ads

Ahad, 23 Oktober 2011

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Rezeki melimpah ruah

Posted: 23 Oct 2011 08:02 PM PDT



KEDUA-DUANYA hadir ke dunia seni dengan bakat yang disuntik melalui platform yang berjaya mengangkat nama mereka masing-masing. Mohd. Noor Murad, 26, atau Mamat Sepah yang memiliki humor yang mampu membuatkan orang ketawa lebih-lebih lagi apabila dia bergandingan dengan bekas-bekas rakannya dalam kumpulan Sepah iaitu Jep dan Shuib. Gandingan mantap ketiga-tiga pemuda berasal dari Kulai, Johor itu membuatkan kumpulan Sepah berjaya memenangi pertandingan Raja Lawak musim ketiga dan Maharaja Lawak (MRL) 2011 anjuran stesen Astro seterusnya menerima tawaran lakonan tak putus-putus.

Entah apa silap Mamat, selepas kumpulan Sepah berjaya menjuarai Maharaja Lawak dia ditinggalkan rakannya yang mengambil keputusan untuk keluar daripada kumpulan itu pada penghujung Ogos lalu di saat umat Islam menyambut Syawal.


MAMAT kini diheret kontroversi cinta dan dicicirkan daripada grup lawak Sepah.


Atas alasan Mamat bermasalah, Jep dan Shuib keluar daripada Sepah dan menubuhkan kumpulan baharu iaitu Sepahtu. Kini, tinggal Mamat seorang diri memperjuangkan nasibnya dan membawa nama Sepah. Bukan sahaja berdepan dengan isu ditinggalkan rakan baik, Mamat juga menanggung kekecewaan akibat percintaannya bersama pelakon bertudung Rafidah Ibrahim atau Fida, 25, putus di tengah jalan.

Nama Nur Anzalna Nasir, 23, pula mula meniti di bibir peminat selepas kemunculan sulungnya dalam drama Suria Di Cordoba.

Walaupun diri bekas finalis Dewi Remaja 2010 itu pernah dicalit kontroversi akibat penyebaran gambar-gambar seksi dan intim bersama pemuda berbangsa Inggeris yang juga merupakan bekas kekasihnya di laman sosial Facebook, namun kepercayaan pengarah dan penerbit filem terhadapnya tidak pernah luntur.

Berbekalkan wajah mirip Rozita Che Wan, Anzalna banyak menerima tawaran lakonan termasuk yang terkini menjadi heroin dalam filem Sepah The Movie.

Mahu penjelasan Fida

Selepas heboh mengenai muat naik gambar Fida mendedahkan rambut di laman sosial Facebook Mamat ketika pelakon Kasih Alia itu mengikuti percutian bersama-sama keluarga pelakon komedi baru-baru ini, Fida akhirnya mengambil keputusan memutuskan hubungan cintanya bersama Mamat.


SEPAH THE MOVIE menampilkan kumpulan Sepah bersama dua 'bunga', Anzalna (kiri) dan Ramona.


Tiba-tiba sahaja hubungan percintaan yang terjalin hampir setengah tahun itu putus selepas Fida membuat kenyataan media mengenai perpisahan itu tanpa berbincang dan memberitahu Mamat terlebih dahulu.

Terkilan dengan tindakan Fida itu, Mamat mengambil keputusan untuk berjumpa bekas kekasihnya itu untuk dapat penjelasan.

"Sebenarnya saya belum lagi bersedia untuk komen mengenai hubungan saya dengan Fida. Memang saya akui saya salah sebab muat naik gambar Fida tak bertudung di Facebook. Tetapi terus terang saya tak berniat langsung nak aibkan dia.

"Saya akui tak cukup kuat nak dengar dan baca kata-kata yang dikeluarkan Fida di dada akhbar dan juga kata-kata kawan-kawan saya, Jep dan Shuib mengenai perpecahan Sepah," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran filem Sepah The Movie di Kuala Lumpur.

Mengaku tidak baca akhbar dalam tempoh yang lama kerana tidak kuat untuk menerima kata-kata yang dikeluarkan Fida mahupun kawan-kawannya, Mamat juga memberitahu, Fida meminta untuk tidak menghubunginya selepas penyebaran gambar tersebut.


ANZALNA senang memberi fokus terhadap dunia lakonan yang baru diceburi.


"Saya hormati keputusan Fida yang tidak mahu saya hubungi dia atau menghantar sebarang mesej selepas tersebarnya gambar tersebut. Tetapi saya tak sangka selepas itu Fida terus buat kenyataan di akhbar yang kami sudah putus.

"Kalau itu yang dia mahukan saya hormat keputusannya. Cuma, saya minta dia berjumpa saya dan memberitahu perkara itu sendiri. Tak manis buat ahli keluarga saya yang sudah mengenali dan rapat dengannya," katanya yang menyesal dengan apa yang berlaku.

Mula rapat dengan Fida ketika Maharaja Lawak, Mamat nekad berjumpa Fida walaupun bekas kekasihnya itu tidak mahu berjumpa dengannya.

Beralih soal filem Sepah The Movie pula, kata Mamat, walaupun mereka sudah tidak bersama dalam satu kumpulan, jika ada pihak yang menginginkan kerjasamanya bersama Jep dan Shuib, dia tidak ada masalah.


ANTARA karyawan filem Sepah The Movie bergambar sewaktu sidang akhbar filem tersebut pada minggu lalu.


Mamat juga diminta untuk mengulas isu perpisahannya bersama Jep dan Shuib yang kini dikenali sebagai Sepahtu.

"Kami pernah menangis dan gembira bersama. Apa yang berlaku saya hanya perlu kuatkan diri sahaja. Takkan bila dah jadi macam ini saya nak burukkan mereka. Saya tak mahu komen dan juga tak nak kata diri saya baik.

"Tanpa Shuib dan Jep, saya tidak akan cari pengganti baharu untuk Sepah. Biar saya seorang sahaja yang membawakan nama Sepah," katanya.

Bukan gadis liar

Bercerita tentang awal kemunculan Anzalna menerusi pertandingan Dewi Remaja 2010/2011, beberapa keping gambar gadis jelita itu bersama bekas kekasih tersebar di laman sosial Facebook sehingga dia dilabelkan sebagai gadis liar.

Adat artis yang mula terjun dalam bidang seni apabila kehidupan peribadi dan lampau turut diselongkar peminat.

Tidak cepat melatah, pemegang Diploma Bahasa Inggeris dari Kolej Launceston, Tasmania, Australia itu mengaku gambar itu diambil ketika dia menetap di Australia, namun dia menafikan sekeras-kerasnya dia seorang gadis liar.

Sekalipun dia tidak memenangi pertandingan Dewi Remaja 2010/2011 yang ketika itu dimenangi oleh Neelofa, Anzalna telah diberi peluang untuk berada dalam industri seni dengan tawaran yang melimpah ruah. Tidak cukup dengan tawaran lakonan, gadis berasal dari Pulau Pinang itu juga pernah ditawarkan sebagai pembaca berita dan pengacara. Namun, bidang lakonan menjadi pilihannya.


SEPAH yang kini telah menjadi Sepahtu dianggotai Jep dan Shuib (kiri dan tengah) bersama bekas anggota mereka, Mamat berganding dalam filem sulung mereka, Sepah The Movie.


Berbekalkan tiga buah drama iaitu Suria Di Cordoba, Ramadan Terakhir dan Gemersik Kalbu, akhirnya watak heroin berjaya dipegang Anzalna dalam filem sulungnya, Sepah The Movie.

"Sejak berlakon dalam Suria Di Cordoba ramai yang nampak bakat lakonan saya. Sejak itu tawaran datang mencurah-curah.

"Alhamdulillah, saya memang minat berlakon sejak dulu lagi dan diberi peluang dalam bidang ini. Memang saya kurang dapat peranan utama tetapi tak apa sebab saya mahu belajar dulu dan terima watak sampingan," katanya yang bersyukur kerana akhirnya diberi peluang memegang peranan penting buat pertama kalinya di layar perak.

Memegang watak Ayu Sofea di dalam filem sulungnya itu, menurut Anzalna, watak Ayu sangat dekat dengan dirinya iaitu berperwatakkan sopan dan lemah-lembut.

Tiada aura?

Posted: 23 Oct 2011 08:01 PM PDT

  • Foto

    ANTARA pelakon yang mewarnai filem Malaysia sekarang.

  • Foto

    ANTARA lagenda filem Melayu, dari kiri atas, Latifah Omar dan Nordin Ahmad, Saadiah, Ahmad Daud dan Mariam, Seniwati Zaiton, Seniwati Ummi Kalthom dan Rosnani.

Rupa, bakat saja belum cukup

HAKIKATNYA memang mereka cantik. Kecantikan bintang filem masa kini seperti Erra Fazira, Ziana Zain, Lisa Surihani, Nur Fazura, Fasha Sandha sehinggalah kepada Diana Danielle, memang menjadi sebutan dan sesiapa pun akan menoleh ke arah wanita ini.
Tidak hairanlah mereka yang berwajah jelita ini sering diberikan peranan utama, dalam filem mahupun drama dan teater. Kecantikan mereka dianggap daya penarik untuk orang datang menonton di panggung wayang atau pentas teater. Berderet filem dan drama yang dibintangi sehingga sesetengahnya diangkat seperti primadona.
Aura seseorang pelakon itu lahir secara semula jadi, tidak boleh dipaksa dan jarang dimiliki. - Erma Fatima, Pengarah dan pelakon.

Primadona? Layakkah mereka digelar sedemikian, setaraf seperti Allahyarham Saadiah, Normadiah, Siput Sarawak, Datuk Sarimah Ahmad, Datuk Maria Menado atau sekurang-kurangnya Azean Irdawaty, Fauziah Ahmad Daud, Erma Fatimah dan Sofia Jane?

Walaupun kekurangan dari segi teknikal dan kecanggihan peralatan perfileman, tetapi bakat pelakon yang muncul dalam filem hitam putih tidak dapat dipertikaikan meninggalkan kesan kepada peminatnya hingga hari ini.

Antara contoh terbaik ialah lakonan Saadiah tatkala memegang watak Azizah dalam filem Penarik Beca, Dara (Semerah Padi), Engku Zaleha (Antara Dua Darjat) dan Nora Zain (Nora Zain - Ajen 001) dan Melor, yang sanggup berkorban demi kekasihnya, Tuah (Hang Tuah) dan wanita pintar (Musang Berjanggut), dikenang dan pernah mengusik jiwa peminat untuk mempercayai wujud watak sedemikian rupa.
Penonton bukan saja ingat nama Saadiah, tetapi juga tidak lupa dengan watak dan karakter dalam filem yang dibintanginya.
Namun hari ini, dalam filem yang berwarna sepenuhnya, biarpun sudah membintangi banyak filem tetapi lakonan daripada kebanyakan pelakon kurang memberi impak kepada penonton. Penonton ke panggung seolah-olah untuk melihat kecantikan pelakon dan selepas itu mereka tidak pernah cuba mengingati watak dan kesan lakonan Erra, Lisa, Fasha atau Diana.

Jurulatih lakonan yang juga aktivis teater, Fatimah Abu Bakar berpendapat, lakonan daripada pelakon wanita hari ini yang tidak memberikan impak kepada penonton kerana tiadanya sistem latihan intensif sebelum ke lokasi penggambaran, yang sepatutnya dijadikan amalan dalam industri perfileman.

"Pengarah dan produser perlu menggunakan bahan yang ada sebaik mungkin. Jika seseorang pelakon itu sudah ada pakej seperti bakat dan kecantikan, latihan sebelum menjalani penggambaran perlu dilakukan juga walaupun pelakon itu sudah biasa berlakon.

"Ibarat masakan, garam sudah ada gula sudah ada, rempah ratus sudah cukup tetapi jika tidak dimasak dengan baik, ia menjadi tidak sedap. Begitu juga pelakon. Jika sudah ada populariti, sudah ada peminat tetapi tidak menjalani latihan lakonan, maka idea yang ada pada watak yang ditangani itu terhad," katanya.

Fatimah juga tidak menafikan, walaupun ada ramai pelakon cantik ketika ini, tetapi kebanyakannya tidak mempunyai aura dan karisma yang kuat untuk bertakhta kukuh di hati penonton atau peminat.

Katanya, dia sendiri akur dengan kenyataan ada pelakon yang popular berlakon filem tetapi penonton hanya mengingati kecantikan pelakon itu berbanding bakat lakonan mereka.

"Saya tak nafikan ada pelakon yang kerap membintangi filem, tetapi kita tidak mahu sebaik saja keluar daripada pawagam, peminat lebih mengingati nama pelakon itu berbanding watak yang ditanganinya.

"Sebaik-baiknya, biar seseorang pelakon itu tidak diingati namanya dan jika boleh kita hanya mahu watak yang dibawa menjadi kesukaan atau kebencian penonton sebaik saja filem itu tamat ditayangkan," katanya yang mengakui banyak pihak yang sudah lupa asas sebuah lakonan adalah bakat dan bukan kecantikan serta populariti.

Namun begitu, Fatimah tidak menafikan pengarah mahupun penerbit juga memainkan peranan penting dalam membentuk watak dan perwatakan seseorang pelakon sehingga memberikan kesan mendalam kepada penonton.

"Jika dikatakan populariti Lisa Surihani mengatasi bakatnya, dia tidak boleh dipersalahkan. Walaupun berbakat dalam lakonan, sepatutnya pengarah dan produser bertanggungjawab membentuk dirinya kerana tidak semua pelakon itu sempurna.

"Seperti yang saya beritahu, latihan mampu memantapkan lakonan," katanya yang melihat latihan sebelum penggambaran tidak dilakukan mungkin disebabkan kos yang meningkat.

Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia ke-22 (FFM22) menerusi filem Kala Malam Bulan Mengambang, Mamat Khalid, bersetuju aura yang ada pada seseorang pelakon membantu dalam mengembangkan bakat dan menjadi daya tarikan kepada peminat.

"Bagi memberikan impak dan mencetuskan fenomena di kalangan peminat, aura ialah perkara ajaib yang perlu ada dalam diri pelakon. Aura ini bukanlah sesuatu yang boleh dicari, tetapi datang sendiri serta tidak semua mampu memilikinya," katanya.

Pengarah dan pelakon berpengalaman, Erma Fatima juga tidak menyangkal sebahagian daripada angkatan muda yang mewarnai dunia perfileman lahir dengan bakat sebagai pelakon, tetapi mereka tidak mempunyai aura.

"Saya rasa pelakon muda kita terlampau ramai. Mereka berbakat besar dan menunjukkan kesungguhan untuk berlakon. Tetapi mereka tiada aura atau tuah. Aura seseorang pelakon itu lahir secara semula jadi, tidak boleh dipaksa dan jarang dimiliki," katanya yang memberitahu aura sebagai pelakon juga mampu menyerlahkan karisma seorang pelakon.

Membariskan Eman Manan, Fauziah Ahmad Daud, selain Sarimah serta Saadiah menjadi contoh, Erma berkata, sebagai pelakon seseorang itu bukan saja berbakat, malah harus memiliki aura yang dilihat sudah membuka ruang kepada lakonan yang hebat.

"Rupa, bakat dan kesungguhan saja tidak cukup. Seperti Eman, dari segi rupa, dia sederhana saja tetapi lakonan dan aura Eman menyerlahkan karisma dirinya," katanya sambil memberitahu Remy Ishak dan Tiz Zaqiyah antara pelakon yang memiliki aura.

Sofia Jane Menanti ‘Kehidupan Baru’

Posted: 23 Oct 2011 07:59 PM PDT

KETIKA membuat keputusan untuk menamatkan zaman solo pada usia muda iaitu 23 tahun, Datin Sofia Jane (gambar) tidak pernah ragu-ragu dengan tindakan yang diambil walaupun popularitinya sedang berada di kemuncak ketika itu.

Selepas 16 tahun mendirikan rumah tangga dengan suami tersayang, Datuk Meor Zain Azman dan dikurniakan tiga cahaya matanya iaitu Arissa 15, Khadija, 11 dan Soraya, 8, Sofia memberitahu keluarganya adalah perkara paling penting buat dirinya.

"Saya tidak pernah menyesal berkahwin pada usia muda kerana itu adalah keputusan paling terbaik pernah saya lakukan dalam hidup. Kini melihat anak-anak membesar di depan mata memberikan kepuasan berbeza sebagai isteri dan ibu.

"Tidak sukar untuk membuat keputusan itu kerana saya memang mahu berkahwin awal untuk memulakan keluarga dan percaya, saya sentiasa boleh kembali berlakon pada bila-bila masa yang saya mahu," ujarnya ketika ditemui OopStarz! di kediamannya di Ampang baru-baru ini.

Pada pertemuan itu, banyak ingin diperkatakan oleh Sofia seperti tugasnya sebagai anak seni, ibu dan juga pemerhati kepada dunia pentas lakonan. Paling menjadi perhatiannya kini adalah peranan wanita dalam dunia perfileman.

Memandang tinggi kepada pelakon-pelakon seperti Siput Sarawak, Mariani, Fauziah Nawi, Azean Irdawaty, Normah Damanhuri, Wan Maimunah dan sebagainya, Sofia memberitahu nama-nama besar itu telah memberi impak kepada dirinya untuk terus bertapak dalam dunia lakonan.

Ujarnya, peranan wanita dalam membangunkan industri perfileman negara cukup besar dan pengiktirafan sesuai sepatutnya diberikan kepada mereka.

"Wanita-wanita ini adalah idola saya, malah ketika mula-mula terlibat dalam dunia lakonan saya ingin menjadi seperti mereka.

"Komitmen dan keterujaan mereka ketika membawakan sesuatu watak cukup memberi kesan kepada penonton. Ada kalanya saya sendiri terfikir bagaimana mereka lakukan dan apa lagi yang boleh mereka lakukan," ujarnya bersungguh-sungguh.

Sofia memberitahu, walaupun mereka telah dikategorikan sebagai pelakon veteran tetapi impak lakonan mereka tiada tandingan.

"Filem atau drama pada hari ini terlalu banyak memberi fokus mengenai wanita berusia 20-an. Cerita mengenai wanita 30-an ke atas jarang dapat dipaparkan meskipun kita mempunyai banyak pelakon berbakat besar. Ia adalah satu kerugian," ujarnya.

Sofia bagaimanapun teruja dapat kembali bergandingan dengan Normah Damanhuri melalui filem terbaru arahan U-Wei, Hanyut.

Katanya, dia sentiasa memasang hasrat untuk kembali berlakon bersama pelakon berbakat itu kerana mengagumi kebolehannya dalam memegang sesuatu watak.

Malah pertemuan di set penggambaran filem itu telah mengimbas kembali kenangan mereka ketika bersama-sama berlakon dalam filem Perempuan, Isteri dan... arahan pengarah sama.

"Ketika memegang watak Zaleha saya begitu muda dan tidak banyak pengalaman. Saya mengingati Kak Normah banyak membantu saya dalam memperbaiki mutu lakonan selain teruja kerana dapat berlakon dengannya.

"Kini sekali lagi saya bergandingan dengannya dalam filem terbaru arahan U-Wei membuatkan saya teruja kerana kami dapat berkongsi pelbagai perkara," ujarnya.

Mengakui lebih yakin memegang sesuatu watak, dia berkata itu mungkin kerana pengalaman dan pandangan yang berbeza sejajar dengan peningkatan usia.

"Selepas lebih 22 tahun bergelar anak seni saya lebih peka terhadap perkara yang dilihat kerana apa yang kita lakukan dan perkatakan akan memberi kesan kepada orang lain. Saya lebih berprinsip," ujarnya.

Menanti usia 40 tahun

Panjang lebar bercerita mengenai kehidupannya hari ini, Sofia memberitahu dia ingin menggunakan masa yang dikurniakan dengan lebih bermakna bersama keluarga dan melakukan sesuatu untuk industri perfileman negara.

Ditanya mengenai usianya yang bakal mencecah 40 tahun pada 14 Februari tahun hadapan, Sofia optimis dan tidak memandang angka itu sebagai sesuatu yang perlu ditakuti.

"Saya sejujurnya menantikan untuk mencecah usia 40 kerana ia akan menjadi satu fasa baru dalam hidup saya," ujarnya teruja.

Mencontohi nama besar seperti Datuk Maria Menado dan seniwati Mariani sebagai idola, Sofia memberitahu dia mengagumi dua bintang itu yang sentiasa bersemangat tentang kehidupan dan ingin menjadi seperti mereka.

"Saya kagum dengan dua wanita itu yang begitu bersemangat menghadapi kehidupan walaupun sudah berusia. Lihat sahaja Mariani, masih kuat dan masih mampu mencurahkan bakat pada dunia lakonan yang dicintai. Semangat seperti itu yang mahu saya contohi," ujarnya.

Gemar menghabiskan masa dengan membaca ketika waktu lapang, dengan cara itu Sofia dapat menambah ilmu pengetahuan dan informasi yang disifatkan penting dalam kehidupan seseorang.

11 soalan menarik untuk SofeaJane

1. Antara garam, gula dan kopi,manakah lebih utama?

Kopi.

2. Doraemon, Ultraman atau KnightRider?

Tidak minat kesemua di atas.

3. Ikan bilis atau ikan kembung?

Ikan bilis.

4. Kelajuan kereta. 80km/j atau150km/j?

80km/j kerana tidak ingin di saman.

5. Apakah yang menarik pada suami?

Kejujurannya.

6. Ketika bila selalu naik angin?

Hanya resah apabila melihat manusiamenghina yang lain.

7. Menjerit pada waktu...?

Bersama teman-teman rapat.

8. Nombor berapa bawa tuah?

Tidak percaya kepada nombor yangmembawa tuah.

9. Bali, Bandung atau Petaling Street?

Petaling Street.

10. Barang apa yang masih berhutang?

Tiada.

11. Terkejut ketika?

Memenangi Anugerah Pelakon WanitaTerbaik pada Anugerah Skrin suatu ketikadahulu.

Julia Ziegler Simpan Cincin Tunang Ibu

Posted: 23 Oct 2011 07:58 PM PDT

NAMA pelakon Julia Ziegler (gambar) bagaikan panas sejak kebelakangan ini disebabkan kontroversi dan perang mulut antara dia dan beberapa artis lain seperti Didie Alias, Sharifah Shahirah dan Sharifah Sakinah.

Namun sebenarnya, menurut pelakon ini, apa yang diinginkan bukanlah perbalahan tetapi untuk membersihkan namanya semula daripada sebarang fitnah yang dilemparkan.

Bagaimanapun, dia kini lebih senang membisu daripada menjawab apa juga persoalan tentang perkara tersebut dan menumpukan perhatian kepada kerjayanya sahaja.

Di sebalik diri pelakon filem Jangan Tegur ini, dia lebih gemar menghabiskan masa bersendirian membaca buku jika tidak bersama keluarga.

"Saya lebih suka menghabiskan masa terluang di Perpustakaan Negara untuk membaca buku daripada melepak dan membuang masa dengan rakan-rakan.

"Selain itu, dalam beg saya wajib ada bahan bacaan kerana sudah terbiasa diajar sejak kecil untuk tanamkan minat membaca," katanya.

Bukan sahaja buku menjadi salah satu barang wajib, malah surah Yasin juga menjadi antara barangan yang sering dibawa kemana sahaja. Julia percaya, surah itu mampu menghalangnya daripada berhadapan dengan gangguan makhluk halus.

Minggu ini OopStarz! menerusi ruangan Zoom! menyelongkar barang-barang penting dalam hidup Julia. Mari kita baca.

Buku motivasi

Buku motivasi ini merupakan buku kesayangan Julia, katanya dia sudah lima kali tamat membaca buku tersebut. Selain itu, buku ini juga banyak memberi dia kekuatan dan inspirasi jika berada dalam keadaan tertekan.

Surah Yasin

Bagi Julia membawa surah Yasin ke mana sahaja adalah satu perkara wajib terutamanya ketika melakukan penggambaran di kawasan-kawasan yang agak asing baginya. Menceritakan pengalaman pernah dirasuk ketika waktu kecil, ia membuatkan Julia lebih berwaspada dan mengamalkan pembacaan surah tersebut sekerap yang mungkin.

Patung beruang

Patung beruang ini sudah berusia lebih 20 tahun iaitu sejak Julia berada di tadika lagi. Kata Julia, dia tidak boleh tidur jika tiada patung beruang tersebut. Ibunya pernah beberapa kali membuat percubaan untuk membuang patung beruang itu tapi tidak berjaya. Patung tersebut sudah beberapa kali terkoyak tetapi dijahit sendiri oleh Julia.

Gambar kenangan

Gambar ini diambil ketika bercuti bersama keluarga di Hawaii pada tahun 1999. Jelas Julia, ia merupakan percutian yang sangat berharga dan kenangan yang paling tidak dapat dilupakan dalam hidupnya.

Cincin

Cincin ini merupakan cincin pertunangan milik ibunya. Kata Julia, cincin itu diberikan sendiri oleh ibu kepadanya sebelum Julia memiliki cincin pertunangannya sendiri.

Gaun

Gaun ini dibuat sendiri oleh ibu Julia ketika dia berusia 11 tahun. Pada waktu itu baju tersebut merupakan baju kegemarannya yang sering dipakai. Walaupun sudah tidak memakainya tapi dia menyimpan dengan baik sebagai barang yang sangat berharga buatnya.

iPad dan iPod

Ipad ini merupakan antara barang peribadi yang paling penting buat dirinya selain telefon bimbit. Dia menggunakan iPad untuk segala tujuan yang berkaitan dengan kerja. Manakala iPod pula menjadi teman rapatnya ketika mempunyai waktu lapang atau ketika membaca buku.

Skrip Jangan Tegur

Naskhah ini merupakan skrip filem seram pertama Julia iaitu Jangan Tegur. Dalam filem tersebut Julia memegang watak utama. Kata Julia, melalui filem tersebut juga namanya mula dikenali dalam industri perfileman tempatan. Menariknya jalan cerita filem berkenaan ada kena mengena dengan kisah yang pernah dilaluinya suatu ketika dahulu.

Telefon bimbit

Sudah tentu telefon bimbit merupakan barangan peribadi setiap orang, begitu juga Julia. Dia menggunakan telefon pintar Blackberry ini bagi memudahkan perhubungan dengan rakan-rakan dan urusan kerja yang lain.

Beg

Beg ini pula merupakan beg kegemaran Julia yang sering dibawanya ketika bersantai dan bekerja. Ia dibeli beberapa tahun dahulu dan masih berada dalam keadaan baik sehingga sekarang.

Scha Mahu Padam Gelaran Stereotaip

Posted: 23 Oct 2011 07:58 PM PDT

FAKTOR keterbatasan masa yang mencemburui pertemuan OopStarz! bersama pelakon dan pengacara Scha Al- Yahya (Scha) (gambar) tidak menghalang kelancaran kami bertukar cerita.

Dalam kunjungan singkat aktres yang popular dengan siri televisyen Awan Dania ini ke Menara Star, petang Khamis lalu, banyak perkara sempat dibualkan.

Berbekalkan paduan karakter periang dan tangkas empunya badan, mudah saja Scha menzahirkan jawapan bagi rangkaian persoalan yang diajukan.

Menyentuh tentang skop kerjaya sebagai pelakon sejak empat tahun yang lalu, bekas pramugari ini mengakui bersyukur dan selesa dengan kedudukannya pada hari ini.

"Dalam tempoh empat tahun bergelar pelakon, saya berasa selesa dengan kedudukan saya dalam dunia lakon tanah air. Saya tidak terlalu gah atau terlalu kerdil bagi seorang pelakon yang berkecimpung tidak sampai lima tahun dalam bidang ini.

"Alhamdulillah, kehadiran saya sebagai anak seni punya tempat sendiri. Dalam kesederhanaan itu, pelbagai tawaran lakonan dan pelantikan sebagai duta beberapa jenis produk terus mengukuhkan kerjaya, selain sokongan berterusan daripada keluarga dan peminat," katanya.

Sambungnya, sekalipun dia terus dilabel sebagai aktres stereotaip menerusi watak wanita yang kasar, tomboi dan selamba dalam kebanyakan drama dan filem, jauh di lubuk hati anak kedua dalam keluarga ini memendam impian untuk keluar daripada zon selesa itu.

"Isu stereotaip bukan benda baru kerana watak kelakian dan kasar dalam kebanyakan lakonan saya. Sebagai pelakon, tentu saya berhajat untuk mencuba watak yang lebih berat, beremosi dan mencabar kemampuan diri.

"Sayangnya, sehingga kini banyak tawaran watak yang berbeza dan baru itu terpaksa saya tolak kerana pertindanan jadual kerja. Sebab itu, saya masih terkandas dengan watak yang sama," akuinya.

Namun, Scha tidak mahu terus selesa di takuk yang sama. Atas iltizam untuk terus berkembang, dia merancang mengikuti kelas lakonan pada tahun depan bagi memantapkan penghayatan lakonannya.

"Saya perlu 'keluar' daripada pandangan lazim penonton terhadap lakonan saya untuk melonjakkan diri ke tahap lebih tinggi. Pada tahun depan, saya mahu mengikuti kelas lakonan bagi memantapkan mutu lakonan.

"Secara umum, hayat seseorang artis dalam bidang ini tidak panjang ekoran persaingan sengit dan selera penonton yang berubah-ubah.

"Sebagai seorang yang serius dalam bidang ini, saya perlu melengkapkan diri dengan mutu kerja yang lebih baik dari masa ke semasa selagi diperlukan," kongsinya.

Awal pelengkap kekurangan

Soal cinta dan perhubungan, biar puluhan kali diajukan kepada mana-mana artis sekali pun, memang tidak pernah terkecuali daripada topik bualan.

Tiada pengecualian juga bagi Scha. Namun, keterbukaannya dalam berkongsi kisah cintanya dengan pengacara dan pelakon Awal Ashaari cukup menyenangkan.

Ringkas mengulas perkara itu, Scha berkata, pendekatan yang dipilihnya iaitu berterus-terang tentang soal cintanya adalah kunci yang mengurangkan kontroversi murah terus bertandang.

"Sejak awal lagi, kami tidak pernah bersembunyi atau berdolak-dalik. Apabila orang sudah tahu, mereka akan berpuas hati dan tidak terus mendakwa itu dan ini.

"Mungkin sebab itu, hubungan saya dan Awal kurang dicemari cerita remeh-temeh atau kontroversi yang bukan-bukan," jelasnya.

Sekalipun kisah cinta yang bersemi sejak dua tahun lalu itu bukan topik segar di kalangan peminat, tarikh keramat yang bakal memaktubkan penyatuan pasangan ini terus mengundang teka-teki.

Malangnya, Scha mengakui kebahagiaan mereka masih tidak dapat dinoktah dengan ikatan perkahwinan, sekali pun perancangan ke arah itu sering dibincangkan.

"Walaupun ramai yang membuat spekulasi kononnya kami akan melangsungkan perkahwinan pada Januari depan, saya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.

"Memang kami kerap berbincang tentang perkahwinan tetapi masih tiada ketetapan yang dibuat kerana kesibukan masing-masing. Apatah lagi untuk menetapkan tarikh tertentu seperti yang dicanangkan itu," hurainya.

Ditanya pula tentang keyakinannya untuk bersuamikan pemuda berusia 30 tahun itu, Scha menyifatkan Awal sebagai pelengkap kekurangan dirinya.

"Selepas dua tahun berkawan, kami semakin mengenali di antara satu sama lain dan bersedia untuk ke fasa seterusnya. Dia (Awal) adalah lelaki yang mengimbangi kekurangan saya.

"Jika saya marah, dia akan tenang untuk mengendurkan ketegangan. Apa juga kelebihan atau kekurangan diri saya diisi olehnya. Saya harap persefahaman dan keserasian ini akan terus bertahan," katanya.

Jadi tomboi lagi

Berkongsi cerita tentang filem terbarunya Aku Bukan Tomboy (arahan Syamsul Yusof) yang bakal muncul di pawagam pada 17 November depan, wanita berketinggian 5 kaki 7 inci ini sudah bersedia untuk menerima pertikaian penonton kerana menggalas watak kasar dan kelakian buat ke sekian kalinya.

Bagaimanapun, Scha punya penjelasan di sebalik persetujuannya memainkan watak tersebut. Katanya, rasa hormat terhadap penerbit filem itu, Datuk Yusof Haslam membuatkannya akur dengan tawaran itu.

"Saya terima watak Farisa/Eisha dalam filem itu semata-mata kerana penerbitnya, Datuk Yusof Haslam. Saya sangat hormat dan kagum dengan kerja beliau dan apabila ditawarkan memegang dua watak.

"Walaupun saya sedar ia pasti mengukuhkan lagi persepsi orang terhadap lakonan saya yang stereotaip, saya telah cuba sebaik mungkin menampilkan beberapa kelainan menerusi watak itu," katanya.

Johan As’ari Kecewa Sikap Izreen Azminda

Posted: 23 Oct 2011 07:52 PM PDT

Aksi Johan dan Izreen sewaktu ditemubual oleh wartawan media elektronik.

PETALING JAYA: Pelakon Johan As'ari agak kecewa dengan tindakan pelakon Izreen Azminda yang bertindak mengeluarkan kenyataan berbaur negatif tentangnya kepada media.

Menurut Johan, Izreen sepatutnya berjumpa dan menyelesaikan masalah 'cinta' mereka terlebih dahulu sebelum menggembar-gemburkan perkara itu kepada orang ramai.

"Saya tak ingat apa-apa tentang janji yang pernah saya lafazkan sebelum ini tetapi terus-terang kami memang rapat sebagai seorang kawan.

"Pada saya, cinta itu bukanlah perkara yang boleh dimain-mainkan. Kalau jodoh saya sudah sampai, baru saya boleh katakan cinta tetapi dengan dia belum tahap bercinta kerana pada saya cinta itu sangat agung," katanya menjelaskan tentang kenyataan Izreen mendakwa mereka pernah bercinta sebelum ini.

Izreen akui sudah memutuskan hubungan cinta dengan Johan akibat terkilan dengan sikap lelaki itu yang enggan mengaku tentang status hubungan cinta mereka yang bermula pada Mei lalu.

Selain itu, punca lain yang lebih menyakitkan hati Izreen apabila melihat gambar-gambar berdua-duaan melibatkan pelakon Fasha Sandha dengan bekas kekasihnya itu.

Difahamkan gambar tersebut diambil untuk tujuan promosi drama Cinta Elysa yang dilakonkan oleh Fasha dan Johan.

"Saya dengan Fasha pun berkawan sama seperti saya berkawan dengan Izreen. Saya menganggap mereka ini sebagai rakan artis yang boleh berkongsi pengalaman untuk sama-sama menaikkan industri seni tempatan kerana saya mahu menjadi pelakon yang berjaya.

"Selepas selesai penggambaran drama Cinta Elysa, saya tidak berjumpa dengan Fasha lagi. Tentang gambar itu, saya rasa tidak salah untuk mempromosikan drama itu dan tiada apa-apa yang pelik berlaku," katanya yang baru pulang dari Pulau Pangkor bagi menghadiri program Biro Tata Negara (BTN) anjuran Jabatan Perdana Menteri.

Johan juga kesal dengan sikap Izreen yang tidak pernah memberikan respons yang baik walaupun dia sudah meminta maaf kepada Izreen.

"Saya sudah minta maaf dengannya atas apa yang berlaku, tetapi dia tidak pernah meminta maaf dengan saya setelah mengeluarkan kenyataan yang memburukkan nama saya.

"Saya berharap selepas ini tiada lagi cerita seperti ini dikeluarkan kerana beri ruang kepada saya untuk berkarya dalam industri," ujarnya.

Ramona Amalkan Petua Kecantikan Ibu

Posted: 23 Oct 2011 07:51 PM PDT

DUNIA kecantikan dengan Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam (Ramona Zamzam), 21, (gambar) bagaikan tidak mampu dipisahkan. Lebih-lebih lagi dia merupakan seorang model dan pelakon yang mementingkan penampilan kerana mahu sedap dipandang.

Jadi tidak hairanlah dia berjaya mendapat kedudukan tempat ke-5 dalam pertandingan Dewi Remaja 2010/2011.

Menyoroti perjalanan karier seni Ramona, pada awalnya dia sudah menyertai bidang peragaan dan lakonan sebelum memasuki pertandingan tersebut.

"Saya mula menceburi bidang peragaan pada usia 12 tahun dan pertama kali wajah saya dirakamkan sewaktu sesi fotografi untuk cover majalah Bintang Kecil.

"Selepas itu, pada usia 14 tahun saya mula berlakon dan pertama kali muncul dalam filem Castello. Seterusnya, filem kedua iaitu 2 Hati 1 Jiwa. Tidak lama lagi, saya akan muncul dalam filem ketiga berjudul Sepah The Movie," katanya yang berasal dari Ipoh, Perak.

Biarpun masih belum dikenali, jelasnya, pertandingan Dewi Remaja sedikit-sebanyak menjadi batu loncatan untuk lebih dikenali dalam industri seni ini.

"Sebelum ini, keluarga sangat mementingkan pelajaran saya dan mahu saya selesai pengajian terlebih dahulu sebelum serius dalam bidang seni.

"Selepas saya menamatkan pengajian, saya akui hati saya masih rindu untuk berlakon. Saya juga pernah memasuki kelas vokal dan belajar membuat catwalk," katanya yang mempunyai darah kacukan Melayu, Pakistan, Jerman dan Thailand.

Pengambilan madu

Memandangkan dia merupakan anak sulung daripada dua beradik, Ramona sangat rapat dengan ibu dan banyak menimba ilmu kecantikan daripada ibunya itu.

"Banyak petua yang dikongsi oleh ibu saya seperti mengamalkan pengambilan madu yang disapu pada muka untuk mengecutkan jerawat kerana dalam madu mempunyai bahan yang mengandungi anti bakteria.

"Saya turut menyapu yogurt pada muka yang bertujuan menghaluskan kulit muka. Apabila menjalani penggambaran di luar, saya akan menggunakan krim pelindung cahaya matahari pada kulit.

"Sementara untuk penjagaan kulit badan, saya menyapukan tomato yang telah dihancurkan dan dicampurkan dengan serbuk susu.

"Selain itu, saya rajin membuat rawatan skrub badan dan menyapu losyen pada badan atau kadangkala saya melakukan rawatan kecantikan di spa.

"Mama saya juga selalu memberi saya minum lemon madu yang mempunyai khasiat untuk badan," katanya mengenai serba sedikit petua yang dikongsi kepada OopStarz!

Tambahnya: "Banyak lagi petua yang dikongsi oleh mama. Semasa di sekolah rendah, mama mengajar saya untuk menyapu putih telur pada muka.

"Untuk rambut, saya melakukan amalan meramas bunga raya dengan air sehingga keluar lendir sebelum menyapunya. Satu perkara lagi, boleh juga menyapu rambut dengan santan dan selepas itu membalut kepala menggunakan tuala.

"Kalau dulu, saya rajin membuat rawatan rambut ini tetapi sekarang agak kurang dilakukan kerana sibuk dengan urusan kerja," katanya.

Bagi memastikan barangan mandian seperti syampu badan, syampu rambut dan deodoran sentiasa mencukupi, Ramona akan membeli stok barangan tersebut lebih banyak.

Apabila mengembara atau bercuti ke mana-mana, dia turut menyediakan barangan mandian secara berasingan yang bersaiz kecil.

Seperkara tentang Ramona, dia agak bertuah kerana mempunyai tubuh badan yang kecil dan jarang naik berat badan walaupun tidak mengawal pemakanannya.

"Saya makan ikut selera sendiri dan tidak mengamalkan diet kerana saya tidak mengalami masalah berat badan.

"Saya tak amalkan minum air semasa dan selepas makan sejak di tingkatan tiga. Saya akan minum setengah jam selepas itu bagi membantu sistem pencernaan. Kalau saya tidak tahan pedas, baru saya akan minum.

"Saya kena jaga perut kerana sewaktu di sekolah menengah, saya menyertai pasukan sorak," katanya yang meminati sukan renang dan badminton.

Laluan Sukar Alvin Untuk Jadi Penyanyi

Posted: 23 Oct 2011 07:51 PM PDT

PENGALAMAN 17 tahun melalui setiap liku hidup dalam industri seni tanah air banyak mengajar penyanyi Alvin Anthons, 35, (gambar) agar menjadi seorang yang lebih positif.

Setiap turun naik, jatuh bangun yang dilalui oleh pemuda berbintang Sagittarius ini pasti akan dikenang sampai bila-bila dan menjadi kekuatan untuknya meneruskan hidup ini.

"Kehidupan yang dilalui seseorang itu berbeza bergantung kepada pengaruh sekeliling. Ada yang baik dengan saya dan memberikan nasihat serta sokongan dengan hati yang ikhlas.

"Malah ada juga sebaliknya yang datang untuk mempergunakan kita. Setiap jenis orang yang berada di sekeliling mampu mempengaruhi fizikal dan mental kita sekali gus membuatkan kita berfikir untuk menjadi orang yang baik pada masa akan datang.

"Kita tidak mengetahui masa depan masing-masing. Tetapi kita perlu pandai untuk mengendalikan setiap cabaran yang dilalui ini dengan belajar daripada kesilapan," katanya kepada OopStarz!

Sebelum bergelar penyanyi, pemuda berbangsa India ini pernah bekerja di belakang tabir selepas menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Dalam masa yang sama, dia melanjutkan pelajaran peringkat A Level di Advance Tutorial Centre (ATC), Kuala Lumpur dan seterusnya mengikuti pengajian diploma dalam bidang perniagaan di Kolej Binary.

"Saya pernah bekerja sebagai kru di syarikat mengurus acara hampir tiga tahun. Saya juga belajar melihat deejay acara. Selain itu, saya pernah menjadi badut sambilan kurang daripada setahun.

"Pada tahun 2000, saya ditawarkan mengendalikan program bual bicara Let's Talk di RTM selama tiga musim. Saya juga pernah menjadi pengacara majlis untuk pertandingan ratu cantik melibatkan Miss World Malaysia 2007, Deborah Henry dan sebuah lagi acara membabitkan Miss World Malaysia 2008, Soo Wincci.

"Paling membanggakan apabila mengendalikan konvensyen angkasawan 'Association of Space Explorers Congress' pada tahun lalu."Sekarang, saya sudah mempunyai syarikat sendiri yang mengurus acara iaitu Mainstream Entertaiment sejak tahun 2000.

"Karier saya lebih meluas sebagai ahli perniagaan, hos televisyen, pengacara majlis dan penyanyi," katanya yang mengakui penguasaan bahasa Malaysia dengan baik memberikan banyak kelebihan kepadanya.

Bermula dari minat menyanyi di bangku sekolah dan menubuhkan kumpulan muzik, Alvin mula bergelar penyanyi rakaman pada tahun lalu.

Menariknya, semua lagu dalam albumnya berbahasa Malaysia yang bertemakan cinta dengan adunan muzik pop rock.

"Saya berjumpa dengan komposer Ajai tidak lama dulu dan baru tahun lalu kami merancang untuk membikin single pertama saya berjudul Berdua yang baru diputarkan di corong radio.

"Selepas ini, saya akan tampil dengan tiga single lagi sebelum menerbitkan album mini," katanya yang turut mengikuti kelas vokal dan bakal tampil dengan muzik video.

Muzikal In Perfect Harmony Suntik Semangat Muhibah

Posted: 23 Oct 2011 07:50 PM PDT

JUJURNYA, muzikal In Perfect Harmony: A Malaysian Musical Journey anjuran Star Publications (M) Berhad dengan kerjasama Dama Musical Production bukan hanya sebuah pertunjukan nyanyian dan tarian yang berteraskan hiburan semata-mata.

Benar, setiap mata dan jiwa yang hadir memenuhi segenap ruang Pentas 1, Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC) itu pasti terbuai dengan kronologi persembahan yang berdurasi hampir tiga jam itu.

Namun, yang harus dipuji adalah intipati dan mesej tersirat yang diselitkan dalam rangkaian lagu dendangan tiga teraju utama iaitu Tan Soo Suan, Tria Aziz dan Chang Fan Chyi dengan iringan ensemble dan penyanyi-penyanyi undangan seperti Zainal Abidin, Sean Ghazi, Datuk David Arumugam dan The Seasons 4.

Menerusi muzikal arahan Pun Kai Loon yang didedikasikan bersempena sambutan ulang tahun ke-40 akhbar The Star ini, ia meninggalkan dua perkara di akhir pertunjukan.

Persembahan lagu medley Sudirman iaitu Balik Kampung dan Chow KitRoad.

Pertama, ia dilihat bersesuaian dan relevan kepada penonton pelbagai lapisan umur, bangsa dan latar belakang. Justeru, apa juga lagu tanpa mengira bahasa dan penyanyi asalnya dirasakan begitu dekat dengan penonton.

Kedua, paduan elemen penceritaan oleh personaliti radio veteran Patrick Teoh dan jenaka bersahaja pelawak Douglas Lim sebagai seorang deejay radio, berjaya mengundang tawa dan membuatkan kita berfikir sejenak.

Teoh cekap mengemudi perjalanan muzikal ini dengan gaya santai dan petah mengatur bicara.

Butiran peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam dan luar negara sejak dekad 70-an hingga kini yang dikongsinya itu banyak meninggalkan impak khususnya dalam mengukuhkan jati diri anak Malaysia.

Juga patut dipuji, pemilihan lagu-lagu dari era 70-an (seiring dengan penubuhan akhbar itu) hingga 2000 dalam pelbagai bahasa itu sendiri adalah satu bentuk penyatuan sebenarnya, sama ada secara sedar atau tidak.

Ensemble muzikal ini membelek edisi pertama akhbar The Star yangditerbitkan pada 1971.

Menerusi penganjuran muzikal ini, kita dapat melihat bahawa tidak sukar atau rumit pun untuk mengukuhkan ikatan muhibah antara kaum.

Apa yang penting, kita perlu bijak memilih platform terbaik untuk menjadikan sesuatu perkara itu relevan kepada semua bangsa. Jika kena pada caranya, tiada sebab untuk kita tidak boleh bersatu.

Ambil saja muzikal ini sebagai contoh, seluruh dewan bersatu dan berkongsi gelak tawa, berhibur dan menyanyi bersama-sama rangkaian lagu pelbagai bahasa yang dipersembahkan itu dalam suasana harmoni.

Bagi yang belum berkesempatan untuk menonton muzikal ini, dua pertunjukan terakhir pada hari ini iaitu pada pukul 3 petang dan 8.30 malam tidak harus dilepaskan.

Hubungi kaunter tiket KLPac di talian 03-4047 9000 atau layari thestar-inperfectharmony.com untuk maklumat lanjut dan melihat galeri foto muzikal ini.In Perfect Harmony: A Malaysian Musical Journey berlangsung sejak 6 Oktober lalu hingga hari ini.

Penyanyi undangan Sean Ghazimendendangkan lagu Getaran Jiwa,lagenda dan The Moon Speaks ForMy Heart.

Nevermind Imbau Kegemilangan Muzik Nirvana

Posted: 23 Oct 2011 07:49 PM PDT

ALBUM: Nevermind

ARTIS: Nirvana

EDARAN: Univeral Music Malaysia

PESONA dan kredibiliti legenda rock popular Amerika Syarikat, Nirvana tidak perlu diperkenalkan lagi.

Walaupun hanya sempat menghasilkan tiga album studio saja iaitu Bleach (1989), Nevermind (1991) dan In Utero (1993) sebelum kematian penyanyi utama yang juga gitarisnya, Kurt Cobain, impak muzik yang diperjuangkan Nirvana cukup berbekas dalam jiwa penggemar genre grunge dan rock alternatif.

Album kedua mereka, Nevermind yang dipasarkan pada 24 September 1991 terjual lebih 30 juta unit di seluruh dunia dan disifatkan sebagai album paling berjaya dan digilai ramai.

Selain empat lagu single yang dipertaruhkan kepada umum iaitu Smells Like Teen Spirit, Come As You Are, Lithium dan In Bloom, lapan lagi trek dalam album ini juga menghiburkan dan dapat mengimbau era kegemilangan Nirvana di awal dekad 90-an.

Dengarkan saja lagu-lagu rancak seperti Breed, Territorial Pissings, Stay Away dan On A Plain yang kaya dengan elemen gitar dan dram atau lagu-lagu slow rock yang mengasyikkan seperti Polly dan Something In The Way. Kepuasan menikmati album terbitan Butch Vig ini menjanjikan nilai tersendiri.

Buat peminat tegar kumpulan yang berasal dari Aberdeen, Washington ini, album khas yang memuatkan 12 trek ini telah berada di pasaran sejak September lalu dengan harga RM39.90.

Selain album tersebut, peminat juga boleh mendapatkan album 4 CD/1 DVD Super Deluxe Edition, Nevermind 20th Anniversary 1 CD Remaster, 2 CD Deluxe Edition, Gatefold Vinyl (4-LP), Live At Paramount DVD dan disk Blu Ray.

Bahagia tidak terkata

Posted: 23 Oct 2011 07:48 PM PDT

HERO MUDA...Tomok bakal mengeggarkan pentas lakonan menerusi filem Mantera.
HERO MUDA...Tomok bakal mengeggarkan pentas lakonan menerusi filem Mantera.

ORANGNYA sederhana dengan susuk tubuh kurus melidi. Tuturnya juga tidak lantang. Begitulah gambaran Shah Indrawan Ismail atau popular dengan sapaan Tomok.

Mula mencipta nama menerusi kumpulan New Boyz lebih sedekad lalu hingga menjadi kegilaan remaja ketika itu, kemudian diangkat sebagai juara program realiti TV, One In A Million 2 (OIAM2), kini Tomok terus merencana perjalanan seninya agar tidak hanyut.

  • Foto

    BUAH HATI...isterinya, Siti Rahayu Abas menjadi penyokong nombor satu di belakang.

  • Foto

    BUAH HATI...isterinya, Siti Rahayu Abas menjadi penyokong nombor satu di belakang.

  • Foto

    SYUKUR...rezeki Tomok makin mencurah sejak berkahwin.

Ternyata anak muda berusia 27 tahun ini sudah jauh lebih matang dengan status dirinya sudah menjadi suami selepas berkahwin dengan Siti Rahayu Abas pada 1 Julai lalu.

Bertemu dengannya pada petang Khamis lalu, Tomok hadir seorang diri namun sudah bersedia berkongsi seribu satu perkembangan terbaru. Belum sempat topik kerjayanya disingkap, persoalan mengenai kehidupan peribadinya pula menjadi pembuka cerita.


Sepanjang mengenali anak kelahiran Kuala Lumpur yang tidak lekang memberikan senyuman ini, Tomok masih remaja yang punya personaliti ceria.


"Saya rasa semuanya terurus dan lengkap. Meskipun berkahwin pada usia muda, saya tidak langsung rasa rugi atau terpaksa melupakan zaman berseronok terlalu awal kerana ikatan perkahwinan ini terlalu indah dan melangkaui imaginasi saya sendiri.

"Setiap hari selepas bergelar suami, saya berasa berbeza dan lebih bermakna berbanding ketika zaman bujang. Mujur isteri begitu memahami dan tidak henti-henti memberi sokongan kepada saya baik dalam soal peribadi mahupun kerjaya.

"Tidak sekadar isteri yang menjaga hal ehwal keluarga dan makan pakai saya, malah isteri juga saya umpamakan seperti sahabat karib yang menjadi tempat saya meluahkan apa saja.

"Jika memikirkan soal peminat akan lari dan berkurangan kerana sudah berkahwin, ia hanya satu stigma dan saya tidak percaya sekelumit pun mengenainya.

"Peminat saya hari ini ialah mereka yang mengikuti perkembangan saya sejak dulu. Mereka matang dan membesar bersama saya dan saya yakin mereka akan kekal bersama saya walaupun kini sudah menjadi suami," katanya.

Kerjaya seni Tomok kini menyerlah. Bukan sekadar tampil dengan album solo, Tomok menampilkan 12 lagu termasuk Berlari, Bagai Bidadari, Kisah Kita dan Merentas Masa, anak keempat daripada enam beradik ini bakal mengecapi kegemilangan dalam seni lakonan pula.

Tomok yang baru pulang dari Istanbul, Turki bagi menjalani penggambaran filem terbarunya, Istanbul Aku Datang, menganggap semuanya sudah tertulis buatnya.

Katanya, kerjaya bertambah baik dan rezeki juga datang mencurah-curah berkat semangat dan rezeki mendirikan masjid.

Paling menjadi fokusnya sekarang dan mengundang seribu satu perasaan bimbang apabila filem sulung lakonannya, Mantera yang bakal menjengah pawagam, tahun depan.

"Ini adalah satu lagi pencapaian peribadi saya sebagai anak seni apabila berpeluang menerajui watak utama bagi filem hebat seperti Mantera. Mana tidaknya, ia adalah percubaan pertama saya dan filem ini adalah sebuah karya yang begitu tinggi kos pembikinannya, selain menjalani penggambaran di luar negara termasuk Russia.

"Kononnya filem ini menceritakan perihal pelajar robotik yang berdepan dengan satu kejadian yang pelik hingga menarik dirinya sekali terjerumus dalam satu senario yang sungguh luar biasa.

"Bayangkan, karya anak tempatan sendiri sudah mampu menggarap sebuah plot cerita berteknologi tinggi dengan kecanggihan pembikinan yang berkualiti.

"Sejak awal lagi ketika meneliti skripnya, saya sudah tertarik dan berharap agar terpilih bagi memegang watak Azman. Maklumlah ia sebuah filem yang punya 'jiwa' seakan-akan Iron Man dan Transformers yang sememangnya menjadi kegemaran saya.

"Kemudian disulam pula dengan elemen drama dan mainan emosi yang sempurna dan mampu mengikat perhatian penonton. Apabila melihat hasilnya, saya sendiri bangga dan tidak sabar untuk ditayangkan kepada peminat," katanya.

Memegang watak Azman dalam filem bergenre drama dan aksi teknologi tinggi ini, Mantera mengisahkan perjalanan seorang pemuda bersama gadis yang akhirnya menambat hatinya, Dina lakonan Shikin Kamal yang berkongsi minat sama iaitu lapangan robotik dan pemasangan peralatan robot.

Mereka berdua berjaya membina motosikal berkuasa tinggi yang asasnya adalah peralatan canggih robotik. Entah di mana silapnya, Azman terikat dengan kuasa hebat ciptaannya sendiri hingga menyebabkan jasadnya bertukar menjadi robot.

Mantera yang diterbitkan FlareStudio mengisahkan pergolakan dua kumpulan rahsia yang menguasai dunia dari sebalik tabir iaitu Alliance of Light dan Dark Legions.

Dark Legions melalui syarikat Weston Tech membangunkan senjata rahsia, Mantera iaitu singkatan 'Man Transformable Exo-Robotic Armor' yang juga sistem motosikal dan sarung tangan nano dan boleh berubah menjadi baju perisai robotik.

Bagaimanapun, ketua pereka Mantera iaitu Dr Natasha yang menyedari niat jahat ketuanya cuba untuk mensabotaj dan memusnahkan sistem Mantera itu.

Dia menghilangkan diri bersama kertas kerja Mantera. Namun sisa dan cebisan Mantera secara tidak sengaja dihantar kepada pelajar IT di Malaysia iaitu Azman lakonan Tomok lalu bermulalah era 'superpower' Azman.

Satu lagi rezeki baru Tomok ialah dipilih menjadi ikon kempen syarikat minuman antarabangsa, Coke.

Katanya, selain menjadi jurucakap, Tomok juga berpeluang berduet bersama kumpulan popular dari Britain yang juga terbabit dalam kempen sama iaitu One Night Only.

Setakat ini, Coke menyediakan beberapa perancangan buat saya termasuk merakamkan lagu dan klip video di London, pertengahan bulan ini serta bersedia untuk mengadakan konsert besar pada Disember nanti.



PROFIL:

Nama penuh: Shah Indrawan Ismail
Tarikh lahir: 17 Mei 1984
Umur: 27 tahun
Tempat lahir: Kuala Lumpur
Keluarga: Anak keempat daripada enam beradik
Status: Suami kepada Siti Rahayu Abas
Kerjaya: Penyanyi, pelakon dan jurucakap produk

Album bersama New Boyz: Sejarah Mungkin Berulang (1999), Akur (2000), Wirama (2001), Inspirasi (2003), The Best Of New Boyz (2004), Bermula Satu Evolusi (2005) dan Semula Padaku (2007)

Album solo: Tomok (2011)
Drama VCD: Pulau Inspirasi, Meraung
Filem: Istanbul Aku Datang, Mantera
Jurucakap produk: Coke
Pencapaian: Juara One in a Million 2 (OIAM2)

Bersilat 20 minit halau penyamun

Posted: 23 Oct 2011 07:46 PM PDT

BUKTI …Kamaruddin menunjukkan parang digunakan suspek untuk menyamun rumah warga emas  di Kampung Gong Nangka, Jertih, kelmarin.
BUKTI …Kamaruddin menunjukkan parang digunakan suspek untuk menyamun rumah warga emas di Kampung Gong Nangka, Jertih, kelmarin.

JERTIH: Seorang warga emas terpaksa menggunakan kemahirannya bersilat selama 20 minit sebelum berjaya membuatkan penyamun bersenjatakan parang yang memecah masuk ke rumahnya melarikan diri dalam kejadian di Kampung Gong Nangka, Apal, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 11 malam, Abdul Ghani Jusoh, 65, bersama isterinya berusia 68 tahun yang nyenyak tidur dikejutkan dengan bunyi benda jatuh di dapur rumah lalu keluar dari bilik tidur untuk memeriksa.


Menurutnya, dia pada mulanya menyangka bunyi itu berpunca daripada kucing peliharaannya mengejar tikus sebelum terkejut apabila terserempak dengan seorang lelaki bersenjatakan parang di dapur rumahnya.

"Lelaki terbabit yang memegang sebilah parang terus menerkam saya dan berlaku pergelutan selama 20 minit yang menyebabkan saya cedera di dada dan bahu kanan akibat terkena torehan parang lelaki itu.


"Walaupun uzur saya tetap bersemangat untuk melawan lelaki itu dan menggunakan pengalaman ketika aktif bersilat pada zaman remaja untuk melawannya," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut (IPD) Besut di Kampung Raja, di sini, semalam.


Menurutnya, lelaki terbabit melarikan diri manakala dia dikejarkan ke Hospital Besut oleh jiran sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, bagaimanapun dibenarkan pulang kira-kira jam 10 pagi semalam.

Abd Ghani yang luka di dada dan bahu akibat pergelutan itu menerima 10 jahitan di bahagian terbabit.


"Saya dan isteri yang menghidap penyakit lumpuh tidak menyangka penyamun sanggup memecah masuk rumah kerana kami tidak memiliki barang berharga," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Zakaria berkata, polis yang dimaklumkan kejadian berkenaan bertindak pantas berusaha mengesan suspek sebelum menahannya dengan bantuan penduduk dan Unit Kawalan Kampung Bukit Kenak, di sini, pada jam 8 pagi semalam.


"Suspek yang dalam keadaan keletihan ditemui dalam semak di Kampung Bukit Kenak, kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian, bersama dua bilah parang dipercayai diambil dari rumah mangsa ketika memecah masuk rumah itu," katanya.

Boleh tempah melalui SMS

Posted: 23 Oct 2011 07:45 PM PDT

SUBANG JAYA: Pilih wanita mengikut selera masing-masing melalui Internet dan tempah melalui SMS. Begitulah mudahnya khidmat disediakan `Pretty Women Club' atau Kelab Wanita Cantik kepada lelaki hidung belang untuk mendapatkan teman sosial di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang dan Perak.

Lebih memeranjatkan, sindiket memperdagangkan wanita berusia 19 hingga 24 tahun dari China, Vietnam, Myanmar, Indonesia dan Filipina itu menawarkan khidmat secara terbuka dengan membuka blog khas yang boleh dilayari sesiapa saja.

Pelanggan hanya perlu melayari blog disediakan untuk memilih nama wanita yang turut disertakan gambar di lapan pusat operasi disediakan dan jika berkenan, terus hantar SMS kepada mereka tanpa melalui orang tengah atau bapa ayam.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner (ACP) Abdul Jalil Hassan ketika dihubungi berkata, kaedah digunakan Kelab Wanita Cantik adalah cara terbaru sindiket memperdagangkan wanita di negara ini.


Sehubungan itu, katanya, polis akan menjalankan siasatan lanjut mengenai sindiket berkenaan dalam usaha membasmi kegiatan tidak bermoral itu.

Sindiket seleweng diesel subsidi tumpas

Posted: 23 Oct 2011 07:44 PM PDT

PERIKSA...anggota  PGM) Wilayah 1 Pelabuhan Klang memeriksa  lori tangki yang dirampas.
PERIKSA...anggota PGM) Wilayah 1 Pelabuhan Klang memeriksa lori tangki yang dirampas.

PELABUHAN KLANG: Pasukan Gerakan Marin (PGM) Wilayah 1 Pelabuhan Klang menumpaskan sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi di sebuah premis, di sini, Jumaat lalu dengan nilai keseluruhan rampasan RM22,000.

Pegawai Memerintah PGM Wilayah 1, Deputi Superintendan Norzaid Muhammad Said berkata, serbuan dilakukan selepas mendapat maklumat orang awam.


Menurutnya, serbuan pada jam 6.30 petang itu membabitkan tiga anggota daripada markas operasi PGM yang menyerbu premis di Jalan Emas, Jalan Tepi Sungai, di sini, apabila melihat sebuah lori tangki berwarna putih model Nissan yang mencurigakan.

"Operasi diketuai Inspektor Mohd Zamri Mohd Noor itu merampas sebuah lori tangki yang bermuatan diesel.


"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati kira-kira 5,500 liter minyak diesel bersubsidi yang sudah dipam masuk ke dalam muatan lori berkenaan," katanya.


Menurutnya, premis yang diserbu itu dipercayai dijadikan stor bagi menjalankan aktiviti pemindahan minyak diesel bersubsidi dari tong simpanan diesel ke dalam muatan lori tangki.

Norzaid berkata, dalam serbuan itu pasukannya turut menahan pemandu lori berusia 43 tahun dan tiga lelaki yang bekerja sebagai penjaga stor di premis itu kerana gagal menunjukkan bukti berdokumen berhubung kegiatan yang dijalankan.


"Empat suspek itu ditahan kerana gagal menunjukkan dokumen Jual Beli dan Menyimpan Minyak Diesel dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya.

MU kena buli

Posted: 23 Oct 2011 07:44 PM PDT

MANTAP...Dzeko (kiri) meraikan gol pertamanya.
MANTAP...Dzeko (kiri) meraikan gol pertamanya.

MANCHESTER: Manchester United dimalukan musuh setempat, Manchester City apabila dibelasah 6-1 di laman sendiri sekali gus memberikan pengiktirafan kepada skuad kendalian Roberto Mancini itu sebagai pencabar utama kejuaraan Liga Perdana musim ini.

Juara bertahan United yang terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila Jonathan Evans dibuang padang menyaksikan gawang mereka dibolosi lima kali pada babak kedua dengan Mario Balotteli dan Edin Dzeko masing-masing menyumbat dua gol.


Kemenangan besar itu membolehkan City yang digelar 'jiran kecoh' oleh penyokong United terus menerajui liga dengan mengumpul 25 mata selepas sembilan perlawanan.

Pengurus City, Mancini membuat kejutan dalam senarai kesebelasan utamanya apabila menyenaraikan Balotteli yang mencuri tumpuan berikutan insiden kebakaran bilik airnya akibat bunga api kira-kira 24 jam sebelum perlawanan bermula untuk bergandingan dengan bintang Argentina, Sergio Aguero di bahagian serangan.


Namun pertaruhan itu tampak berhasil apabila, penyerang Itali itu meletakkan pasukan pelawat di depan pada minit ke-22 selepas rembatan leretnya dalam kotak penalti gagal diselamatkan penjaga gol, David De Gea.


Ketinggalan 1-0, United yang buntu untuk mengancam kubu musuh ketatnya cuba mengatur serangan lebih kemas namun beberapa percubaan mereka mudah dipatahkan.

Wayne Rooney mempunyai peluang terbaik pada minit ke-36 bagaimanapun rembatannya tepat ke arah dakapan penjaga gol City, Joe Hart.


Bersambung babak kedua, malang terus menimpa anak buah Alex Ferguson apabila kehilangan pemain pertahanan, Evans yang dilayangkan kad merah kerana menarik Balotelli yang sedang mara ke dalam kotak penalti.

Kesempatan itu digunakan sebaik-baiknya City untuk memulakan kenduri gol di Old Traf- ford menerusi gol kedua Balotteli pada minit ke-60 dan Aguero sembilan minit kemudian.


Skuad Red Devils cuba bangkit menerusi gol Darren Fletcher pada minit ke-81 namun penyerang gantian Dzeko kembali melebarkan jurang dengan menyumbat gol keempat City pada minit ke-89.


City terus berpesta apabila Silva yang melakukan serangan pantas berjaya merembat masuk gol kelima pada minit ke-91 sebelum Dzeko melengkapkan malam gemilang anak buah Mancini dengan menghasilkan gol keenam sementara United meratapi kekalahan pertama musim ini.

Tamara santai atas duit

Posted: 23 Oct 2011 07:42 PM PDT

KAYA...Tamata berharap dapat membabitkan diri dalam siri televisyen dengan pelancaran programnya sendiri,  Billion $$$ Girl.
KAYA...Tamata berharap dapat membabitkan diri dalam siri televisyen dengan pelancaran programnya sendiri, Billion $$$ Girl.

SEMENTARA kebanyakan kita jarang sekali tahu bagaimana rasanya memiliki wang kertas 50 pound dengan jumlah yang banyak, model, Tamara Ecclestone kelihatan santai berbaring di atas timbunan wang sambil berbogel.

Model terbabit berbogel semata-mata untuk sesi fotografi bersama jurugambar ternama, Tyler Shields.

  • Foto

    AKSI...Tamara dengan aksi menggoreng telur, sementara tumit tinggi Christian Laboutin miliknya menghiasi kabinet dapur di kediamannya.

  • Foto

    BERGAYA...aski Tamara menyapu sampah di jalan raya di London dengan pakaian glamor.

Sambil berbaring di atas katil yang dipenuhi wang 1 juta pound (RM5 juta), wanita berusia 27 tahun itu menunjukkan kekayaannya dengan berpura-pura menyeterika wang berkenaan walaupun dalam kehidupan sebenar dia mungkin tidak pernah melakukan kerja sedemikian.

Dalam babak lain sesi fotografi di rumah agam miliknya yang bernilai 50 juta pound (RM250 juta) itu, Tamara juga berpura-pura menggoreng telur, sementara sepasang tumit tinggi Christian Laboutin tersadai di atas permukaan kabinet dapurnya.


Tamara kemudian keluar ke jalan raya di London sambil menyapu kaki lima jalan raya pada waktu tengah malam dengan memakai pakaian glamor dan seksi.


Ejen Shields memberitahu The Sun: "Shields bertanya sekiranya Tamara mempunyai wang tunai 1 juta pound dan dia berkata, dia sudah pun berbaring di atasnya.
Jadi, Shields meminta Tamara berbaring diatasnya tanpa seurat benang pun."

Tamara bergaya untuk sesi fotografi itu sempena pelancaran siri realiti televisyen dilakonkannya, Billion $$$ Girl yang bakal ditayangkan di Saluran 5.

Dia berharap siri itu dapat menonjolkan dirinya yang sebenar, berbanding tanggapan masyarakat yang mengenalinya sebagai anak perempuan CEO Formula Satu, Bernie Ecclestone.

Tamara berkata: "Saya seronok menjalani sesi fotografi bersama Shields kerana dia sangat kreatif dan berbeza daripada apa yang pernah saya lakukan.

"Dalam rancangan TV baru yang saya lakonkan, saya cuba untuk menonjolkan diri Tamara yang sebenar berbanding dikenali sebagai anak perempuan Bernie. Saya percaya sesi fotografi bersama Shields membolehkan saya menunjukkan diri saya yang sebenar," katanya.

Walaupun melancarkan rancangannya sendiri, Tamara sememangnya peminat setia program realiti TV dan dia kerap menulis di Twitter menge�nai X Factor sejak rancangan itu bermula.

Sabtu lalu, dia menyalahkan seluar panjang ketat dipakai peserta program itu, Frankie Cocozza kerana ia menjejaskan suaranya.

Selepas menyuarakan minatnya kepada Johnny Robinson dan Misha B, dia menulis: "Frankie tidak mempunyai suara yang hebat dan saya setuju dengan kedudukannya pada dua tangga paling bawah. Mungkin seluar ketat dipakai menjejaskan suaranya."

Sementara itu, Shields adalah jurugambar paling sensasi merentasi Atlantik pada masa ini dan pernah melakukan sesi fotografi bersama Lindsay Lohan, Heather Morris daripada siri Glee dan Mischa Barton.

Ducati mampu milik

Posted: 23 Oct 2011 07:42 PM PDT

BERKUASA...Dr Ng (tengah) mencuba  Ducati Monster 795 yang turut disaksikan (dari kiri) SM Faisal, Valentino Rossi, SM Zulkifli dan Timbalan Presiden Ducati Motor Holding, Cristano Silei pada majlis perasmian.
BERKUASA...Dr Ng (tengah) mencuba Ducati Monster 795 yang turut disaksikan (dari kiri) SM Faisal, Valentino Rossi, SM Zulkifli dan Timbalan Presiden Ducati Motor Holding, Cristano Silei pada majlis perasmian.

NEXT Bike Sdn Bhd (Next Bike), anak syarikat Kumpulan Naza yang menjadi pengedar tunggal motosikal berkuasa tinggi, Ducati menawarkan harga lebih rendah bagi model terbarunya Monster 795 pada harga RM59,900 seunit berbanding model sama sebelum ini.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Naza, Datuk SM Zulkifli SM Amin berkata, harga mampu milik itu dapat ditawarkan berikutan kerja pemasangan motosikal itu dilakukan di Thailand yang termasuk dibawah zon Kawasan Perdagangan Bebas Asean (AFTA).


"Orang ramai boleh mula menempah model terbaru berkuasa 800cc ini di laman web www.ducati.com.my dan hanya perlu membayar deposit RM1,000 dan dijangka mula menerimanya pada Disember ini.

"Sejak ia dilancarkan dua minggu lalu, syarikat sudah menerima 90 tempahan dan jumlah ini dijangka terus bertambah kerana model ini menawarkan reka bentuk yang eksklusif," katanya pada majlis pelancaran model itu di Kuala Lumpur.


Turut hadir pada majlis perasmian di peringkat global itu ialah Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Syarikat Naza, Datuk Wira SM Faisal SM Amin dan juara sembilan kali MotoGP, Valentino Rossi.


Katanya, Kumpulan Syarikat Naza menyasarkan pertumbuhan jualan motosikal Ducati sehingga 300 peratus tahun depan bersandarkan kepada pengenalan model Ducati Monster 795.

Lindsay Lohan cuci tandas di rumah mayat

Posted: 23 Oct 2011 07:41 PM PDT

BEREHAT... Lindsay merokok sebelum menyambung tugas menyental bilik air di rumah mayat.
BEREHAT... Lindsay merokok sebelum menyambung tugas menyental bilik air di rumah mayat.

LOS ANGELES: Usaha Lindsay Lohan untuk mengubah imejnya dan membersihkan rumah mayat di Los Angeles, akhirnya bermula.

Sumber memberitahu TMZ, bintang bermasalah yang berusia 25 tahun itu bekerja keras selama lapan jam dalam kerja komuniti semalam.

Dia membasuh kain kotor, membersihkan tandas dan juga memberus lantai.

Pelakon 'The Mean Girls' itu seronok melakukan tugas yang diberikan dan bersosial dengan sukarelawan lain.


Dia sepatutnya memulakan tugasnya jam 7 pagi tetapi terlewat dan tidak menghadiri sesi orientasi.


Selesai melakukan 'tugasnya,' Lohan menghantar tiga dozen kek cawan dan burger dari sebuah kedai makanan segera terkenal In-And-Out kepada staf dan sukarelawan sebagai tanda minta maaf.

Sayangnya, permohonan maafnya maafnya itu ditolak.

Penolong Ketua Koroner Ed Winter memberitahu TMZ, dia menolaknya kerana dia menganggap cara itu 'tidak boleh diterima.'

"Kami di sini bukan untuk menerima makanan," katanya.

10 minit tiga kali sehari

Posted: 23 Oct 2011 07:40 PM PDT

pix_middle

SENAMAN dapat membentuk tubuh menawan. Bukan itu saja, ia juga membantu memberikan kesihatan kepada tubuh badan jika dilakukan dengan kerap dan mengikut cara yang betul.

Bagi wanita, memiliki bentuk badan yang sempurna memang diinginkan. Jadi, apa salahnya jika mengubah sikap malas kepada rajin dengan melakukan senaman ringkas yang dapat memberi kebaikan kepada badan terutama pada bahagian tangan, punggung, perut dan kaki agar kelihatan lebih anjal, sekali gus melegakan keletihan.

  • Foto

    LANGKAH PERTAMA...berdiri pada posisi yang betul dengan kaki dibuka mengikut keselesaan masing-masing.

  • Foto

    KEDUA...bengkokkan kaki sehingga badan mencapai sudut 90 darjah.

  • Foto

    KETIGA...ulang langkah pertama dan kedua dalam kiraan 10 hingga 15 kali.

  • Foto

    OTOT LENGAN...berdiri dengan posisi sama. Bengkokkan sedikit kaki kiri dan luruskan tangan menghala ke belakang.

  • Foto

    TARIK...bengkokkan siku sehingga 90 darjah dan tarik hingga paras pinggang dengan keadaan jari digenggam. Ulangi langkah sama dalam kiraan 10 hingga 15 kali.

  • Foto

    KEKUATAN KAKI...berdiri di dinding atau tempat yang stabil.

  • Foto

    TOLAK...tumit kaki ditolak ke atas pada sudut 90 darjah dan ulang cara sama mengikut kiraan biasa.

  • Foto

    BETUL...pastikan kedudukan kaki betul bagi mengelakkan kecederaan. Senaman ini boleh dilakukan ketika menunggu lif, pengangkutan awam atau di pejabat bagi melegakan keletihan selain menganjalkan otot kaki.

Perlu diingat, punggung dan perut adalah otot yang mudah mengembang tetapi paling sukar untuk mengembalikannya kepada bentuk asal jika tidak mengambil berat mengenainya.

Oleh itu, senaman ringkas sebagai satu cara yang boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana saja mengikut tempat kegemaran tanpa perlu mengeluarkan kos perbelanjaan yang tinggi, malah percuma.


Anda hanya memerlukan 10 minit dan lakukannya tiga kali sehari berbanding senaman biasa selama 30 minit. Ia boleh dilakukan di tempat kerja dan di rumah iaitu 10 minit sebelum pergi bekerja, 10 minit ketika waktu rehat atau makan tengah hari serta 10 minit sebelum pulang ke rumah.


Selain melakukan senaman ringkas, ketekunan dan keazaman serta disiplin yang tinggi perlu ada bagi melihat hasil terbaik untuk mendapatkan bentuk asal tubuh.

Apa yang penting, senaman perlu dilakukan dengan betul mengikut peraturan ditetapkan. Jika peraturan dan disiplin tidak diikuti, hasilnya pasti akan mengecewakan, sekali gus rasa malas untuk meneruskan senaman.

Cara yang mudah adalah jadualkan senaman yang ingin dilakukan supaya ia lebih konsisten di samping mempel�bagaikan langkah atau teknik bagi mengelakkan kebosanan kerana melakukan cara yang sama.

Bagi mereka yang baru berjinak-jinak ingin melakukan senaman, ikuti beberapa langkah mudah senaman yang ditunjukkan tiga jurulatih kecergasan bebas, Noor Ashikin Mohd Ruzi, Ada Sandha Anuar dan Dyana Sidek.

Bekerja sambilan suntik nilai positif diri

Posted: 23 Oct 2011 07:38 PM PDT

MASIH BOLEH BERJAYA...tidak salah bekerja sambilan namun perlu akur tanggungjawab hakiki iaitu belajar.
MASIH BOLEH BERJAYA...tidak salah bekerja sambilan namun perlu akur tanggungjawab hakiki iaitu belajar.

DIUKUR dari segi usia, mereka masih muda dan belum bnyak pengalaman di dada namun sikap berani mencuba serta meneroka dunia pekerjaan sambilan cukup membanggakan.

Biarpun menghadapi pelbagai cabaran, mereka tetap optimis, tidak mudah mengalah selain bersemangat membuktikan keupayaan kepada masyarakat biarpun tidak ramai bersetuju kerana berang�gapan ia boleh mengganggu rutin pembelajaran.

  • Foto

    LEBIH BERKEYAKINAN...bekerja sambilan bukan saja mampu memperluaskan jaringan persahabatan, malah membina keyakinan diri untuk bergaul.

  • Foto

    PERLUASKAN HUBUNGAN...bekerja sambilan dapat memperluaskan hubungan baru, sekali gus memudahkan peluang mencari pekerjaan tetap.

  • Foto

    CARI KERJA...bukan mudah mencari pekerjaan pada hari ini tetapi bagi mereka yang sudah ada pengalaman, sudah pasti banyak kelebihannya.

Apatah lagi pengajian peringkat universiti rumit kerana tertakluk pada syarat pencapaian akademik, juga segala aktiviti yang perlu direncana dengan baik bagi memastikan berjaya menamat�kan pengajian.

Benarkah mereka yang ingin belajar berdikari mencari poket sendiri tidak boleh berjaya?


Mungkin ia pengalaman paling berharga sebelum menempuh alam pekerjaan

sebenar selain tidak menyu�sahkan orang lain bagi memenuhi keperluan kewangan.

Mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan Management and Science University (MSU), Lina Hazwani Ainol Kamal berkata, dia lebih senang berdikari mencari duit bagi menampung keperluan perbelanjaan sepanjang tempoh pengajiannya selain berpendapat, ia pengalaman berharga yang sukar diganti.

Menurutnya, keinginannya untuk bekerja sambilan juga didorong rasa tanggungjawab tidak mahu menyusahkan keluarga kerana sedar mereka masih mempunyai tanggungjawab lain yang perlu dilunaskan.

"Keputusan bekerja sambilan datang daripada kesedaran sendiri kerana saya beranggapan tidak salah mencuba sesuatu yang baru. Malah ia juga satu cabaran
kepada diri untuk melihat sejauh mana keupayaan menangani masalah kehidupan.

"Juga atas kesedaran untuk tidak terlalu membebankan ibu bapa membiayai pengajian biarpun selalu menegaskan itu tanggungjawab mereka. Apa salahnya saya berusaha sendiri mencari duit poket asalkan tidak mengganggu pengajian.

"Malah, saya puas menikmati duit diperoleh itu dan bebas membelanjakannya tanpa rasa bersalah kerana ia hasil titik peluh sendiri," katanya.

Pembabitan mahasiswa dalam pekerjaan sambilan bukan baru terutama bagi menampung keperluan pengajian dan peribadi yang semakin meningkat.

Biarpun ada beranggapan ia bakal menjadikan mahasiswa letih, kurang tumpuan, mula culas ke kuliah serta melupakan tanggungjawab terhadap pelajaran, mereka kurang bersetuju biarpun tidak menafikan ada yang tersasar daripada fokus sebenar.

Dia yang bekerja sebagai model pakaian Muslimah secara sambilan beranggapan, segala keputusan atau perancangan terletak pada diri sendiri bagi mencorakkan perjalanan masa depan.

"Dalam konteks ini, diri sendiri yang menjadi penentu kepada kejayaan atau kegagalan manakala orang lain hanya boleh memberi nasihat sebagai panduan.

"Biarpun tarikan alam pekerjaan kuat kerana sudah berupaya menjana pendapatan sendiri, ia tidak seharusnya menjadi penyebab mahasiswa terlupa pada pelajaran, malah perlu sentiasa mengingatkan diri itu hanya kerjaya sementara.

"Dengan cara itu, sudah tentu diri sendiri sentiasa berwaspada dan tahu apakah keutamaan yang perlu dilaksanakan sebelum menceburi alam kerjaya sebenar yang lebih menjanjikan masa depan cerah," katanya mengakui cabaran dihadapi bukan saja di tempat kerja, malah rakan sebaya.

"Ada suka, begitu juga sebaliknya malah lebih teruk melabelkan kami sebagai pelajar yang akan tercicir dalam pengajian hingga ada kalanya mengguris hati.
Bagaimanapun, saya tetap optimis dan mengambil pendekatan berdiam diri,"
katanya.

Ditanya mengapa bidang peragaan menjadi pilihan, dia berkata, semuanya berlaku secara tiba-tiba apabila seorang jurugambar mempelawanya menjalani uji bakat, sekali gus memulakan langkah pertama menjadi model.

Menurutnya, peringkat permulaan berasa kekok, namun selepas hampir setahun, dia semakin berani dan lebih berkeyakinan selain mampu memperbaiki kemahiran komunikasi.

"Sebelum ini saya pemalu, kurang bercakap dan tidak berkeyakinan, namun kini semuanya berubah. Ia peningkatan drastik hasil pendedahan dan pergaulan sepanjang bekerja.

"Sebagai pelajar, aspek ini sangat penting dalam usaha membentuk personaliti positif sebelum menceburi bidang pekerjaan sepenuh masa. Saya menganggapnya sebagai satu aset berguna dan bonus sukar diperoleh," katanya.

Pada masa sama, menggunakan peluang di depan mata untuk meluaskan lagi pergaulan dengan masyarakat sebagai persediaan memasuki alam pekerjaan sebenar.

"Biarpun kerjaya sambilan, saya mampu meraih peluang yang sukar diperoleh pelajar lain terutama bertemu pelbagai lapisan dan ragam masyarakat. Ini secara tidak langsung menjadi satu proses pendidikan untuk mematangkan diri.

"Ia juga sebagai persiapan memperkukuhkan lagi kemahiran sedia ada. Bagi saya, dengan bekerja sambilan, banyak ilmu dan pengalaman diperoleh, bukan duit semata-mata," katanya.

Bagi Tengku Ahmad Hazrin Tengku Hassan, keputusannya membuka perniagaan sendiri sebagai langkah permulaan menceburi bidang keusahawanan kelak selain ingin merasai nikmat 'memegang' duit sendiri.

"Senario pekerjaan masa kini yang sukar diduga memerlukan saya berfikir lebih kreatif untuk mewujudkan peluang pekerjaan sendiri biarpun secara kecil-kecilan.

"Ia juga langkah awal mempersiapkan diri dengan pengalaman dan ilmu sebelum menceburi perniagaan sepenuh masa sebaik tamat pengajian. Saya lakukannya atas dasar minat serta ke�inginan mempunyai duit poket sendiri," katanya.

Mendapat sokongan penuh keluarga, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Grafik ini mengakui kesukaran memperoleh kepercayaan dan memuaskan hati pelanggan adalah cabaran utama memandangkan masih terlalu mentah dalam dunia perniagaan.

Katanya, pelanggan banyak mempertikaikan hasil ciptaannya selain suka mengambil kesempatan kerana beranggapan dia masih belum berpe�ngalaman dengan 'permainan' dunia perniagaan.

"Saya akui, kadangkala perit menghadapi kerenah pelanggan, namun sentiasa berfikiran positif ia adalah pengalaman berharga yang tidak boleh diperoleh melalui pembacaan.

"Sekurang-kurangnya saya sudah ada 'ilmu' sebelum menceburi bidang perniagaan sebenar selain mendidik diri menjadi lebih sabar, berhemah dan berdisiplin.

"Bekerja sambilan banyak menyuntik nilai positif dalam diri," katanya.

Ditanya bagaimana membelanjakan pendapatan diterimanya, dia berkata, sebahagian besarnya disimpan sebagai persediaan modal dan selebihnya untuk membeli keperluan peribadi.

" Saya tidak boros kerana sedar susah memperoleh wang dan menyimpannya demi masa depan. Bagaimanapun, sebagai penghargaan pada diri, turut membelanjakannya bagi membeli barangan dihajati.

"Bekerja sendiri biarpun secara sambilan memberi kepuasan. Lebih membanggakan, saya tidak menyu�sahkan orang lain serta mampu membeli barang diingini dengan titik peluh sendiri," katanya.

Bukan takut tapi sedih

Posted: 23 Oct 2011 07:36 PM PDT

  • Foto

    Peserta Ustazah Pilihan mendengar taklimat sebelum menyempurnakan jenazah.

  • Foto

Peserta Ustazah Pilihan sebak, menginsafi diri selepas melihat pelbagai rupa mayat

TANGISAN sembilan peserta program Ustazah Pilihan untuk tugasan kali keempat bukan disebabkan takut atau jijik melihat mayat yang tidak dituntut tetapi sedih dan sebak melihat nasib jenazah yang tidak disempurnakan keluarga terdekat mahupun saudara mara selepas pergi menyambut panggilan Ilahi.
Sebaik kaki melangkah masuk ke dalam bilik mayat hospital, keadaan tenang mula bergelora sebaik jenazah bayi perempuan yang sudah cukup sifat dibawa masuk oleh petugas hospital apatah lagi ia sebuah realiti yang perlu dilalui dan bukannya rekaan.
Ketika ini, kebanyakan peserta tidak dapat mengawal emosi dan ditenangkan antara satu sama lain dan keadaan agak hiba sebaik peserta bernama Masfira Hilman, 27, tidak lagi dapat menahan sendu di hati.

Ketika ditemui, peserta yang masih berlinangan air mata itu jujur memberitahu, pada mulanya hanya bersimpati melihat keadaan mayat yang tidak dituntut keluarga, tetapi jiwanya mula tersentuh sebaik jenazah bayi perempuan terbabit dibawa masuk di hadapan matanya.

"Saya tidak takut, tidak seram atau berdebar melihat mayat di sini. Ini kerana saya sentiasa mengingatkan diri bahawa saya akan menjadi seperti mereka juga satu hari nanti.

"Apa yang membuatkan saya sebak apabila perasaan mula bercampur baur sebaik bayi tidak bernyawa itu dibawa masuk. Saya teringatkan arwah anak sulung saya yang mengalami keadaan yang sama. Terfikir di hati, jika anak masih hidup, bolehlah saya memberikan ilmu agama dan dunia kepadanya tetapi semua itu tidak akan berlaku," katanya sambil memberitahu kejadian malang itu berlaku ketika dia belajar di Mesir pada 2008.
Ibu kepada dua anak ini juga berkata, dia menangis kerana teringatkan anak di rumah kerana tidak dapat menghubungi mereka disebabkan perlu memberikan komitmen pada program itu.

"Memikirkan apa yang mereka sedang lakukan dan ia satu perasaan yang menyedihkan," katanya yang menganggap tugasan kali ini sungguh bererti buat dirinya yang pertama kali berhadapan dengan mayat serta menjalani proses kafan dan memandikan mayat.

Bagi peserta dari Kelantan, Nur Atieqah Mohd Zainudin, 20, yang bersyukur kerana hajatnya memandikan dan mengkafankan jenazah ditunaikan Allah.
"Saya memang berhajat mahu menunaikan fardu kifayah dan peluang itu akhirnya tertunai dengan menyertai program ini. Syukur kerana saya terpilih melalui pengalaman yang tidak semua orang berpeluang melakukannya.

"Tambahan pula saya anak tunggal, jadi ilmu yang dibekalkan tenaga pengajar dari pihak Astro berguna pada saya pada masa depan. Sebagai anak tunggal, jika ada kematian kepada keluarga, sayalah harapan mereka dan ilmu ini bermanfaat untuk kehidupan seterusnya dan bukan pada program ini saja," katanya yang memberitahu pada awalnya, dia sebagai manusia biasa berdebar-debar ketika mendapat tugasan yang diberikan tetapi setelah ia difikir secara rasional, semua perasaan takut itu lenyap jua akhirnya.

Bagi Maryanti Ramle, 23, tugasan kali ini adalah yang mencabar dan sebagai peserta, dia mahu mempelajari segala ilmu yang didedahkan kepada mereka sebaik mungkin dan tiada istilah takut atau jijik kepada mayat walaupun ia tidak sempurna.

" Ini pertama kali saya menguruskan jenazah dan melihat mayat yang pelbagai rupa. Ada yang lehernya sudah terkulai dan paling menyedihkan ada mayat yang tidak dituntut walaupun sudah lama meninggal dunia," katanya yang memberitahu ilmu teori dan praktikal yang dibekalkan tenaga pengajar yang digelar mereka sebagai Mudirah dan Mursyidah cukup berguna.

Sementara itu, penerbit Ustazah Pilihan, Sazilatul Ahamad, berkata program itu sudah mendapat perhatian ramai dan mempunyai kalangan penontonnya tersendiri.
"Dari minggu ke minggu, sudah ada penambahan jumlah penonton dan saya berharap program ini terus mengumpul peminat dengan ilmu yang bukan saja dapat dikongsi peserta tetapi juga penonton," katanya sambil memberitahu kesungguhan peserta cukup memberangsangkan.

Katanya, Ustazah Pilihan masih lagi berpaksikan pencarian pendakwah unggul dengan memaparkan kepentingan memikul tanggungjawab sebagai wanita Islam yang bukan saja berperanan sebagai isteri atau ibu, malah memikul tanggungjawab sebagai pendidik, pembentuk dan pemimpin generasi akan datang.

Ustazah Pilihan disiarkan di Astro Oasis (saluran 106) dipimpin oleh Dr. Robiah K Hamzah sebagai Mudirah bersama dua Mursyidah iaitu Profesor Dr. Muhaya Mohamad dan Ustazah Zawiyah Hassan.

KNB labur RM85j kukuh perkhidmatan

Posted: 23 Oct 2011 07:34 PM PDT

HOOD (kanan) bersama kakitangan KNB, Mohd Ali A Rahman di ibu pejabat KNB di Petaling Jaya, baru-baru ini.
HOOD (kanan) bersama kakitangan KNB, Mohd Ali A Rahman di ibu pejabat KNB di Petaling Jaya, baru-baru ini.
Ubah model perniagaan tarik pelanggan

KONTENA Nasional Bhd (KNB) menyasar untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan ditawarkannya supaya setanding dengan pengendali perkhidmatan logistik bersepadu bertaraf antarabangsa dalam usaha mengukuhkan kedudukannya dalam industri logistik tempatan dan global yang semakin mencabar.
Dalam tempoh dua tahun akan datang, syarikat itu bercadang melabur RM85 juta bagi mengukuhkan infrastruktur teknologi maklumat (IT), meningkatkan jumlah gudang dan menggantikan trelernya yang berusia lebih daripada lapan tahun.
Ketua Eksekutifnya, Hood Osman, berkata bermula 2009, pihaknya mengubah model perniagaannya dengan menawarkan keseluruhan rantaian perkhidmatan berkaitan logistik kepada pelanggan seiring pertumbuhan pesat industri logistik tempatan dan global.

Susulan itu, KNB kini berjaya berkembang daripada penyedia perkhidmatan pengangkutan kontena kepada penyedia perkhidmatan logistik bersepadu dengan menawarkan perkhidmatan penghantaran hadapan fret antarabangsa, pergudangan dan pengedaran, penyelesaian rantaian bekalan, penyelesaian rantaian hawa dingin dan logistik halal.

"Kami akan menumpukan perbelanjaan modal bagi tempoh dua tahun akan datang kepada usaha mengukuhkan infrastruktur IT, menambah baik gudang, menggantikan kepala treler dan menambah bilangan trak yang kami miliki.

"Kini, KNB mempunyai 1,400 pekerja, 392 kepala treler dan 55 trak konvensional. Kami bercadang meningkatkan jumlah trak konvensional kami kepada 150 unit dan kepala treler kepada 400-450 unit dalam tempoh dua tahun akan datang," katanya ketika ditemui di ibu pejabat KNB di Petaling Jaya, baru-baru ini.
Hood berkata, beliau yakin dengan menawarkan keseluruhan rantaian perkhidmatan logistik, KNB akan kekal kukuh sebagai peneraju utama penyedia perkhidmatan logistik bersepadu di negara ini.

Beliau berkata, bermula tahun depan, pihaknya menjangkakan 40 peratus pendapatannya akan disumbangkan perkhidmatan pengangkutan kontena manakala 60 peratus akan disumbangkan perkhidmatan penghantaran hadapan fret antarabangsa, pergudangan dan pengedaran, penyelesaian rantaian bekalan, penyelesaian rantaian hawa dingin dan logistik halal.

Hood berkata, pihaknya juga menawarkan sistem menjejak trak kepada pelanggannya dengan 75 peratus trak yang miliknya kini dilengkapi peranti sistem penentu kedudukan sejagat (GPS).

"Menerusi sistem menjejaki trak itu, pelanggan kami boleh memantau pergerakan trak masing-masing," katanya, sambil menambah bahawa pihaknya juga menubuhkan pusat panggilan sebagai perkhidmatan tambah nilai kepada pelanggannya.
KNB memulakan operasi pada 1971 apabila sistem kontena diperkenal dalam negara.

Tahap kebersihan mengaibkan

Posted: 23 Oct 2011 07:34 PM PDT

SEORANG penduduk menunjukkan  longkang di kawasan bandar Kota Bharu yang penuh sampah.
SEORANG penduduk menunjukkan longkang di kawasan bandar Kota Bharu yang penuh sampah.
Kempen 'Jumpa Sampah Kutip' di Kota Bharu gagal

KOTA BHARU: Menjelang 2015, Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) menyasarkan untuk mencapai status bandar raya, namun usaha ke arah itu belum terserlah terutama tahap kebersihan.
Masyarakat belum berpuas hati dengan tahap kebersihan bandar ini yang menjadi pusat pentadbiran kerajaan negeri, selain tumpuan pelancong tempatan serta asing.
MPKB perlu tegas mengenakan kompaun bagi mengajar warga Kota Bharu menjaga kebersihan dan tidak membuang sampah di merata tempat terutama ke dalam longkang. - Mohamad Yusoff, Peniaga
Kempen 'Jumpa Sampah Kutip' yang dilancarkan Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat, tidak mendapat sambutan apabila orang ramai memandang remeh aspek kebersihan, malah membuang sampah di merata tempat terutama dalam longkang.

Ia menyebabkan kawasan sekitar Jalan Pintu Pong, Jalan Sultanah Zainab, Jalan Temenggong, Jalan Parit Dalam dan Jalan Lorong Che Su di bandar ini berbau.

Tinjauan Berita Harian mendapati longkang dipenuhi sisa pepejal yang menyukarkan air mengalir dan menyebabkan banjir kilat jika hujan lebat.

Pekerja swasta, Muslihah Mustapha, 24, berkata, beliau sering melihat pemilik bangunan membuang sampah ke longkang.
Katanya, tindakan tidak bertanggungjawab itu menyebabkan longkang tersumbat dan berbau.

Pengusaha kedai emas, Mohamad Yusoff, 60, berharap MPKB mengambil tindakan terhadap pemilik premis atau orang awam yang membuang sampah di merata tempat.
"Pihak majlis perlu tegas mengenakan kompaun bagi mengajar warga bandar ini menjaga kebersihan," katanya.

Peniaga, Rusdi Ibrahim, 32, berkata beliau membayar cukai pintu kepada MPKB sebanyak RM126 setahun, namun pihak berkuasa tempatan hanya membersihkan longkang kira-kira dua kali sebulan.

"Apabila longkang tersumbat, ia menyebabkan air bertakung yang menjadi tempat nyamuk aedes membiak dan ini membimbangkan saya kerana bandar Kota Bharu antara kawasan tinggi kes demam denggi," katanya.

Ada cubaan hapus status bangsa, agama dalam MyKad

Posted: 23 Oct 2011 07:31 PM PDT

PUTRAJAYA: Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik Abdul Rahman, semalam, mendedahkan terdapat usaha secara halus, terancang dan berterusan pihak tertentu bagi menghapuskan identiti bangsa, status agama dan gelaran Bin atau Binti seperti tertera dalam MyKad sekarang.

Malah, Abdullah berkata, ada pihak tertentu berani tampil untuk mendesak kerajaan supaya menghapuskan keperluan menulis nama Bin atau Binti, bangsa dan agama ketika orang ramai membuat permohonan sijil kelahiran dan Mykad anak masing-masing.
Beliau berkata, perkara itu menjadi semakin menakutkan apabila kebanyakan daripada enam juta belia di negara ini termasuk orang Melayu dan beragama Islam kini turut dipengaruhi oleh idea globalisasi serta liberalisasi dipelopori oleh negara Barat.
Kesannya anak zina atau zuriat dilahirkan tanpa ikatan perkahwinan mengikut hukum syarak pun boleh didaftarkan secara sah, sekali gus menghancurkan institusi kekeluargaan serta akidah umat Islam di negara ini. - Abdullah Zaik Abdul Rahman, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
"Sebenarnya adalah idea ini berasal dari Barat yang kononnya mampu menyelesaikan masalah perbezaan identiti bangsa, keturunan dan agama. Mereka mahu kita keluar dari fitrah manusia atau dengan kata lain tiada lagi status bangsa seperti Melayu, Cina dan India serta agama.

"Penghapusan Bin dan Binti akan menyebabkan semua orang akan menjadi sama, sekali gus mewujudkan persamaan dan kesamarataan.

"Namun, kesannya anak zina atau zuriat dilahirkan tanpa ikatan perkahwinan mengikut hukum syarak pun boleh didaftarkan secara sah, sekali gus menghancurkan institusi kekeluargaan serta akidah umat Islam di negara ini," katanya ketika berucap pada Konvensyen Keluarga Melayu Muslim 2011 anjuran bersama ISMA dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di sini, semalam.

Bagaimanapun, Abdullah menyatakan keyakinannya idea kesamarataan dan persamaan yang cuba diterapkan Barat di kalangan masyarakat Malaysia adalah satu bentuk penjajahan baru, kerana ia adalah satu pembohongan bertujuan menghancurkan identiti rakyat negara ini.
Katanya, dengan leburnya identiti bangsa, keturunan dan agama, rakyat Malaysia termasuk beragama Islam akan hilang semangat, perasaan, jati diri dan berjuang sehingga ke titisan darah terakhir untuk mempertahankan negara daripada dijajah sama ada dari aspek pemikiran, ekonomi atau secara fizikal oleh Barat.

"Umpamanya apabila sistem ekonomi Malaysia sekarang dikuasai tauke besar (syarikat multinasional) dari Barat atau kaum bukan Melayu memegang tampuk pemerintahan Malaysia adakah umat Islam di negara kita berasa sensitif atau tidak kisah?" katanya.

"Justeru, saya beranggapan idea persamaan ini adalah satu bentuk penjajahan bukan kemajuan. Jika Amerika Syarikat atau Barat mahu menegakkan keadilan sudah tentu tiada siapa yang dilanda masalah kelaparan atau kebuluran seperti di Somalia sekarang ini.

"Kenapa sekarang semua harta benda dan kekayaan di dunia termasuk bekalan minyak mentah di negara Arab mahu dibolot dan dibawa pulang sepenuhnya ke Barat sedangkan banyak negara lain masih miskin. Sebenarnya mereka mahu menjaya agenda menjajah dan menguasai negara lain termasuk Malaysia," katanya.

Remaja dakwa diliwat guru

Posted: 23 Oct 2011 07:27 PM PDT

MIRI: Seorang pelajar Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di sini mendakwa menjadi mangsa liwat seorang guru dikenalinya di laman sosial Facebook, sejak setahun lalu.

Guru lelaki terbabit berusia lingkungan 30-an dan masih bujang serta mengajar di sekolah berasingan dengan pelajar terbabit, dikatakan melakukan perbuatan terkutuk itu ketika mangsa datang ke rumahnya di sini.
Difahamkan pelajar lelaki berusia 15 tahun itu sering menghabiskan masa bersama guru berkenaan di rumahnya selepas berkenalan melalui Facebook sehingga wujud hubungan rapat antara mereka.
Bapa pelajar itu bertanyakan anaknya mengenai hubungan mereka dan selepas didesak, pelajar berkenaan mengakui menjalin hubungan dengan guru lelaki berkenaan. - Jamaluddin Ibrahim, Ketua Polis Daerah Miri
Bagaimanapun, bapa pelajar terbabit mengesyaki sesuatu apabila mendapati anaknya amat mesra dengan guru lelaki itu.

"Bapa pelajar itu bertanyakan anaknya mengenai hubungan mereka dan selepas didesak, pelajar berkenaan mengakui menjalin hubungan dengan guru lelaki berkenaan.

"Terkejut dan marah dengan pendedahan itu, bapa pelajar berkenaan membuat laporan Jumaat lalu di Balai Polis Pusat Miri," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Superintendan Jamaluddin Ibrahim, ketika dihubungi semalam, mengesahkan laporan kes berkenaan. Katanya, polis menjalankan siasatan terperinci berikutan mangsa mendakwa beberapa kali diliwat suspek di rumahnya.

"Kita belum membuat tangkapan dan kes disiasat mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

TV AL HIJRAH ONLINE STREAMING

Copyright 2010 All Rights Reserved