melaka.

Maka, pada 28 Februari lalu bertempat di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka, Kerajaan Melaka bersama Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP), Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) dan Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) menganjurkan Seminar Antarabangsa: Hang Tuah Sebutir Lazuardi Di Persada Tamadun Bangsa sempena 750 tahun kewujudan Melaka di peta dunia.

Hang Tuah diangkat sebagai subjek seminar menjadi dasar pembicaraan tujuh cendikiawan daripada universiti dalam dan luar negara membuat analisis terhadap tajuk yang diketengahkan untuk diwacanakan secara tuntas dan komprehensif.

Perasmian seminar itu disempurnakan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam. Acara itu menerima penyertaan daripada 1,080 orang peserta yang hadir dengan satu objektif, untuk menyelami watak serta keperibadian manusia bernama Hang Tuah dan mengakui kebenaran serta hakikat kewujudannya.

Ketokohan Laksamana Hang Tuah di sebalik keagungan empayar agung dunia seperti Melaka sebagai sebuah pusat maritim antarabangsa terbesar dan termasyhur di alam Melayu pada abad ke-15 seharusnya menerima pengiktirafan yang sewajarnya.

Mohd Ali dalam ucapannya sebelum perasmian seminar menyorot kembali lembaran sejarah kegemilangan Melaka sebagai pelabuhan entreport yang aktif dan kaya.

Tambah Mohd Ali, gelaran laksamana yang dianugerahkan kepada Hang Tuah serta status tertinggi dalam wilayah maritim Melaka adalah bukti martabat dan kedudukannya di mata masyarakat dan komuniti pedagang ketika itu adalah tinggi dan terhormat.

"Peranan Hang Tuah amat besar terutama dalam menyebarkan agama Islam ke beberapa negara seperti Majapahit, Pahang, Siak dan Kampar. Kesetiaannya terhadap Sultan Melaka menyebabkan ada pihak yang cemburu sehingga menimbulkan fitnah di kalangan orang besar Melaka.

"Kini ada pihak yang sangsi kesahihan kewujudan Hang Tuah dengan menyatakan ia adalah mitos. Namun begitu, kita meyakini kewujudan manusia Hang Tuah dalam empayar Kerajaan Melayu Melaka berasaskan sumber utama iaitu karya agung Sejarah Melayu. Sejarah Melayu adalah sumber pribumi yang tepat untuk membuktikan kewujudan Hang Tuah," katanya.

Mya Bakal Rakam Semula Lagu 'Matahari'

Posted: 11 Mar 2012 03:50 AM PDT

Maya menukar ejaan namanya kepada Mya.

PETALING JAYA: Penyanyi yang terkenal dengan lagu Matahari, Maya atau Mya menjelaskan dia bakal merakamkan semula lagu tersebut dalam nafas baru untuk para peminatnya.

Mya berkata, dia ingin merakamkan semula lagu sebagai tanda terima kasih kepada peminatnya yang terus mempopularkan lagu itu sehingga hari ini.

"Bayangkan hampir 15 tahun lagu itu masih menjadi sebutan peminat dan masih dimainkan di stesen-stesen radio sehingga hari ini.

"Jadi sebagai menghargai jasa mereka saya ingin merakamkan semula lagu Matahari dengan sususan muzik baru," ujarnya kepada mStar Online.

Bagaimanapun kata Mya, komposisi lagu itu tidak akan banyak berubah dari versi asal kerana bimbang ia tidak dapat diterima peminat.

"Lagu itu popular kerana muzik dan liriknya. Jadi susunan baru itu tidak akan banyak lari dengan asal bagi mengekalkan identiti lagu tersebut," katanya.

Dalam pada itu, bercakap mengenai penukaran ejaan namanya, Mya berkata, dia memang sudah lama berhasrat untuk menggunakan nama baru itu kerana ia sering digunakan untuk urusan peribadi.

"Tidak ada sebab tertentu penukaran nama itu cuma inginkan pembaharuan bersempena tahun 2012 itu sahaja.

"Tambahan pula saya telah lama menggunakan nama tersebut untuk urusan peribadi seperti e-mel, nama profil akaun Facebook dan sebagainya," ujarnya.

Kata Mya, dia tidak merasakan itu adalah satu masalah besar kerana ejaannya sahaja bertukar tetapi sebutannya masih sama.

Sementara itu, Mya memberitahu dia sudah pun menghasilkan dua single baru untuk para peminatnya iaitu Mata dan Bersalah.

Mya memberitahu single itu adalah sebagai permulaan baginya sebelum muncul dengan album penuh termasuk rakaman semula lagu Matahari.

Ujarnya, lagu tersebut dicipta oleh bekas anggota kumpulan Ruffedge iaitu Cat Farish.

"Saya masih mencari dua buah lagu lagi untuk cukupkan lima lagu sebelum muncul dengan album dan kalau boleh ingin merakamkan lagu berentak balada," katanya

Bersungguh-sungguh untuk melancarkan kembali karier nyanyiannya, Mya memberitahu dia juga turut mengurangkan aktiviti lakonan bagi menumpukan kepada pembikinan album dan mempromosikan dua lagu barunya itu.

Bakal jadi isteri kedua?

Posted: 11 Mar 2012 03:49 AM PDT

Faradhiya

Atmosfera industri hiburan, bagai tidak berhenti dari serangan khabar angin liar mengenai artis tempatan. Terbaru, penyanyi dan pelakon, Faradhiya dikatakan sedang hangat bercinta dengan pemilik rangkaian sebuah hotel terkenal.

Malah, Faradhiya dikatakan bakal berkahwin dalam masa terdekat. Namun kurang manisnya, lelaki berjaya bertakhta di hatinya itu bukan bujang, sebaliknya suami orang. Justeru, ada pihak membuat spekulasi, Faradhiya bakal menjadi isteri kedua.

Tidak lari atau cuba menyembunyikan diri, Faradhiya semasa dihubungi Zass tidak keberatan memberi penjelasan mengenai perkara tersebut. Faradhiya atau mesra disapa Fara mengakui sedikit berang dengan fitnah disebarkan oleh pihak terbabit.

"Saya rasa, tidak perlu takut atau lari bila ada orang berkata mengenai saya. Saya sudah lali dengan gosip mengarut seperti ini. Cuma sudah beberapa tahun saya menjaga reputasi karier dari terlibat dengan cerita negatif.

"Sepatutnya mereka bertanya kebenarannya sebelum mengeluarkan cerita mengarut seperti itu. Saya tidak kisah jika hati saya tercalar, tapi saya masih ada keluarga," katanya.

Faradhiya berkata, dia mengaku baru mengenali individu dimaksudkan oleh laman web hiburan tersebut, namun kenyataan mengatakan dia bakal berkahwin adalah mengarut.

"Saya akui baru mengenali lelaki dimaksudkan oleh blog hiburan tersebut. Bagi saya, bukan menjadi satu kesalahan untuk berkawan dengan sesiapa sahaja. Namun kenyataan mengatakan saya akan berkahwin dan sekali gus menjadi isteri nombor dua, 200 peratus tidak benar sama sekali.

"Bukan mahu bercakap besar tetapi dari dulu lagi, saya memang minta dielakkan bercinta dengan suami orang. Apatah mahu menjadi isteri kedua dan sebagainya. Apa yang ingin saya tegaskan, saya akan buktikan pada semua pihak bahawa apa yang katakan itu tidak benar dan saya bukan wanita yang suka berkongsi," tegasnya.


Proses kenali hati budi
Wanita yang bakal menginjak ke usia 28 tahun, 28 April ini, bagaimanapun tidak berselindung dan mengakui sedang mengenali hati seseorang.

Namun, Faradhiya enggan berbicara lanjut mengenai perkara itu dan menyifatkan masih terlalu awal untuk berkongsi segala-galanya dengan peminat.

"Saya bukanlah seorang individu yang gemar berkongsi cerita peribadi. Saya faham, sesetengah pembaca, mereka 'geli' bila membaca cerita mengenai kisah peribadi artis. Malah saya sendiri yang sedang bercerita sekarang pun, merasa geli untuk bercerita lebih-lebih.

"Saya rasa cukuplah saya katakan, saya kini sedang mengenali seseorang dan bila tiba masanya, serta segalanya sudah pasti, barulah saya bersedia untuk bercerita kepada peminat," katanya penuh berhati-hati.

Masih aktif


Enggan terus berbicara mengenai kisah peribadinya, Faradhiya berkata, dia bakal melancarkan album terbarunya dijangka berlangsung bulan hadapan.

Katanya, album berkonsep pop itu diterbitkan oleh Julfekar dan mengandungi lima lagu. Tiga lagu sudah dirakamkan dan kini dalam proses merakamkan dua lagi lagu. Antara judulnya, Tergila-gila dan Kau Telah Pergi.

"Julfekar menawarkan kepada saya untuk mengeluarkan album dan ia adalah peluang dinanti-nantikan. Maklumlah kini bukan senang untuk mengeluarkan album.

"Apatah lagi, ramai peminat tertanya dan keliru, apakah saya masih menyanyi atau tidak. Jadi, album ini adalah sebagai jawapan dan hadiah buat peminat," katanya yang akan ke Pulau Pinang bagi merakamkan klip video.

Faradhiya berkata, selain akan kembali aktif menyanyi, dia juga banyak tawaran lakonan. Namun kerana kekangan masa, Faradhiya terpaksa menolak tawaran lakonan dan banyak memberi tumpuan kepada telefilem.

"Saya kini terpaksa memilih tawaran. Bukan mula untuk demand, tetapi memandangkan saya akan aktif menyanyi, jadi saya takut jadual saya akan bertindih dengan waktu penggambaran.

"Maklumlah, penggambaran drama bersiri mengambil masa. Malah kadangkala saya ada persembahan pentas yang perlu dihadiri. Jadi saya tidak mahu susahkan orang lain jika saya banyak terima tawaran lain.

"Selain itu, saya jarang muncul di majalah atau dada akhbar kerana merasakan tidak ada projek yang mahu saya kongsikan. Justeru saya memilih untuk mengelak dari membuat sesi fotografi. Tapi selepas ini,mungkin tiada masalah untuk kembali seperti biasa," katanya.

Ah long cuba taktik baru

Posted: 11 Mar 2012 03:45 AM PDT

Ah long

KUANTAN - Pemberi pinjaman wang haram (ah long) tidak pernah kering idea memikirkan taktik terbaru untuk meneruskan kegiatan haram mereka walaupun pelbagai usaha termasuk tindakan penguatkuasaan sentiasa dijalankan pihak berkuasa termasuk polis dan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) bagi membendung aktiviti itu di sini.

Selepas iklan secara terbuka mereka digempur pihak berkuasa, sindiket itu kini lebih cermat mengedar risalah dan iklan pinjaman wang itu untuk terus memerangkap mangsa.

Mereka kini menggunakan surat yang lengkap dengan alamat syarikat tertentu untuk mengedar iklan perkhidmatan melalui pos.

Sindiket juga dipercayai menawarkan pinjaman mudah dengan menyasarkan golongan peniaga dan pemilik syarikat sebagai sasaran.

Seorang pengurus sebuah syarikat di Jalan Beserah di sini yang mahu dikenali sebagai Shima, 36 berkata, dia menerima sepucuk surat berisi iklan pinjaman wang mudah yang dialamatkan ke pejabatnya itu beberapa hari lalu.

Menurutnya, surat bersampul putih itu sama dengan surat-surat lain yang diterima pejabatnya bagaimanapun atas nama 'pengurus' dan bukan namanya.

"Saya dapati kandungan surat itu adalah iklan pinjaman wang mudah yang dihantar seorang agen lengkap dengan nombor telefon untuk dihubungi.

"Saya terus asingkan surat 'sampah' itu bagaimanapun tiba-tiba terdetik untuk mencuba menghubungi nombor yang tertera bagi mengetahui secara lebih lanjut muslihat mereka," katanya.

Shima berkata, seperti kandungan iklan yang tertera, lelaki yang menjawab panggilan memberitahu syarikatnya sedia untuk membantu pemilik syarikat dan peniaga dengan menawarkan pinjaman mudah bagi membesarkan peniagaan masing-masing.

"Lelaki itu memberitahu mereka dari syarikat perunding kewangan namun turut menyediakan perkhidmatan pinjaman wang atau modal kepada peniaga yang berminat untuk membuka atau membesarkan perniagaan.

"Pada masa yang sama, saya diberitahu, syarikat itu telah berjaya membantu ramai peniaga dan pengusaha syarikat mengembangkan perniagaan dalam pelbagai bidang," katanya.

Dia berkata, antara tawaran yang dijanjikan termasuk, kadar faedah yang rendah dan boleh dirundingkan, mudah, kelulusan segera, tidak memerlukan banyak dokumen, perkhidmatan dari pintu ke pintu dan banyak faedah lain yang akan dinikmati peminjam.

"Saya cuba mendapatkan alamat syarikat tersebut tetapi lelaki itu mengelak namun mendakwa perkhidmatan yang disediakan itu sah dan berlesen.

"Saya agak curiga memandangkan iklan dalam bahasa Inggeris dan Cina itu hanya dicetak atas kertas A4 tanpa sebarang nama atau nombor pendaftaran syarikat," katanya.

Menurutnya, dia terpanggil untuk berkongsi isu itu kerana percaya ramai lagi yang turut menerima iklan tersebut.

"Tawaran pinjaman yang disediakan amat menarik dan boleh memperdaya peminjam terutama bagi mereka yang menghadapi masalah untuk membuat pinjaman dengan institusi kewangan yang sah," katanya.

Bapa kandung ditahan bantu siasatan

Posted: 11 Mar 2012 03:45 AM PDT


keratan Kosmo! 6 mac 2012


PASIR GUDANG - Seorang lelaki yang ditahan polis di Seri Alam di sini Khamis lalu bagi membantu siasatan berhubung kehilangan Nurul Nadirah Abdullah atau lebih dikenali sebagai Dirang merupakan bapa kandung kepada kanak-kanak tersebut.

Ibunya, Roselyn Alan, 25, mendakwa, dia mengetahui mengenai penahanan bekas suaminya itu selepas dimaklumkan oleh seorang pegawai polis pada hari yang sama.

"Kami berpisah secara baik pada tahun 2008 selepas tiga tahun hidup bersama ketika Dirang berusia setahun.

"Dia seorang bapa yang baik dan sering menghubungi kami, terutamanya Dirang," katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad di sini semalam.

Budak tujuh tahun hilang

Posted: 11 Mar 2012 03:43 AM PDT

WAN nor azma dan anaknya Wan Khadijah sedih melihat gambar Wan Hazim.


PETALING JAYA – Sepasang suami isteri kini tidak keruan apabila anak lelaki kesayangan mereka yang berusia tujuh tahun didapati hilang dipercayai selepas keluar dari rumah mereka di Jalan PJS 10/1, Subang Indah di sini petang kelmarin.

Wan Hazim Wan Khaidir dilihat kali terakhir oleh ibunya, Wan Nor Azma Wan Yusof, 33, sedang mencuci tangan di sinki dapur rumahnya pada pukul 12.30 tengah hari kelmarin.

Menurut Wan Nor Azma, pada waktu tersebut dia singgah di rumahnya itu bagi menghantar anak sulungnya yang baru pulang dari sekolah.

Wanita tersebut bagaimanapun tidak berjumpa dengan anak kedua daripada tiga beradik itu sebaliknya hanya melihat budak itu dari dalam kereta sahaja.

"Saya hanya menyedari Hazim hilang pada pukul 6 petang selepas balik dari tempat kerja.

"Bila saya bertanya kepada pembantu rumah warga Indonesia, dia memberitahu anak saya tiada dan menyangka saya membawa Hazim keluar semasa pulang pada tengah hari tersebut," katanya semasa ditemui di rumahnya di sini semalam.

Fahrin, Adila selesa bersama

Posted: 11 Mar 2012 03:42 AM PDT


FAHRIN dan Adila tidak kekok memperlihatkan keserasian mereka di khalayak umum.


LEBIH setahun berkawan baik, sampai ke hari ini, pelakon kacak Fahrin Ahmad, 33, masih enggan berkongsi cintanya dengan produser muda, Zetty Adila Ramly, 26.

Bertemu pasangan yang sedang bercinta ini dalam satu majlis memperkenalkan pelakon drama-drama terbaharu TV3 baru-baru ini, pintu hati Fahrin dan Adila sekali lagi diketuk. Jika pada awal dahulu mereka pantas membuat penafian, kali ini berlainan sedikit.

Mereka mengaku selesa dan tidak menafikan tarikan pada diri masing-masing menjadi antara faktor kelangsungan persahabatan yang semakin intim. Mereka sudah betah duduk berdua di hadapan media. Adila yang juga anak kepada pemilik rumah produksi Global Station, Zaiton Mohd. Jiwa itu menyifatkan Fahrin sebagai lelaki budiman.

Sensasi Bintang: Ramai yang melihat kalian keluar berdua berpegangan tangan, anda bercinta?

FAHRIN: (Senyum panjang) Buat masa sekarang, memang kami rapat. Ya, kami keluar bersama tapi kenyataan yang kami berpegangan tangan itu tidak benar. Mengenali seseorang (Adila) itu menjadi tanggungjawab saya, lagipun kami dalam industri yang sama tapi memang hubungan kami sangat rapat.

Jadi apa nama status hubungan itu?

Untuk mengesahkan status, itulah yang merumitkan saya. Saya harus menangani perkara itu dengan cermat. Komitmen kami berdua lebih kepada persahabatan dan rakan dan industri.

Umur makin meningkat, kerjaya sudah stabil, bila agaknya Fahrin nak mengakhiri zaman bujang?

Betul, umur saya sudah 33 tahun tapi mujurnya keluarga tidak mendesak. Saya tak boleh nak fikir pasal kahwin sebab komitmen saya dengan karier sangat besar. Lagipun, selama ini saya penat melayan gosip dan masalah dalam perhubungan. Sekarang saya tengah 'bayar hutang' untuk diri sendiri. Dalam setahun setengah ini, saya rasa sangat tenang.

Tenang dengan Adila?

Saya selesa dengan dia.

Berkawan dengan anak produser besar, tentu memberi ruang selesa, bukankah ia memberi zon selesa untuk anda mendapat tawaran lakonan?

Eh, taklah. Sekarang saya tengah buat penggambaran drama bersiri Seindah Sakura terbitan Temenggung Picture, bukan dengan Global. Pemilihan pelakon juga ditentukan oleh stesen televisyen.

Impak Fahrin tidak sehebat dahulu, sekarang kemunculan anda seperti mendatar sahaja, kenapa?

Populariti itu bonus tapi saya juga manusia yang mencari kualiti, bukan sahaja lakonan tapi juga untuk sisi hidup yang lain. Saya akui belum pernah dapat anugerah, tapi terbaik dalam industri ini bukan ditentukan oleh seorang pelakon sahaja, kena disokong oleh semua sudut.

Ada tawaran filem?

Saya sedang dalam perbincangan yang serius untuk terlibat dengan sebuah filem aksi. Kalau jadi itulah filem aksi pertama saya. Harap penonton boleh tengok saya beraksi, lawan bertumbuk dalam filem suatu hari nanti.

Demam drama bersiri

Posted: 11 Mar 2012 03:41 AM PDT




SATU ketika dahulu stesen televisyen tempatan didakwa lebih berminat menayangkan drama-drama asing berbanding terbitan tempatan. Banyak mata lebih tertumpu kepada perjalanan konflik dan percintaan drama-drama Korea, Jepun, Indonesia mahupun Mexico.

Namun seiring waktu dan kehendak, tumpuan kini beralih kepada produk tempatan yang kini membuatkan penonton ketagihan. Drama-drama bersiri tempatan dilihat mendapat perhatian ramai malah mempunyai pengikut setia yang sentiasa menjadikan isi cerita drama sebagai bahan perbualan di laman sosial.

Malah dengan kehangatan sambutan buat drama-drama tempatan ini, sedikit sebanyak membantu promosi lagu-lagu terkini artis tempatan yang menjadi runut bunyi dalam drama-drama tersebut

Vanila Coklat

Siaran: Disember 2011 hingga Mac 2012

Pelakon: Izara Aishah dan Aiman

Pengarah: Emi Sufian Sabhi

Fakta: Vanila Coklat bercerita tentang Zara, 19, dan Aamir, 20, yang sedang menuntut di institusi pengajian tinggi. Mulanya mereka saling membenci. Zara dan Aamir dipaksa berkahwin atas keputusan keluarga tetapi mereka akhirnya mengenal erti cinta.

Konflik remaja tersebut memuncak apabila perkahwinan mereka dihancurkan sendiri oleh pihak keluarga. Masih ditayangkan dalam slot Lestary, kemanisan Vanila Coklat melekat di bibir ramai. Masing-masing tertarik dengan watak dan lakonan yang dibawakan Izara Aishah dan Aiman, bekas peserta Mentor yang beralih haluan bergelar pelakon pula.

Menurut satu kajian, Aiman Hakim Ridza menjadi perhatian dan kegilaan gadis-gadis remaja kini dan mencapai carian tertinggi di Google.

Intan belum sedia kahwin

Posted: 11 Mar 2012 03:40 AM PDT


SUDAH bertahun bergelar kekasih kepada pelakon Kamal Adli, Intan tidak banyak berdepan cerita sensasi.


WAJAH manisnya silih berganti menghiasi panggung tempatan sejak mula tampil menerusi Tipah Tertipu The Movie. Tahun lalu sahaja pemilik nama penuh Intan Nurladyana Mohamad Yahaya itu menambah variasi watak dalam filem lakonannya apabila tampil sebagai seorang wanita misteri dalam Flat 3A serta wanita lasak dalam Bini-Biniku Gengster.

Terkini Intan sekali lagi kembali dengan sambungan filem pecah panggung Adnan Sempit. Membawakan watak sama, Nadia yang merupakan seorang anak orang kaya, Adnan Sempit 2 nyata membuatkan Intan tidak senang duduk.

"Saya akui sekuel ini membuatkan saya berdebar-debar menanti penerimaan penonton. Saya terfikir adakah sejarah Adnan Sempit boleh berulang lagi atau tidak. Tetapi apa yang pasti Adnan Sempit 2 menampilkan kelainan

"Adnan Sempit 2 masih ditayangkan. Janji saya, sambungan ini lebih istimewa," ujar Intan yang kini sibuk menjalani penggambaran filem Cinta Atas Tar.

SURI RUMAH

Sebenarnya saya sudah tahu mengenai selok-belok sebagai seorang suri rumah. Jadi tidak susah untuk saya belajar menjadi wanita berkeluarga dalam Adnan Sempit 2. Watak Nadia memerlukannya menjadi seorang suri rumah, itu syarat jika dia mahu berkahwin dengan Adnan. Nadia juga kelihatan lebih gedik kerana dia anak manja dan mempunyai buah hati.

THAILAND

Thailand begitu istimewa dalam hati saya kerana ibu saya berasal dari sana. Saya juga masih mempunyai ramai sanak saudara di Thailand. Setiap kali Hari Raya Aidilfitri kami pasti akan beraya di Bangkok selama seminggu biarpun tidak semeriah di sini.

KAHWIN

Buat masa ini saya belum merancang untuk berkahwin. Jadi kalau ada yang menunggu untuk melihat saya mendirikan rumahtangga dalam masa terdekat, ia tidak akan berlaku. Saya dengan Kamal Adli (kekasih) masing-masing sibuk dengan kerjaya sendiri. Apa yang pasti hubungan kami tiada apa-apa masalah.

TAWARAN LAKONAN

Jika orang lain boleh menerima banyak tawaran berlakon dalam satu-satu masa, berbeza pula dengan saya. Saya cuba mengehadkan untuk berkerja dalam satu filem atau drama dalam satu masa. Saya tidak suka jika jadual saya bertindih dan menyusahkan.

KARAKTER BERBEZA

Saya memang pemilih watak sebab enggan bawa watak yang sama. Sebelum menerima tawaran, saya akan meneliti skrip. Jika cerita menarik dan wataknya berbeza, saya pasti terima. Sebagai contoh watak saya dalam filem Flat 3A, Adnan Sempit 2 dan Bini-Biniku Gangster semuanya berbeza.

Bunga padi untuk Bunohan

Posted: 11 Mar 2012 03:39 AM PDT



BERPERANG dengan rasa, separuh bangga, separuh gemuruh dan separuh lagi bersungguh-sungguh, semuanya bergaul dan berpusar membentuk hanya satu perkataan yakni Bunohan. Itu judul sebuah filem nasional tetapi tidak keterlaluan disebut sebagai filem antarabangsa. Bunohan buah tangan anak bangsa sendiri yang meraih pencapaian di luar negara sebelum ia ditonton, jauh lagi diiktiraf di tanah sendiri.

Kepada tiga pembawa karakter, Zahiril Adzim, Tengku Azura dan Amerul Affendi, mereka barangkali bukan nama besar dalam ruang perfileman di Malaysia. Selepas Bunohan, panji-panji kemegahan bergelar anak wayang bagaimanapun layak berada di tangan mereka.

Masuk hari keempat menembusi 40 panggung serata negara, tiga serangkai itu masih dahagakan lebih banyak reaksi. Tiada istilah tamak mengejar angka kutipan box-office, hakikatnya mereka mahu berkongsi keghairahan. Darah, pengkhianatan, mitos bersalut realiti, setiakawan, dosa silam dan hubungan tiga bersaudara dalam Bunohan, menjadikan ia filem yang wajib ditonton.

Bertukar tajuk daripada Bunga Lalang menjadi Bunohan, suatu masa nanti, jika masin mulut kaki filem, bunga-bunga padi yang biasanya menjadi simbol kemenangan di mana-mana festival filem akan terhias pada nama-nama pelakon mahupun poster Bunohan sendiri.

Tebus dosa

Semangat Zahiril Adzim berkobar-kobar, menggunung dan membesar mengatasi saiz fizikalnya. Sementelah, dia dikenali bukan kerana tubuh tapi atas lakonan yang hidup di mata penonton.


ZAHIRIL ADZIM, si Bunga Lalang yang teguh persembahannya.


"Tidak pernah lagi perasaan saya seumpama ini, tak pernah lagi berlakon filem yang ditunggu-tunggu ramai seperti yang berlaku kepada Bunohan," lontarnya seperti melepas lelah yang tersimpan sekian tahun.

Dalam senyum bersalut lega, penggerak watak Adil yang dipuji cemerlang itu menambah: "Kalau difikir-fikirkan, kerja dalam Bunohan ini seumpama menebus dosa-dosa lakonan saya terdahulu. Saya kena berlakon untuk meneruskan kehidupan sebagai pelakon. Seperti kata sifu saya, Namron, seniman juga harus makan.

"Semasa berlakon sebelum ini, kalau apa yang saya lakonkan itu betul, maka betullah yang dirasakan pihak lain, tapi kalau saya rasakan lakonan saya itu salah, ia tetap dilihat betul. Bunohan tidak begitu, ia kembalikan nilai sebuah lakonan."

Tiga bulan masa yang diambil untuk kerja eksplorasi dan persembahan karakter, itu juga satu tindakan yang tidak pernah dibuatnya sepanjang bergelumang dengan lakonan, baik teater, drama mahupun filem.

"Dalam tempoh itu, saya tak rasa perlu ambil kerja lain, semua yang terlibat pun buat benda yang sama. Saya banyak kali terfikir, kenapa Dain (pengarah Bunohan) ambil saya, tapi dapat kerja dengan dia pun sudah rasa besar hati sangat-sangat.

Berlawan tomoi seperti ayam sabung di tengah gelanggang, jerit-pekik penonton yang mengharapkan salah seorang tumbang menghabiskan perlawanan, situasi sebegitu beri persepsi baharu kepada Zahiril.

"Penonton yang tengok orang berlawan tomoi macam tengok sabung ayam, mereka suka kalau ada peninju yang jatuh atau berdarah. Itu keseronokan. Saya yang berlakon ketika itu rasa macam betul-betul tengah berlawan. Penggambaran untuk babak perlawanan mengambil masa empat hari untuk selesai," ceritanya yang mendapat keyakinan, fizikal seseorang petinju tomoi tidak perlu besar bersayap untuk diyakini dalam filem.

Tengku Azura ke layar perak

Di pentas peragaan, kelibat Tengku Azura masih dipuja. Tahun ini, Azura mengalih perhatian ramai. Dia membikin cemburu banyak aktres handalan lain kerana menjadi satu-satunya bunga di kalangan kumbang Bunohan.

Kepada Azura, 37, tiada istilah terlewat untuk menjadi pelakon filem. Sedar persepsi itu yang mungkin ada di benak ramai, ibu kepada dua cahaya mata itu melenturkan penjelasan.

"Selama ini saya tak melihat diri saya sebagai seorang pelakon, saya peragawati. Saya pernah muncul sebagai pelakon undangan dalam Spa Q dan sebuah naskhah komedi tak lama dahulu tapi saya kenal Dain dengan hasil kerjanya dalam filem iklan komersial," katanya yang cukup terkenal dalam bidang diceburi sejak lebih 20 tahun lalu.

Berselut, digigit lintah dan direndam dalam paya sehingga ke paras dada, itu cabaran fizikal yang ditempuh Azura untuk menyerap roh Mek Yah, satu-satunya kaum Hawa yang dipersembahkan dalam Bunohan.

Mati beragan dan bertukar menjadi makhluk yang hanya wujud di alam mistik, Azura turut menyifatkan Mek Yah satu watak yang mengembalikan dirinya mengenal leluhur.

"Sepanjang cerita, saya hanya berkain batik dan berkaki ayam. Memanglah, saya lahir di Kuala Lumpur tetapi ibu saya berasal dari Terengganu. Ada satu babak dirakam di sebuah kampung, kalau tak silap saya Kampung Payang.


AMERUL AFFENDI berharap impak Bunohan menaikkan kariernya.


"Menurut ibu saya, itu kampung arwah nenek saya. Ia memang sesuatu yang sangat sentimental," katanya harus menukar lidah Terengganunya menjadi Mek Yah yang bertutur loghat Kelantan.

Mengharapkan impak serta penerimaan positif penonton di Malaysia terhadap filem sulungnya itu, Azura tidak malu mengakui, keterujaan paling membuak buat dirinya adalah melihat diri sendiri di layar perak.

"Ini pengalaman pertama saya, saya nak tengok diri saya dalam skrin besar dan saya gembira dengan hasilnya," ketawanya berderai mengutarakan lintasan kecil yang menyelinap dalam hati.

Amerul dalami kedaifan

Tidak popular di mata khalayak yang bukan pencinta tegar teater dan filem, wajah bersegi dan karakter menunduk Amerul Affendi bagaimanapun mulai digemari kanak-kanak menerusi siri Cuak di Astro Ceria. Selain Cuak yang boleh dijadikan rujukan semasa buatnya, Amerul antara pendokong filem Karaoke yang pernah ditayangkan di Festival Filem Cannes tahun 2009. Dia juga mencuri perhatian dengan watak dalam filem Tolong Awek Aku Pontianak.

"Saya tak banyak berlakon tapi kanak-kanak panggil saya abang Ucin, setidak-tidaknya ada juga yang nampak kehadiran saya. Itu kerja cari makan saya dalam industri," luahnya.

Sedikit terkebelakang berbanding Zahiril yang pernah bersama-sama dengannya dalam teater mahupun filem, dia muncul sebagai Muski yang menjadi teman seguru dan regu terbaik di sisi Adil atau Bunga Lalang lakonan Zahiril.

"Muski dan Adil anak didik Pak Wah (Namron). Dalam persahabatan, dia ada simpan perasaan untuk diberi perhatian sama macam Adil. Pak Wah tak beri peluang untuk dia naik gelanggang tapi tetap anggap Adil sebagai kawan baik.

"Saya boleh kata bahawa Muski seorang yang oportunis, dia cuma mahu ambil kesempatan," Amerul menyimpan sedikit suspen watak Muski untuk disaksikan sendiri penonton Bunohan.

Bertubuh kurus dan jauh dari pada budaya budak kampung yang serba daif, Amerul menyelami situasi Bunohan dengan cara tersendiri.

"Saya tak pernah kenal seni mempertahankan diri, jadi kena dapatkan roh selain latihan intensif untuk masuk gelanggang. Saya berjaya naikkan berat badan menjadi 63 kilogram, walaupun kurus tapi badan kena nampak pejal sesuai dengan watak budak kampung yang daif.

"Cuba tak mandi, pakai baju yang sama berhari-hari untuk dapatkan tubuh berminyak, berdaki dan tidak terurus. Mula-mula rasa geli tapi lama-lama jadi selesa. Setiap karakter sangat bertepatan dengan latar lokasi yang kami lalui," ujarnya yang banyak belajar ilmu seni tomoi daripada Wanji, salah seorang koreografer seni lawi ayam untuk Bunohan.


TENGKU AZURA satu-satunya bunga dalam Bunohan.


Enggan jadi perosak filem besar itu, dia menolak rasa kecil ketika berganding pelakon hebat lain seperti, Namron, Bront Palarae, Zahiril, Shoffi Jikan dan Faizal Hussein terutamanya. Jika Bunohan itu dikatakan menjual lelaki, Amerul ada persepsi berbeza.

"Lelaki memang nampak keras tetapi hatinya lembut. Pertentangan anak dengan ayah, adik beradik, kawan jadi lawan tapi di hujungnya tetap ada ikatan yang tak boleh diketepikan," katanya.

Berlapis bahasa sinema, landskap dan budaya, kata seorang pemerhati, tidak salah menonton Bunohan sebagai satu bahan hiburan. Tidak habis di panggung, ia menjadi isi buah fikiran sebagai bekal diskusi sebuah khazanah seni masa hadapan. Visual dan rasa yang ditebarkan Bunohan akan terbawa-bawa oleh khalayak sehingga ke luar panggung.

Poonam mahu lebih 'kotor'

Posted: 11 Mar 2012 03:38 AM PDT


POONAM PANDEY


MODEL seksi, Poonam Pandey mahu terjun ke dalam dunia lakonan di Bollywood dan berjanji bahawa dia akan memberi kelainan buat penonton.

Poonam sanggup untuk melakukan sesuatu di luar batasan jika kehendak pengarah memerlukannya untuk melakonkan aksi ranjang.

Khabarnya dia kini sedang berbincang dengan sebuah syarikat produksi untuk memegang watak utama dalam sebuah filem.

"Saya berjanji untuk menjadi lebih 'kotor' berbanding Vidya Balan dalam filem The Dirty Picture. Saya rasa tiada bikini di dunia ini yang saya tidak pernah pakai.

"Saya boleh pergi membeli-belah dengan hanya berbikini. Pastinya jika watak memerlukan saya berbuat demikian saya akan jayakan.

"Saya mahu lakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan orang lain dalam industri ini," ujar Poonam.

Persiapan D' Masiv

Posted: 11 Mar 2012 03:37 AM PDT


DARI kiri: Rian (vokal),Kiki (gitar), Rama (gitar), Ray (bass) dan Wahyu (drum).


ALBUM perdana grup D' Masiv yang berjudul Menuju Nirwana gagal diterima pasaran. Mengambil langkah alternatif, D' Masiv menyertai sebuah pertandingan muzik di Indonesia dan dipilih sebagai juara.

Itulah hikmah yang tersemat di sebalik kesabaran. Kemenangan bergelar juara menyebabkan nama D' Masiv diteliti dan karya mereka kemudian diterima para pendengar. Satu perubahan besar untuk grup yang dianggotai Rian (vokalis), Kiki (gitar), Rama (gitar), Ray (bass) dan Wahyu (dram). Melalui album kedua, mereka dikenali dengan lagu hits mereka, Cinta Ini Membunuhku.

Kini selepas menempuh jerih-perih bergelar anak band, D' Masiv muncul dengan album Persiapan. Sebuah buah tangan ketiga yang mempamerkan kematangan mereka dalam bergelar pemuzik dan anak seni.

Untuk grup yang berasal dari Jakarta itu, album ketiga ini dipenuhi dengan variasi warna muzik dan merupakan sebuah tanda perbezaan berbanding dua album sebelumnya. Malah ujar D' Masiv, mereka mahu melenyapkan mitos badi album ketiga yang selama ini banyak menghantui grup-grup muda.

"Ini merupakan lanjutan daripada dua album sebelumnya. Diberi judul Persiapan, album tersebut menggambarkan sebuah langkah awal yang selalu diperlukan oleh hampir semua aktiviti manusia. Sebuah hajat besar pun dimulai daripada persiapan," ujar Rian selaku vokalis memberi analogi tentang album edaran Universal Music di Malaysia.

Masih memegang erat tema cinta sebagai asas lirik lagu-lagu mereka, namun D' Masiv mencuba mengemaskan tema itu dengan cara berbeza. Menghulurkan variasi dalam tempo, aliran muzik dan format, Rian juga mencuba teknik vokal yang berbeza untuk album Persiapan.

Menurut grup yang terkenal dengan lagu Rindu Setengah Mati ini, album ketiga ini membawa sejumlah perubahan besar dalam setiap anggota grup ini.

Semangat mereka kembali seperti di awal berdirinya D' Masiv. "Kami sekarang berlatih rutin seminggu sekali," ujar Rian. Sebelumnya, mereka hanya berlatih sekali dalam sebulan. Menurut Rian, itu cara mereka untuk membangkitkan kembali tenaga yang pernah ada. Semua itu membuat album dengan judul ringkas Persiapan dapat disimpulkan dalam satu perkataan iaitu matang.

Walaupun kemerosotan penjualan album berlaku di mana-mana, fenomena tersebut tidak mempengaruhi grup itu. Malah buat kelima anak muda ini, album penuh adalah sebuah ijazah buat para pemuzik.

"Album ialah ijazah buat pemuzik. Penghasilan album juga memberi kepuasan yang berbeza daripada single. Malah sebuah album dapat bertahan selama sehingga dua tahun dalam industri. Berbeza dengan usia ketahanan single," kata Ryan.

Dalam rangka lain, sebagai salah satu cara penyatuan dua negara yang serumpun, D' Masiv juga sempat merakamkan sebuah kolaborasi bersama gitaris Malaysia.

Melalui lagu Damai, grup ini dan Man Kidal memberi mesej keamanan buat masyarakat.

"Kami memberikan pesan bahawa walau apapun masalahnya, jangan saling menyakiti," ujar Rian yang akan memberi sokongan kepada Nidji yang membuat persembahan di The Loft, Jalan Doraisamy, Kuala Lumpur malam ini.

Terapi Hafiz Hamidun

Posted: 11 Mar 2012 03:37 AM PDT


PERNAH bersama UNIC, Hafiz Hamidon kini bergerak solo.


HAFIZ HAMIDUN dikenali sebagai bekas ahli kumpulan nasyid UNIC. Di bawah grup itu dia sempat merakamkan beberapa buah album termasuklah See You Di IPT dan Satu Tekad.

Mahu mewarnai portfolio peribadi, Hafiz seterusnya bergerak solo. Apabila bebas, batasan berkaryanya lebih terbuka luas. Tidak sahaja melakar nama sebagai penyanyi, Hafiz kini turut dikenali sebagai penerbit album, pencipta lagu bahkan menjadi pencipta skor muzik untuk filem-filem komersial.

Kerja keras dan idea kreatif anak kelahiran Perak Darul Ridzuan itu menjadi penyuntik kesan untuk skor muzik beberapa produk termasuklah drama bersiri Juvana, SuperMak dan Keranamu Laila. Selepas meletakkan nama sebagai pencipta skor muzik untuk filem Sesuatu Yang Tertinggal, Nur Kasih dan Azazil dia bakal memberi rasa kepada muzik filem Penanggal tidak lama lagi.

Kali ini jejaka berusia 27 tahun itu kembali dengan buah tangan yang segar. Album Zikir Terapi Diri yang dipasarkan sejak awal tahun lalu menjadi pertaruhan Hafiz.

"Album ini bukan sekadar album zikir semata-mata. Tetapi demi menarik orang ramai mengamalkannya saya indahkannya dengan melodi yang ringkas.

"Gabungan melodi dan zikir-zikir memuji Tuhan ini boleh dijadikan terapi buat pendengar untuk menghayatinya dan menenangkan hati," kata Hafiz kepada Sensasi Bintang.

Mengedarkan sebanyak 21,000 unit album merupakan suatu tindakan yang berisiko tinggi. Tidak mahu menoleh ke arah sambutan kepada jualan cakera digital (CD), Hafiz sebaliknya meletakkan keyakinan tinggi buat album terbitannya sendiri ini untuk berjaya.

"Saya masih percaya kepada penjualan album. Lagipun album ini begitu istimewa dan ada kelainan.

"Pembeli kini sebenarnya bijak, mereka tetap memilih yang asli jika kita menghasilkan produk yang berkualiti," tutur graduan dari Fakulti Muzik, Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu.

Zikir Terapi Diri dengan susunan muzik oleh Hafiz sendiri menampilkan sebelas zikir asas termasuklah Astaghfirullah, La Ilaha Illallah, Subhanallah, Hasbi Rabbi, Ya Zaljala dan Lawkana Bainana.

Bersedia dengan kritikan kerana menggabungkan alunan memuji Tuhan dengan sedikit sentuhan muzik lembut daripada dentingan piano, jelas Hafiz, dia yakin suntikan itu sekadar jalan mendekatkan pendengar terhadap zikir.

"Saya hasilkan album zikir bukanlah untuk dijadikan ukuran sebagai teori muzik yang hebat tetapi lebih kepada sebuah karya yang lahir daripada jiwa dan hati saya sendiri.

"Iringan muziknya lebih kepada terapi minda. Respons daripada kawan-kawan yang mendengar album ini juga positif," ujarnya mengenai album yang diedarkan oleh Warner Music Malaysia Sdn. Bhd. itu.

Biarpun irama nasyid kini terkebelakang dari segi populariti, Hafiz masih percaya irama sebegitu tidak pernah jatuh bahkan terus berkembang.

"Memang permintaan dan peluang untuk artis nasyid agak terhad. Tetapi mereka ada pengikut sendiri dan ia sentiasa mendapat permintaan.

"Penyanyi nasyid juga terkebelakang dari segi publisiti dan liputan media tetapi musim untuk penggiat nasyid berkerja sentiasa ada sepanjang tahun.

"Undangan akan banyak menjelang tibanya musim sambutan Maal Hijrah, Maulidur Rasul, bulan Ramadan mahupun ketika musim haji," kata Hafiz bersemangat.

Sihir Britt Robertson

Posted: 11 Mar 2012 03:36 AM PDT




BERMULA dengan watak utama dalam The Ghost Club ketika dia baru berusia 13 tahun, kini bintang Britt Robertson semakin bersinar. Buat peminat siri televisyen, kemunculan Britt sebagai Cara Burns dalam Dan In Real Life masih diingati. Berlakon seawal 12 tahun, Britt percaya, ibunya merupakan insan yang membentuk dirinya hari ini.

"Saya mulanya tidak faham apa-apa. Saya dididik di rumah oleh ibu sendiri kerana dia tidak percayakan sistem persekolahan awam. Dia takut untuk melepaskan saya keluar ke sekolah, begitu juga dengan adik-beradik yang lain.

"Dia masukkan saya ke dalam komuniti, libatkan saya dengan kumpulan teater dan saya cepat menyesuaikan diri. Saya tak boleh menyanyi, jadi lupakan soal muzik tapi dalam lakonan, ia selalu ada ruang. Saya terlibat dengan satu teater kecil dan ejen dari New York dan Los Angeles menyarankan agar saya ke California. Saya berusia 14 tahun ketika berpindah ke Los Angeles, beberapa tahun kemudian, saya muncul dalam siri televisyen," cerita Britt yang kini menghangatkan kaca televisyen tempatan dengan sebuah siri baru The Secret Circle.

Meneruskan watak remaja seperti yang dilakonkan dalam Life Unexpected, bezanya ini kali pertama Britt akan menyihir peminat seluruh dunia dengan magis.

Diadaptasi daripada buku bersiri popular yang ditulis LJ Smith, siri itu berkisar seorang remaja perempuan, Cassie, 16, yang baru menyedari bahawa dia merupakan seorang ahli sihir. Lebih suspen dia terkait dengan perjanjian rahsia sebagai kunci untuk membuka pertempuran lama antara kuasa baik menentang kejahatan.

"Saya lulus uji bakat dan setelah diberi watak dan skrip, saya terus mencari buku-buku berhubung super natural dengan tujuan untuk lebih mendapatkan kefahaman tapi masa yang sama, saya seperti kaget sebab dipilih berlakon dalam karya penulis yang sama yang pernah menghasilkan The Vampire Diaries, rasanya macam saya berlakon siri popular itu," kata Britt dalam satu temu bual.

Hampir sama dengan persekitaran masa kecilnya yang bersekolah dalam rumah, Cassie lebih teruk kerana dikawal ketat oleh ibunya daripada bercampur dengan kawan-kawan. Apabila ibunya meninggal dunia dalam insiden kebakaran, Cassie harus menyesuaikan diri di tempat baharu di Chance Harbor, Washington bersama neneknya.

Dia menyertai rakan-rakan yang rupa-rupanya terdiri daripada satu kelompok popular seperti Diana Meade, Faye, Melissa dan Nick. Keadaan menjadi rumit apabila Cassie bertemu dengan Adam, teman lelaki Diana. Mereka semua adalah ahli sihir dan kedatangan Cassie sebenarnya melengkapkan rantaian mereka. Teragak-agak untuk berdepan dunia super natural yang tidak pernah terjangkau dalam fikiran, namun, Cassie harus membongkar legasi keluarga yang selama ini dirahsiakan oleh mendiang ibunya.

The Secret Circle telah menemui penonton setiap Selasa jam 9.30 malam secara bermula sejak Selasa lalu di saluran 8TV.

Mischa tak pedulikan kritikan

Posted: 11 Mar 2012 03:35 AM PDT


MISCHA BARTON


PELAKON yang terkenal dengan drama bersiri The OC mengaku tidak pernah mempedulikan kritikan pedas yang dilemparkan kepadanya.

Aktres cantik ini sudah jarang menjadi sorotan pihak media sejak setahun kebelakangan ini. Tidak seperti ketika dia membawakan watak Marissa Cooper mulai 2003 hingga 2006.

Mischa yang memulakan karier lakonan sejak berusia sembilan tahun berkata, dia sering melihat laporan negatif tentang kehidupan peribadi dan kariernya.

Wanita berusia 26 tahun itu cuba untuk tidak mempedulikan komentar seperti itu.

"Jika kritikan itu membangun, saya akan mengingatnya tapi kalau tujuannya hanya untuk menyerang, saya tidak mempedulikannya," jelasnya.

14 pejuang Palestin maut, 20 cedera

Posted: 11 Mar 2012 03:35 AM PDT

ANGGOTA polis Hamas memeriksa bangkai sebuah kenderaan yang menjadi sasaran serangan udara Israel di Bandar Gaza kelmarin.


BANDAR GAZA, Wilayah Palestin - Sebanyak 14 pejuang Palestin terbunuh manakala sekurang-kurangnya 20 orang cedera dalam beberapa serangan udara Israel ke atas Genting Gaza, kata beberapa pegawai perubatan Palestin semalam.

Tentera Israel berkata, tentera udara rejim Zionis melancarkan 13 serangan udara merangkumi pelbagai sasaran termasuk ke atas seorang ketua militan Palestin.

Serangan tersebut berlaku selepas pihak Palestin membedil puluhan roket dan mortar ke selatan Israel bermula pagi kelmarin dengan menyebabkan empat orang cedera, seorang daripada mereka parah.

Serangan balas yang dilancarkan tentera udara Israel meragut nyawa ketua Jawatankuasa Penentangan Popular (PRC), Zohair Al-Qaisi dan seorang anggota kumpulan berkenaan, Mahmud Hanani.

Susulan kematian mereka, PRC mengancam akan membalas dendam. Sekitar 45 roket dilancarkan tidak lama kemudian ke arah selatan Israel.

Pada masa yang sama, Briged Al-Quds yang merupakan sayap tentera kumpulan Jihad Islam menyatakan siri serangan udara rejim Zionis itu membunuh sepuluh anggota mereka.

"Beberapa pesawat menyerang dua fasiliti pembuatan senjata dan dua tapak pelancar roket di utara Genting Gaza, sebuah kilang membuat senjata di tengah Genting Gaza dan tapak aktiviti keganasan di selatan Genting Gaza," kata tentera Israel dalam satu kenyataan semalam.

"Serangan dilancarkan bagi membalas bedilan roket terhadap komuniti Israel," jelas kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan sama, sistem pertahanan peluru berpandu Kubah Besi Israel memintas sepuluh peluru roket yang disasarkan ke bandar Beersheva, Ashdod dan Ashkelon di selatan Israel yang secara keseluruhan dihuni lebih 500,000 penduduk.

Remaja belasah pelajar Malaysia dijel 7 tahun

Posted: 11 Mar 2012 03:34 AM PDT


Beau Isagba


LONDON - Seorang remaja Britain dipenjara tujuh tahun kelmarin kerana membelasah sehingga mematahkan tulang rahang pelajar Malaysia, Asyraf Haziq Rosli ketika bandar raya ini dilanda rusuhan tahun lalu.

Beau Isagba, 18, mengaku salah pada perbicaraan sebelum ini kerana mencederakan pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) berusia 21 tahun itu dan menyamun basikalnya di Barking, timur bandar raya ini pada 8 Ogos tahun lalu.

Rakaman selepas Asyraf diserang yang menunjukkan dua lelaki mencuri beberapa barangan di dalam beg sandang mangsa dengan berpura-pura membantunya telah mencetuskan kemarahan orang ramai selepas ia tersebar di laman perkongsian video YouTube.

Hakim Witold Pawlak memutuskan di Mahkamah Diraja Wood Green, utara bandar raya ini bahawa Isagba akan ditahan di sebuah institusi pemulihan belia dan dijangka dibebaskan secara bersyarat selepas menjalani hukuman selama 42 bulan.

"Saya harap hukuman ini akan mendorong mereka yang berniat jahat seperti kamu, berfikir dua kali sebelum bertindak di samping meyakinkan orang awam dan pelawat ke negara ini bahawa perbuatan seperti ini akan diberikan balasan setimpal," kata Pawlak.

Seminggu lalu, barisan juri di sebuah mahkamah di sini memutuskan dua lelaki berusia 22 tahun, John Kafunda dan Reece Donovan bersalah kerana mencuri barang-barang milik Asyraf. Hukuman terhadap mereka akan diputuskan Selasa ini.

Arnab jadi teman gorila

Posted: 11 Mar 2012 03:32 AM PDT


GORILA betina, Samantha ditemani arnab bernama Panda di Zoo Erie, Pennsylvania Khamis lalu.


ERIE, Amerika Syarikat (AS) - Seekor gorila yang tinggal di Zoo Erie, di sini menerima teman baharu iaitu seekor arnab bernama Panda.

Gorila betina yang diberi nama Samantha kesepian sejak kematian gorila jantan, Rudy pada 2005.

Namun, beberapa pegawai di zoo negeri Pennsylvania itu memberitahu, gorila berusia 47 tahun tersebut terlalu tua untuk berpasangan dengan gorila lain.

Justeru, pihak zoo memutuskan untuk menjadikan Panda sebagai teman Samantha pada bulan lalu.

Akhbar tempatan Erie Times-News melaporkan, kedua-dua haiwan tersebut hidup dalam keadaan tenteram.

Banjir bersih najis sungai

Posted: 11 Mar 2012 03:31 AM PDT



SUNGAI Langat, sungai kedua terpenting di Selangor melimpah melepasi tebing selepas hujan lebat luar biasa melanda ibu kota Rabu lalu.

Hujan itu membawa air deras dari hulu sungai yang berbukit-bukau. Ia bukan sahaja menambah warna perang airnya, malah menenggelamkan beberapa buah kampung.

Antara yang terjejas teruk ialah penempatan pinggir sungai di Batu 14 dan Batu 18, Hulu Langat. Ini termasuk Kampung Sungai Semungkis, Kampung Serai dan Kampung Nanding.

Air yang naik sehingga mencapai paras dua meter itu memaksa lebih 1,350 penduduk meninggalkan kediaman masing-masing dan berlindung di pusat pemindahan banjir.

Meskipun banjir itu sudah pulih, episod kedukaan penduduk belum berakhir.

Disifatkan sebagai banjir kilat terburuk direkodkan berlaku di kawasan Hulu Langat selepas banjir besar pada tahun 1971, kebanyakan penduduk mengakui ia terjadi terlalu pantas. Mereka hanya mampu menyelamatkan diri dan ahli keluarga.


OPERASI menyelamat mangsa banjir di Hulu Langat pada malam Rabu lalu dilakukan selepas air sungai melimpah memasuki rumah.


Bencana yang mengakibatkan kerugian bernilai jutaan ringgit itu menyaksikan kebanyakan mangsa meninggalkan rumah sehelai sepinggang.

Malah, berpuluh-puluh kenderaan yang dialihkan ke kawasan lebih tinggi turut ditenggelami air.

Seorang penduduk, Rozlino Idris, 50, berkata, sepanjang 20 tahun dia menetap di Hulu Langat, itulah banjir kilat paling buruk yang pernah dialaminya.

Keruh

"Kawasan di sini memang sering banjir tetapi biasanya air cuma naik ke paras lutut.

"Kalau banjir seperti itu, kami masih sempat memunggah barang-barang ke tempat yang lebih tinggi dan menyelamatkan dokumen penting. Tetapi kali ini banjir yang datang luar biasa.

"Air naik secara mendadak. Kami tidak sempat berkemas seperti biasa.

"Malah, ketika kami sekeluarga hendak keluar menyelamatkan diri, pintu rumah kami pecah disebabkan tekanan air yang terlalu deras," katanya.

Di sebalik kisah hujan lebat, banjir kilat dan kediaman berselut lumpur, Sungai Langat sebenarnya turut menerima impak yang tidak kurang hebatnya.

Sungai yang mengalir dari Gunung Nuang di daerah Hulu Langat hingga ke Selat Melaka di Kuala Langat itu terpaksa menerima kemasukan air berlumpur dari anak-anak sungai yang mencetuskan kekeruhan melampau.

Bukan itu sahaja, sungai sepanjang 120 kilometer itu menjadi tempat longgokan bermacam jenis sampah yang datangnya daripada pokok-pokok tumbang dan limpahan tangki kumbahan. Bahkan apa yang disapu dek air banjir akan memasuki sungai tersebut.

Pencemaran yang melanda Sungai Langat ini bukan perkara yang boleh dianggap remeh memandangkan ia adalah sumber bekalan air minunan utama kepada sejuta pengguna di Hulu Langat, Kuala Lumpur, Putrajaya dan sebahagian daerah Petaling.


HUJAN lebat menyebabkan air sungai menjadi keruh.


Air sungai ini akan dialirkan ke tiga loji rawatan air iaitu Loji Sungai Langat, Loji Batu 11 Cheras dan Loji Bukit Tampoi.

Ia kemudian dirawat oleh operator rawatan air iaitu Puncak Niaga mengikut piawaian yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Selepas itu, barulah air terawat diagih-agihkan kepada pengguna melalui Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas).

Ekoran banjir kilat baru-baru ini, Sungai Langat mengalami kekeruhan sebanyak 7,000 hingga 9,000 unit kekeruhan nephelometric (NTU) sedangkan nilai maksimum yang mampu dirawat loji rawatan air hanya 1,000 NTU.

Najis

Keadaan air yang tercemar ini memaksa pihak pengendali menutup loji rawatan. Ini bermaksud air tersebut tidak boleh diterima untuk dirawat dan loji terpaksa mengurangkan pengeluaran air terawat kepada 60 peratus sahaja.

Menurut Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Syabas, Abdul Halem Mat Som, setiap loji kini berdepan dengan pengeluaran air yang melebihi reka bentuknya.

"Beberapa tahun kebelakangan ini, disebabkan proses modenisasi dan pembangunan yang pesat terutamanya di Balakong dan Kajang, loji-loji terpaksa mengeluarkan 468 juta liter air sehari walaupun kapasiti maksimumnya adalah 386 juta liter sahaja.


PEKAN Batu 14, Hulu Langat ditenggelami air ekoran banjir kilat Rabu lalu.


"Itu pun bekalan tidak mencukupi. Kos menukar sistem rawatan kepada skala lebih besar menelan belanja yang sangat tinggi dan ia akan membebankan pengguna," ujarnya.

Hari ini, keadaan di Sungai Langat semakin tenat. Pencemaran semakin banyak direkodkan, bukan sahaja kerana kekeruhan akibat hujan lebat tetapi pencemaran yang berpunca daripada sikap manusia.

"Loji Batu 11 Cheras dan Loji Sungai Langat adalah loji yang sering ditutup akibat pencemaran amonia atau najis dari kediaman dan tumpahan diesel daripada sektor industri.

"Jika keadaan ini berterusan, gangguan bekalan air tidak dapat dielakkan.

"Justeru, kita bertanggungjawab untuk memastikan setiap sungai bersih kerana ia adalah sumber minuman kita," ujar Halem.

21 Immortals realiti polis

Posted: 11 Mar 2012 03:31 AM PDT


SELEPAS kejayaan 21 Immortals, Rozlan berhasrat untuk terus menghasilkan karya tentang perjalanan kehidupan Inspektor Mislan secara konsisten sehingga akhir hayatnya.


EMPAT tahun lalu, Rozlan Mohd. Noor merasakan sudah sampai masanya untuk dia melakukan sesuatu bagi menterjemahkan keghairahannya dalam bidang penulisan.

Jika sebelum ini dia hanya menulis cereka jenayah untuk bacaan rakan-rakannya, namun dek permintaan anak bongsunya, lelaki 58 tahun ini bersedia untuk menulis dengan lebih serius.

"Idea menulis novel datang daripada anak bongsu saya, Daniel yang kini berumur sembilan tahun.

"Beberapa tahun lalu, ketika saya sedang menulis cerita, dia datang kepada saya. Dia bertanya, bolehkah dia membawa cerita saya ke sekolah untuk diberikan kepada gurunya. Saya menjawab, tidak boleh. Cerita ini untuk rakan-rakan ayah sahaja.

"Daniel bertanya lagi, kenapa cerita ini die-mel kepada rakan-rakan ayah sahaja? Kenapa tidak dibuat buku? Katanya lagi, jika cerita ini dibukukan, ia mudah dibaca di mana-mana.

"Dia juga mahu namanya ada di dalam buku. Bertitik-tolak daripada permintaan itu, saya ambil keputusan untuk menulis novel.

"Selepas berbulan-bulan membuat kajian dan menyiapkan manuskrip, maka terhasillah novel jenayah saya yang pertama, 21 Immortals pada September 2010," cerita Rozlan.

Naskhah pertama itu memberi impak yang bukan sedikit. Bakat menulisnya yang selama ini hanya dikongsi bersama rakan-rakan telah menarik minat peminat novel Inggeris antarabangsa.

Buktinya, Februari tahun lalu, Rozlan menjadi wakil tunggal dari Asia Tenggara yang disenarai pendek bersama lima lagi penulis lain dari Australia dan New Zealand untuk pencalonan Hadiah Penulis Komanwel anjuran Yayasan Komanwel.

Enam terbaik

Biarpun tidak berjaya, bapa kepada tiga anak ini tetap optimis.

"Ketika dimaklumkan 21 Immortals terpilih sebagai enam karya terbaik, perasaan saya bercampur-baur.

"Ia adalah gabungan bermacam-macam perasaan yang tidak pernah saya alami.

"Apabila diberitahu oleh penerbit, saya terkedu, gembira dan menjadi sangat teruja apabila 21 Immortals diberi penghargaan dan pengiktirafan sebegitu," katanya yang pada mulanya menjangkakan novel tersebut hanya dibaca oleh segelintir rakannya.

Selain itu, tahun ini, novel yang diterbitkan oleh Silverfish Books ini turut disenaraikan sebagai 149 karya Inggeris terbaik seluruh dunia yang dicalonkan untuk menerima Anugerah Sastera Dublin yang keputusannya akan diketahui pertengahan tahun ini.

"Meletakkan karya sulung saya sebaris dengan penulis hebat di dunia adalah penghargaan yang sangat tinggi nilainya. Ia mencetus semangat saya untuk lebih giat berkarya," katanya.

Dijual pada harga RM35, 21 Immortals membawa pembaca menyelami kegigihan Inspektor Mislan, seorang pegawai polis yang bersikap jujur, rajin dan telus dalam tugasnya.

Bagaimanapun, sikapnya itu membuatkan rakan sekerja, pihak atasan jabatan hinggalah ahli politik tidak senang duduk. Malah dia sering menjadi mangsa politik dalaman di jabatannya.

"Novel ini adalah realiti kerjaya polis di negara ini. Ada polis baik, yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mencari kebenaran dan ada juga polis yang minta disogok untuk menutup kes," terang Rozlan yang turut menyelitkan adegan pembunuhan, penipuan serta penggodaman data dalam novel ini.

"Kes yang ditonjolkan hanyalah rekaan tetapi setiap teknik siasatan yang digunakan untuk menyelesaikan kes itu adalah benar," kata Rozlan yang pernah berkhidmat selama 11 tahun sebagai pegawai polis di bahagian siasatan dan pendakwaan.

Untuk menghasilkan novel yang realistik, dia mengambil masa di antara enam hingga lapan bulan untuk menjalankan kaji selidik dalam pelbagai jenis lapangan berkaitan jenayah seperti perubatan dan sains forensik.

"Menulis lebih mudah daripada buat kaji selidik. Asalkan saya sudah mendapat tajuk sesuai untuk sesuatu bab dan mood menulis ada, saya akan terus menulis tanpa perlu merangka.

Teh tarik

"Apa yang terlintas dalam kepala, itulah yang akan ditaip," ujarnya.

Memilih bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara, Rozlan mengakui agak sukar untuknya menghasilkan novel berbahasa Melayu.

"Saya pernah mencuba tetapi bukan mudah untuk menulis dalam bahasa Melayu.

"Terlalu banyak perkataan pinjam dalam bahasa Melayu hinggakan kermurniaan bahasa itu semakin hilang," katanya yang juga penterjemah bertauliah di Institut Terjemahan Negara.

Walaupun ada suara yang mengkritik, Rozlan ada pendirian tersendiri.

"Bertutur bahasa Inggeris tidak akan mengurangkan kemelayuan atau semangat nasionalisme saya," tegasnya.

Buktinya, banyak perkataan Melayu berserta glosari dimuatkan dalam novel-novelnya seperti tuan, teh tarik, rendang, Assalamualaikum, Hari Raya Aidilfitri dan nasi lemak.

"Jika ada orang luar yang membacanya, mereka akan faham tentang budaya kehidupan kita di sini. Malah, banyak respons daripada pembaca asing yang memberitahu mereka teringat semula pengalaman bercuti di negara ini selepas membaca novel saya," katanya.

Mandi bunga pakai ais

Posted: 11 Mar 2012 03:30 AM PDT


MANDI bunga ais semakin popular di Malaysia.


BANYAK mitos di sebalik amalan mandi bunga untuk bakal pengantin. Selain pelbagai syarat perlu dipenuhi seperti penyediaan tujuh jenis bunga, ia juga mesti dilakukan pada waktu malam khususnya semasa bulan mengambang.

Namun, amalan mandi bunga kini sudah berubah. Ia boleh dibuat pada bila-bila masa malah kaum Adam juga ramai yang menyukainya. Apa yang lebih menarik, mandi bunga sambil tubuh dilitupi kedinginan ais mula popular di Malaysia.

Kaedah mandi bunga ais itu turut dipopularkan oleh syarikat Colour Vibration Therapy Sdn. Bhd. yang berpejabat di Shah Alam, Selangor, sejak tahun 1999 lagi.

Menurut pengamal perubatan alternatif yang juga antara pengendali perkhidmatan itu, Rahim Zainal Abidin, 44, kaedah itu menggunakan pati tujuh jenis bunga yang digabungkan dalam satu produk dikenali Full Moon Aromaterapi Seri Wajah.

"Mandi bunga ini tidak melibatkan penggunaan kelopak bunga segar seperti zaman dahulu. Apa yang diperlukan ialah pati tujuh jenis bunga termasuk bunga ros putih dan merah serta campuran madu," kata Rahim.

Tambah beliau, penggunaan ais pula adalah untuk menyegarkan tubuh.

"Ais memang sejuk tetapi apabila sudah biasa, seseorang tidak akan menghadapi masalah," ujarnya kepada Jurnal.

Tambah beliau, mandi bunga cara moden itu tidak bergantung pada bulan mengambang bagi memperoleh kebaikannya.

Mandi bunga ais dimulakan dengan mengisi penuh tab mandi dengan air. Kemudian bahan seperti kapur, sulfur, belerang dan garam dimasukkan dalam kuantiti tertentu.

Kiub ais

Selepas itu pelanggan yang sekadar memakai pakaian dalam akan masuk ke dalam tab mandi berkenaan.

"Keadaan di dalam bilik mandi ini selamat dan privasi bagi kedua-dua jantina lelaki dan wanita," tegas Rahim.

Selepas pelanggan berendam di dalam tab mandi barulah ketulan ais dimasukkan sedikit demi sedikit.

"Kebiasaannya sebanyak 15 kilogram kiub ais disediakan untuk sekali mandi tetapi secara purata di antara lima hingga tujuh kilogram sahaja yang digunakan.

"Dengan ais sebanyak itu, pelanggan selalunya menggigil kesejukan terutamanya bagi yang pertama kali mencuba," beritahu Rahim.

Proses mandian itu mengambil masa selama 20 minit dan beberapa titik pati bunga diperlukan.

"Ramai pelanggan mengatakan badan mereka menjadi lebih segar manakala wajah mereka lebih berseri selepas mandi," katanya.

Menurut Rahim lagi, antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan beliau ialah ada pasangan bakal pengantin yang bergurau mengatakan mandi bunga itu membuatkan mereka lebih yakin untuk berhadapan dengan tok kadi semasa majlis akad nikah nanti.

"Bagi lelaki pula mereka menjadi lebih bersemangat dan tidak sabar-sabar untuk berkahwin," cerita Rahim sambil ketawa.

Realitinya, bukan sekadar wanita yang gemar mandi bunga tetapi kaum Adam juga menunjukkan minat yang sama.


PATI bunga yang digunakan untuk mandi bunga cara moden.


Bau badan

"Kira-kira 30 peratus pelanggan yang memilih pakej mandian bunga kami terdiri daripada golongan lelaki. Malah, ada yang datang dari negara sejauh Lebanon, Singapura dan Indonesia," katanya.

Bagi seorang pelanggan, Nur Farhana Mohd. Fuzi, 26, beliau mengamalkan mandi bunga di pusat terapi alternatif itu sejak berkahwin pada umur 19 tahun.

Beliau yang sudah dikurniakan seorang cahaya mata masih kelihatan seperti seorang anak dara. Penampilan Farhana tidak menggambarkan usia sebenarnya.

"Badan saya juga berasa segar dan kurang penat walaupun saya sering bekerja sehingga lewat malam. Malah, suami juga mengatakan bentuk badan saya tidak banyak berubah, sama seperti mula-mula berpacaran dahulu," katanya.

Farizah Suhaimi, 24, yang akan berkahwin tidak lama lagi percaya mandi bunga mampu menambah seri pada wajahnya.

"Perkahwinan seboleh-bolehnya dijalani sekali sahaja dalam seumur hidup, jadi kita inginkan yang terbaik semasa majlis perkahwinan," komen beliau.

Kru Jurnal sendiri sempat merasai pengalaman mandi bunga ais itu. Baru beberapa minit merehatkan badan di dalam tab mandi yang penuh ais itu, badan sudah menggigil kesejukan.

Bagaimanapun, selepas 20 minit tubuh menjadi lebih selesa dan bau busuk badan tiada lagi.

Manusia berselera pelik

Posted: 11 Mar 2012 03:29 AM PDT


TREBILCOCK berpendapat rasa span pencuci seperti biskut yang sedap dimakan bersama air teh.


PENYAKIT pelik yang dipanggil Pica menyebabkan seorang jururawat pergigian dari England, Kerry Trebilcock, 21, menjadikan span pencuci dan sabun sebagai menu hariannya.

Malah, sejak mengalami penyakit itu pada tahun 2008 dia telah memakan lebih 4,000 span pencuci dan 100 buku sabun.

Baginya, rasa kedua-dua 'hidangan' itu sama seperti makanan ringan yang sedap dicicah sos.

Dia juga gemar mencubit span pencuci dalam saiz kecil seperti biskut sebelum dicelup ke dalam air teh atau coklat panas.

Bukan sekadar span pencuci, sabun organik berbau lemon dan limau nipis juga menjadi obses gadis aneh itu.

"Jika sedang mandi di dalam bilik air sekali pun saya akan memakan sabun itu," katanya.

Ujarnya lagi, sekiranya keluar bersiar-siar pula, kedua-dua makanan rutin itu akan dibungkus untuk dibawa bersama.

Tabiat

"Sebagai penambah perisa, beberapa biji tomato dan sos tidak pernah dilupakan sebelum saya memakannya di luar rumah," kata Trebilcock tanpa berselindung.

Hakikatnya, penyakit Pica membuatkan penghidap ketagih makan besi, arang, pasir, kapur malah lebih buruk lagi mentol lampu dan perabot.

Namun, tabiat makan yang pelik itu juga menjadi punca Trebilcock sering mengalami sakit perut dan cirit-birit.

Span pencuci kebiasaannya diperbuat daripada serat kayu selulosa atau polimer plastik.

Sabun organik antara bahan utamanya ialah minyak zaitun, minyak kelapa sawit, gliserin dan campuran herba.

Trebilcock memberitahu, jika membeli-belah di pasar raya, dia akan membeli 40 ketul span pencuci dan sabun organik.

"Juruwang pasar raya berkenaan selalu memuji dengan mengatakan saya wanita yang mementingkan kebersihan," cerita Trebilcock.

Wanita ini pernah berjumpa dengan doktor pakar untuk merawat tabiat pemakanannya itu.

Doktor itu memberitahu bahawa Trebilcock menghidap penyakit Pica. Jika dia tidak segera menghentikan tabiat itu ia boleh menyebabkan sistem tubuh Trebilcock terjejas.

"Walaupun kerap mengikuti program kaunseling selain mengambil pil suplemen, situasinya masih sama. Saya akan makan span dan sabun sekurang-kurangnya tiga kali sehari

"Tetapi saya banyak berbincang dengan individu lain yang menghidap penyakit yang sama melalui forum di Internet. Ada dalam kalangan mereka yang makan tayar kereta, sudu dan perabot," ceritanya.


HENDERSON akan memakan lima ketul sabun dan serbuk pencuci setiap minggu.


Hakikatnya, penyakit Pica dialami oleh ramai orang. Tahun lepas, akhbar melaporkan seorang ibu beranak lima dari Miami, Amerika Syarikat, Adele Edwards, 31, obses memakan kusyen sofa sejak berusia 10 tahun.

Terapi

Edwards memberitahu, dia telah makan hampir 190 kilogram kusyen hinggakan doktor memberi amaran bahawa ketagihan itu boleh menyebabkan dia meninggal dunia.

Di daerah yang sama, seorang gadis berusia 19 tahun turut menghidap penyakit ganjil itu. Gadis itu ketagih makan serbuk pencuci.

Tempestt Henderson pula akan memakan lima ketul sabun dan serbuk pencuci dalam seminggu.

"Rasa sabun dan serbuk pencuci itu amat manis," katanya yang merupakan seorang pelajar kejururawatan.

Selepas enam bulan memakan sabun, Henderson menemui doktor untuk cuba mengubati ketagihannya.

Doktor yang merawatnya menggunakan kaedah terapi bagi mengubati penyakit itu.

Dia diminta mengingati benda lain semasa dia berasa mahu makan sabun.

Selain itu, dia juga digalakkan pergi berjalan-jalan dan mengelak daripada mengunjungi tempat yang mengandungi sabun seperti bilik mandi dan kedai dobi.

Henderson menjadi penagih sabun dan serbuk pencuci selepas dia berpisah dengan kekasihnya hanya kerana mereka belajar di kolej yang berlainan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved