Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Lemas ketika lari daripada polis
- I-Great Iqra' untuk kanak-kanak
- Semangat perjuangan anak seni
- Anak-anak bangga dengan Apek
- Tayang badan ikut skrip
- Jurugambar media guna kren rakam gambar rumah
- Jet Israel bedil balai polis Palestin
- Ancam bunuh diri selepas tahu akan dibuang kerja
- Saintis Switzerland bina satelit pemusnah
- Rahsia Fauja kekal stamina
- "Saya rosakkan paru-paru sendiri"
- Program kesihatan di K Klub
- Lelaki berani tolak stereotaip
- Shahrizal Jaszle Dikaitkan Pula Dengan Fiza (Elite)
- Raja Azura Tepis Gosip Kembali Ke Pangkuan Bekas Suami
- Deejay Red FM Jadi Banduan Bukan Kerana Dadah
- Ziana Luah Perasaan, Mahu Anuar Kahwin
- Aeril Zafrel Akui Perlukan Publisiti Untuk Terkenal
- Empat Pengacara Popular Gegarkan ABPBH 2011
- Awie Angkat Martabat Silat Dalam Filem Sulung
- Tangani tubuh secara sihat
- Shakira Cedera Diserang Singa Laut
- Kemilau Jubli Perak
- Janda jual air liur kebas RM5,000
- Kolaborasi semakin menjadi trend
Lemas ketika lari daripada polis Posted: 16 Feb 2012 06:26 PM PST TUMPAT - Seorang lelaki mati lemas selepas terjun ke dalam Sungai Golok, ketika dipercayai cuba melarikan diri daripada polis dalam satu operasi cegah jenayah di sebuah pangkalan haram Kampung Tanjung dekat sini, malam kelmarin. Mayat Mat Ridzuan Anuwa, 29, ditemui kira-kira pukul 10.25 pagi semalam selepas gerakan mencari dan menyelamat dilakukan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat Pengkalan Kubor dengan kerjasama Pasukan Gerakan Marin (PGM). Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat, Deputi Superintendan Shariffuddin Yusoff berkata, mayat lelaki berkenaan ditemui berhampiran jeti Jabatan Kerja Raya, Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor. Menurut beliau, kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu berlaku ketika anggotanya menjalankan tugas rondaan dan terserempak dengan lelaki terbabit di kawasan berkenaan. "Menyedari kehadiran anggota polis, lelaki itu bertindak melarikan diri dan terjun ke dalam sungai. Anggota kita kemudian cuba mencari di sekitar kawasan tersebut tetapi gagal lalu meminta bantuan PGM untuk menjalankan gerakan mencari. "Mayat mangsa yang ditemui dihantar ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya," katanya. | |||
I-Great Iqra' untuk kanak-kanak Posted: 16 Feb 2012 06:18 PM PST KUALA LUMPUR - Orang ramai kini berpeluang membantu pendidikan kanak-kanak yang tidak berkemampuan melalui pelan takaful pendidikan yang diperkenalkan Great Eastern Takaful Sdn. Bhd. (GETSB), I-Great Iqra'. Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif GETSB, Mohamad Salihuddin Ahmad berkata, pelan tersebut membolehkan para dermawan mencarum untuk tujuan kebajikan bagi anak-anak yatim yang tinggal di rumah kebajikan yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. "Selain menggalakkan usaha-usaha kebajikan di kalangan masyarakat, pelan ini juga dibuka kepada saudara-saudara terdekat untuk ahli keluarga mereka, seperti datuk untuk membantu pendidikan cucu atau ibu saudara untuk anak saudaranya. "I-Great Iqra' turut membantu ibu bapa memastikan masa depan yang lebih cerah kepada anak-anak mereka dengan memberikan nilai pelaburan yang tinggi dan perlindungan serta fleksibiliti untuk memenuhi keperluan ibu bapa," katanya pada majlis pelancaran pelan tersebut di sini semalam. Mohamad Salihuddin menambah, pelan itu juga menganugerahkan ganjaran kepada pemegang polisi untuk kecemerlangan dalam pendidikan. "Kebanyakan ibu bapa tidak menyedari kos sebenar yang terlibat untuk menanggung keperluan dan perbelanjaan anak-anak yang sentiasa meningkat ekoran peningkatan kadar inflasi, "Bagi mengurangkan bebanan ini, I-Great Iqra' direka dengan komponen simpanan dan memberikan perlindungan takaful dalam menyediakan asas kukuh keperluan pendidikan anak-anak mereka di masa hadapan," ujarnya. | |||
Posted: 16 Feb 2012 06:16 PM PST
LATIHAN menembak Platun Seni Rejimen Askar Wataniah (RAW) bersama media yang berlangsung baru-baru ini di lapang sasar Kem Perdana Sungai Besi benar-benar memberi pengalaman baharu bukan sahaja kepada pihak media yang menyertainya tetapi juga barisan artis RAW yang turut hadir pada sesi latihan yang berlangsung selama empat jam itu. Perhatian lebih tertumpu kepada artis wanita terutamanya Datuk Siti Nurhaliza Tarudin yang berjaya mengutip 70 markah dengan 18 butir peluru mengenai sasaran untuk sesi latihan individu manakala ketika sesi latihan berkumpulan yang diadakan secara pertandingan kalah mati, kumpulan Siti akur dengan kehebatan kumpulan lain. Tidak hanya Siti, dua pelakon yang bernaung di bawah payung MIG Production, Yana Shamsudin dan Mon Ryanti turut turun padang memberi persaingan sengit meskipun Yana menghadapi masalah tulang belikat dan Mon Ryanti kini sibuk dengan promosi filem terkininya, Hantu Dalam Botol Kicap. Selain mereka, Platun Seni RAW yang ditubuhkan sejak pertengahan Jun 2011, turut disertai ramai artis popular lain termasuk Aizat Amdan, Intan Ladyana, Shaheizy Sam, Ana Raffali serta Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth International Group (MIG), David Teoh. Siti idam konsert besar Siti Nurhaliza pernah bercita-cita untuk menjadi seorang anggota polis, justeru tidak hairanlah terdapat sisi lasak dalam dirinya. Memegang senjata M16 buat pertama kali bukan satu masalah besar buatnya apatah lagi setiap bidikannya mengena pada sasaran. Keseronokkan jelas kelihatan di wajah mulusnya, meskipun matahari semakin berdiri tegak di atas kepala dan peluh mula memercik, Siti tetap setia di padang sasar dan melakukan sehingga tamat semua sesi latihan yang diaturkan buat Platun Seni RAW. "Ini kali pertama saya menembak menggunakan M16, sebelum ini pernah diajar cara penggunaannya di kem dan pernah pegang M16 untuk sesi fotografi tetapi benar-benar menembak ini pengalaman pertama saya. "Seronok menembak kerana bagi saya ia sangat mencabar dan memberi kepuasan setiap kali tembakan saya mengenai sasaran. Cabarannya adalah minda harus tenang dan cara pernafasan juga penting," ujarnya. Jelasnya lagi, sejak menyertai Platun Seni RAW, perubahan paling ketara yang dialaminya adalah, Siti kini menjadi seorang yang lebih berani dan bersemangat. "Sebenarnya, bila kita sarung sahaja pakaian uniform askar, automatik semangat dan aura berjuang itu timbul, jadi perkara yang susah pun menjadi senang buat saya. Sekarang, saya juga menjadi lebih berani dalam melakukan apa sahaja perkara," katanya yang sering berkongsi informasi latihan bersama anak Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Nurul Hidayah. Sungguhpun sibuk dengan jadual seni, Siti sebolehnya mahu menghabiskan sesi latihan keseluruhan yang berdurasi sebanyak 240 jam secepat yang mungkin. "Saya sibuk, jadi bila ada masa terluang sahaja saya akan menghadiri sesi latihan. Seperti hari ini, pada sebelah petang saya ada penggambaran untuk produk kecantikan, sesi latihan pada sebelah pagi jadi sempat jalani latihan. Memang sangat seronok bila saya sertai RAW. Bermacam-macam perkara yang telah saya pelajari, bagi saya RAW bagus untuk wanita kerana kita diajar bagaimana untuk pertahankan diri. "Kepada artis atau orang di luar saya yang berkira-kira untuk menyertai RAW, nasihat saya jika sudah ada niat sertailah RAW. Saya pun tidak boleh paksa orang untuk sertai RAW kerana ia disertai secara sukarela," tuturnya yang bakal melancarkan produk baharu Simply Siti iaitu Dermamagic tidak lama lagi. Selain sibuk dengan latihan RAW dan perniagaan produk kecantikan, Siti mengidam untuk mengadakan sebuah konsert besar pada tahun ini. Lokasi serta tarikh masih belum dapat disahkan, tetapi perancangan konsert sudah ada dalam diari tahunannya. "Tahun ini saya memang nak buat satu konsert besar, mungkin di jalanan seperti yang dilakukan oleh Allahyarham Datuk Sudirman Arshad, mungkin di Istana Budaya dan mungkin juga di stadium. Saya tidak tahu lagi, semuanya bergantung kepada penaja yang sudi menaja konsert saya nanti," katanya yang kali terakhir mengadakan konsert di Singapura baru-baru ini. Rezeki murah Yana Pengarah dan aktres yang semakin popular, Yana Shamsudin juga tidak kekok menjalani latihan yang disediakan buat Platun Seni RAW kerana bapanya adalah pesara tentera. Jelasnya, dia sudah terbiasa mendengar arahan dan disiplin yang ketat kerana bapanya juga menerapkan disiplin ketenteraan ketika di rumah. "Ayah saya dulu berada di pasukan meriam, biasalah kalau askar di rumah ayah garang. Jadi, saya sudah terbiasa dengan cara didikannya, jadi bila saya masuk RAW saya tidak kekok," katanya yang melakukan latihan menembak untuk kali kedua. Bagaimanapun keputusannya untuk menyertai RAW ditentang keras oleh bapanya sebelum ini, namun selepas diberitahu Platun Seni RAW mempunyai kelonggaran kerana kesibukan kerja artis, bapanya mula memberi sokongan. "Sebelum ini ayah tidak sokong kerana dia tahu latihan ketenteraan sangat susah dan dia takut saya tidak tahan ditambah pula dengan jadual harian saya yang sibuk. Selepas saya beritahu yang Platun Seni istimewa, dia terus memberi lampu hijau. "Malah, kalau saya menjalani latihan ayah yang akan tolong gosokkan baju dan kilat kasut. Sebenarnya bila saya sertai RAW, saya berbangga kerana sebagai anak pesara tentera ini saya meneruskan legasinya walaupun tidak secara sepenuh masa sekurang-kurangnya saya memperoleh pengalaman seperti mana ayah saya alami," jawabnya yang telah menjalani latihan sebanyak 60 jam. Beralih kepada kerjaya seni, nampaknya tahun ini peminat filem tempatan akan menonton wajah Yana di pawagam sepanjang tahun kerana untuk tahun ini sahaja lima buah filemnya akan ditayangkan. Lima buah filem itu adalah Adnan Sempit 2, Tiga Temu Janji, Aku Ada Kau Ada, 8 Jam dan Minyak Dagu. Yana yang baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem Strawbery Cinta bergandingan dengan bekas kekasihnya, pengarah dan aktor Pierre Andre untuk filem tersebut dan juga filem Tiga Temu Janji. "Mula-mula bergandingan untuk filem Tiga Temu Janji saya gementar juga tetapi kami profesional dan bila lakukan penggambaran filem Strawbery Cinta semuanya menjadi mudah. Kami okey sahaja dan berkawan macam biasa. Memori lama itu perlu ada untuk menghayati watak dalam filem tetapi sebaik penggambaran selesai kami buat hal masing-masing," ujarnya yang tidak kisah andai peminat lebih menerimanya sebagai pelakon daripada seorang pengarah. Mon Ryanti kalis kontroversi Buat pendatang baharu dunia seni Mon Ryanti Sahudina Lee, 24, terpancar gementar di wajahnya apabila diminta bergandingan dengan Datuk Siti Nurhaliza buat pertama kalinya. Katanya dia amat kagum dengan penyanyi nombor satu negara itu. Kali kedua berada di lapang sasar dan menjalani latihan tembakan, Mon Ryanti amat menggemari latihan tembakan kerana padanya bukan semua orang memperoleh peluang sepertinya. "Bukan semua orang dapat pegang senjata M16 dan membuat latihan menembak, saya sangat seronok dan dalam masa yang sama latihan ini membentuk diri saya menjadi seorang yang lebih fokus." ujarnya. Walaupun masih hijau dalam dunia lakonan, Mon Ryanti yang kini hangat dalam drama Santau Merasuk telah berlakon sebanyak empat buah filem iaitu Keramat, Assalamualaikum Cinta dan filemnya yang sedang ditayangkan di pawagam Hantu Dalam Botol Kicap.
Malah, nama Mon Ryanti juga sempat terkena tempias kontroversi dek aksi ghairahnya dalam filem Keramat lakonannya bersama Zul Suphian. "Saya bersyukur kerana mempunyai rezeki dalam bidang lakonan. Sebenarnya banyak lagi perkara yang saya harus pelajari, sempat terkena kritikan dan kontroversi saya bersyukur kerana orang ramai menyedari kehadiran saya dalam industri seni," katanya. Aktres yang juga bekas model ini merupakan graduan jurusan perakaunan dan kewangan dari Kolej Segi memberitahu, sungguhpun dia menuntut ilmu yang lari daripada bidang seni, namun daripada dahulu sehingga kini, dia sedar, lakonan adalah perkara yang ingin dilakukannya. "Habis sahaja belajar saya fokus kepada lakonan dan Alhamdulillah rezeki saya ada dalam bidang ini. Bukan tidak mahu bekerja dalam bidang yang saya pelajari tetapi kerana minat terhadap bidang lakonan saya tinggalkan dahulu apa yang saya belajar dan fokus dengan apa yang saya lakukan sekarang iaitu lakonan," jawabnya yang terjun ke dunia lakonan dengan hanya gambar kakinya sahaja terpampang di poster filem V.3. Anak kedua daripada tiga adik-beradik itu juga mempunyai impian untuk menjalankan perniagaan sendiri pada masa depan. "Saya bercita-cita untuk mempunyai salon dan restoran sendiri. Mungkin pada masa itu saya akan gunakan kembali apa yang saya belajar di kolej," bicaranya yang berasal dari Johor Bahru. | |||
Posted: 16 Feb 2012 06:15 PM PST DUA tahun lalu apabila pelawak terkenal Saiful Apek ditahan polis kerana disyaki mengambil dadah jenis ganja bersama tiga lelaki lain dan seorang wanita di sebuah kondominium di Bandar Sunway, ramai peminatnya terkejut. Begitu juga dengan dirinya yang tidak percaya dia ditahan, digari dan direman di dalam lokap selama empat hari. Katanya, dia sedar semuanya yang berlaku bukanlah daripada satu babak filem lakonannya sebaliknya kejadian itu satu realiti yang berada di muka depan akhbar tempatan. Mahu tidak mahu, dia harus mengharungi segala prosedur sebagai tahanan. Hari pertama ditahan dilokap dua tahun lalu, ribut dalam hatinya, tiada siapa yang tahu. Resah dan gelisah, bimbang dengan pandangan masyarakat terhadapnya. Kelmarin, kes dadah membabitkan Apek telah mula dibicarakan di mahkamah. Apek juga telah disahkan positif dadah jenis ganja dan dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 jika sabit kesalahan. Di corong telefon ketika Kosmo! menghubunginya, Apek tetap optimis dengan apa yang berlaku dan bersedia apa sahaja kemungkinan keputusan mahkamah kelak. Kosmo!: Sejak mula ditahan dan sehingga kini apabila kes dadah Apek mula dibicarakan di mahkamah adakah ia menjejaskan rutin harian Apek? APEK: Setakat ini sejak saya mula ditahan sehingga hari ini ia tidak menjejaskan apa-apa sebab saya masih dijemput oleh pihak stesen televisyen dan masih muncul dalam program siaran langsung. Tahun ini saya akan muncul dengan empat buah filem iaitu Rock 2, Hantu Air, Pak-Pong dan Sofazr ... Jiwa Kacau. Peminat pun banyak memberi sokongan kepada saya. Apek tertekan atau tidak sepanjang menghadapi kes ini? Tipulah kalau saya kata saya tak tertekan, mula-mula ditahan ya, memang saya tertekan. Tetapi lama-kelamaan saya boleh menerima realiti dan menghadapinya dengan tenang. Saya masih tidak bersalah sebab itu saya dibicarakan. Proses perbicaraan berjalan berdasarkan bukti yang ada dan saya hormati prosedur dan jalani tanggungjawab saya walaupun terpaksa turun naik mahkamah. Paling penting adalah keluarga dan anak-anak saya percaya kepada saya. Bersedia dengan segala kemungkinan keputusan mahkamah? Sebagai seorang warga Malaysia daripada pengajaran kes-kes sebelum ini, mahu atau tidak mahu keadilan itu telus dan saya percaya dengan undang-undang di negara kita. Saya yakin, saya akan diadili sebaik mungkin. Kecuali berlaku satu keputusan yang memerlukan saya merayu sehingga dapat buktikan yang saya tidak bersalah. Boleh kongsi pengalaman Apek ketika berada di lokap? Ketika bermalam di lokap selama empat hari saya tidak apa nak rasa rasa. Saya sudah biasa lakukan penggambaran di penjara, sedikit sebanyak ia tidak jejaskan fizikal saya tetapi minda saya tahu apa yang berlaku adalah realiti. Banyak tanda tanya di fikiran. Bayangkan saya berada di dalam ruang yang sempit dan sunyi, fizikal saya kalah dengan dinding dan jeriji besi, sehari pun memang menyeksakan. Saya tabik kepada mereka yang boleh tahan berada dalam keadaan seperti itu (penjara) untuk tempoh yang lama. Pengajaran yang Apek peroleh daripada apa yang berlaku? Saya bermula daripada bawah dan apabila berjaya mencipta nama saya berada di sini (lokap). Kejayaan tidak menjamin supaya saya tidak melalui proses ini (ditahan). Ada hikmah sebalik apa yang berlaku kerana kini saya lebih menghargai kebebasan. Saya rasa nikmat dapat tidur di tilam empuk dan minum kopi setiap pagi, saya lebih menghargai kehidupan saya. Adakah kes ini memberi kesan kepada keluarga dan anak-anak Apek? Anak-anak saya berbangga saya adalah bapa mereka meskipun selepas apa yang berlaku. Alhamdulillah saya masih mendapat sokongan penuh daripada keluarga. Menjadi seorang bapa, kes ini benar-benar mematang saya. Nasihat Apek kepada anak muda di luar sana mengenai dadah. Sepanjang pengalaman saya, 70 peratus yang ditahan tidak bersalah dan teraniaya, bukan saya menuduh pihak polis tidak cekap, polis hanya menjalankan tugas terserah kepada kita untuk menggelakkan diri daripada perkara-perkara negatif. Buat anak muda dan remaja jangan sewenang-wenangnya berada di mana-mana tanpa pengetahuan ibu bapa atau mereka yang terdekat, tidak mustahil kita boleh berada di tempat yang salah dan pada masa yang salah. | |||
Posted: 16 Feb 2012 06:13 PM PST HANTU Dalam Botol Kicap, filem yang menemukan Mikail Andre Nazrul Andre, 20, dan Md. Zalif Naquiyudin Wan Abu Bakar Sidek atau nama komersialnya, Zalif Sidek, 27, dan sudah memulakan tayangannya di pawagam seluruh negara minggu lalu. Filem komedi seram arahan sulung Azahari Zain itu juga buat pertama kalinya memaparkan aksi tayang badan pelakon baharu, Mikail Andre dan Zalif Sidek dalam beberapa adegan. Antaranya ketika babak mandi-manda di sebatang tali air dan sewaktu berlawan dengan hantu dengan melumurkan badan mereka dengan kicap di penghujung jalan cerita. Mungkin bagi sesetengah penonton menganggap aksi itu tidak keterlaluan memandangkan perihal babak itu mustahil untuk dilakonkan berbaju. Namun, persoalannya tidakkah mereka sebagai pendatang baharu perlu menjaga sedikit sebanyak norma masyarakat kita yang adakalanya kurang selesa melihat pelakon tayang badan ketika menonton. Menjawab isu itu, ujar Zalif yang memulakan karier lakonan bersama Metrowealth Productions Sdn. Bhd. (MIG) milik David Teo dengan filem Bini Biniku Gangster tahun lalu, aksi tayang badan dilakukan mengikut kehendak pengarah dan penghayatan watak selaku remaja berusia 14 tahun dalam filem itu. "Jujur saya katakan saya seorang yang pemalu apatah lagi untuk beraksi buka-buka baju. Tapi ternyata itu kehendak pengarah yang mahukan saya lebih mendalami karakter sebagai seorang remaja berusia 14 tahun. "Malah, kelakar sekiranya memakai baju untuk mandi di tali air, itu perwatakan saya dan saya selesa. Apabila kita masuk ke alam usia seperti watak Epul, itu perkara biasa. "Saya tidak merasakan diri dieksploitasi, buka baju saya sekadar mengikut kehendak watak," jawabnya yang ditemui sewaktu sidang akhbar dan tayangan perdana filem Hantu Dalam Botol Kicap di Sunway Pyramid, Subang, Selangor, baru-baru ini. Zalif yang sebelum ini pernah muncul juga dalam filem Papa I Love You melakukan rujukan watak untuk filem Hantu Dalam Botol Kicap menerusi filem Home Alone dan katanya amat berpuas hati dengan lakonannya kali ini. "Ini filem ketiga saya, banyak yang sudah dipelajari daripada filem lakonan saya sebelum ini. Jelas sekali saya dapat rasa perbezaan berbanding filem terdahulu, hubungan kami sesama pelakon juga amat rapat," ujarnya yang bakal muncul dengan filem Tujuh Petala Cinta dan baru selesai menjalani penggambaran filem Aji Boy. Mikail tumpang populariti Salah seorang pelakon utama filem Hantu Dalam Botol Kicap, Mikail Andre, melihat perkara tayang badan bukan isu utama untuk dibangkitkan. Malah katanya, babak tayang badan dalam filem ketiganya selepas Al-Hijab dan Tokak itu menghidangkan lebih banyak cabaran selaku pelakon yang masih muda dan diberi kepercayaan menggalas peranan utama. "Cabaran sebagai pendatang baharu memang sukar. Banyak yang saya perlu belajar dan perlu diberikan tunjuk ajar sama ada daripada pengarah mahupun pelakon senior. "Mengenai isu tayang badan saya tak selesa sangat. Saya terpaksa buat disebabkan kerjaya dan memandangkan itu kehendak skrip, maka saya turutkan. Takut nanti orang cakap saya diva. "Tapi ada batasan untuk setiap aksi yang saya lakonkan, ia bergantung pada pengarah untuk mendidik pelakon berdasarkan aksi dan karakter yang dibawa"," katanya yang turut menjadi tenaga produksi belakang tabir dalam filem Al-Hijab arahan Pierre Andre. Mikail yang baru usai penggambaran filem aksi Satu Lawan Satu mengakui sedikit sebanyak menumpang populariti abang dan ibunya, Khatijah Tan yang kedua-duanya melakar nama menerusi bidang lakonan. "Melihat abang saya menceburi bidang lakonan kadangkala buat saya cemburu. Selepas tamat SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), saya mula perlahan-lahan dengan kerja belakang tabir. "Kemudian baru cuba berlakon sebagai watak sampingan sehinggalah filem Hantu Dalam Botol Kicap memberikan peluang memegang watak utama. "Apabila berlakon sendiri, saya rasa puas! Banyak inspirasi saya datangnya daripada abang saya dan saya meletakkan dia sebagai guidance sebab dia yang membimbing saya masuk ke dalam industri. Sedikit sebanyak ada juga menumpang nama mereka untuk peminat mengenali saya," singkapnya. Ujar Mikail lagi, Pierre dan Khatijah juga banyak menjadi pembimbing untuknya berkarier. "Di rumah ibu yang ajar teknik berlakon dan menjiwai watak secara tidak langsung. Selain itu, abang yang ajar saya kaedah untuk bergaul dengan orang ramai dan menjadi pelakon yang serba boleh. Mereka ibarat coach tak berbayar!" cerita Mikail lebih lanjut. Mikail dalam pada itu terlibat dalam filem Chantek lakonan Pierre dan Nurul Ekasari yang bakal ditayangkan tidak lama lagi selain membintangi filem Taikun lakonan Along dan Angah Raja Lawak. Mon Ryanti merempit Mon Ryanti, salah seorang pelakon baharu yang sedang mendaki tangga populariti turut terlibat dalam filem keduanya selepas Keramat. Mendukung watak utama sebagai seorang kakak bernama Rina, gadis berumur 18 tahun yang sosial, ujar Mon, filem Hantu Dalam Botol Kicap pertama kali mengajarnya cara memproses ayam selepas disembelih. "Filem ini mengajar saya cara memproses ayam yang disembelih, sebelum ini saya tidak pernah tahu kaedah tersebut," tuturnya diiringi ketawa mengekeh. Malah, ujar Mon lagi dalam filem ini dia dibenarkan menunggang motor dengan lasak di kawasan kampung. Anak kedua daripada tiga beradik ini bakal muncul bersama filem Nongkrong, Hacks (Hanya Aku Cinta Kau Seorang) dan Assalamualaikum Cinta. | |||
Jurugambar media guna kren rakam gambar rumah Posted: 16 Feb 2012 06:12 PM PST HONG KONG - Anggota-anggota media menaiki kren untuk merakamkan gambar rumah bekas Ketua Setiausaha Hong Kong, Henry Tang semalam. Mereka sanggup menggunakan kren itu bagi merakamkan gambar dan video rumah Tang yang didakwa mempunyai sebuah kelab mewah yang dibina secara haram di bawah rumahnya itu di sini. Pelan kelab itu yang diperoleh akhbar-akhbar menunjukkan ia mempunyai sebuah bilik teater rumah, sebuah gimnasium, tempat mandi ala Jepun, bilik menguji minuman wain dan bilik simpanan wain. Tang merupakan calon pilihan China untuk menjadi Ketua Esekutif Hong Kong dalam pemilihan bagi mencari pemenang jawatan itu Mac depan. Dia akhirnya mengaku membina ruang bawah tanag itu secara haram tetapi menyatakan ia hanya sebagai stor. Sebelum ini Tang menafikan membina struktur haram di bawah rumah mewahnya. Calon yang bertanding untuk merebut jawatan Ketua Eksekutif Hong Kong bagi mewakili Parti Demokrat, Albert Ho meminta Tang menarik diri daripada pencalonan untuk bertanding jawatan tersebut ekoran isu pembinaan haram itu. Pemenang jawatan yang akan dipilih menerusi undian 1,200 anggota itu akan menggantikan Donald Tsang. | |||
Jet Israel bedil balai polis Palestin Posted: 16 Feb 2012 06:11 PM PST BANDAR GAZA - Jet-jet pejuang Israel membedil sebuah balai polis di Al-Tofah, Palestin dalam dua serangan udara semalam. Menurut jurucakap tentera Israel, sebanyak dua serangan udara dilakukan di utara dan tengah Genting Gaza selepas satu serangan roket dilancarkan pejuang Palestin ke selatan negara Yahudi itu. Dia berkata, serangan tersebut disasarkan di pusat-pusat aktiviti keganasan. Menurut tentera Isarel, sejak permulaan tahun ini, kira-kira 20 serangan roket dilancarkan ke selatan Israel dari Gaza yang dikuasai pentadbiran pergerakan Hamas. | |||
Ancam bunuh diri selepas tahu akan dibuang kerja Posted: 16 Feb 2012 06:10 PM PST ATHENS, Greece - Seorang pekerja wanita mencetuskan detik-detik cemas apabila dia mengancam untuk terjun dari bangunan tempat dia bekerja di sini kelmarin. Pekerja wanita itu duduk di tepi balkoni bangunan Pertubuhan Perumahan Pekerja seperti dia mahu terjun. Seorang saudara wanita itu kelihatan menangis sambil ditenangkan oleh beberapa anggota polis. Dia mengancam untuk terjun selepas pemerintah memutuskan untuk menutup pertubuhan tersebut dan membuang pekerja. Bagaimanapun, wanita itu dilaporkan tidak bertindak untuk terjun dari tingkat dua menyebabkan drama tersebut berakhir selepas lebih empat jam rundingan dibuat antara para perunding dengannnya. Greece kini berdepan dengan masalah hutang negara sebanyak AS$350 bilion (RM1.07 trilion) yang menyebabkan pihak pemerintah melaksanakan dasar berjimat- cermat termasuk mengurangkan pekerja bagi mengelakkan negara daripada menjadi bankrap. | |||
Saintis Switzerland bina satelit pemusnah Posted: 16 Feb 2012 04:39 PM PST GENEVA, Switzerland - Sekumpulan saintis Switzerland kelmarin menyatakan mereka sedang membina satelit yang dicipta untuk membersihkan angkasa lepas daripada sampah sarap termasuk satelit yang tidak digunakan lagi. Satelit membersih angkasa lepas itu bernilai AS$11 juta (RM33.68 juta) dan diberi nama CleanSpace One. Ketika ini, satelit itu sedang dibina di Pusat Angkasa Lepas Switzerland di Institut Persekutuan Teknologi Switzerland (EPFL) di Lausanne. Satelit itu akan dilancarkan ke angkasa lepas dalam tempoh tiga hingga lima tahun. Tugas pertama satelit itu ialah membantu memusnahkan dua satelit Switzerland yang dilancarkan pada tahun 2009 dan 2010. Satelit tersebut akan mengejar satelit yang mahu dimusnahkan itu. Ia kemudian mencengkam satelit tersebut dan dihantar untuk memasuki ruang atmosfera Bumi. Satelit lama dan sampah-sarap yang dikumpulkan CleanSpace One akan terbakar dengan sendiri semasa ia memasuki ruang atmosfera Bumi. | |||
Posted: 16 Feb 2012 04:36 PM PST
FAUJA SINGH hanyalah seorang petani yang menetap di sebuah perkampungan kecil di Bias Pind, Jalandhar, Punjab. Sepanjang hayatnya, dia hanya tahu mengusahakan tanaman tebu dan gandum untuk menyara keluarganya. Ditemani isteri dan enam cahaya mata, tiga lelaki dan tiga perempuan, lelaki itu bahagia dengan kehidupan yang dilaluinya. Bagaimanapun, pada usia mencecah 81 tahun, anak keduanya, Kuldip meninggal dunia akibat ditimpa palang besi ketika berada di rumah. Sejak itu, Fauja mula berubah sikap. Dia lebih suka menyendiri dan mengalami kemurungan. "Jiwa saya tertekan selepas kematiannya. Kebanyakan masa dihabiskan ke tempat upacara tempat pembakaran dan sering bercakap seorang diri," katanya dalam satu temu ramah bersama The Telegraph. Bimbang dengan keadaan bapa mereka, anak lelakinya, Sukhjinder, yang menjalankan perniagaan di United Kingdom mempelawanya tinggal bersama sekitar tahun 1995. Pada mulanya, Fauja sukar untuk membiasakan diri dengan kehidupan baharunya. Tidak hairanlah, masanya lebih banyak dihabiskan dengan menonton televisyen di rumah. "Duduk di rumah tanpa berbuat apa-apa sememangnya membosankan. Kebanyakan lelaki berusia di negara ini tidak mengawal pemakanan, kurang beriadah dan berkenderaan untuk ke mana-mana. Itu menyebabkan ramai antara mereka jatuh sakit," katanya. Enggan perkara yang sama berlaku ke atasnya, lelaki itu mula berjoging di sekitar kawasan perumahan itu. Dia mengenali sukan maraton selepas menyaksikan sekumpulan atlet lelaki dan wanita berlari dalam satu pertandingan yang disiarkan di televisyen. Melihat kesungguhan atlet berkenaan berlari tanpa henti selama berjam-jam membuatkan dia berasa kagum, sekali gus membakar semangatnya untuk mencuba sukan yang agak asing bagi dirinya itu. Lupakan kesedihan Peluang itu hadir selepas dia menyertai satu larian maraton amal sejauh 32 kilometer (km) yang diadakan di tengah London. Tanpa diduga, dia berjaya menyudahkan larian sejauh 20 km. "Saya mahu melarikan diri daripada kesedihan dan kesepian yang menghantui selama ini. Berlari merupakan satu-satunya pilihan yang ada," ujarnya. Pada usia 89 tahun, Fauja memberanikan diri menyertai London Marathon pada tahun 2000. Pada penyertaan pertama itu, dia berjaya menyudahkan larian sejauh 42 km dalam tempoh masa enam jam, 54 minit. Jurulatih kecergasan dan bekas pelari maraton, Harmander Singh, yang kagum melihat kesungguhan Fauja, mengambil inisiatif untuk melatih dirinya. "Saya melatih dia secara percuma," kata Harmander. Ia merupakan satu penghormatan kepada saya." Harmander secara peribadi mengakui Fauja mempunyai tahap kesihatan yang mengagumkan pada usia sedemikian. "Keputusan pemeriksaan kesihatan ke atasnya menunjukkan dia mempunyai tulang seperti mereka yang berusia 35 tahun." Dengan bantuan Harmander, lelaki yang selesa dengan imej turban dan berjanggut putih sehingga ke paras dada itu berpeluang menyertai lebih 14 pertandingan maraton dan separa maraton yang diadakan di seluruh dunia. Pada tahun 2003, ketika berusia 92 tahun, dia mencipta rekod maraton bagi kategori 90 tahun ke atas dengan catatan masa lima jam 40 minit. Kagum dengan semangat yang ditunjukkan, jenama sukan terkenal, Adidas telah melantiknya sebagai duta bersama bintang bola sepak, David Beckham di dalam kempen, Impossible is nothing. Wajahnya terpampang di papan-papan iklan utama di seluruh United Kingdom. Malah, syarikat itu juga telah mengeluarkan kasut khas, Fauja Singh Shoes sebagai penghormatan kepadanya. Sejak itu, lelaki yang hanya fasih berbahasa Punjab itu mula menjadi tumpuan orang ramai di London. "Saya amat dihormati di sana, mereka menyayangi saya. "Mereka bertanya apakah keistimewaan kaki saya yang kurus ini. Sukar untuk sesiapa percaya lelaki berusia 100 tahun mampu menyertai pertandingan maraton," katanya. Bagaimanapun, tidak semua masyarakat di Barat mengalu-alukan kehadiran Fauja. Dia menjadi subjek perkauman ketika menyertai pertandingan di New York selepas peristiwa 11 September 2004. Penonton-penonton yang hadir mengejeknya dan memanggilnya, Heym Osama Bin Laden dan Lihat, itu Saddam gara-gara imejnya itu. "Biarpun marah, namun pelari-pelari lain berjaya menenangkan dan menyuruh saya supaya tidak mengendahkannya," ceritanya. Pada bulan Oktober tahun lalu, Fauja diiktiraf sebagai pelari maraton tertua di dunia selepas berjaya menamatkan larian dalam tempoh lapan jam 11 minit ketika menyertai Toronto Waterfront Marathon di Kanada. Kejayaan itu membolehkan dia memecahkan rekod berusia 35 tahun yang dipegang oleh seorang pelari dari Greece, Dimitrion Yordanidis, 98. Popularitinya semakin meningkat, malah dia dianggap sebagai seorang wira di India. Ketika pulang ke kampung halamannya sebelum ini, dia disambut puluhan peminat setianya. Tumpuan peminat Malah dia sentiasa menjadi tumpuan peminat yang mahu bergambar, termasuk ketika menghadiri sebuah majlis perkahwinan di sana. "Saya boleh menjadi jutawan sekiranya saya mengenakan bayaran kepada mereka yang mahu bergambar," guraunya. Ketika kanak-kanak, anak bongsu daripada empat beradik itu pernah melalui pelbagai pahit getir kehidupan. Dilahirkan dalam sebuah keluarga miskin, Fauja dianggap berbeza berbanding adik-beradiknya yang lain kerana hanya mula berjalan ketika berusia lima tahun. Pada usia 15 tahun pula, dia hanya mampu berjalan sejauh 1.6 km. "Kaki saya sangat lemah ketika kecil. Mungkin ia satu cara tuhan memeliharanya agar ia boleh digunakan sepenuhnya beberapa tahun kemudian," dedahnya di dalam buku biografi miliknya bertajuk, Turbaned Tornado: The Oldest Marathon Runner Fauja Singh. Biografi setebal 144 muka surat itu diterbitkan pada 6 Jun tahun lalu. Penulisnya, Kushwant Singh sebelum itu pernah menulis buku mengenai Fauja, bertajuk, Sikhs Unlimited dan Mending Souls. "Dia seorang lelaki unik. Dia berlari pada usia di mana orang lain sudahpun bersara, tenaganya amat luar biasa. "Menulis biografi itu merupakan satu penghormatan besar kepada saya. Fauja telah memberi dimensi baharu terhadap makna ketahanan, aspirasi dan kekuatan," ujar Kushwant. Di dalam biografi itu, lelaki yang mempunyai ketinggian 172 sentimeter itu turut berkongsi tip pemakanannya. "Saya amat berhati-hati ketika memilih makanan dan hanya makan bila berasa lapar. Diet saya terdiri daripada sayuran hijau, yogurt, kacang daal, roti. "Saya tidak menyentuh nasi, parata, pakoras dan makanan yang bergoreng. Saya minum banyak air dan teh halia." Fauja turut mengakui umur panjang yang dimilikinya berkait rapat dengan gaya hidup positif yang diamalkan. "Setiap hari saya bangun pukul 6 pagi dan berdoa kepada tuhan agar semua perkara-perkara negatif tidak wujud di dalam diri saya. "Selepas itu saya akan berlari sekurang-kurangnya 10 km sehari," jelasnya. Malah dia turut menjadi contoh kepada lima warga emas Britain berketurunan Sikh untuk terlibat di dalam maraton. Kesemua mereka berusia sekitar 80-an. Sumbangan amal
Biarpun kejayaan menjadi pelari maraton tertua di dunia tidak tercatat di dalam Guinness World Record disebabkan ketiadaan sijil kelahiran yang sah, namun Fauja tidak kecewa. Sebelum ini, dia sudah menerima beberapa anugerah seperti Pride of India dan Ellis Island Medal of Honor di atas sumbangan amal yang dilakukan. Lebih membanggakan, dia juga pernah menerima jemputan peribadi daripada bekas Presiden Pakistan, Pervez Musharraf menyertai pertandingan maraton di Lahore pada tahun 2005. "Kami bergambar bersama, ternyata beliau seorang yang peramah. "Ratu Elizabeth II juga pernah menghantar telegram ucapan tahniah sempena ulang tahun kelahiran saya ke-100, malah saya juga pernah dua kali dijemput ke Istana Buckhingham," jelasnya. Ditanya sampai bila dia akan terus berlari, ini jawapan Fauja : "Saya tidak akan berhenti sehinggalah saya mati. Sasaran saya sekiranya diizinkan tuhan ialah untuk menjadi pelari maraton yang tertua di dunia." | |||
"Saya rosakkan paru-paru sendiri" Posted: 16 Feb 2012 04:35 PM PST
MELIHAT raut wajah Lau Swe Teng, 66, jelas terpancar seribu penyesalan. Namun, semua itu tidak berguna lagi apabila dia disahkan menghidap penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) pada tahun 2001. Biarpun telah disahkan menghidap COPD, lelaki yang mempunyai dua anak itu tidak pernah berhasrat untuk berhenti merokok walaupun berdepan dengan batuk yang teruk. Berikutan dengan tabiat merokoknya itu, Swe Teng sentiasa berulang-alik ke klinik dan hospital untuk mendapatkan rawatan. Biarpun sering kali mendapatkan rawatan, Swe Teng hanya mengambil ubat-ubatan sekiranya perlu dan merokok seperti sediakala walaupun mengetahui tabiat itu akan memakan dirinya suatu hari nanti. Namun pada tahun lalu, Swe Teng mengalami sesak nafas yang teruk dan mujur sempat dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL). Disebabkan keadaannya terlalu serius, dia dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selama 10 hari di hospital berkenaan. Mujur usia Swe Teng masih panjang apabila dia berjaya diselamatkan. Peristiwa itu nyata membuatkan warga emas itu insaf sehingga nekad meninggalkan 'kekasih' hati yang dicintainya sejak hampir lima dekad itu. Swe Teng yang ditemui pada majlis pelancaran produk indacaterol inhalation powder, Onbrez Breezhaler di ibu negara baru-baru ini menceritakan segala-galanya bermula kerana terpengaruh dengan kawan-kawan yang terjebak dengan aktiviti merokok sejak berusia 12 tahun lagi. Pada usia remaja, Swe Teng menghisap lima batang rokok. Bagaimanapun, apabila usianya menginjak ke-20 tahun dan sudah mempunyai pekerjaan tabiat itu menjadi sebahagian daripada hidupnya. Sejak itu, dia menjadi perokok tegar. Dua atau tiga kotak besar sehari merupakan perkara biasa dan ia berlanjutan sehingga berusia 65 tahun. Swe Teng yang kini membuka perniagaan sendiri mengakui kesemua wang simpanan dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah habis digunakan untuk mendapatkan rawatan. Ketika ditanya mengenai jumlah wang yang telah 'dilabur' untuk rawatan, Swe Teng tersenyum lantas menjawab: "Saya sendiri tidak ingat tetapi, sudah berpuluh-puluh ribu ringgit habis. Disebabkan degil, saya merosakkan paru-paru sendiri. Apa yang terjadi sebenarnya saya yang mencari penyakit ini," keluhnya. Swe Teng yang tidak putus-putus menyuarakan kekesalannya menghisap rokok memberitahu, disebabkan penyakit itu, dia sudah tidak boleh melakukan kerja-kerja berat kerana khuatir akan mengalami sesak nafas. "Saya menyesal dengan tabiat lama saya. Saya sudah banyak menghabiskan duit dan telah banyak menyusahkan isteri dan anak-anak. Kini saya mahu menjalani hidup baharu dengan mengamalkan corak kehidupan yang sihat," luahnya. Kini Swe Teng mengambil ubat-ubatan selain menggunakan gas (inhaler) untuk mengurangkan masalah COPD walaupun baru setahun berhenti tabiat merokok. Malah, dia turut melakukan senaman pada setiap hari selain menitikberat soal pemakanan.
Sistem pernafasan merosot Penyakit COPD merupakan gangguan pernafasan kronik yang menjadikan fungsi jantung semakin hari semakin merosot sekali gus mengehadkan pengaliran udara. Jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan penyakit itu boleh menyekat kebebasan rutin pesakit secara beransur-ansur. Ia adalah antara punca kematian dan kehilangan upaya utama di dunia. Menurut rekod Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula, penyakit COPD dijangka menjadi punca ketiga kepada kematian menjelang tahun 2020. Malah, WHO turut menjangkakan jumlah kematian disebabkan COPD akan meningkat lebih daripada 30 peratus dalam tempoh 10 tahun akan datang kecuali tindakan segera diambil untuk mengurangkan faktor penyakit itu. Sementara itu, Presiden Pertubuhan Torasik Malaysia, Prof. Dr. Roslina Manap berkata, kebiasaannya penyakit tersebut akan menyerang perokok tegar yang berumur melebihi 40 tahun. "Simptom awal penyakit ini biasanya tidak menunjukkan seseorang itu menghidap penyakit yang berbahaya seperti batuk, kesukaran bernafas, keletihan dan peningkatan pengeluaran mukus," katanya sambil memberitahu ujian spirometri akan dapat mengesan tanda-tanda awal penyakit itu. Mengulas lanjut mengenai penyakit itu, beliau berkata, biarpun tiada penawar namun, COPD boleh dicegah dan boleh dirawat iaitu dengan berhenti merokok. Walau bagaimanapun, mereka yang terdedah dengan kawasan berhabuk atau berasap juga tidak terkecuali berisiko menghidap penyakit itu. Namun demikian apa yang pasti, tahap kesedaran rakyat di negara ini mengenai bahaya penyakit itu masih rendah sedangkan, ia sebenarnya membunuh lebih ramai pesakit di seluruh dunia berbanding HIV dan AIDS. | |||
Posted: 16 Feb 2012 04:34 PM PST
PELBAGAI usaha dilakukan bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan menjaga kesihatan di peringkat awal lagi. Menyedari hakikat itu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Daerah Gombak dan kompleks sukan K Klub dengan kerjasama Institut Jantung Negara (IJN), Pejabat Kesihatan Daerah Gombak, Hospital Selayang serta Majlis Kanser Negara (Makna) menganjurkan ceramah dan pemeriksaan kesihatan untuk penduduk setempat di kawasan itu. Program tersebut yang diadakan di kompleks K Klub memberi peluang kepada orang ramai untuk menjalani pemeriksaan kesihatan seperti tekanan darah, paras gula dalam darah, berat badan unggul, barah payudara, klinik berhenti merokok, ujian saringan Human Immunodeficiency Virus (HIV), pemeriksaan gigi, ujian pap smear dan payudara. Aktiviti turut diselang seli dengan ceramah yang disampaikan oleh sekumpulan pakar perubatan dari Hospital Selayang dan IJN dengan pelbagai topik penyakit seperti kanser, penyakit kardiovaskular dan buah pinggang. Dalam pada itu, lebih 300 penduduk di sekitar Taman Melawati, Kuala Lumpur hadir untuk mendapatkan pemeriksaan secara percuma itu. Rata-rata penduduk ketika ditemui menyifatkan penganjuran program tersebut memberi kemudahan kepada masyarakat untuk menjalani pemeriksaan bagi mengetahui tahap kesihatan masing-masing sekali gus dapat membantu mereka dalam merancang pemakanan dan aktiviti seharian. Pertama kali Seorang penduduk, Lee Ong, 67, berkata, dia terkejut kerana disahkan mempunyai gula yang tinggi dalam darah. "Ini merupakan pertama kali saya melakukan pemeriksaan kerana sebelum ini saya tidak mengalami sebarang simptom. Oleh itu, saya tidak berkunjung ke mana-mana klinik atau hospital. "Walau bagaimanapun, saya bersyukur kerana tergerak hati untuk datang ke program ini dan sekurang-kurangnya selepas ini saya boleh menjaga cara pemakanan dengan lebih baik lagi," katanya sambil menyifatkan program tersebut amat bermanfaat terutama kepada warga emas. Turut hadir Pengerusi Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan Daerah Gombak, Datuk Dr. Rahman Ismail dan Pengerusi Persatuan Veteran Utusan Melayu, Datuk Raja Ahmad Niza Raja Ismail. Terdahulu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam ucapannya memuji langkah semua pihak kerana berganding bahu menganjurkan program berkenaan. "Masyarakat sekarang mengambil mudah mengenai kepentingan pemeriksaan kesihatan memandangkan mereka lebih gemar menunggu sesuatu penyakit menjadi lebih serius sebelum menjalani rawatan. Oleh itu, dengan adanya program seperti ini masyarakat boleh mengambil langkah awal untuk mencegah penyakit menerusi pemeriksaan kesihatan," katanya. | |||
Lelaki berani tolak stereotaip Posted: 16 Feb 2012 04:30 PM PST
FEMININ, lembut, cinta dan romantik, demikian kupasan elemen yang terkandung dalam rona merah jambu. Tiada siapa mampu menafikan kehebatan warna itu dalam menyemarakkan bibit-bibit romantis antara pasangan kekasih. Auranya begitu akrab dengan wanita dan amat dikecam golongan lelaki. Situasi itu sudah wujud sejak sekian lama dan lelaki yang berani memakai pakaian merah jambu bakal menerima cemuhan dan dijeling sinis oleh kaum Adam lain yang melabelkan diri mereka sebagai lelaki sejati. Namun, teori lelaki merah jambu sebagai lelaki tidak tulen kian tenggelam. Anjakan pemikiran lelaki moden telah membenam konotasi negatif itu. Maka, terlahirlah frasa Real Men Wear Pink (Lelaki Sejati Memakai Merah Jambu). "Dekad ini menyaksikan dominasi warna terang termasuklah merah jambu. Ia adalah antara pilihan warna yang perlu ada dalam gerobok lelaki yang sentiasa menjaga penampilan mereka. "Penerimaan lelaki terhadap merah jambu dilihat semakin positif dan tanggapan serong terhadap lelaki yang memakai merah jambu sebagai feminin perlu dikikis," jelas pereka fesyen tempatan, Fairuz Ramdan. Tambah pereka berusia 31 tahun itu lagi, penerimaan warna sentiasa berubah-ubah mengikut musim. Pada awal milenium dahulu, warna metalik seperti kelabu dan perak lebih mencuri perhatian diikuti dengan musim kegilaan warna gelap terutama hitam. Warna hitam memang pendamping setia jejaka. Ia dilihat sebagai rona neutral yang padan dengan semua gaya dan tampak lebih maskulin. Wanita juga melihat lelaki dalam persalinan hitam memiliki imej lelaki nakal. Biar apapun kuasa yang dimiliki warna hitam dalam membentuk personaliti lelaki, jangan diragui akan kuasa magnet merah jambu yang juga mampu membuatkan wanita tertarik kepada jejaka yang berani menggayakannya. Menurut Fairuz, lelaki yang memilih merah jambu sebagai warna kegemaran mempunyai karakter tersendiri. Faktor X itu membuatkan mereka sebagai jejaka idaman pada pandangan wanita. Menerusi pemakaian merah jambu, seseorang lelaki itu tanpa berselindung rela menampilkan sisi sensitif mereka yang acapkali kebal dalam ego. Disebabkan itu, wanita melihat lelaki merah jambu sebagai lelaki yang berpersonaliti tenang dan tidak egois. Mainan romantis "Tidak semua lelaki berani memakai merah jambu kerana ia ibarat tabu pada diri mereka. Mereka perlu melihat persekitaran tempat kerja, kehidupan sosial dan kelompok pergaulan sebelum membuat keputusan untuk memakai warna itu. "Memang kedengaran serius tetapi inilah sebenarnya yang terjadi. Ada lelaki tidak kisah diusik rakan-rakan mereka. Ada juga yang sukakan warna ini tetapi hanya memendam hasrat itu kerana khuatir diperli sahabat. "Kelebihan ketara yang dipunyai lelaki merah jambu ialah keyakinan dan keberanian, malah, ia menampakkan mereka sebagai seorang lelaki yang lebih romantik berbanding lelaki yang gemarkan warna lain," kata Fairuz lagi. Sekiranya anda seorang penonton setia drama bersiri Gossip Girl, pasti anda terkesan dengan watak Chuck Bass yang dilakonkan aktor Ed Westwick. Walaupun pada awalnya beliau seorang kaki perempuan, namun lama-kelamaan, Chuck bertukar menjadi lelaki yang setia pada cinta. Apa yang menangkap perhatian penonton ialah pakaian yang dipakai watak itu. Merah jambu menjadi warna utama yang sebati dengan personaliti Chuck. Sut merah jambu coral, kemeja dan baju sejuk merah jambu berserta tali leher atau tali leher kupu-kupu merah jambu menjadi signatur Chuck Bass sebagai jejaka segak yang romantik. Sikap ego dipadam setiap kali jejaka itu melafazkan cinta pada wanita yang dikasihinya. Padanan warna Lelaki yang mesra dengan merah jambu perlu bijak menyuaipadan warna itu dengan warna-warna lain. Merah jambu dianggap warna yang suci, jadi, kesilapan gabungan warna mampu menjelikkan penampilan dan melunturkan kelembutan rona asmara itu. "Disebabkan ia warna yang sensitif, merah jambu tidak boleh dimasukkan dengan warna-warna yang terlalu kontra dan pastikan ia tidak melebihi gabungan dua warna. "Putih merupakan warna paling sesuai dengan merah jambu termasuklah kelabu, biru kelasi (navy) dan kuning air (beige). "Elakkan penggunaan warna hitam melainkan sut hitam yang dipadankan dengan kemeja merah jambu. Kesesuaian itu perlu dilihat mengikut acara dan jenis pakaian yang disarungkan," jelas Fairuz yang juga merupakan pemilik kepada label pakaian kasual eksklusif lelaki, Mistio Vintage. Warna kulit juga memainkan peranan penting bagi menaikkan seri merah jambu pada diri lelaki. Jejaka berkulit cerah perlu memilih merah jambu terang manakala lelaki berkulit gelap wajar memakai merah jambu cair dan lebih lembut. Merah jambu terang membuatkan lelaki berkulit cerah lebih segar dan tidak pucat. Merah jambu cair pula menjadikan lelaki berkulit gelap kelihatan lebih cerah dengan ton warna yang lebih sekata. | |||
Shahrizal Jaszle Dikaitkan Pula Dengan Fiza (Elite) Posted: 16 Feb 2012 03:03 AM PST PETALING JAYA: Pelakon Shahrizal Jaszle terkejut dengan tuduhan dan khabar angin kononnya dia mempunyai hubungan dengan aktres Fiza (Elite) yang terjalin sewaktu mereka mengadakan penggambaran drama Atas Nama Cinta di Perth, Australia. Sharizal atau sebelum ini dikenali sebagai Shahz Jaszle berkata, dia mengenali Fiza hanya sebagai kawan termasuklah pelakon-pelakon lain yang terlibat dalam drama tersebut seperti Tasha Shila, Aida Aris dan Shah Iskandar "Tak mungkin saya mempunyai hubungan dengan Fiza. Kenapa tidak timbul pula gosip saya dengan pelakon-pelakon lain yang turut berada di Perth dan kenapa dia (Fiza)? "Fiza sendiri terkejut dengan tuduhan itu kerana dia pun tahu bagaimana keadaan saya yang selalu berhubung dengan kekasih saya, Miera Liyana menerusi SMS (Khidmat Pesanan Ringkas) setiap masa," tegasnya. Shahrizal diminta mengulas khabar angin kononnya dia menjalinkan hubungan cinta lokasi dengan Fiza ketika penggambaran drama Atas Nama Cinta terbitan Zeel Production di Australia pada awal Januari lalu. Pelakon Azura 2012 itu sebelum ini pernah bercinta dengan Maria Farida. Tambah Shahrizal lagi, kerana khabar angin itu, hubungannya dengan Miera sedikit terjejas namun dia telah membuat penjelasan sebenar kepada kekasihnya itu mengenai dakwaan yang diperkatakan. Sementara itu, Shahrizal mengakui tidak boleh bersendirian sebaliknya memerlukan seorang teman di sisi dan sering berbalas SMS dengan Miera setiap kali berjauhan. "Saya seorang yang tidak tenang jika tiada kekasih di sisi. Bagi saya, kekasih itu adalah sumber inspirasi dan tulang belakang untuk saya menjalani kehidupan seharian. "Tetapi saya bukannya jenis yang suka melepak. Hidup saya agak bosan sedikit kut, kerana saya banyak menghabiskan masa dengan keluarga dan kekasih selain suka duduk di rumah jika tiada penggambaran," ujarnya. Dalam perkembangan lain dia turut menafikan tuduhan sering menimbulkan masalah ketika mengadakan penggambaran drama Atas Nama Cinta. Katanya sepanjang dua minggu berada di Australia, dia sangat komited dalam hal masa yang ditetapkan oleh pihak produksinya. "Setakat ini, selain memberikan yang terbaik dalam lakonan, saya juga menepati masa sepanjang berada di sana. "Malah saya anggap produksi tersebut sebagai 'ibu' kerana menjaga saya dengan begitu baik sekali," katanya. Atas Nama Cinta bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, pukul 7 malam di TV3 bermula 13 Februari 2012. | |||
Raja Azura Tepis Gosip Kembali Ke Pangkuan Bekas Suami Posted: 16 Feb 2012 03:01 AM PST SUBANG JAYA: Penyampai radio Sinar FM, Raja Azura menolak dakwaan kononnya dia sudah kembali ke pangkuan bekas suaminya iaitu Adzmin Osman, 38. Raja Azura, 39, yang lebih mesra dengan sapaan Kak Engku berkata, dia selesa dengan kehidupannya selepas "kembali solo" dan tidak mahu merosakkan kebahagiaan yang dikecapnya sekarang. "Peluang (kepada bekas suami) sudah diberikan sebelum ini tetapi... Saya sudah malas hendak fikir lagi mengenai perkara itu. "Saya bahagia dengan kehidupan saya sekarang. Lagipun saya sibuk dengan anak-anak dan kerja. Perkara lain tidak menjadi keutamaan saya," ujarnya kepada mStar Online di pada majlis Pra-Kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2011) di sini, Rabu. Dalam pada itu, menjawab pertanyaan kononnya dia dan bekas suaminya sering dilihat bersama dan berpegang tangan, Kak Engku berkata, ia adalah semata-mata untuk mengaburi mata anak-anaknya yang masih kecil dan tidak mengetahui perceraian tersebut. Tambahnya, walaupun telah bercerai dia dan bekas suami masih berkawan baik demi anak-anak mereka yang sedang membesar. "Saya akui ada memegang tangan Adzmin di khalayak sewaktu keluar bersama anak-anak. Tetapi itu hanya untuk menjaga hati mereka yang masih kecil. Anak-anak tidak mengetahui mengenai penceraian tersebut," katanya. Bagaimanapun ujar kak Engku, dia tidak menolak seandainya suatu hari nanti akan berbaik-baik semula dengan bekas suaminya jika masih mempunyai jodoh. "Walaupun sudah tidak mengharapkan apa-apa namun saya tidak menolak jika bertemu jodoh dengannya suatu hari nanti. Tetapi situasi sekarang sudah cukup membuatkan saya gembira," ujarnya. Raja Azura dan Adzmin berpisah pada 28 September 2010 selepas hampir sepuluh tahun mendirikan rumah tangga. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Megat Muhammad Raziq,10, Megat Luqman Hakim,9, dan Puteri Mkia Maizurah, 6. Adzmin merupakan anak kepada bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Arof. | |||
Deejay Red FM Jadi Banduan Bukan Kerana Dadah Posted: 16 Feb 2012 03:00 AM PST PETALING JAYA: Penyampai radio Red FM, Lil' Kev menyangkal tuduhan kononnya dia menghilangkan diri daripada dunia penyiaran radio selama lapan tahun kerana menerima hukuman penjara di Bali, Indonesia atas kesalahan memiliki dadah. Lil' Kev atau nama sebenarnya Kevin Arokiasamy, 41, berkata tuduhan itu adalah tidak berasas kerana pada hakikatnya dia tidak mengambil dadah dan hanya ditahan di dalam penjara untuk tempoh dua bulan sahaja selepas kediamannya diserbu oleh pihak berkuasa di sana pada Disember 2008. Bapa kepada dua orang anak ini berkata, selama dua bulan bergelar banduan pelbagai 'drama' dan 'kekecohan' ditimbulkan oleh pihak berkuasa di sana yang menyulitkan kelancaran proses siasatan. Katanya, berita penahanan itu tersebar dan telah disalah ertikan apabila ia turut mendapat liputan media, sekali gus memburukkan lagi keadaan. "Saya akui pernah dipenjarakan tetapi bukan untuk tempoh lapan tahun. Saya dipenjarakan selama dua bulan sepanjang tempoh siasatan kes itu berlangsung kira-kira dua tahun yang lalu. "Pada ketika itu, kediaman saya telah diserbu oleh pihak berkuasa dan kebetulan pula saya dan kawan-kawan sedang mengadakan parti. "Apabila serbuan dilakukan, terdapat dadah di rumah saya. Tetapi saya tidak mengambil dadah dan ujian membuktikan saya bebas dadah," katanya kepada mStar Online. Lil' Kev berkata dia amat bersyukur dan terhutang budi dengan bantuan kedutaan Malaysia di negara itu yang memudahkan kesulitan dihadapinya sepanjang tempoh siasatan. "Saya amat bersyukur dengan bantuan kedutaan Malaysia di sana yang banyak membantu sehingga kes ini selesai. Lebih bermakna nama dan rekod jenayah saya dapat dibersihkan. Kekecohan itu timbul atas dasar salah faham," katanya. Berkongsi mengenai kehilangannya daripada dunia radio selama lapan tahun selepas meninggalkan stesen Hitz.fm, Lil' Kev berkata sepanjang tempoh itu dia bekerja sebagai deejay di beberapa lokasi di sekitar Indonesia dan menjadi perunding radio di negara tersebut. Ketika ditanya adakah dia bersedia untuk berhadapan dengan pelbagai spekulasi susulan kemunculannya semula dalam dunia hiburan tanah air, Lil' Kev berkata sebagai individu yang tidak bersalah, dia tidak perlu gentar untuk bercerita perkara yang sebenar jika ditanya oleh sesiapa pun. "Insiden itu sangat menyedihkan dan pengalaman yang banyak mengajar saya. Ia membuatkan saya lebih berhati-hati dengan persekitaran. "Saya gembira dengan sokongan pelbagai pihak yang enggan mempercayai tuduhan itu dan kini hanya mahu fokus pada keluarga dan kerjaya radio sahaja," katanya. Lil' Kev dan gandingannya pelakon dan pengacara Sarimah Ibrahim bersiaran dalam segmen Red Breakfast di Red FM, pukul 6 hingga 10 pagi pada setiap Isnin hingga Jumaat, bermula 13 Februari lalu. | |||
Ziana Luah Perasaan, Mahu Anuar Kahwin Posted: 16 Feb 2012 02:59 AM PST SUBANG JAYA: Penyanyi Ziana Zain,44, meluahkan hasrat mahu melihat adiknya, Anuar mendirikan rumah tangga dengan segera tetapi takut untuk menasihatinya berhubung perkara tersebut. Ziana berkata, Anuar yang mencecah usia 42 tahun perlu memikirkan soal masa depan dan berusaha mencari calon isteri. "Sebagai kakak saya memang ingin lihat adik saya berkahwin tetapi saya tidak pernah bertanya kepadanya mengenai soal itu kerana bimbang ia agak sensitif," ujarnya kepada mStar Online. Ziana turut mendedahkan, Anuar sebenarnya bukanlah seorang yang cerewet tetapi dia lebih tertarik kepada wanita bijak untuk dijadikan teman hidup. Dalam pada itu, Ziana memberitahu dia tidak kisah siapa juga calon isteri adik kesayangannya itu asalkan wanita tersebut dapat membahagiakan Anuar. "Mungkin orang ingat dia cerewet dalam memilih pasangan tetapi sebenarnya tidak. Namun dia suka kepada wanita yang bijak untuk dijadikan teman. Siapa pun pilihan dia, saya gembira untuknya," kata Ziana. Sementara itu Anuar bakal meraikan para setiausaha di Johor Bahru dan Kuala Lumpur pada majlis yang dikenali "Makan Tengah Hari Bersama Anuar Zain" sempena meraikan minggu setiausaha April depan. Bertemakan Era Keemasan 60an - Kenangan Manis Romantis, majlis yang dianjurkan oleh RAB9 Channel Sdn Bhd itu akan diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre pada 10 April serta di Zon Regency Hotel, Johor Bahru, Johor pada 17 April depan. Antara selebriti yang akan menjayakan majlis minggu setiausaha berkenaan ialah Yasmin Hani, yang bertindak sebagai pengacara majlis dan kumpulan Sepahtu (Shuib dan Jep). Tempahan tiket pada harga RM598 (Silver), RM798 (Gold) dan RM1098 (Platinum) untuk setiap seorang dengan melayari laman web www.ticketpro.com.my atau hubungi Ticketpro di talian 03-78807999. | |||
Aeril Zafrel Akui Perlukan Publisiti Untuk Terkenal Posted: 16 Feb 2012 02:59 AM PST PETALING JAYA: Pelakon Aeril Zafrel berharap kemunculan dua buah filem lakonannya iaitu Cinta Kura-Kura pada 1 Mac depan dan 7 Petala Cinta (15 Mac) akan dapat melonjakkan popularitinya yang masih kurang dikenali selepas empat tahun berlakon. Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Suhari, 24, berkata populariti adalah sesuatu yang penting bagi membolehkan seseorang selebriti itu dikenali ramai. "Selepas empat tahun menceburi bidang lakonan, saya melihat populariti banyak membantu golongan artis untuk mengembangkan lagi kerjaya. "Saya mahu lebih dikenali bukan kerana ingin berangan atau hanyut dengan populariti tetapi demi kerjaya saya," katanya yang ditemui pada majlis pra tonton filem Cinta Kura-Kura di sini, Selasa. Aeril berkata menjadi selebriti yang popular akan dapat menarik minat masyarakat untuk mengikuti perkembangan kerjaya mereka. "Jika saya lebih dikenali ia pasti membantu untuk menarik minat penonton ke pawagam bagi menonton filem lakonan saya. "Sebaliknya jika pelakon itu kurang dikenali, ia hanya membuatkan penonton ragu-ragu untuk memberi sokongan kepada sesebuah filem," katanya. Aeril yang julung kali diberikan kepercayaan sebagai teraju utama filem, berkata penonton akan dapat melihat kelainan lakonannya dalam kedua-dua buah filem tersebut. "Watak saya dalam kedua-dua filem ini berbeza, malah genre dan plot filem juga berlainan. "Saya berharap penonton dapat menilai perkembangan lakonan saya berbanding sebelum ini," katanya. Selain Aeril dan pasangan pelakon Tiz Zaqyah, Cinta Kura-Kura yang diarahkan Nizam Zakaria turut membariskan Zizan Razak, Fizz Fairuz, Bob (AF), Fara Fauzana dan Shy8. | |||
Empat Pengacara Popular Gegarkan ABPBH 2011 Posted: 16 Feb 2012 02:58 AM PST SUBANG JAYA: Empat nama besar iaitu Raja Azura, Sharifah Shahira, Didie Alias dan Zizan (Raja Lawak) bakal menggalas tanggungjawab sebagai pengacara Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2011). Penyampai radio Sinar FM, Raja Azura ketika ditemui berkata, dia gembira dapat digandingkan dengan tiga lagi pengacara tersebut pada malam itu dan berjanji akan memberikan persembahan terbaik. Lebih mesra dengan sapaan Kak Engku, dia memberitahu walaupun bilangan pengacara itu agak ramai untuk sesebuah siaran langsung namun dia yakin dapat melakukan kerjasama dengan baik. "Kita akan berlatih bagi memastikan semuanya berjalan lancar malah saya sudah biasa bekerja dengan Shahira dan Zizan. "Bagaimanapun saya yakin Didie akan dapat menyesuaikan diri dengan kami nanti," ujarnya ketika ditemui pada majlis Pra-Kemuncak ABPBH di Holiday Villa Hotel & Spa di sini pada Rabu. Ia turut dihadiri oleh Pengarang Kumpulan Berita Harian yang juga selaku Penaung ABPBH 2011 iaitu Datuk Mior Kamarul Shahid, Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Berita Harian, Mahfar Ali dan Pengarang Bersekutu Edisi Mingguan merangkap Pengerusi Bersama ABPBH 2011, Hanizam Abdullah. Dalam pada itu, Didie ketika ditemui berkata, walaupun sedikit gemuruh kerana pertama kali digandingkan dengan pengacara berpengalaman namun dia yakin dapat melunaskan amanah tersebut dengan baik. Didie memberitahu, dia teruja diberi peluang mengacarakan anugerah besar dan ditonton oleh jutaan peminat dan peluang itu tidak akan disia-siakan. "Gemuruh sebenarnya tetapi dengan pengacara lain memang kita saling mengenali jadi Insya-Allah tidak akan ada masalah," ujarnya. Selain mengumumkan barisan pengacara, majlis tersebut turut mendedahkan barisan penyampai trofi dan artis yang bakal membuat persembahan di malam kemuncak ABPBH 2011. Gandingan artis dan personaliti baru, muda serta yang lama menjanjikan malam anugerah itu akan lebih mantap dan menghiburkan. Antara artis yang bakal menyampaikan trofi pada malam tersebut antaranya Datuk Yusof Haslam, Datuk DJ Dave, Datin Seri Normala Samsuddin, Adi Putra, Afdlin Shauki, Erra Fazira, Fazura dan Wan Maimunah. Selain itu Datuk M. Nasir, Datuk Shiela Majid, Datuk Siti Nurhaliza, Alyah, Adira, Anuar Zain, Aizat, Azlan Typewriter, Black, Najwa Latif, Ramlah Ram dan Jaclyn Victor. Pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS bakal mengiringi persembahan artis pada malam itu nanti. Tambah menarik barisan pelakon seperti Lisdawati, Fauzi Nawawi, Aaron Aziz, Maria Farida, Maya Karin, Watie (Elite) dan beberapa nama lain turut membuat persembahan istimewa. Dalam pada itu, ABPBH 2011 bakal mengangkat tema "Larger Than Life" untuk artis-artis yang bakal hadir nanti. Sementara itu, pada majlis petang Rabu, turut disampaikan hadiah kepada pemenang pereka popular bagi busana tercantik ABPBH 2010. Ia dimenangi oleh pereka fesyen Rizman Ruziani dan Lord's Tailor kerana telah menyediakan pakaian tercantik untuk Siti Nurhaliza dan Shahiezy Sam pada anugerah serupa tahun lalu. Kemuncak ABPBH 2011 akan diadakan pada 8 April depan di Arena of Stars, Genting Highlands dan akan disiarkan secara langsung di TV3 dan Hot FM. | |||
Awie Angkat Martabat Silat Dalam Filem Sulung Posted: 16 Feb 2012 02:57 AM PST KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon Awie berkata kecenderungan penggiat filem tempatan yang mengetengahkan seni mempertahankan diri daripada luar menerusi filem-filem mereka membuatkan dia terpanggil untuk memartabatkan seni silat dalam filem sulung arahannya yang dijangka bermula pada Mei depan. Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 43, memberitahu sikap segelintir karyawan filem yang seolah-olah taksub untuk mengangkat elemen "muay Thai", kung fu atau tinju dalam filem aksi tempatan hanya akan meminggirkan seni silat pada mata umum. "Sebenarnya perancangan untuk mengarah dan menerbitkan filem pertama saya memang sudah lama difikirkan tetapi saya tidak berani kongsikan sebelum ini kerana isu dana. "Insya-Allah jika segalanya lancar, saya akan memulakan filem sulung yang judulnya buat masa ini saya pilih Merah 2 pada Mei depan. "Saya sudah lama mengidamkan untuk membuat filem aksi daripada perspektif saya dengan mengangkat ilmu silat," katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini. Awie berkata walaupun ia bertunjangkan seni silat, filem yang bertemakan dunia gengster Melayu itu bagaimanapun bakal dihasilkan dengan stail yang segar dan unik berbanding filem-filem silat sedia ada. "Dalam filem itu nanti, kita bukan hendak menunjukkan bunga dan gerak-geri silat itu secara terperinci. Ia hanya menekankan aspek disiplin dalam seni silat yang disesuaikan mengikut jalan cerita kontemporari. "Ia akan sarat dengan aksi dan pertarungan seperti filem-filem aksi yang lain tetapi bertunjangkan prinsip persilatan," katanya. Ketika ditanya adakah penghasilan filem berkenaan dipengaruhi latar belakangnya selaku anak murid persilatan, Awie berkata ilmu dan pengalaman yang dimiliki selama ini wajar diketengahkan bagi menaikkan martabat seni mempertahankan diri itu. "Secara kebetulan, Allahyarham bapa saya adalah seorang guru silat dan saya sendiri memang mempelajari ilmu silat. Jadi, apa salahnya jika saya mengangkat seni itu ke dalam filem. "Jika pembikin filem Barat atau Asia yang lain berbangga memartabatkan seni mempertahankan diri mereka, mengapa kita tidak lakukan perkara yang sama," katanya yang merancang untuk mempelawa Afdlin Shauki dan Hans Isaac membintangi filem berkenaan. Terbaru, Awie bakal beraksi dalam pementasan muzikal Cuci The Musical 3 Last Kopek bermula 2 hingga 18 Mac depan di Istana Budaya. Dia juga dijangka memulakan penggambaran sebuah filem pada Mac ini, selain turut merancang untuk mengeluarkan album terbaru kumpulan Wings pada tahun ini juga. | |||
Posted: 16 Feb 2012 02:56 AM PST RASAI PENGALAMAN... sebahagian pengunjung dibawa merasai pengalaman menggunakan deria bau dengan pelbagai bahan berlainan yang dijadikan ektrak dalam koleksi terbaru Dr Andrew Weil for Origins Mega-Bright Skin lluminating. KULIT kusam, tidak bermaya, kewujudan garis halus pada kulit serta kedutan adalah antara proses alami yang perlu dilalui setiap individu apabila usia makin meningkat. Namun bagi wanita, proses semula jadi berkenaan sering menjadi sesuatu yang membimbangkan dan ingin dilengahkan selama mungkin yang boleh. Malah, mereka sanggup melalui pelbagai proses rawatan yang adakalanya bukan saja tidak memberikan kesan yang diingini sebaliknya memudaratkan lagi masalah yang dialami. Ini kerana ia hanya dilakukan bagi merawat faktor luaran saja bukan daripada segi dalaman. "Memiliki kulit yang sihat bermakna kulit wajah berada pada tahap maksimum dengan penuh keanjalan, keserian, pigmen kulit sekata serta tidak kering dan kusam. "Oleh itu, jalani kehidupan harian dengan cara yang sihat, dekatkan diri dengan alam semula jadi, lakukan senaman sekerap mungkin dan paling penting amalkan pengambilan diet pemakanan seimbang yang menyihatkan," katanya. Tidak dinafikan katanya, dalam kehidupan kini tekanan banyak memainkan peranan dalam kehidupan setiap individu dan ia sedikit sebanyak mempengaruhi keseluruhan fizikal personaliti individu berkenaan. Malah Dr Weil berkata, peningkatan gejala kemurungan di seluruh dunia kini adalah sesuatu yang membimbangkan kerana ia menunjukkan aktiviti kehidupan harian yang tidak seimbang hingga mengakibatkan peningkatan kepada masalah terbabit. "Penting untuk cuba mencari masa bagi merehatkan diri serta menghindari aktiviti harian yang serba pantas dan lalui hari anda dengan suasana lebih menenangkan. "Lakukan sedikit meditasi bagi menenangkan diri, amalkan gaya hidup sihat serta jauhkan diri daripada segala masalah yang boleh membebankan diri secara keseluruhan," katanya. Ditemui pada majlis pelancaran rangkaian produk penjagaan kecantikan kulit Origins di Hong Kong, baru-baru ini, beliau juga berkata, merokok adalah antara faktor utama yang memberikan pelbagai masalah pada kesihatan. Kandungan bahan di dalam rokok juga boleh menyebabkan kulit wajah menjadi kusam dan tidak berseri. Malah, ia juga boleh menampakkan individu terbabit tua sebelum usianya disebabkan kandungan kimia yang digunakan di dalam bahan terbabit mula sebati dalam diri. Disebabkan itu, keseimbangan antara setiap perkara yang dilakukan penting dan jika kehidupan hanya tertumpu di dalam rumah tanpa keluar menikmati alam walaupun seketika, ia adalah sesuatu yang tidak normal. "Jangan menganggap jika berkurung di rumah boleh menjadikan kulit wajah kurang masalah garis halus ataupun kedutan kerana ia tetap akan berlaku memandangkan proses terbabit berlaku secara semula jadi. Paling penting adalah mengetahui cara untuk menanganinya agar ia boleh berlaku dengan lebih baik. "Selain itu, penting untuk menerima dan menyukai diri sendiri dalam segala hal terlebih dulu sebelum melakukan sesuatu perkara. Namun tidak dinafikan ia sukar dilakukan selain memerlukan kesungguhan berterusan," katanya. Selain itu, Dr Weil juga turut menulis beberapa buku berkaitan kaedah untuk hidup sihat dan bahagia antaranya, Spontaneous Healing, 8 Weeks to Optimum Health, Eating Well for Optimum Health, The Healthy Kitchen dan Healthy Aging. Dr Weil berkata, tidak dinafikan ramai beranggapan kebahagiaan hanya boleh dicari melalui faktor luaran tetapi ia sepatutnya dimulakan secara dalaman kerana jika faktor dalaman tidak tenteram, ia tidak akan mencapai perasaan bahagia. Selain itu, makanan sampingan mungkin boleh dijadikan sebagai alat bantuan tambahan untuk mendapatkan nutrisi diperlukan bagi mendapatkan kesihatan yang baik tetapi bukan bermakna ia boleh dijadikan bahan gantian kepada keperluan berkenaan. Malah, dengan kebanyakan 'ubat tambahan' yang diambil atas dasar kesihatan, ia adalah sesuatu yang tidak begitu baik untuk diamalkan terutama bagi jangka masa panjang kerana boleh menimbulkan masalah lain. "Tidak dinafikan kesan yang diperoleh mungkin lebih berkesan namun ia boleh memburukkan lagi kesan alahan yang dialami terutama pada kulit kerana bahagian berkenaan adalah lebih sensitif memandangkan ia lebih banyak terdedah kepada pencemaran luaran. "Bukan saja ia tidak merawatnya secara dalaman malah ia menjadikannya lebih sukar untuk dirawat. Sebaiknya gunakan bahan semula jadi bagi memberikan kesan lebih memberangsangkan untuk kepuasan diri," katanya. | |||
Shakira Cedera Diserang Singa Laut Posted: 16 Feb 2012 02:55 AM PST LONDON: Percubaan bintang pop Shakira untuk mengambil gambar seekor singa laut di sebuah zoo telah mengakibatkan kecederaan apabila dia diserang oleh haiwan itu yang menyangka telefon bimbit penyanyi itu adalah ikan. Dia mengalami kesan calar di tangan dan kaki akibat kejadian tersebut. Laman web thesun.co.uk melaporkan, penyanyi berusia 35 tahun itu diserang ketika sedang leka mengambil gambar apabila tiba-tiba seekor singa laut melompat ke arahnya dan cuba menggigit telefon bimbit yang disangkakan ikan. Walaupun dia berjaya diselamatkan oleh abangnya, Shakira tetap mendapat kecederaan ringan. Penyanyi lagu Hips Don't Lie itu memuat naik gambar-gambar insiden yang berlaku ketika dia sedang bercuti pada hujung minggu lalu di Cape Town, Afrika Selatan itu di dalam blognya. "Pada tengah hari ini saya melawat beberapa ekor singa laut dan anjing laut di zoo. Saya teringin untuk mengambil gambar-gambar haiwan itu kerana kecomelan mereka, lalu saya cuba mendekati mereka dengan menuruni kawasan batuan di situ. "Secara tiba-tiba, seekor singa laut melompat keluar dari air dan menuju ke arah saya dengan jarak antara kami hanya satu kaki sahaja. Ia merenung tajam dengan wajah yang bengis, mengaum dalam keadaan yang marah dan cuba menggigit saya. "Semua pengunjung termasuk saya menjerit ketakutan. Saya terpaku dan tidak mampu untuk bergerak pada saat-saat cemas itu sementara abang saya 'Super Tony' datang mengalihkan saya daripada haiwan itu. Tangan dan kaki saya bercalar kerana terlanggar batu ketika mahu menyelamatkan diri daripada diserang. "Saya percaya haiwan itu keliru dengan bayangan telefon bimbit Blackberry yang saya gunakan untuk mengambil gambar dan menyangka ia adalah ikan. Ia sangka saya mengusiknya dengan makanan," katanya dalam entri blog itu. Tidak lama selepas itu, Shakira memuat naik pula gambarnya bersama beberapa ekor penguin di dalam blog yang sama. Dia menulis: "Hari ini saya bergambar dengan beberapa penguin yang lebih peramah!" | |||
Posted: 16 Feb 2012 02:55 AM PST ANUGERAH Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 yang bakal mencapai kemuncaknya pada 8 April nanti akan diserikan dengan kemunculan barisan artis popular, baru dan lama sebagai pengacara, penghibur dan penyampai anugerah. Antara artis yang akan mengadakan persembahan malam berkenaan ialah Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Sheila Majid, Datuk M Nasir, Ziana Zain, Dayang Nurfaizah, Mas Idayu, Ramlah Ram, Tam Spider, Aizat, Salma, Black, Shila Amzah, Hafiz, Adira, Watie Elite, Lisdawati, Fauzi Nawawi, Ezlynn, Jaclyn Victor, One Nation Emcees, Azlan & The Typewriter, Stacy, Alyah dan Man Kidal. Artis yang akan menyampaikan trofi pula termasuk Rosyam Nor, Nur Fazura, Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik, Wan Maimunah, Datuk DJ Dave, Mustapha Kamal, Adi Putra dan Erra Fazira. Senarai pengacara, penghibur dan penyampai anugerah diumumkan semalam di Holiday Villa Hotel & Suite, Subang, Selangor. Hadir sama Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Mior Kamarul Shahid; Pengarang Bersekutu Edisi Mingguan merangkap Pengerusi Bersama ABPBH2011, Hanizam Abdullah; Pengarang Hiburan Berita Harian yang juga Pengerusi Bersama ABPBH2011, Zainuri Misfar dan Pengurus Jenama LUX, Tanya Teng. Produk mandian LUX akan menyerlahkan lagi acara anugerah berprestij itu dengan peraduan LUX Gemilang Bersama Bintang (GBB). Pemenang peraduan terbabit bakal melintasi permaidani merah bersama Bintang LUX, Fazura pada malam kemuncak nanti. Pada majlis sama, Hanizam dan Zainuri turut menyampaikan hadiah kepada pemenang Anugerah Pereka Popular ABPBH 2010. Trofi dimenangi pereka, Rizman Ruzaini bagi kategori wanita untuk pakaian yang digayakan Siti, manakala Lord's Tailor menang kategori artis lelaki menerusi sut dikenakan Bintang Paling Popular ABPBH2010, Shaheizy Sam. Semua pemenang masing-masing membawa pulang set barang kemas tajaan Rafflesia The Pearl Centre bernilai RM10,000 berserta trofi. | |||
Janda jual air liur kebas RM5,000 Posted: 16 Feb 2012 02:53 AM PST KESAL...mangsa menunjukkan pengeluaran RM5,000 dari akaun Tabung Haji untuk dipinjamkan kepada wanita terbabit. KUANTAN: Tangisan simpati dan pujuk rayu seorang janda mencairkan hati seorang peneroka warga emas bergelar datuk yang mengeluarkan wang simpanannya dalam Tabung Haji sebanyak RM5,000 untuk dipinjamkan kepada wanita itu sebelum menyedari dia ditipu. Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Haron, 70, berkata dia kecewa kerana kelicikan janda beranak satu itu menyebabkan perancangannya untuk menunaikan haji tahun depan musnah. Haron yang berasal dari Felda Bukit Sagu, di sini, berkata dia berkenalan dengan ibu tunggal berusia 30 tahun itu di sebuah perhentian bas di Jalan Bukit Ubi, di sini, seminggu lalu. | |||
Kolaborasi semakin menjadi trend Posted: 16 Feb 2012 02:52 AM PST Trend kolaborasi artis lama dan baru, kian mendapat tempat di hati pendengar masa kini. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
1 ulasan:
Goodday untuk anda semua, saya tidak hanya tahu sebab mengapa sesetengah orang mendapati sukar untuk mempercayai bahawa terdapat penawar untuk HIV, i telah HIV + sejak 2 tahun lalu dengan teman lelaki saya tetapi hari ini saya gembira bahawa saya HIV_negative dengan bantuan perubatan herba Dr.BEN penyembuh yang hebat memberikan saya, saya telah melayari pencarian Internet untuk membantu ketika saya terserempak dengan kesaksian dikongsi oleh seseorang tentang bagaimana Dr.BEN, menyembuhkan beliau HIV i begitu banyak yang memerlukan mendapat rawatan tetapi selepas semua Dr.BEN membawa senyuman kepada wajah saya dengan perubatan herba beliau. i am begitu banyak gembira hari ini yang kita ada seseorang seperti penyembuh yang hebat ini di luar sana, jadi orang saya di luar sana sila hubungi penyembuh yang hebat ini kepada alamat e-mel beliau: (drbenharbalhome@gmail.com) sila tuan menyimpan menyebabkan kerja yang baik ada orang di luar ada yang memerlukan penyembuhan anda medicine.once lanjut hubungi dia sekarang: drbenharbalhome@gmail.com atau whatsapp: +2348144631509, sebaik sahaja anda berhubung dengan dia beritahu dia bahawa saya Ruth Hannah memaklumkan kepada anda tentang dia. Dia juga boleh menyembuhkan penyakit-penyakit lain. anda juga boleh mendapatkan saya di email: ruthhannah2016@gmail.com
Catat Ulasan