ads

Khamis, 2 Februari 2012

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Khairul Fahmi Apex Putus Cinta Dahlia Teck Untuk Leuniey!

Posted: 02 Feb 2012 07:43 PM PST

Khairul Fahmi Apex Putus Cinta Dahlia Teck Untuk Leuniey? Penjaga gol kebangsaan yang juga selebriti terhangat Khairul Fahmi Che Mat, digosipkan putus cinta buat sesekian kalinya. Jika sebelum ini beliau putus tunang dengan Elia Jejari Runcing, kini beliau dikatakan memutuskan hubungan pula dengan Dahlia Teck... wanita yang memberikan kejutan hari jadi untuknya baru-baru ini.

Anda mungkin menganggap ini sebagai satu perkara biasa, cuma yang luar biasa di sini mungkin, ialah gadis bernama Leuniey ini merupakan tunangan orang yang baru bertunang hujung bulan Disember 2011. Leuniey dikatakan telah memutuskan pertunangan pada 14 Januari lepas untuk bersama dengan Khairul Fahmi Che Mat. Perkara ini juga katanya telah heboh di bandar Kota Bharu, Kelantan.

image

Gosip hangat ini bertambah kencang apabila penulis akaun Twitter @MahsiH2 turut mendakwa yang Khairul Fahmi Che Mat mempunyai kekasih baru senegeri (Kelantan) bernama 'Leuniey Natasha'.

image

Leuniey Natasha yang didakwa menjadi 'pacar' baru Khairul

Lebih memanaskan keadaan, kekasih baru Khairul didakwa baru sahaja bertunang beberapa minggu lalu tetapi minta putus tunang disebabkan 'tergilakan' Khairul.

Dakwaan putus cinta antara Dahlia Teck dan Khairul turut diperkuatkan dengan ketiadaan mereka bertwitt sejak pertengahan Januari 2012. Benarkah begitu atau ia hanya gosip yang sengaja diperhangatkan menjelangnya perlawanan yang melibatkan Malaysia?

image

Seperti biasa, ini hanya gosip. Anda tidak perlu percaya 100%. Untuk membaca sendiri tweets dari pereka akaun Twitter @MahsiH2, anda boleh KLIK DI SINI.

image

image

image

image

Penyakit misteri alat sulit menggeleber

Posted: 02 Feb 2012 06:22 PM PST

dollah

PONTIAN - "Saya akan makan Panadol dan ubat batuk sekiranya sakit," demikian luah lelaki di sini, yang menghidap penyakit misteri di bahagian alat sulitnya.

Lelaki berkenaan, Ali (bukan nama sebenar) berkata, penyakit misteri itu bermula ketika usianya 10 tahun dan sejak itu, bahagian itu semakin membesar dan menggeleber hingga hampir ke paras lutut.

Lebih malang lagi, dia yang dijaga abangnya tidak pernah mendapatkan sebarang rawatan perubatan moden mahupun tradisional bagi mengubati penyakitnya itu.

Ali berkata, kemiskinan menjadi penghalangnya mendapatkan rawatan di klinik atau hospital, selain tidak mahu menyusahkan abang dan kakak iparnya memandangkan mereka juga mempunyai tanggungjawab untuk membesarkan tiga anak.

Jelasnya, pendapatan yang diperoleh hasil bertukang dikongsi bersama keluarga abangnya yang juga kurang berkemampuan dan mempunyai seorang anak kategori orang kurang upaya (OKU).

Selain itu, perasaan malu untuk memberitahu keadaan penyakitnya itu kepada orang luar, turut menyebabkan dia tidak mahu mendapatkan rawatan.

Ali yang ditemui di rumahnya abangnya berkata, kesakitan yang dialami ketika penyakit misteri berkenaan menyerangnya semakin teruk sehingga menyebabkan seluruh badannya berpeluh.

"Jika sebelum ini sakitnya cuma bisa sahaja tetapi sejak sebulan yang lalu ia semakin teruk sehingga seluruh badan berpeluh–peluh.

"Selain itu, saya juga sudah semakin sukar bergerak dan mengalami masalah untuk duduk serta bangun," katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu kakak iparnya berkata, Ali akan cuba sedaya upaya merahsiakan sakit yang dialami daripada mereka sekeluarga.

Namun, kakak iparnya tidak pernah berputus asa memujuk adik iparnya itu untuk mendapatkan rawatan bagi menyembuhkan penyakitnya.

"Keadaan penyakitnya semakin teruk sejak kebelakangan ini di mana jika sebelum ini sakit yang dialami hanya sekali sekala, namun kini hampir tiap malam dia akan mengadu sakit," katanya.

Sehubungan dengan itu, Ali menyatakan kesediaannya untuk menerima sebarang rawatan yang dapat membantu menyelesaikan masalahnya itu.

Dia turut merayu pihak yang sudi tampil membantu meringankan bebannya itu termasuklah perubatan secara tradisional dengan menghubungi 013-7815523.

Borang percuma usah terpedaya

Posted: 02 Feb 2012 06:20 PM PST

borang-percuma

IPOH - Bekas polis serta ahli keluarga mereka dinasihatkan supaya tidak terpedaya dengan individu mahupun kumpulan yang menjual borang permohonan bagi mendapatkan sumbangan saguhati khas RM3,000 daripada Kerajaan Persekutuan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong berkata, pihaknya menerima aduan berhubung penjualan borang tersebut oleh pihak yang ingin mengambil kesempatan serta mengaut keuntungan dengan cara mudah.

"Kami tidak mengenakan sebarang bayaran ataupun caj perkhidmatan kepada pemohon untuk urusan berkenaan kerana borang yang disediakan boleh didapati secara percuma ataupun dicetak melalui laman sesawang yang disediakan.

"Bagaimanapun, jika pemohon berhadapan dengan situasi tersebut mereka diminta melaporkannya kepada polis," katanya.

Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan saguhati khas kepada 16 penerima kumpulan pertama di Perak di Dewan Rela, Pasir Pinji, semalam.

Ketua Bahagian MCA Ipoh Timur, Datuk Thong Fah Chong turut menyerahkan 81 borang permohonan kepada Chee Leong pada majlis itu.

Dalam perkembangan sama, Chee Leong meminta supaya bekas polis dan ahli keluarga mereka yang ingin memohon perlu menyediakan dokumen lengkap bagi melayakkan mereka untuk menerima sumbangan tersebut.

"Kebanyakan permohonan yang dihantar gagal diproses kerana pemohon tidak memberikan dokumen lengkap yang diperlukan.

"Pohon perlu mengemukakan beberapa dokumen penting antaranya termasuklah surat akuan sumpah, surat pengesahan polis atau bekas poli.

"Jika pemohon berjaya melengkapkan borang permohonan dan mempunyai dokumen lengkap, proses untuk meluluskan bantuan hanya mengambil masa kurang daripada seminggu," katanya.

Menurutnya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah meluluskan sebanyak 1,300 permohonan dan proses pembayaran akan dilaksanakan dengan kadar segera.

Sebelum ini, pada Bajet 2012, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian sumbangan RM3,000 secara one off kepada setiap bekas anggota polis khas dan polis tambahan serta duda atau balu mereka yang berkhidmat ketika zaman darurat.

Kira-kira 72,000 bekas anggota polis yang berkhidmat ketika zaman darurat antara 1948 hingga 1962 di Semenanjung dan 1962 hingga 1974 di Sabah dan Sarawak layak untuk memohon wang saguhati ini.

Pembayaran ini akan dibuat kepada bekas anggota pasukan Special Constabulary (SC), Home Guard (HG), Auxiliary Police (AP), Extra Police Constable (EPC), Border Scout (BS), Jungle Scout /Squad (JS), Police Field Force Reservist (PFFR) dan Sarawak Constabulary (SWC).

Sementara itu, salah seorang penerima tertua, Hamid Ngah Mat Taib, 100, dari Parit berkata, sebahagian wang saguhati yang diterima akan digunakan untuk mengadakan kenduri kesyukuran dalam masa terdekat.

Beliau yang berkhidmat sebagai SC dari tahun 1948 hingga 1951 berasa gembira apabila masih ada pihak yang prihatin terhadap mereka yang pernah berjasa.

Jurupam kerugian RM100

Posted: 02 Feb 2012 06:17 PM PST

curi

MACHANG - Seorang jurupam, Azizah Saad kerugian lebih RM100, dalam kejadian curi di Stesen Minyak Caltex kira-kira jam 3 petang, di sini, kelmarin.

Azizah yang baru memulakan tugas dikatakan meletakkan beg tangannya di dalam laci berdekatan pam minyak sebelum dilarikan seorang lelaki yang menggunakan kereta Proton Waja.

Rakan Azizah, Siti Saudah Ishak, 27, berkata, lelaki tersebut memberhentikan kereta berdekatan pam minyak sebelum bertindak menarik laci dan mengambil beg tangan Azizah.

Katanya, kejadian tersebut berlaku dengan pantas menyebabkan dia dan rakan-rakan tidak sempat menolong walaupun berlaku adegan rebut merebut antara suspek dan salah seorang pekerja yang lain.

"Pada mulanya saya menyangka kawan saya bergaduh dengan pelanggan memandangkan keadaan agak kelam kabut ketika itu. Mujur tiada sesiapa yang cedera pada kejadian­ tersebut. Kejadian seumpama ini tidak pernah berlaku sebelum ini sejak hampir enam tahun saya bekerja­ di sini.

"Kemungkinan pencuri itu menyangka kami menyimpan duit hasil jualan di dalam laci tersebut menyebabkan dia meluru terus ke laci itu selepas memberhentikan kereta,'' katanya sambil memberitahu Azizah ke balai polis bagi membuat laporan berkaitan kejadian tersebut.

Pemilik stesen minyak tersebut, Rohaida Saad berkata, ketika kejadian­ dia berada dalam pejabat dan tidak sempat berbuat apa-apa.

"Mujur wang hasil jualan sudah disimpan jurupam memandangkan mereka baru habis waktu bekerja dan pekerja giliran petang pula baru memulakan tugas. Syukur tiada yang cedera.

"Kejadian berlaku terlalu pantas dan perniagaan diteruskan seperti biasa selepas kejadian itu,'' katanya.

Sinar Harian difahamkan kereta Waja yang dinaiki dua lelaki itu berhenti berdekatan stesen minyak tersebut kira-kira 10 minit sebelum meluru ke pam minyak dan membuka laci yang terletak berdekatan.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Che Malek Bedot ketika dihubungi mengesahkan­ kejadian tersebut.

Maybank terima permohonan RM22 juta

Posted: 02 Feb 2012 05:55 PM PST


MEGAT ZAHARUDDIN (empat dari kanan, belakang) Abdul Wahid (tiga dari kanan, belakang) bersama penari tarian singa di Menara Maybank, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Maybank telah menerima permohonan pinjaman berbentuk pelaburan berjumlah RM22 juta bagi Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1Malaysia) sehingga kini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, daripada jumlah tersebut, jumlah pinjaman yang telah diluluskan ialah RM8 juta dan pihaknya masih giat memproses permohonan-permohonan yang diterima.

"Sara 1Malaysia dilihat sebagai satu skim yang amat baik dan kami telah menerima maklum balas yang mengalakkan daripada para pelabur.

"Sebahagian besar daripada permohonan yang diterima adalah daripada pelabur di Johor dan Melaka diikuti oleh Perak," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Tahun Baru Cina Maybank di sini semalam.

Turut hadir ialah Pengerusi Maybank, Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd. Nor.

Menurut Abdul Wahid, bagi memudahkan permohonan dan melancarkan urusan permohonan skim tersebut, Maybank menyediakan kaunter-kaunter khas di kesemua cawangannya di seluruh negara.

Skim Sara 1Malaysia, yang telah dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 12 Januari lalu merupakan skim bantuan kerajaan berbentuk pinjaman melalui bank-bank yang mengambil bahagian iaitu Maybank, CIMB Bank, RHB Bank dan Bank Simpanan Nasional untuk membantu meningkatkan pendapatan dan mengalakkan penabungan dan pelaburan dalam kalangan rakyat Malaysia berpendapatan rendah.

Penduduk gempar pangsapuri terbakar

Posted: 02 Feb 2012 05:54 PM PST


SEBAHAGIAN daripada penduduk hanya mampu melihat dari jauh kebakaran di tingkat empat Pangsapuri 16 Taman Semarak 2, Nilai kelmarin.


NILAI - Penduduk di Pangsapuri Taman Semarak 2, Nilai dekat sini lari bertempiaran menyelamatkan diri apabila 14 unit rumah di tingkat empat bangunan itu terbakar kelmarin.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian kira-kira pukul 7.45 malam itu kerana tiada penghuni tinggal di tingkat empat flat terbabit.

Seorang saksi, Abd. Razak Nasir, 55, berkata, dia terkejut apabila melihat asap tebal dari beberapa buah rumah di tingkat empat Blok 16 itu.

"Tidak lama kemudian api marak dengan cepat ke beberapa buah rumah bersebelahan.

"Penduduk yang tinggal di tingkat bawah lari menyelamatkan diri dan membawa bersama harta benda masing-masing kerana bimbang api merebak ke rumah mereka," katanya ketika ditemui di sini kelmarin.

Sementara itu, Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Nilai, Zainal Ahmad memberitahu, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran di pangsapuri empat tingkat itu pada pukul 8.26 malam.

Katanya, tiga jentera bersama 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Mantin, Nilai dan Senawang dikejarkan ke lokasi kejadian untuk mengawal kebakaran selain bantuan lori tangki air dari Balai Bomba Seremban 2.

Pos kawalan berjaya atasi masalah jenayah

Posted: 02 Feb 2012 05:53 PM PST


ABDUL MUTHALIB (dua dari kanan) bersama Tak Heng (kanan) melawat pos pengawal keselamatan di Alor Setar baru- baru ini.


ALOR SETAR - Lebih 800 penduduk Taman Sinaran, Kuala Kedah di sini kini boleh hidup dalam keadaan tenang apabila tidak perlu lagi takut dengan ancaman jenayah pecah rumah selepas kawasan kediaman mereka dilengkapi kawalan keselamatan pada waktu malam.

Kawasan perumahan yang majoritinya didiami masyarakat keturunan Cina itu sebelum ini kerap diancam kejadian pecah rumah, kecurian harta benda dan kegiatan penagihan dadah.

Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Sinaran, Loh Tak Heng berkata, dengan adanya kawalan berjadual pada setiap malam oleh pengawal keselamatan, kawasan perumahan tersebut kini menjadi lebih aman.

"Selepas kita wujudkan pos keselamatan dengan inisiatif sendiri sejak setahun lalu tiada lagi jenayah pecah rumah dan curi berlaku di sini," katanya ketika ditemui pada Program Kebersihan dan Keselamatan Taman Sinaran/Taman Sri Ampang di Kuala Kedah di sini baru-baru ini.

Hadir sama pada majlis itu ialah Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah, Datuk Abdul Muthalib Harun yang sempat meluangkan masa menyampaikan limau mandarin kepada pengawal keselamatan bertugas.

Kata Tak Heng, penduduk Taman Sinaran kini hidup dengan lebih selesa tanpa perlu berasa takut termasuk meninggalkan rumah mereka ketika keluar bekerja atau bercuti.

Bekas ketua kongsi gelap ditembak

Posted: 02 Feb 2012 05:52 PM PST


ANGGOTA polis memeriksa mayat Kean Soon yang ditembak di tempat letak kereta di Flat Mak Mandin, Butterworth semalam.


BUTTERWORTH - Seorang lelaki yang dipercayai pernah mengetuai satu kumpulan kongsi gelap ditemui mati dengan kesan tembakan dari jarak dekat di tempat letak kereta flat Mak Mandin di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 4.30 pagi, mangsa H'ng Kean Soon, 42, dipercayai ditembak selepas menghantar teman wanitanya yang tinggal di sebuah rumah di flat berkenaan.

"Ketika mangsa dipercayai berjalan menuju ke dalam kenderaannya, dia didekati tiga lelaki bermotosikal.

"Mungkin berlaku pertengkaran antara mangsa dan kumpulan lelaki itu menyebabkan dia ditembak beberapa kali," kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Zulkifli Alias.

Mangsa yang terkena tembakan rebah berhampiran kenderaan jenis Nissan X-Trail miliknya dan mati di tempat kejadian.

Zulkifli berkata, polis yang memeriksa mayat mangsa menemui tiga kesan tembakan di badan mangsa iaitu di kepala, badan dan kaki.

Maut ditikam lelaki gila

Posted: 02 Feb 2012 04:53 PM PST


RAKAN sekerja, Siti Aminah Ahmad menunjukkan selipar Wan Manisah yang tertinggal selepas diheret dan ditikam hingga mati oleh seorang lelaki di Kuala Terengganu kelmarin.


KUALA TERENGGANU – Polis yakin dapat menyelesaikan satu kes pembunuhan melibatkan seorang pembantu kedai kain yang mati ditikam sebanyak enam kali di bangunan Paya Keladi, Jalan Kampung Daik di sini kelmarin ekoran penahanan seorang lelaki semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan memberitahu, suspek berusia 28 tahun itu ditahan pukul 4.30 petang di Pasar Besar Kedai Payang di sini kira-kira 250 meter dari tempat kejadian.

"Kita masih mencari senjata yang digunakan untuk menikam mangsa. Kes itu dianggap selesai dengan penahanan suspek," katanya.

Manoharan berkata demikian ketika mengulas mengenai Wan Manisah Wan Mansur (gambar kecil), 27, yang disahkan meninggal dunia pada pukul 2.05 pagi di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) iaitu kira-kira enam jam selepas kejadian dia diserang dan ditikam seorang lelaki kurang siuman.

Kejadian berlaku apabila suspek yang meluru masuk ke dalam premis itu terus memeluk Wan Manisah dari belakang selepas mangsa cuba menghalangnya.

Suspek kemudian mengheret mangsa hingga ke depan kedai sebelum menghentak kepala wanita itu ke lantai dan menikam belakang badan mangsa hingga mengenai paru-paru.

Bedah siasat mendapati terdapat enam tikaman pada bahagian kiri badan mangsa iaitu tiga di lengan dan tiga di belakang.

Tragedi Port Said ragut 74 nyawa, 1,000 cedera

Posted: 02 Feb 2012 04:52 PM PST

SEBAHAGIAN penonton berlari untuk keluar dari stadium ekoran rusuhan yang berlaku di sebuah stadium di Port Said, Mesir kelmarin.


PORT SAID - Sekurang-kurangnya 74 orang mati manakala 1,000 lagi cedera selepas satu rusuhan berlaku ekoran kemenangan mengejut 3-1 kelab bola sepak tempatan, Al-Masry ke atas kelab terkenal dari Kaherah, Al-Ahly di sebuah stadium di sini kelmarin.

Rusuhan itu berlaku selepas perlawanan tamat apabila para peminat kelab bola sepak Al-Masry meluru ke padang stadium di sini bagi meraikan kemenangan mengejut itu.

Para penyokong Al-Masry yang bersenjatakan pisau, kayu dan batu mengejar para pemain dan peminat daripada kelab Al-Ahly yang berlari ke arah pintu untuk menyelamatkan diri, kata beberapa saksi.

Seorang pemain dengan kelab Al-Ahly, Mohammed Abu Trika mengkritik polis kerana tidak campur tangan dalam keganasan tersebut.

"Orang ramai di sini mati dan tiada ada sesiapa yang melakukan apa-apa. Ia seperti satu perang," katanya kepada sebuah stesen televisyen.

Beberapa saksi menyatakan, puluhan peminat bola sepak mati ditikam manakala sebilangan lagi lemas selepas terperangkap di sebuah koridor panjang dan sempit ketika mereka cuba melarikan diri daripada sekumpulan peminat pasukan lawan.

Pertempuran melibatkan beberapa kumpulan peminat bola sepak Mesir kelmarin meragut 74 nyawa dengan sekurang-kurangnya 1,000 orang lagi cedera.

Dalam perkembangan berkaitan, ketua majlis tentera yang memerintah Mesir buat sementara waktu, Fil Marsyal Mohamed Hussein Tantawi semalam berikrar akan memburu mereka yang bertanggungjawab mencetuskan keganasan itu.

Aliff tinggalkan Singapura

Posted: 02 Feb 2012 04:13 PM PST



DEMI mengembangkan kerjaya seninya, penyanyi remaja yang popular dengan lagu Sayang Sayang dan Kalau Cinta, Aliff Aziz, sanggup meninggalkan negara kelahirannya Singapura dan menetap di Malaysia bermula Januari lalu selepas menamatkan program khidmat negara selama dua tahun.

Di kala usia 21 tahun, Aliff sudah mula berdikari dan hidup seorang diri di Kuala Lumpur. Akuinya, meskipun terasa sunyi tanpa kehadiran keluarga, katanya, langkah berhijrah ke Kuala Lumpur merupakan keputusan yang tepat untuk kelangsungan kerjayanya.

"Memang terasa sunyi dan sedih juga bila teringatkan keluarga tetapi bagi saya keputusan ke Kuala Lumpur memang tepat dan tidak boleh ditangguhkan kerana dua tahun saya dalam program khidmat negara banyak perkara tertangguh. Sekarang saya memang berpusat di Kuala Lumpur seratus peratus.

"Sebelum ini saya berulang-alik antara Kuala Lumpur dan Singapura tetapi sekarang tidak lagi. Saya hanya akan pulang ke Singapura setiap tiga bulan sekali. Kalau ikutkan jarak di antara Kuala Lumpur dan Singapura bukannya jauh sangat, jika saya rindu sangat dengan keluarga, saya boleh balik bila-bila masa bergantung pada jadual," katanya yang ingin membawa ibu bapanya ke Kuala Lumpur jika kerjayanya sudah stabil.

Tambahnya, bagi mengelakkan terasa sunyi, dia akan mengisi masanya dengan bekerja sahaja.

"Saya habiskan masa dengan bekerja, sebab tujuan utama ke Kuala Lumpur adalah untuk kerja. Jadi, saya harus fokus dan serius. Saya rasa sejak tinggal sendirian, saya semakin matang dan berdikari. Biarlah saya susah sekarang untuk saya senang pada kemudian hari.

"Alhamdulillah, keluarga saya faham dan memberi kebenaran meskipun terdapat kebimbangan di hati mereka. Ibu saya berpesan, tinggal di negara orang, harus ingat asal usul dan di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung," tuturnya.

Kontroversi fotonya sebelum ini benar-benar mematangkan dirinya, kini apabila tinggal sendirian ke mana sahaja langkah kakinya, Aliff lebih berhati-hati.

"Saya kena jaga tingkah laku dan saya akan berfikir panjang sebelum melakukan sesuatu perkara atau pergi ke mana-mana. Niat saya kini hanya untuk bekerja, jika berlaku juga kontroversi yang di luar jangkaan, kalau benar itu kesalahan saya, tidak boleh cakap apa lagi, memang saya kena tanggung sendiri," katanya tanpa cuba mengelak.

Tolak cinta


BERGABUNG. Dari kiri: Fara Fauzana, Bell Ngasri, Aliff Aziz dan Anne Ngasri berlakon bersama dalam drama komedi muzikal, Antara Kita.


Bohonglah jika tiada gadis yang ingin mendekati anak muda setampan Aliff. Bagaimanapun, jelas Aliff, kini dia lebih selesa berstatus solo, jika ada cinta di hatinya pun dia lebih selesa untuk berdiam diri daripada memberitahu seluruh dunia.

Alasannya, dia baru aktif di Malaysia dan banyak kerja yang harus dibereskan sebelum mengejar cinta.

"Kalau soal cinta, memang jauh lagi. Sekarang saya sedang seronok bekerja dan masih muda. Jika ada pun saya rasa lebih baik diam-diam sahaja. Walaupun sebagai artis, saya rasa bukan semua perkara saya harus kongsi dengan peminat, ada perkara yang harus saya simpan sendiri.

"Kalau saya kecoh-kecoh bercinta, lepas itu putus, perkara yang kecil akan jadi besar. Kalau sudah benar-benar mahu berkahwin, baru saya akan umumkan tetapi perkahwinan masih jauh dalam fikiran saya," tuturnya.

Walaupun sibuk dengan dunia seni, tersimpan jauh di sudut hati Aliff untuk menyambung pelajarannya seperti mana kebanyakan remaja seusianya tetapi dek kekangan masa hasrat itu tergendala buat sementara waktu.

"Kalau boleh saya memang nak sambung belajar, memang ada perancangan itu tetapi buat masa sekarang terlalu banyak kerja yang harus diselesaikan terlebih dahulu. Jika boleh saya mahu sambung belajar di Malaysia dalam bidang kejuruteraan bunyi atau muzik," ulasnya.

Tegasnya, ilmu sangat penting buatnya kerana dia sedar populariti serta kelangsungan hayat kerjaya dalam bidang seni ada tarikh tamat tempohnya. Dia harus mempersiapkan dirinya dan melihat 10 tahun akan datang dia masih bekerja dalam bidang muzik.

"Muzik perkara nombor satu dalam hidup saya, apa sahaja yang saya lakukan harus ada kaitan dengan muzik. Jika saya tidak menyanyi lagi seperti hari ini, mungkin saya akan bekerja di belakang tabir dan menerbitkan lagu untuk orang lain," katanya.

Lakonan pertama

Selama bergelar penyanyi selain dalam video muziknya, Aliff tidak pernah berlakon. Kalendar 2012 Aliff dimulakan dengan penggambaran drama muzikal Antara Kita terbitan NS Star Sdn. Bhd. yang dimiliki oleh Darling Ngasri.

Tidak pernah merancang untuk berlakon apabila tawaran diberikan, Aliff ingin mencubanya kerana lakonan juga merupakan salah satu cabang dalam bidang seni.

"Memang saya tidak pernah berlakon dan tidak pernah ada latar belakang lakonan. Mula-mula memang rasa kekok tetapi apabila peluang sudah diberikan saya cuba buat yang terbaik. Saya menerima tawaran ini kerana ia sebuah drama muzikal dan sitkom.


WALAUPUN baru pertama kali berlakon, Aliff mendapat pujian daripada pengarah dan rakan pelakon lain kerana berjaya melaksanakan tugasnya dengan baik.


"Pengalaman berlakon memberi saya pendedahan kerja seorang pelakon dan drama ini merupakan batu loncatan untuk saya ke bidang lakonan. Selepas berlakon, saya sudah jatuh cinta dengan bidang ini. Selepas ini jika ada tawaran yang sesuai saya akan menerimanya," balasnya.

Sungguhpun begitu, luah Aliff, bidang nyanyian tetap nombor satu buat dirinya kerana kerjayanya dimulakan dengan nyanyian, manakala lakonan jatuh di tangga kedua.

"Saya ingin cuba semua bidang yang berkaitan dengan seni, apa salahnya mencuba. Jika mendapat banyak tawaran lakonan, bidang nyanyian tetap diutamakan. Mana boleh saya tinggalkan bidang nyanyian yang sudah menjadi darah daging saya," katanya yang memegang watak Airil dalam drama Antara Kita.

Selepas menamatkan penggambaran drama, sepanjang Februari dia akan sibuk di studio untuk merakamkan album ketiganya yang dijangka berada di pasaran pada bulan Mac depan.

Album yang masih tidak berjudul itu memuatkan tujuh buah lagu dan tiga buah lagu minus one yang mendapat sentuhan komposer seperti Panji, Jimi (Sofaz) dan Azlan Abu Hassan.

"Lagu-lagu dalam album itu masih pop, sangat ringkas dan mesra telinga. Maknanya orang mudah menghafal lagu-lagu saya. Saya berterima kasih kepada peminat kerana walaupun sudah lama saya tidak muncul dengan lagu baharu, mereka masih mengingati saya dan lagu-lagu saya juga masih diputarkan di radio," ujarnya yang bernaung di bawah Sony BMG Malaysia.

‘Contohi Safee’

Posted: 02 Feb 2012 04:10 PM PST



PEMAIN bola sepak di negara ini wajar mencontohi kejayaan penyerang sensasi Harimau Malaysia, Mohd. Safee Sali yang berjaya mendapat kontrak bernilai lebih RM2 juta bersama kelab Pelita Jaya FC (Pelita Jaya) di Indonesia.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (gambar kecil) bertitah, kejayaan Safee dalam memperoleh kontrak tersebut merupakan satu lembaran baharu dalam sejarah bola sepak Malaysia.

"Saya harap kejayaan Safee ini dicontohi oleh pemain-pemain negara kita. Malah inilah yang kita harapkan iaitu setiap pemain perlu mempunyai aspirasi, visi dan semangat untuk pergi lebih jauh.

"Bukan sahaja bermain untuk negara tetapi untuk bermain di peringkat lebih tinggi. Ini akan memberi manfaat kepada (mutu bola sepak) negara," titah baginda di Kuantan semalam.

Tengku Abdullah bertitah demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Gerak Kerja Pembinaan Tiga Buah Jambatan di Sungai Lembing

di Kuantan.

Kontrak baharu bernilai RM2 juta tersebut bagi tempoh dua tahun menjadikan Safee pemain bola sepak Malaysia yang bertaraf jutawan.

Pakej lumayan ditawarkan Pelita Jaya kepada penyerang kebangsaan itu merangkumi gaji, bonus tetap perlawanan, rumah, kenderaan, pemandu peribadi serta faedah-faedah lain.

Sambil mengucapkan tahniah kepada pemain kebangsaan itu, Tengku Abdullah berharap perjalanan karier Safee sebagai pemain bola sepak dapat diteruskan ke peringkat lebih tinggi.

"Saya nasihat dia teruskan karier dia sebagai seorang pemain yang mahu ke peringkat lebih tinggi dan harus bermain di Eropah.

"Saya tidak tahu tahap liga itu

di Indonesia, namun saya tahu dia sudah memiliki semuanya dan sedikit sebanyak bina kemahiran di sana," titah Tengku Abdullah.

Penduduk Mesir berang

Posted: 02 Feb 2012 04:10 PM PST

SEORANG lelaki yang cedera diusung oleh rakan-rakannya selepas dia tiba dari Port Said di sebuah stesen kereta api di Kaherah semalam.


PORT SAID - Penduduk di Kaherah yang naik berang ekoran kematian 74 orang dalam insiden pergaduhan di stadium bola sepak Port Said mengadakan beberapa tunjuk perasaan semalam.

Siri bantahan tersebut diadakan selepas peminat dan ahli politik menuduh kepimpinan tentera yang memerintah Mesir gagal menghalang insiden terburuk itu berlaku sejak Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan.

Sejumlah pemuda menyekat beberapa batang jalan raya berhampiran bangunan stesen televisyen Mesir dan Dataran Tahrir yang menjadi mercu tanda ibu kota negara berkenaan, Kaherah.

Orang ramai turut berkumpul di stesen kereta api utama Kaherah dengan harapan dapat melihat saudara-mara mereka kembali daripada menyaksikan perlawanan bola sepak tragis di sini.

Apabila mayat-mayat mangsa tragedi bola sepak terburuk dalam sejarah Mesir itu diangkut keluar dari beberapa buah kereta api, beribu-ribu orang menjerit slogan: "Jatuhkan pemerintahan tentera."

Seorang ibu yang panik turut menjerit: "Di manakah lelaki saya?"

"Pergi mati dengan perlawanan bola sepak, kembalikan anak saya," kata wanita berkenaan, Fatma Kamal selepas dia berulang kali menelefon anaknya tetapi panggilannya tidak dijawab.

Sekurang-kurangnya 1,000 orang cedera dalam keganasan kelmarin apabila sejumlah peminat bola sepak menceroboh padang permainan selepas kelab tuan rumah Al-Masry menewaskan pelawat iaitu kelab Al-Ahly dari Kaherah yang turut dikenali dengan nama jolokan Red Devils.

Pembuat bom dari Malaysia mati di Filipina

Posted: 02 Feb 2012 04:09 PM PST


SEORANG jurucakap Tentera Filipina, Kolonel Marcelo Burgos menunjukkan gambar Zulkifli Abdul Hir pada satu sidang akhbar di Manila semalam.


MANILA - Tentera Filipina mendakwa pihaknya telah berjaya membunuh tiga orang militan Islam paling dikehendaki termasuk seorang pembuat bom dari Malaysia, Zulkifli Abdul Hir (gambar) dalam satu serangan udara yang dibantu oleh penasihat tentera dari Amerika Syarikat (AS) semalam.

Serangan bom itu dilakukan menjelang subuh di sebuah pulau terpencil di bahagian selatan yang turut menyebabkan 15 orang ahli kumpulan Abu Sayyaf dan Jemaah Islamiah yang mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda terbunuh.

"Ini satu kemenangan besar. Tiga orang pemimpin kanan terbunuh. Ia akan memberi impak yang sangat besar terhadap kemampuan pengganas," kata seorang komander tentera wilayah Filipina, Mejar Jeneral Noel Coballes.

Pesawat-pesawat membedil pinggir sebuah kampung di pulau Jolo selepas sumber risikan memaklumkan bahawa kira-kira 30 militan berpangkalan di kampung berkenaan.

Tiada tentera darat dikerahkan dalam operasi tersebut.

Zulkifli yang juga dikenali sebagai Marwan merupakan seorang warga Malaysia yang didakwa menjadi orang kanan rangkaian pengganas Jemaah Islamiah dan dalang beberapa siri serangan bom di Filipina.

Zulkifli juga dituduh menjadi pemimpin Kumpulan Mujahidin Malaysia, sebuah kumpulan mirip Jemaah Islamiah yang mahu membentuk sebuah negara Islam di Asia Tenggara.

Pada tahun 2007, AS menawarkan wang sebanyak AS$5 juta (RM15 juta) sebagai ganjaran penangkapan Zulkifli, sekali gus menjadikannya antara orang yang paling dikehendaki oleh AS.

Dalam laman web Jabatan Negara AS yang memaparkan maklumat mengenai orang paling dikehendaki kerana aktiviti keganasan, hanya empat orang ditawarkan wang ganjaran tinggi.

Antaranya ialah Ketua Al-Qaeda, Ayman al-Zawahiri.

Pihak berkuasa Malaysia menyambut baik berita kematian Zulkifli.

"Kami mengalu-alukan berita kematian Zulkifli ketika pasukan keselamatan di rantau ini meneruskan usaha menentang militan sepertinya," kata Ketua Gerak Khas Malaysia mengenai keganasan, Ayob Khan Mydin Pitchay.

Tentera Filipina memberitahu antara yang terbunuh dalam serangan sama ialah Abu Pula, juga dikenali sebagai Doktor Abu dan Umbra Jumdail, salah seorang pemimpin utama organisasi militan Abu Sayyaf.

Abu Sayyaf didakwa melakukan serangan-serangan pengganas terburuk di Filipina termasuk meletupkan sebuah feri di Manila yang membunuh lebih 100 orang, selain banyak kes penculikan di kawasan terpencil di selatan yang dihuni majoriti penduduk Islam.

Tepung dilempar ke arah calon Presiden Perancis

Posted: 02 Feb 2012 04:07 PM PST


SEORANG wanita yang identitinya dikenali sebagai Claire Seguin (kanan) membaling tepung ke arah Francois Hollande di Paris kelmarin.


PARIS - Seorang wanita yang mendakwa dia diawasi polis dan nyawanya juga terancam bertindak mencurahkan tepung gandum ke atas calon utama pilihan raya Presiden Perancis kempen beliau di sini kelmarin.

Wanita berkenaan yang memperkenalkan diri di hadapan kamera televisyen sebagai Claire Seguin, 45, berlari ke atas podium tempat calon Presiden daripada Parti Sosialis, Francois Hollande yang berdiri untuk menandatangani 'kontrak sosial' sebagai simbolik sokongan beliau terhadap dasar perumahan untuk semua rakyat.

Hollande yang kini mendahului populariti Presiden Nicolas Sarkozy kekal tenang sepanjang insiden tersebut walaupun kaca mata, rambut dan pakaiannya dilitupi tepung gandum.

Beliau tetap meneruskan agendanya untuk bercakap mengenai pembaharuan dalam dasar perumahan negara selepas peristiwa memalukan itu berlaku.

Beberapa pegawai peribadinya kemudian menangkap Seguin dan menyerahkan wanita itu kepada polis.

Seorang anggota polis mengesahkan bahawa Sequin yang kini ditahan polis, membawa empat kilogram tepung gandum ketika kejadian.

Dia dipercayai bertindak demikian selepas menuduh ada pihak dalam Parti Sosialis cuba membunuhnya.

Singa serang unta selepas terlepas dari kurungan

Posted: 02 Feb 2012 04:06 PM PST


BEBERAPA pekerja zoo melihat seekor singa yang pengsan selepas ditembak dengan ubat pelali di Zoo Taman Satwa Jurug, Solo, Indonesia pada Selasa lalu.


SOLO, Indonesia - Seekor singa Afrika ditembak dengan ubat pelali selepas haiwan itu berjaya keluar dari kurungan di Zoo Taman Satwa Jurug di sini pada Selasa lalu.

Singa itu yang bernama Oni menyerang dan membunuh seekor unta sebelum dia ditembak dengan ubat pelali oleh pekerja zoo.

Artis Kenya hasilkan kerja seni unik

Posted: 02 Feb 2012 04:06 PM PST


SALAH satu ciptaan Cyrus Kabiru.


NAIROBI - Artis seni Kenya, Cyrus Kabiru menunjukkan hasil kerja seninya yang menggunakan pelbagai objek untuk menghasilkan pelbagai reka bentuk bingkai seperti cermin mata. Cermin mata unik itu diberi nama c-stunners.

Dia menghasilkan kerja seni unik itu dengan menggunakan pelbagai serpihan barang yang ditemuinya semasa menuju ke studionya.

Kabiru mendapat ilham untuk menghasilkan kerja seni itu selepas mendengar cerita bapanya yang menyayangi cermin mata.

Bapanya telah dipukul oleh keluarganya kerana cermin matanya pecah.

Sirleaf ibu revolusi Liberia

Posted: 02 Feb 2012 04:04 PM PST



WANITA ini pernah dipenjarakan pada tahun 1985 oleh diktator Afrika paling kejam, Samuel Doe selama sedekad. Sengsara itu berterusan apabila pengganti Samuel, Charles Taylor menuduhnya sebagai penderhaka dan mengheretnya sekali lagi ke penjara.

Sesungguhnya, perjalanan karier Ellen Johnson Sirleaf, 74, sebelum dilantik menjadi Presiden Liberia tidak mudah. Beliau meniti cabaran yang bukan calang-calang.

Menjadi satu cabaran sangat hebat kepada wanita itu apabila beliau bukan sahaja mentadbir sebuah negara yang berusia 166 tahun tetapi baru sahaja bertemu keamanan setelah bergelut dengan perang saudara.

Perang itu, kata Sirleaf, telah merencatkan pembangunan ekonomi dan kemajuan Liberia. Di saat negara lain meniti arus kemodenan, rakyat Liberia masih menyalakan pelita minyak tanah dan mengangkut air dari telaga.

Kemudahan lain seperti hospital, klinik dan sekolah usah ditanya. Semuanya punah dilanda badai perang. Canda tawa keluarga dan kanak-kanak sudah hampir tidak kedengaran. Memetik laporan AP, lebih 250,000 nyawa terkorban impak daripada perang saudara negara itu.

BBC News pula melaporkan, kadar pengangguran di negara Afrika itu cukup tinggi iaitu mencecah 80 peratus.

Melangkau tahun 2005, ia menokok kepada 85 peratus dan prestasi itu dikatakan terburuk pernah dicatatkan dunia.

Pendapatan rakyat Liberia pula hanya berjumlah RM3.80 sehari. Bayangkan bagaimana kesengsaraan penduduk negara di pesisir Barat Afrika itu.

Senario itu sememangnya telah memberi tekanan hebat kepada seluruh penduduk. Jadi tidak hairanlah orang muda di sana sering bergelumang dengan dadah sehinggakan penjara di ibu negara Liberia, Monrovia, sesak dengan banduan.


LIBERIA yang dihuni hampir empat juta penduduk baru sahaja bebas daripada perang saudara yang berlarutan hampir 15 tahun lamanya.


Dalam hal ini, kata Sirleaf, semasa baru memegang tampuk pemerintahan: "Keutamaan saya adalah untuk mendidik orang muda dan memberi mereka peluang untuk penyatuan."

Rasuah turut memeningkan kepala Sirleaf kerana ia telah menghancurkan sistem kehakiman dan perundangan Liberia.

Namun, yang paling menyulitkan pentadbiran Sirleaf ialah bagaimana beliau harus menghentikan praktik amalan ritual Liberia iaitu perbicaraan berasaskan keseksaan.

Ia merupakan hukuman yang dikenakan menggunakan sama ada minyak atau logam panas dan air mendidih untuk menghukum tertuduh. Jika, individu itu berjaya menyempurnakan seksaan tanpa sebarang kecederaan, individu itu akan dianggap tidak bersalah.

Diceraikan

Sirleaf tidak hanya berdepan dengan masalah negaranya yang kucar-kacir. Aturan kehidupan peribadinya juga tidak seindah seperti pemimpin-pemimpin dunia lain.

Lelaki yang dikahwininya pada usia 17 tahun menceraikannya. Mengapa? Itu semua kerana mantan suaminya, James Sirleaf dikatakan tidak dapat menerima kelebihan isterinya yang dikatakan lebih bijak daripadanya.

Barangkali kenyataan itu ada kebenarannya. Berasal daripada suku kaum Americo-Liberian di Monrovia, Sirleaf ialah graduan daripada Madison Business College, Madison, Amerika Syarikat (AS) dalam bidang ekonomi dan perakaunan.

Pencarian ilmunya tidak terhenti setakat di situ. Pada tahun 1971, wanita itu memperoleh Ijazah Pentadbiran Awam daripada Universiti Harvard dan kemudian dilantik sebagai Menteri Kewangan sewaktu era pemerintahan William Tolbert.

Sepanjang hayatnya, Sirleaf telah menumpahkan jiwa dan raganya berkhidmat dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Bank Dunia termasuk dengan institusi kewangan persendirian Citibank di New York.

Profil kerjayanya semakin memuncak apabila memenangi kerusi Presiden Liberia pada tahun 2006. Sirleaf mencatatkan sejarah tersendiri apabila menjadi wanita pertama di benua Afrika menyandang jawatan Presiden.


SELAIN disokong oleh Barack Obama, kepimpinan wanita Liberia ini turut mendapat sokongan kuat daripada mantan Presiden AS, George W.Bush.


Pada pilihan raya Presiden pusingan kedua tahun lalu, wanita itu dengan mudah menewaskan bekas pemain bola sepak kelab terkenal Itali, George Weah.

Atas kredibiliti Sirleaf, tidak hairanlah apabila beliau diceraikan oleh suaminya. Kini, beliau yang bergelar janda melayari bahtera kehidupannya di samping empat anak dan enam cucunya.

Kejayaan

Meskipun bergelar janda, rakyat Liberia tetap yakin dengan keupayaan Sirleaf. Mereka juga percaya bahawa Liberia tidak akan jatuh ke dalam satu lagi krisis yang akan mengancam penduduk pada masa akan datang.

Ya, sememangnya Sirleaf bukan sebarangan wanita. Latar belakangnya dikatakan banyak membantunya memacu ekonomi negaranya.

Pada awal pemerintahannya, Global Post melaporkan, Sirleaf berjaya mengurangkan kadar hutang kebangsaan yang dianggarkan bernilai RM15 bilion. Liberia juga berjaya mempengaruhi AS untuk mendapatkan hutang geran bernilai hampir RM1 bilion.

"Orang luar pasti tidak menjangkakan perubahan Liberia kerana kami miskin. Negara perang seperti kami biasanya memerlukan lelaki yang gagah untuk mentadbir tapi wanita telah menunjukkan sisi lain dan perlu saya katakan bahawa saya telah membuktikan pandangan orang luar itu sama sekali salah," tegasnya.

Bagaimanapun, ujar Presiden ke-24 Liberia itu, kancah politik yang dinaunginya mendedahkan dirinya dengan banyak musuh.

Sirleaf sememangnya telah dikecam hebat oleh kepimpinan lalu apabila beliau dikatakan gagal menjalankan tanggungjawabnya sebagai Presiden pada penggal pertama lalu.

"Sirleaf menunjukkan prestasi mengecewakan, dia gagal membendung gejala rasuah dan mendamaikan negara," selar bekas Presiden paling lama memerintah Liberia, Winston A. Tubman.

Kata-kata Tubman itu sedikit pun tidak mengurangkan sokongan ke atas Sirleaf. Sebaliknya, para penyokongnya berpendapat, wanita besi mereka telah melakukan revolusi paling hebat.

Antara anjakan paradigma awal anak kelahiran Monrovia itu ialah menjalin hubungan diplomatik dengan beberapa negara kuasa besar dunia seperti Republik China selain AS.

Dua tahun lalu, Sirleaf telah bertemu dengan Barack Obama di White House dalam usahanya meraih sokongan negara Uncle Sam itu.

Kerajaan Liberia juga menjalin kerjasama dengan Malaysia apabila Sime Darby Bhd. dilaporkan telah melabur dalam projek perladangan di sana.

Paling menggembirakan Liberia semasa era pemerintahan Sirleaf adalah peningkatan pendapatan rakyat Liberia daripada RM114 ke RM243 sebulan.

Namun, semasa wawancara eksklusif bersama New York Times, beliau melontarkan kebimbangan terhadap ancaman rogol dalam kalangan wanita. Jenayah rogol, katanya, merupakan endemik yang masih berleluasa dan menakutkan.




"Ia masih menjadi masalah besar bagi Liberia dan berlarutan kerana masing-masing mendiamkan diri kerana rasa malu," katanya.

Beliau juga sedang berusaha meningkatkan kadar literasi rakyatnya yang tidak sampai 30 peratus itu.

Kepada mereka yang tidak yakin dengan kebolehan Sirleaf dulu, barangkali perlu membuang persepsi itu jauh-jauh.

Obama pada Mei 2010 memuji pentadbiran wanita itu dengan berkata: "Liberia kini bebas daripada kemelut yang berpanjangan. AS sangat berbangga dengan usaha luar biasa beliau."

Dalam perutusan tahun baru lalu, Sirleaf yang hanya digaji sebanyak RM22,800 sebulan dengan wajah kelegaan berkata: "Selepas enam tahun, kita bangga melihat kemajuan negara kita, kita berjaya membangunkan ekonomi, prasarana, keselamatan, undang-undang dan keamanan. Liberia di bawah pentadbiran saya diharapkan akan terus aman dan makmur."

Anak bermain dengan toksik

Posted: 02 Feb 2012 04:03 PM PST



KEBANYAKAN alat mainan memang nampak menarik, tetapi awas, ada yang mungkin boleh mengundang bahaya kepada anak anda.

Ia mungkin bahaya kerana mempunyai bahagian kecil yang mudah tertelan, manakala yang lain pula boleh menjadi penyebab kanser.

Kesedaran masyarakat negara ini terhadap keselamatan alat mainan kanak-kanak masih pada tahap rendah.

Ini dapat dilihat apabila masih ramai pengguna membeli alat mainan berdasarkan rupanya yang cantik, bentuk yang canggih, warna dan juga mengikut trend semasa.

Bagi mereka, alat mainan kanak-kanak adalah medium hiburan dan penjanaan kepada daya imaginasi anak kecil dan tidak mungkin ia boleh mendatangkan bahaya.

Walhal sudah pelbagai kemalangan dan bahaya kesihatan yang berpunca daripada alat mainan kanak-kanak dilaporkan dalam media, khususnya antarabangsa. Namun, masih ramai yang memandang ringan.

Mereka masih tidak peduli walaupun berita berhubung rampasan dan penarikan balik alat mainan kanak-kanak yang tidak selamat turut tersebar luas di media seperti apa yang berlaku di Victoria, Australia, sebelum sambutan Hari Natal yang lalu.

Dilaporkan, lebih 10,000 alat mainan kanak-kanak yang tidak selamat dirampas dan dimusnahkan di Victoria.

Senario kurangnya kesedaran masyarakat mengenai kepentingan isu keselamatan alat mainan kanak-kanak, berkemungkinan disebabkan Malaysia baru sahaja menguatkuasakan Peraturan Standard Keselamatan Bagi Mainan Kanak-Kanak berbanding negara maju.

Dengan adanya peraturan ini yang dikuatkuasakan bermula 1 Ogos 2010, sedikit sebanyak akan menyedarkan masyarakat mengenai kepentingan keselamatan alat mainan.

Melalui penguatkuasaan ini, semua alat mainan yang dikeluarkan syarikat tempatan atau luar negara diwajibkan menjalani proses penilaian dan pengujian sebelum diletakkan tanda Malaysian Conformity (MC).

Menerusi peraturan berkaitan, pengilang, pengimport dan pembungkus semula alat mainan perlu mematuhi garis panduan yang ditetapkan bagi memastikan ia selamat dibekal dan dijual di Malaysia.

Dalam erti kata lain, semua syarikat yang terlibat dalam aktiviti pembekalan dan penjualan alat mainan kanak-kanak di Malaysia mempunyai tanggungjawab masing-masing bagi mematuhi peraturan ini.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah menggerakkan usaha bersepadu dengan melancarkan pelbagai kempen kesedaran menerusi media Massa.


PEMILIHAN alat permainan perlu disesuaikan dengan usia kanak-kanak.


Kakitangan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Nur Izza Osman berkata, tidak terlintas dalam pemikirannya bahawa alat mainan yang rendah kualiti boleh mengundang bahaya kepada kanak-kanak.

"Saya mengetahui tanda MC selepas menonton iklan berkenaan di televisyen baru-baru ini. Sebelum ini, saya membeli alat mainan berdasarkan kepada tarikan fizikal berbanding melihat sama ada ia mempunyai tanda MC," katanya.

Memudaratkan kesihatan

Pelbagai bahan yang digunakan untuk membuat alat mainan kanak-kanak termasuk bahan kimia didapati berupaya memudaratkan kesihatan kanak-kanak. Ini ditambah pula dengan tabiat semula jadi kanak-kanak yang suka menghisap.

Masalah timbul apabila mereka menghisap sesuatu alat mainan yang mengandungi bahan kimia lebih daripada sepatutnya.

Ini secara tidak langsung, mendedahkan kanak-kanak kepada risiko pertumbuhan sel kanser, kata Ketua Farmasi, Jabatan Farmasi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Amrahi Buang.

"Sebagai contoh, alat permainan yang mempunyai unsur plumbum (fungsi plumbum dalam cat untuk menjadikan warna terang dan tidak pudar) boleh meresap masuk ke dalam badan jika kanak-kanak bermain atau menghisapnya.

"Dicampur pula dengan apa yang dimakan semasa proses pembesaran anak-anak itu, ada risiko bagi mereka terdedah kepada kanser," ujarnya.

Kimia seumpama itu juga boleh mendedahkan kanak-kanak kepada penyakit paru-paru, gangguan sistem saraf, alergik dan pelbagai lagi.

Keselamatan alat mainan juga meliputi pemilihan bahan, rupa bentuk, saiz dan bunyi alat itu. Mengulas lanjut, Ketua Pegawai Eksekutif/Setiausaha Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia (Standard Users) Ratna Devi Nadarajan berkata, adalah penting bagi ibu bapa mengetahui label peringkat umur pada sesuatu alat mainan sebelum membelinya.

Katanya, membeli alat mainan yang tidak sesuai dengan peringkat umur secara tidak langsung boleh mendedahkan kanak-kanak kepada kecederaan termasuk bahaya tercekik.

Berdasarkan laporan kajian tahunan The 2011 Trouble in Toyland oleh Kumpulan-Kumpulan Penyelidikan Kepentingan Awam Persekutuan Amerika Syarikat (PIRG), kes kanak-kanak tercekik akibat tertelan bahagian mainan kecil, contohnya guli, terus menjadi punca utama kematian dan kecederaan dalam kalangan kanak-kanak.

Kajian itu melaporkan seramai 200 kanak-kanak mati akibat tercekik antara tahun 1990 sehingga 2010.

"Alat mainan yang kurang mutu (tidak mempunyai tanda MC) seperti patung beruang akan terdedah kepada bulu dan butang yang senang tertanggal. Ini berbahaya apabila kanak-kanak ini memasukkannya ke dalam mulut.

"Lebih berbahaya apabila membeli alat permainan elektrik yang berkemungkinan meletup," katanya.

Elakkan daripada ditipu

Biarpun Peraturan Standard Keselamatan Bagi Mainan Kanak-Kanak dikuatkuasakan sejak 1 Ogos 2010, ia dibuat secara berperingkat berikutan masih terdapat penggiat industri berkenaan kurang maklum akan keperluan peraturan yang dilaksanakan.

Bagaimanapun, menurut Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Dasar dan Standard Kepenggunaan KPDNKK, Rashinah Abdul Hamid, semua alat mainan yang tidak mempunyai tanda MC akan diambil tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Pelindungan Pengguna 1999 bermula tahun ini.

"Kementerian sudah lama berunding dengan industri sejak tahun 2008 mengenai keperluan mempunyai tanda MC. Ini kerana, bukan semua (penggiat) membaca akhbar dan menonton berita. Jadi apabila ditanya sama ada mereka tahu atau tidak mengenai MC, segolongan mereka mengatakan 'tidak'.

"Disebabkan itulah kami buat secara berfasa dan tempoh masa peralihan diberikan. Ketika ini, KPDNKK melakukan penguatkuasaan berhemah, iaitu sebanyak 59,964 buah premis seluruh negara diperiksa," katanya.

Mengulas mengenai kemungkinan terdapatnya label MC tiruan, Rashinah memberi dua tip berguna. Pertama, pastikan warna abjad MC itu sama ada hitam atau putih.


BAGAIMANA dengan alat permainan di pusat penjagaan kanak-kanak di negara ini? Adakah ia selamat? - Gambar hiasan


Berikutnya, pastikan terdapat nombor pendaftaran di bawah logo MC dan alamat pengilang, pengimport ataupun pembungkus semula ada tertera di bungkusan alat permainan kanak-kanak berkenaan.

Sebagai pengguna, mereka tidak sewajarnya mengandaikan semua barang yang terdapat di rak adalah selamat. Mentaliti sedemikian seharusnya diubah apatah lagi apabila membabitkan perkara yang berkaitan dengan kanak-kanak.

Kanak-kanak belum dapat mengenal dan membezakan mana yang selamat dan sebaliknya. Ibu bapa perlu memainkan peranan bagi memastikan anak-anak mereka dilindungi daripada ancaman yang tidak dijangka.

Tarian singa hiburkan penghuni Ti-Ratana

Posted: 02 Feb 2012 04:02 PM PST


WATAK-WATAK istimewa yang siap dengan kostum khas turut hadir memeriahkan suasana sambutan Tahun Baru Cina di Suria KLCC.


AURA ruang legar Suria KLCC 12 Januari lalu sangat luar biasa. Ramai pengunjung mendongak ke atas untuk melihat arca gergasi naga emas yang seolah-olah terbang di ruang tersebut.

Ramai juga yang tidak melepaskan peluang merakamkan momen istimewa tersebut kerana ia begitu indah dan unik.

Di satu sudut lain pula kelihatan wajah-wajah ceria kanak-kanak dari Pertubuhan Kebajikan Ti-Ratana bergurau senda dengan 'Dewa Kekayaan' yang membuat penampilan khas bagi memeriahkan sambutan Tahun Baru Cina di Suria KLCC.

Hari itu sangat bermakna kerana Suria KLCC sudi meraikan 35 orang kanak-kanak dari Pertubuhan Kebajikan Ti-Ratana dengan persembahan tradisional Cina, jamuan makan termasuk menggaul yee sang di Spring Garden dan menonton wayang bersama-sama pihak pengurusan dan kakitangan gedung beli-belah itu.

Ia dilakukan bagi meredakan emosi kesunyian mereka tatkala orang lain menyambut hari istimewa tersebut bersama keluarga dan orang-orang tersayang.


KUMPULAN pemalu gendang Cina ini begitu bersemangat membuat persembahan.


Kanak-kanak Pertubuhan Kebajikan Ti-Ratana itu turut dihiburkan dengan persembahan Gendang 18 Musim dan Tarian Singa Akrobatik.

Bunyi paluan gendang bergema di seluruh genap ruang Suria KLCC tatkala 13 pemalu gedang memulakan persembahan yang penuh semangat dan bertenaga sehingga getaran bunyinya terasa hingga ke jantung.

Adrenalin pengunjung semakin memuncak apabila mereka menonton aksi tarian singa akrobatik.

Kelincahannya beraksi dan menari di atas tiang-tiang yang disediakan sambil diiringi paluan gendang mengujakan para pengunjung yang setia memenuhi ruang legar tersebut.

"Telah menjadi tradisi kami (Suria KLCC) meraikan golongan yang memerlukan dengan memberikan mereka layanan istimewa oleh kakitangan kami.

"Ia bagi membolehkan mereka merasai kegembiraan menjelang hari yang cukup bermakna ini," kata Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC, Andrew Brien.

Kakitangan Suria KLCC turut memberikan satu lagi kejutan istimewa kepada kanak-kanak tersebut apabila mereka dibawa menonton filem Alvin and The Chipmunks.

Bukan itu sahaja, kanak-kanak tersebut juga turut menerima sumbangan angpau sebanyak RM150 seorang.

"Kanak-kanak ini amat bertuah kerana berpeluang merasai sesuatu yang baharu sempena Tahun Baru Cina ini.

"Mereka amat teruja kerana dapat mengunjungi pusat beli-belah yang dikunjungi ramai warga Malaysia dan pelancong antarabangsa di samping meluangkan masa bersama kakitangan Suria KLCC," kata Naib Presiden Pusat Kebajikan Ti-Ratana, Tan Thim Huat.


KANAK-KANAK ini berpeluang bermesra bersama Brien, penari tarian singa dan ramai lagi kakitangan Suria KLCC.


Pusat Kebajikan Ti-Ratana pada awal pertubuhannya hanya menaungi dua orang kanak-kanak dan tiga kakitangan pada tahun 1997.

Kini, pusat tersebut terdapat 240 kanak-kanak dan 28 kakitangan termasuk sukarelawan.

Pusat kebajikan berkenaan bergantung kepada sumbangan pertubuhan atau orang ramai untuk menampung perbelanjaan kanak-kanak di situ.

Mereka yang ingin menghulurkan bantuan bolehlah menghubungi Pusat Kebajikan Ti-Ratana di talian 03-7988 1818.

Kenal dulu sebelum berkahwin

Posted: 02 Feb 2012 04:01 PM PST


PASANGAN perlu saling mengenali sebelum melangkah ke alam perkahwinan.- Gambar hiasan


PERKAHWINAN diatur ibu bapa? Adakah lagi berlaku dalam zaman canggih sekarang ini? Percayalah! Memang ada.

Hakikatnya, perkahwinan masih sama sejak dahulu hingga kini iaitu menyatukan seorang lelaki dan seorang perempuan bagi membentuk sebuah ikatan atas nama kasih sayang serta amanah dan tanggungjawab.

Seperti maksud firman Allah SWT dalam Surah ar-Rum Ayat 21: "Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir."

Persoalannya, bolehkah wujud situasi 'bersenang hati dan hidup mesra' jika perkahwinan yang dibina itu diatur oleh ibu bapa?

Jawapannya: Ya, dengan dua syarat utama iaitu kedua-dua lelaki dan perempuan bakal pasangan suami isteri perlu saling mengenali terlebih dahulu dan kedua-dua lelaki dan perempuan bakal pasangan suami isteri itu bersetuju dengan perkahwinan yang diatur tersebut.

Perlu saling mengenali

Rasulullah SAW menyarankan agar mereka yang ingin berkahwin melihat wanita yang ingin dikahwini terlebih dahulu. Hal ini pernah berlaku kepada seorang sahabat Nabi, iaitu Al-Mughirah bin Syu'bah.

Al-Mughirah memberitahu baginda bahawa beliau ingin mengahwini seorang wanita. Lalu baginda menyarankan agar beliau melihat dahulu wanita itu kerana ia boleh mendatangkan perasaan cinta kepada pasangan yang ingin dikahwini. (Hadis riwayat al-Tirmizi.)

Hadis ini jelas membuktikan perlunya seseorang itu mengenali bakal pasangannya, lelaki mengenali bakal isteri dan sebaliknya. Ia penting kerana perkahwinan bukanlah perkara main-main sebaliknya melibatkan hidup masa depan yang perlu diharungi oleh mereka.

Tidak memadai jika hanya ibu bapa yang mengenali calon sebab bukan ibu bapa yang perlu hidup bersama bakal menantu pilihan. Ya, ibu bapa lebih dulu 'makan garam' tetapi bukan bererti ibu bapa sentiasa betul dan tepat dalam membuat pilihan.

Perlu bersetuju

Bakal pengantin tidak kira lelaki atau perempuan perlu bersetuju dengan perkahwinan yang diatur tersebut. Setuju sepenuh hati dan bukan rela dalam terpaksa.

Dalam satu hadis diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A: "Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: Jangan mengahwinkan seorang perempuan janda sehinggalah diminta persetujuan dan mengadakan perbincangan serta jangan mengahwinkan seorang gadis sehinggalah diminta persetujuannya.

"Para sahabat bertanya: Bagaimana hendak mengetahui persetujuan seorang gadis? Baginda menjawab: Dia diam."

Perlu difahami bahawa menyintai dan dicintai adalah dua perkara berbeza. Cinta tidak boleh dipaksa tetapi boleh dipupuk dan dibajai andai masing-masing bersedia untuk menerima bakal teman hidup mereka. Jika tiada penerimaan, paksaan akan hanya memudaratkan perkahwinan dan hidup masa depan kedua-dua mereka.

Berdasarkan pengalaman saya mengendalikan kes, perkahwinan diatur ibu bapa tanpa persetujuan anak-anak sama ada kedua-duanya atau salah seorang daripadanya, meninggalkan natijah yang amat besar – kelalaian dalam pelaksanaan tanggungjawab.

Ada suami yang tidak melaksanakan hak nafkah batin isteri malah ada kes isteri tidak melayan nafkah batin suami. Ada kes pasangan bertindak curang kerana masih tidak mampu melupakan kekasih hati.

Paling tragis apabila anak-anak ini berpura-pura bahagia di depan ibu bapa walau hakikatnya mereka langsung tidak pernah bertegur sapa. Lantas, bagaimanakah mungkin wujud mawaddah wa rahmah yang syariat tetapkan perlu ada dalam perkahwinan?

Cinta sebelum kahwin

Bagi ibu bapa yang mengatur perkahwinan anak-anak, mungkin mereka mempercayai cinta sebelum kahwin tidak wujud. Pendapat itu salah.

Fahamilah sabda Rasulullah SAW: "Tidak kami dapati pada dua orang yang sedang bercinta itu (lebih baik daripada) nikah." (Hadis riwayat Ibnu Majah.)

Hadis ini jelas membuktikan perasaan kasih dan sayang itu boleh diambil kira bagi membina mahligai perkahwinan. Lebih penting, selaraskan cinta tersebut menepati kehendak syariat.

Ingat! Jika ibu malah bapa enggan membenarkan sesebuah perkahwinan tanpa alasan yang munasabah menurut syariat, syarak menentukan si anak gadis itu boleh dinikahkan menggunakan wali hakim.

Ia bukti bahawa keputusan ibu bapa berkaitan perkahwinan bukan muktamad. Namun, sebaik-baiknya biarlah setiap individu yang terlibat sama-sama bersetuju dan sama-sama merestui.

Andai hubungan anda dan pasangan dihalang, jangan patah semangat dan jangan sesekali melawan kata-kata ibu bapa anda.

Bantahan anda akan membuatkan mereka semakin membenci pilihan anda kerana merasakan pilihan anda itu telah mengubah sikap dan prinsip diri anda.

Kenalkan pilihan

Sebaliknya, diamkan diri dan usahakan untuk kenalkan pilihan anda kepada ibu bapa anda. Kata orang, tak kenal maka tak cinta. Andai sudah kenal tetapi masih tak cinta, bersabarlah! Percayalah, jika dia memang ditakdirkan untuk anda, dia pasti menjadi milik anda biar apapun halangannya.

Berdoalah: "Ya Allah, aku mencintai dia (sebut namanya) dan aku ingin menjadi teman hidupnya hingga ke akhir hayatku. Andai dia mampu menjadi pasangan yang baik untuk masa depanku, ibu bapaku dan agamaku, maka mudahkanlah urusan jodoh kami dan bukakanlah pintu hati ibu bapaku untuk menerimanya. Sebaliknya andai dia bukan yang terbaik, Kau bukakanlah pintu hatiku untuk menerima calon pilihan ibu bapaku dan bantulah aku untuk melupakan dia."

Ingat! Perkahwinan bukan semata-mata kata sepakat membuktikan kasih sayang sebaliknya adalah permulaan peranan besar memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri.

Cinta dan kasih sayang itu anugerah! Ia boleh wujud andai anda ikhlas terhadap seseorang. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Sungguh, orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, kelak Allah Yang Maha Pengasih akan menanamkan rasa kasih sayang (wudda) dalam hati mereka. (Surah Maryam, Ayat 96.)

Apa yang penting, anda perlu bersikap terbuka dan berlapang dada dengan setiap takdir-Nya.

Nafas baru Kazakhstan

Posted: 02 Feb 2012 04:00 PM PST



TIDAK ramai mengetahui negara yang baru merdeka dua dekad lalu telah mencapai status sebagai antara negara yang termaju di dunia hari ini.

Republik Kazakhstan kini adalah antara kuasa ekonomi dunia selain pengeluar sumber tenaga utama yang mempunyai sumber asli seperti minyak, gas dan uranium.

Kazakhstan terletak di Asia Tengah. Ia jauh terperosok ke dalam benua Eurasia dengan jumlah penduduk seramai 16.6 juta. Ibu negaranya sebelum ini ialah Almaty, sebelum berpindah ke Astana pada tahun 1998.

Ia adalah sebuah negara daratan. Kazakhstan tidak mempunyai pesisiran pantai laut yang terbesar di dunia dengan keluasan lebih 2.7 juta kilometer persegi.

Hampir 44 peratus daripada muka bumi Kazakhstan adalah padang pasir manakala selebihnya padang rumput sebanyak 26 peratus, kawasan kontang separa padang pasir (14 peratus) dan hutan (5.5 peratus). "Terdapat 8,500 sungai besar di Kazakhstan. Sungai yang terpanjang ialah Ural dan Emba yang mengalir masuk ke Laut Caspian dan Syr Darya yang memasuki Laut Aral. Laut-laut ini sebenarnya adalah tasik kerana ia dikelilingi daratan. Terdapat 48,000 tasik di Kazakhstan. Antara yang terbesar ialah Aral, Balkash, Zaizan, Alakol dan Tengkiz. Kawasan terbesar utara dan bahagian tengah pesisiran Laut Caspian (tasik terbesar di dunia) adalah kepunyaan Kazakhstan," kata Duta Kazakhstan ke Malaysia, Beibut B. Atamkulov ketika ditemui di Kedutaan Kazakhstan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kazakhstan mempunyai simpanan sumber asli yang besar termasuk minyak, gas dan uranium yang menjadi bahan asas untuk tenaga nuklear.

"Kami mempunyai banyak simpanan minyak dan gas di bahagian barat dan republik ini adalah antara pengeluar minyak terbesar dunia," kata Atamkulov.

Simpanan minyak

Negara itu mempunyai simpanan minyak kesembilan terbesar di dunia dan yang ke-19 dari segi pengeluaran. Begitu juga dengan kromium.

"Kami juga mempunyai simpanan uranium terbesar di dunia selain adalah ketiga terbesar dari segi pengeluarannya. Kami juga antara 10 negara utama dalam simpanan zink, plumbum, perak, besi dan emas.

"Sumber-sumber asli ini membantu negara kami secara ekonomi seperti dalam perlombongan dan perusahaan keluli, juga dalam industri kimia, petrokimia, jentera, pembinaan dan farmaseutikal," jelas beliau.

Selain simpanan mineral, Kazakhstan juga mempunyai industri ternakan berikutan padang ragut yang luas.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Kazakhstan adalah AS$146.5 bilion (RM445 bilion) pada tahun 2010 dan KDNK per kapitanya sebanyak AS$9,009 (RM27,387) pada tahun yang sama.

Kazakhstan juga menerima AS$18 bilion (RM60 bilion) dalam Pelaburan Terus Asing (FDI) pada tahun 2010 dan AS$9.9 bilion (RM30 bilion) sehingga suku kedua tahun lepas.

Menurut Atamkulov, dari tahun 1993 hingga 2010, Belanda adalah negara yang mempunyai FDI terbanyak di Kazakhstan dengan jumlah 23 peratus diikuti Amerika Syarikat (16 peratus) United Kingdom (lapan peratus) Perancis (enam peratus), Itali (empat peratus) dan Austria (dua peratus).

Rusia adalah rakan niaga Kazakhstan terbesar dengan 18 peratus diikuti China (16 peratus), Itali (12 peratus), Perancis (6 peratus), Belanda (5 peratus), Jerman (4 peratus) dan Austria (3 peratus).

Menyentuh mengenai perniagaan dengan Malaysia, Atamkulov berkata, Kazakhstan mempunyai objektif untuk menggandakannya kepada RM500 bilion daripada RM300 bilion pada tahun lalu.

"Getah, perabot, makanan laut dan produk tropika adalah antara barangan yang memberangsangkan. Kami optimis dengan perhubungan perniagaan yang akan wujud dengan beberapa syarikat Malaysia.

"Kini, terdapat 60 syarikat Malaysia beroperasi di Kazakhstan," terang beliau.

Difahamkan, syarikat dari Malaysia melibatkan diri dalam beberapa bidang di Kazakhstan. Antaranya operasi Petronas dalam industri minyak dan gas, penglibatan Genting Group dalam pembinaan loji tenaga dan penubuhan bank Islam oleh institusi perbankan Malaysia.

Tahun lalu, syarikat Malaysia, Melewar Integrated Engineering Sdn. Bhd. telah menandatangani memorandum persefahaman dengan Kazmy Steel Company bagi membina kilang keluli di Almaty.

Atamkulov berkata, Kazakhstan bersedia bekerjasama dalam usaha membina loji nuklear bagi membekalkan tenaga elektrik. "Malaysia seperti Kazakhstan mempunyai simpanan minyak dan gas tetapi pada masa hadapan, simpanan ini akan berkurangan. Kita terpaksa mencari alternatif lain bagi sumber penjanaan tenaga. Tenaga nuklear adalah satu daripada alternatif ini," terang beliau.

Dua hala

Pada 10 Oktober 2007, angkasawan Malaysia, Dr. Sheikh Muzaphar Shukor ke angkasa lepas menuju Stesen Angkasa Antarabangsa dari Pusat Angkasalepas Baikanor di Kazakhstan.

"Pelancaran ini menjadi satu titik tolak signifikan dalam industri angkasa Malaysia. Kami mahu bekerjasama dengan Malaysia agar ia dapat mengorak langkah selanjutnya dalam industri angkasa lepas," kata beliau.

Menurut Atamkulov, ia penting bagi mengukuhkan kerjasama dua hala antara Kazakhstan dan Malaysia untuk kebaikan bersama kedua-dua negara. "Penduduk dua negara ini mempunyai banyak persamaan, jadi kita perlu gunakan landasan bersama yang ada bagi menggembeling tenaga untuk memajukan kedua-dua buah negara," katanya.

Beza suka, minat dan cinta

Posted: 02 Feb 2012 03:58 PM PST


CINTA didefinisikan dengan pelbagai cara oleh ahli psikologi.


MUTAKHIR ini, kita berasa sedikit sangsi apakah yang menyebabkan anak-anak gadis terpesona dan jatuh cinta dengan lelaki asing dari Afrika? Lebih malang, mereka ini kemudian menjadi hamba seks atau keldai dadah. Ada pula yang ditahan di negara asing dan meringkuk di dalam penjara.

Sebelum kehadiran warga Afrika ini, kita disajikan dengan berita anak-anak gadis yang terperangkap dengan cinta lelaki dari tanah seberang sehingga sanggup meninggalkan keluarga sendiri.

Benarlah, cinta itu memerlukan pengorbanan. Sayangnya, ada antara anak-anak gadis yang hidup melarat selepas melarikan diri ke negara asal pemuda yang mereka cintai. Bahkan, ada yang terputus hubungan dengan keluarga sendiri bertahun-tahun lamanya.

Mengapa hanya kerana cinta, segelintir anak gadis kita sanggup berkorban seteruk itu? Kalau dikatakan cinta itu sesuatu yang indah, mengapa perlu berakhir dengan derita?

Persoalan yang patut ditanya oleh anak-anak gadis kita apabila sudah jatuh hati dengan seseorang ialah bertanya kepada diri sendiri sama ada perasaan itu sekadar suka, minat atau ia sememangnya cinta.

Walaupun cinta telah didefinisikan dengan pelbagai cara oleh ahli psikologi, secara umumnya, cinta didefinisikan sebagai an endurancing sentiment toward a person producing a desire to be with that person and a concern for the happiness and satisfactions of that person (The Penguin Dictionary of Psychology). Seseorang yang bercinta mempunyai perasaan yang sangat kuat terhadap pasangannya dan ingin berkongsi segala-galanya dengan orang tersebut. Bahkan, bercita-cita untuk sehidup semati dengan orang yang dicintai.

Suka pula hanya sekadar perasaan senang dengan seseorang yang mungkin menarik atau mempunyai personaliti yang kebiasaannya mempunyai banyak persamaan dengan kita. Bagaimanapun, suka tidak membawa seseorang itu sanggup berkorban apa sahaja dengan orang yang disukainya.

Kebanyakan mereka yang menjadi sahabat terdiri daripada orang yang kita suka. Bagaimanapun, ini tidak bermakna mereka sanggup berkorban apa sahaja demi sahabatnya. Ada juga hal-hal yang tidak dikongsi dengan sahabat, misalnya hal yang dianggap terlalu peribadi.

Bukan idola

Bagaimana pula yang dikatakan minat? Walaupun minat agak mirip dengan suka, tetapi ia sesuatu yang berbeza. Seseorang perlu menyukai sesuatu dahulu, kemudian barulah minat itu timbul. Ada hal-hal yang hanya sekadar disukai sahaja, tetapi tidak pula bermakna kita akan meminatinya. Kita boleh suka kepada seseorang, tetapi mereka mungkin bukan idola yang kita minati.

Idola sukan atau artis, misalnya, ialah mereka yang diminati walaupun tidak semestinya kita perlu menyintai mereka. David Beckham atau Michael Jackson, misalnya, diminati oleh peminat dari seluruh dunia. Mereka juga mungkin hanya sekadar disukai, tetapi tidak diminati. Bagaimanapun, orang yang membencinya tidak akan menyukainya, jauh lagi untuk meminatinya. Apatah pula berangan-angan untuk sehidup semati dengan idola kesayangan mereka itu.

Itulah yang membezakan antara cinta, suka dan minat. Dalam situasi kini, segelintir anak gadis kita begitu sangat terpesona dengan pemuda asing yang adakalanya tidak begitu diketahui asal usulnya, sama ada mereka ini benar-benar benar-benar jatuh cinta atau sekadar suka.

Ia boleh jadi kerana perwatakan lelaki asing ini menarik atau mereka dijanjikan dengan kemewahan yang tidak masuk akal. Ada pula yang mungkin terperangkap dengan janji-janji manis yang dinukilkan menerusi pelbagai medium laman sosial.

Sebab itulah, anak-anak gadis kita seharusnya lebih berhati-hati apabila menjalinkan hubungan dengan warga asing yang tidak diketahui latar belakangnya. Apatah lagi, apabila hubungan itu hanya terjalin melalui komunikasi talian yang menyebabkan peluang untuk diperdayakan adalah lebih tinggi. Walaupun bukan semua lelaki pendatang ini tidak boleh dipercayai, namun beberapa kejadian pemerdagangan manusia sejak akhir-akhir ini memaksa kita membuka mata.

Bertanyalah kepada diri sendiri, adakah kita sememangnya sedang dilamun cinta atau hanya sekadar suka. Mereka ini juga mungkin hanya sekadar seseorang yang diminati, tetapi tidak lebih lebih daripada itu. Jangan kerana silap membuat perhitungan, akhirnya musibah buruk yang menimpa diri.

Ada satu cerita benar yang patut diketahui oleh anak-anak gadis betapa cinta itu hanyalah sekadar fatamorgana. Kalaupun ia dikatakan indah, tetapi ia tidak selalunya betul. Bahkan, kisah ini juga boleh dijadikan panduan untuk mereka yang berkahwin.

Korban

Tahun 1971. Seorang suami yang sangat menyintai isterinya telah menuliskan sekeping nota cinta, lalu memasukkannya ke dalam botol. Ia dicampakkan ke Lautan Pasifik. Sepuluh tahun kemudian botol itu ditemui di pantai Guam. Terjemahan nota itu berbunyi begini.

Tatkala surat ini sampai kepadamu, aku mungkin sudah tua dan beruban. Bagaimanapun, ketahuilah bahawa cintaku masih tetap segar seperti hari ini. Ia mungkin mengambil masa seminggu atau beberapa tahun untuk surat ini sampai kepadamu. Jika surat ini tidak pernah sampai kepadamu, percayalah yang ia tetap tertulis di hatiku yang aku sangat menyintai dirimu. Suamimu, Bob.

Wanita yang tercatat namanya dalam nota itu akhirnya berjaya dihubungi oleh seseorang menerusi telefon. Nota itu dibacakan kepadanya.

Apakah reaksi wanita tadi?

Dengan marah, wanita itu akhirnya berkata: "Kami sudah bercerai." Dia lalu menghempaskan telefonnya.

Begitulah tragisnya cerita sebuah hubungan. Tidak semua cinta berakhir dengan kebahagiaan.

Jadi mengapa harus ada antara kita yang menjadi korban?

Shahrizal masih sayangkan Miera

Posted: 02 Feb 2012 06:16 AM PST

Shahrizal Jaszle

Berharap hubungan kembali pulih

Kisah percintaan dua pelakon muda, Shahrizal Jaszle dan Miera Liyana bukan lagi rahsia. Sejak awal, kedu-dua nya tidak merahsiakan hubungan yang terjalin daripada media mahu pun peminat.

Bagaimanapun, dalam meniti perhubungan yang penuh debunga cinta, timbul pula cerita sang teruna berselingkuh, sehingga si dara merajuk membawa hati yang lara.

Tidak terus berselindung dengan khabar duka ini, baik Shahrizal mahupun Miera, kedua-duanya mengaku hubungan cinta yang baru lima bulan terjalin ini berada di tahap paling kritikal.

Walaupun Shahrizal dilihat beria-ria mencuba memulihkan percintaannya, tetapi lain pula halnya dengan Miera. Pelakon berusia 19 tahun ini mengakui dia telah tawar hati dengan kekasihnya itu, selain mendakwa mempunyai bukti kecurangan hero Azura itu.

"Sejujurnya, saya tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan situasi perhubungan kami ini. Sehingga kini, Miera masih merajuk dan enggan berbincang, saya tidak anggap hubungan ini telah berakhir. Tetapi saya tidak menafikan ia masih berada di tahap kritikal.

"Walaupun saya telah berkali-kali jelaskan keadaan sebenar, Miera masih tidak percaya dan tetap termakan hasutan orang lain yang tidak menyenangi hubungan kami.

"Dia juga masih marahkan saya dan saya mahu beri dia masa untuk berfikir dengan tenang. Namun, seandainya hubungan ini tidak dapat dipulihkan dan Miera tidak lagi mencintai saya seperti dahulu, saya sedia lepaskan dia. Mungkin itu jalan terbaik," jelas Shahrizal berterus-terang, semasa ditemui selepas majlis pra-tonton filem terbaru lakonannya, Azura di One Utama, kelmarin.


Krisis di Australia

Sementara itu, menyentuh mengenai kemelut yang berlaku, Shahrizal berkata, dia menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) dari Miera sehari sebelum pulang ke Malaysia semasa menjalani penggambaran di Australia, baru-baru ini.

Dalam SMS tersebut, Miera mengakui kecewa kerana mempunyai bukti kecurangannya dan ingin memutuskan perhubungan.

"Ketika menerima SMS itu, saya jadi blur seketika kerana tidak memahami punca sebenar kerana saya pasti tidak berlaku curang seperti yang dikatakannya.

"Sebaik pulang ke Malaysia, saya terus berjumpa dengannya, namun tidak dapat berbincang lama kerana perlu ke Jogjakarta menjalani penggambaran keesokannya.

"Jadi selepas pulang dari Jogjakarta baru saya dapat berbincang dengannya. Saya harap hubungan ini dapat dipulihkan kerana saya benar-benar sayangkan dia dan dia wanita pertama yang saya lamar untuk menjadi suri hidup saya," katanya yang sudah merencana untuk menghantar rombongan merisik dalam masa terdekat ini.

Chomel Fana Tidak Bercinta Dengan Bos Di KRU

Posted: 02 Feb 2012 06:15 AM PST

Chomel Fana selesa dengan status solo demi perkembangan kerjaya seninya.

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Chomel Fana mengakui tidak lagi menjalinkan hubungan istimewa dengan Naib Presiden Produksi KRU Media, Russell Mark Rodrigues seperti yang pernah didakwa sebelum ini.

Chomel atau nama sebenarnya Noorhanis Farhana Shaharuddin, 26, bagaimanapun berkata hubungan yang bersemi selama empat bulan itu hanya sebagai teman rapat.

Hakikatnya dia menghormati lelaki kacukan Australia-Portugis itu sebagai ketua di bahagian penerbitan program yang di acarakannya iaitu Carta Blockbuster di KRU TV.

"Kami memang pernah akrab sebelum ini selama kira-kira empat bulan. Bagaimanapun, saya menganggap hubungan itu sebagai teman rapat dan tidak sampai ke tahap bercinta seperti yang didakwa.

"Secara kebetulan pula dia adalah ketua bahagian produksi program yang saya hoskan iaitu Carta Blockbuster di KRU TV, sebab itu kami rapat," katanya kepada mStar Online.

Chomel dan Russell pernah intim selama empat bulan.

Ketika ditanya mengenai desas-desus kononnya dia bernaung di bawah KRU Music kerana hubungan itu, Chomel berkata dakwaan tersebut adalah tidak berasas kerana dia terlebih dahulu disunting oleh KRU sebelum Russell menyertai syarikat berkenaan.

"Kalau ada yang mendakwa saya dibawa masuk ke KRU kerana kronisme maka dakwaan itu adalah tidak tepat," katanya.

Mengakui dia kini selesa bergerak solo, Chomel berkata keutamaannya kini adalah untuk mengembangkan kerjaya seni, selain memantapkan lagi namanya di persada hiburan tanah air.

"Lebih selesa solo dan tiada teman istimewa kerana saya boleh fokus pada kerjaya yang sedang berkembang.

"Saya juga sudah menceburi bidang nyanyian menerusi lagu 'single' berjudul BFF ciptaan Edry Abdul Halim dan mahu mempromosikan lagu itu secara meluas," katanya.

1 ulasan:

rossa stanley loan on 3 Januari 2018 pada 6:19 PTG berkata...

HAPPY NEW YEAR HAPPY NEW YEAR HAPPY NEW YEAR
DARI-rossastanleyloancompany

                          Apakah Anda memerlukan kredit yang mendesak?

* Sangat Cepat dan Transfer Instan ke rekening bank anda
* Biaya kembali di bulan setelah Anda mendapatkan pinjaman Anda di bank Anda
akun bank
* Tingkat bunga rendah 2%
* Long term payback (1-20) Long
* Pinjaman fleksibel dan gaji bulanan
*. Berapa lama waktu yang dibutuhkan untuk membiayai? Setelah mengajukan pinjaman
Anda mungkin mengharapkan jawaban awal kurang dari 24 jam
pembiayaan dalam 48Hours setelah menerima informasi yang mereka butuhkan
dari kru Pada perusahaan pinjaman ROSSA STANLEY, kami adalah perusahaan pembiayaan yang berpengalaman yang memberikan kemudahan pinjaman gratis kepada individu-individu yang berpikiran tulus, serius, perusahaan, badan hukum dan masyarakat umum dengan tingkat bunga 2%. Kami memiliki akses ke kumpulan uang tunai untuk diberikan kepada perusahaan dan mereka yang memiliki rencana untuk memulai bisnis tidak peduli seberapa kecil atau besarnya, kami memiliki uang tunai. Yakinlah bahwa kesejahteraan dan kenyamanan Anda adalah prioritas utama kami, mengapa kami berada di sini untuk mengurus pemrosesan pinjaman Anda.

Hubungi perusahaan pinjaman yang sah dan dapat dipercaya dengan rekam jejak pelayanan yang memberikan kebebasan finansial kepada negara-negara bersatu (PBB).
Untuk informasi lebih lanjut dan pinjaman yang meminta untuk mendirikan bisnis Anda, belilah rumah, beli mobil, liburan, hubungi kami via,

  E-mail resmi: rossastanleyloancompany@gmail.com
  Viber resmi: +15186756750
  Instagram resmi: Rossamikefavor
  Twitter resmi: Rossastanlyloan
  Official Facebook: rossa stanley favor

untuk respon cepat dan cepat ....
Mohon mengisi formulir aplikasi di bawah ini dan kami akan menghubungi Anda lagi, Kami tersedia 24/7
                            
                                   DATA PEMOHON

1) Nama Lengkap:

2) Negara:

3) Alamat:

4) Jenis Kelamin:

5) Status Perkawinan:

6) Pekerjaan:

7) Nomor Telepon:

8) posisi saat ini di tempat kerja:

9) Penghasilan Bulanan:

10) Jumlah Pinjaman yang Dibutuhkan:

11) Durasi Pinjaman:

12) nama facebook:

13) nomor Whatsapp:

14) Agama:

15) Tanggal lahir:

16) Nomor Viber


SALAM,
Mrs.Rossa Stanley Favor
ROSSASTANLEYLOANCOMPANY
Email rossastanleyloancompany@gmail.com

Catat Ulasan

 

TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved